Tuesday, June 23, 2009

Tupai jatuh gedebab dalam tong sampah

Sepanjang penglibatan saya dalam arena penulisan dan penutupan dan pemindahan blog yang baru bermula pada 2007, saya hanya sekali menulis tentang tupai yang pandai melompat dan jatuh tersungkur ke bumi *tak boleh link kepada entry tersebut kerana dah delete – ni lah padah bila suka delete blog sendiri. Jadi kawan-kawan jangan suka delete blog*. Siapa sangka tak sampai 2 tahun, diri sendiri digemparkan dengan kisah tupai yang lain pula. Kali ini lebih tragis, tupai jatuh ke dalam tong sampah. Kesannya, bila tupai mahu cepat2 bangun dan kembali memanjat pokok, semua haiwan di rimba tahu yang tupai dah jatuh kerana terpalit bersamanya aroma tong sampah, menusuk ke hidung panjang sang gajah yang gagah, hidung tajam sang singa yang bengis, hidung comel sang kancil yang bijak, hidung mancung sang monyet yang lincah. Pendek kata hampir keseluruhan penghuni rimba sudah tahu kisah ini tanpa perlu ada penyampai cerita. Semua orang mampu menghidunya dengan sendiri. Tapi penghuni rimba tidak pulak bergosip sakan akan perihal itu. Kerana mereka haiwan, mereka tak bergossip. Kalau manusia, pasti ini akan jadi berita sensasi.

Yang faham, fahamlah. Yang tak faham, tak fahamlah.

Apa yang boleh saya kata, kita Muslim sewajarnya bersaudara. Saling bantu membantu. Saling kasih-mengasihi. Bukan melaga-lagakan orang, bukan meracuni pemikiran orang, bukan mengambil kesempatan atas orang lain, bukan mencari salah orang, bukan bukak aib orang.

Andai digerakkan hati oleh Allah untuk sang tupai itu menjejaki blog ini, saya mahu dia baca ini.

WE ARE WATCHING YOU. AND ALLAH IS WATCHING YOU ALL THIS TIME.

Kerana pulut santan binasa...*terus terliur..teringin nak makan cendol pulut, pulut kuning dan rendang!!*

Hidup, penuh dengan kejutan, kan?

3 comments:

  1. harap2 sang tupai insaf akan kesalahannya (tupun kalau dia sedar apa yg telah dia lakukan)..tapikan..rupa2nya ada penghuni rimba yg tahu perangai sang tupai yang pandai melompat nih sebelum dia jatuh dalam tong sampah,sgt respek kat penghuni rimba itu sebab dia tak hasut penghuni yang lain..

    ReplyDelete
  2. wah, jadi mcm karangan pulak..teringat cerita sang kancil dan sang buaya kat tivi masa kecik-kecik..hihi

    ohho, mungkinkah penghuni rimba yang baik itu tarzan??? kekeke

    hai kak ron..long time no see!blajo sesungguh yer!! =)

    ReplyDelete
  3. 2 hari lepas hubby i beli 2 biji durian. sangat la sedap~ dgn lemak dan manis. hehee... saje wat k dijah terliur. hohoho

    ReplyDelete