Wednesday, July 22, 2009

Sa*ra


Dia RA kat lab. Dialah yang bertanggungjawab tolong encik bos conduct segala eksperimen. Dia juga terlibat secara langsung dalam projek Abang ga*reth. Dia jugaklah bertanggungjawab memastikan segala barang-barang untuk projek student dioder. Saya gerun dengan dia. Dia tegas, walaupun gila-gila. So, kitorg kena pastikan bench masing2 tak bersepah, kalau tak kompom kena sound. Mcm yang saya ceritakan sebelum2 nih, saya kagum dengan cara dia kerja. Saya suka dengar dia sembang dengan orang sebab dia nih sempoi tapi pandai. Tadi travel 2 jam ke farm dengan dia. Bila sembang dengan dia, I just found out antara sebab saya down semalam, selain kerana frust dengan diri sendiri, adalah kerana saya rindu adik-adik saya. Adik dr Indon dan Mesir balik minggu ni dan saya rasa saya seorang tercicir dari family gathering. Saya tatau bila lagi boleh jumpa depa. Mungkin bila saya balik nanti, masa tu adik saya dah tak menyandang gelaran bujang sebab sekarang bau nasik minyak dah sampai ke Armidale. Dan time bulan puasa nih adik lagi sorang akan ke Jordan. Memang tak dan jumpa dah adik-adik tahun ni. I love my brothers sebab depa antara lelaki yang saya boleh tahan peelnya, tak menjengkelkan. So, basically, I'm homesick sebab nak jumpa adik-adik dan nak makan nasik yang sedap.

I was surprised bila Sa*ra memberi perhatian bila saya mengeluh dengan kegagalan saya menjelaskan experimental design pada encik2 bos. So, masa otw balik dari farm, dia memaksa saya memberi explanation tentang apa yang saya nak buat. Memang tonggang terbalik la bila eksplen kat dia, jumping sana jumping sini. Tapi one thing good, saya tak nerves bila cerita kat dia, walau dia buat muka kerut2. So, bila saya eksplen kat dia, dan dia bertanya, saya tahu eksplenesyen saya tak sharp. Maknanya saya perlu lebih banyak perincikan segala maklumat supaya orang ramai paham apa yang ingin saya sampaikan. Dan tetiba saya rasa sedikit lega. Yer, saya kena cuba. Kurangkan gossip dan lebihkan eksplen pasal kajian.

Dalam 3 bulan nih, sedar tak sedar memang dia banyak gila tolong saya. Dia lah yang bantu saya buat modification untuk jar hujan, dan dah membuahkan hasil yang melegakan berbanding hari tu. Dia jugakla yang gigih mengajar saya dan abang ga*reth di dalam lab. Ajar sampai paham. Ajar sampai saya rasa terharu *saya memang over*. Dia jugakla yang tolong angkut bebiri saya, dia jugaklah yang sentiasa mahu menolong – mahu pinjamkan basikal bila dapat tau saya nak pindah asrama dalam, pinjamkan sweater tebal bila saya ketar2 kat farm, bawak saya ke kedai beli boot untuk sampling, hantar saya balik asrama kalau hari dah lewat. Dia jugaklah yang ada bila saya bukak mata ketika pitam. Dia jugaklah yang tegur saya kalau saya biar pisau bersepah2 kat lab. Dia jugaklah yang sound saya kalau saya terhegeh2 buat kerja kat animal farm sebab dok main sondol2 ngan bebiri abang ga*reth. Dan hari ini dia jugaklah yang menjadi pendengar royanan saya sepanjang 2 jam, diselitkan dengan latih tubi undang-undang jalanraya, memandangkan saya bgtau nak amik test ASAP.

Dalam hidup nih, tak perlu nak jadik lembut lemah gemalai manja untuk orang suka kita. Saya kagum dengan Sa*ra sebab dia tak pernah memandang rendah orang lain. Teguran dia tegas, tapi tak pernah memperlekehkan orang. Saya masih percaya, kita boleh kesan orang yang hebat dengan personalitinya. Saya harap Sa*ra akan terus memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami, para pelajar 5 bunga raya parasitology di lab ini. Saya juga amat berharap saya tak menimbulkan masalah pada Sa*ra. Takut weh tengok dia bengang!

'I guess you need buy something from the shop because its late to cook'

Saya senyum dan terus keluar dari perut kereta.

Entah kenapa selepas seharian bersama Sa*ra saya rasa mcm lebih tenang dan lupa sekejap pasal royanan-royanan yang menyesakkan jiwa. Walau hari sudah lewat dan badan sangat penat, saya terus mengupas kulit kentang, ala2 tereves saiko ngan Sa*ra yang suggest untuk beli dinner. Terus ke kitchen dan menyapa Fran, bertanya bagaimana mahu membuat mashed potato. Fran gelak tapi dia menjadi supervisor saya malam ni. Oh, dia gelak sebab tak sangka ada orang nak tanya mcmana nak masak benda yang senang. Keadaannya mcm orang tanya Azrul Lokman macamana nak masak nasik putih.

Rebus kentang. Bila kentang sudah empuk buang air rebusan. Masukkan sedikit butter dan susu. Lenyek lenyek lenyek. Masukkan sedikit garam. Siap. Makan dengan ayam goreng. Sedap dan mudah! Dah boleh kawen ngan mamat aussie =).
Hari yang sangat memenatkan kerana seharian di ladang. Tapi kerana bersama Sa*ra, saya rasa tenang dan lega. Sikit.
Nota kaki: Ini bukan entry lesbo.

6 comments:

  1. "Dah boleh kawen ngan mamat aussie"

    Wah... kesimpulan..
    Tapi kalau sekadar hanya menyondol biri-birinya, macam mana nak kawin dengan mamat Aussie.

    Keke.

    P.S Sara reminds me of you know who ~ wanita berhati waja tapi tetiba memerempuankan diri sejak kebelakangan nih kan. Sentap

    ReplyDelete
  2. Ko tau Am, you-know-who itu tidur lepas isyak okeh..sangat beauty sleep! I sentap

    ReplyDelete
  3. tahu...
    tunggu mamat latino wake her up by the true love kiss..
    boleh?

    ReplyDelete
  4. mmm... masak nasi lagi senang.

    so dh abes musim meroyan?hikhik!

    ReplyDelete
  5. memacm la ko ..aku dah lama nak cari resipi kentang lenyek tu..sedap ja aku tgk depa makan kat sini..nanti aku nak cuba argh

    ReplyDelete
  6. Am, penat je keji, bukan dia counter back. Sentap kan?
    Fadhilah, gedik kan nak masak benda susah? kekeke Meroyan dah habis kerana bendera jepun sedang berkibar.
    s*yara, depa cakap campur pumpkin sedap! =)

    ReplyDelete