Saat sedih - bila incubator ditutup dengan tak sengaja dan bacaan dia dah lari. Air mata menderu-deru, ditambah pulak dengan suasana hujan ketika itu. Perjalanan dr lab ke ofis perlu merentasi kawasan tak berbumbung. Maka wajah saya dibasahi air mata dan air hujan ketika merentasi kawasan tersebut. Orang lain lari, saya jalan dengan lemah sambil nangis. Sangat video klip! Tapi masuk je bilik opis dah tak jadi video klip sebab dah tersedu-sedu..keke
Saat teruja - bila mendapat postcards surprise dr msbumblebee. Terasa masih diingati walau tidak mampu dilihati *apa ayat ni*.
Saat wanita - setiap kali encik bos kenyit mata.ahaks.
Saat keibuan - bila melayan karenah anak2 kak As kat Melbourne dan membantu Sanar mewarna buku.
Saat takut - setiap kali nak ke toilet tengah-tengah malam sebab dharma pernah terjumpa pompuan yang bermasalah psikologi sedang mandi dalam gelap pukul 2.30 pagi. Setiap kali nak ke toilet akan rasa sangat seram - asik pandang belakang dan pastikan takde bunyi shower. Selalunya kalau dah lewat sangat akan tahan saje. Ada orang lagi selamber, melunaskan hajat dalam baldi di bilik sebab seriau ke toilet..keke.
Saat gembira - setiap kali ke farm melihat bebiri gemuk berlari-lari menyelamatkan diri. Sangat comel bontotnya bergerak2. Bulat dan gebu.hikhik
Saat comel - setiap kali berdiri dalam kalangan org tinggi dan gabak. Terasa boleh berlakon jadik hobbit solehah.
Saat jantan - bila berbincang secara serius dengan encik bos, dan bila lihat sara berkerja. Serius, saya mahu bekerja di ladang dengan penuh kejantanan mcm beliau. Dia wanita yg cantik tapi gagah!
Saat adik kecil - setiap kali dinasihatkan oleh wijdan.
Saat kakak yang tegas - setiap kali tak setuju dengan dharma.
Saat pelajar - bila kena tegur dengan bos perihal akademik.
Saat bodoh - bila attend miting dengan encik2 bos dan tak dapat tangkap apa yg mereka bincangkan. Pernah di dalam satu miting, saya telah disoal. Tapi saya silap paham, saya ingat tu idea. Gigih mencatat dalam buku dengan anggukan semangat sambil berkata 'yes, thats a good idea' dan tetiba encik bos kata 'it's actually a question' kekekek.
Saat terapi - setiap kali tulis entry blog. Walaupun pada hakikatnya sekarang ayat BM saya sudah tunggang terbalik sampaikan bila saya baca balik pon saya konpius. Oh, masa kat uni dulu saya dapat C+ untuk LKM 400 (BM). Saya berazam akan memperbaiki penguasaan bahasa saya. Sila beri tunjuk ajar. =)
Saat solehah - setiap kali berbincang bab agama dengan wijdan. Setakat ini takde masalah, cuma soal lurus/dakapkan tangan itu sahaja yang jadi isu.
Saat bahang api neraka - setiap kali menyampah dengan orang dan mulut mengomel. *jeling rakan sepenggosipan*
Saat sunyi - setiap kali tiba waktu tidur di bilik yang
Saat homesik - setiap kali kebulur. 'Tak homesik kah?' tanya encik bos, lepas diterjemahkan. 'Hanya pada makanan sebab saya tak pandai masak'. 'Oh, saya juga rindukan makanan malaysia'
Saat hidung darah - setiap kali lihat dia. Walau pesen apa pun rambutnya.
**Bestpren Yamapi - Ikuta Toma dr drama Hana Kimi versi Jepun menunjukkan bagaimana keadaan hidung darah yang sebenar. Mcm tau-tau je org hidung darah kat bestpren dia kannns?
hiks mahu juga menampal gamba tidak berbutang. tentu teruja melihat posing rafa kan sampai dikorek apa sahaja gamba yamapi.
ReplyDeleteharus! kekeke. mana boleh kat blog orang tu je ada gambo baju tak butang habis..kikiki *gelak tutup mulut*
ReplyDeleteWah wah.
ReplyDeleteRasa cam nak tiru pulak;D
Boleh?
tiru lah..tapi jangan letak gambo yamapi dengan baju tak habis butang..hihih *gelak tutup mulut*
ReplyDeletebanyaknya saat2 anda..terfikir seketika....mengapa daku tidak punya saat2 sebegitu?? Jawapan: kerana kini daku sudah tidak punya rasa (rasa2 yg telah hilang)
ReplyDeleteeniwei...tergelak besar bace saat bodoh (bukan gelakkan you) teringat benda yg sama turut berlaku kepada diri
Kak ron, saya drama..semua benda nak dramakan..saya yakin semua org ada saat mcm nih..cuma semua org relaks..keke
ReplyDelete