Wednesday, July 15, 2009

Saya mabuk tanpa sengaja

Hari ni adalah hari yang sejuk sebab malam tadi hujan. Snow takde sebab sejuk sangat. Hanya ada frost. Kesan sejuk, saya bangun lambat dan terkocoh-kocoh ke skul sebab saya perlu suntik bontot bebiri dengan ubat. Saya tak pernah buat masa di tanahair dulu sebab vets sentiasa ada di sampingku. Kat sini jangan nak gedik2 suruh vet buat, dan jangan nak takut2 nak bagi treatment kalau bukan vet. Since saya dah sign borang animal ethics, saya ada hak memberi suntikan cinta pada bebiri. Sa*ra demo suntik sekor, saya buat lagi 4. Takde orang nak pegang bebiri untuk kita, sendiri handle, sendiri bagi treatment. Sib baik tak tersuntik diri sendiri. Lepas nih sapa cari pasal ngan saya, saya suntik je ubat kat bontot. Jaga!
Lepas habis bagi ubat, rupanya Abang Ga*reth nak amik darah bebiri dia. Dia dah korek bontot depa masa saya dok menyuntik. Since saya tak biasa amik darah bebiri sebab bulunya sangat banyak kat tengkuk, saya hanya bertugas sebagai pembekal test tube, jarum dan needle holder serta menjalankan tugas sebagai tukang tulis, selain pencuci darah-darah yang clot pada kepala test tube. Keadaan sangat kalut sebab depa kerja dengan sangat pantas, maka saya berazam lain kali sahaja prektis amik darah sambli handle animal. Kali ni biar saya jadik runner.
Lepas habis amik darah, kena timbang pulak. I'm a bit enlightened sebab abang ga*reth sangat gembira dengan sistem kitorg. Saya berdiri sebelah penimbang yang seperti cage, mengawal bukaan dedua pintu. Gar*eth dan Sa*ra akan bergilir2 membawa bebiri ke pintu penimbang dan saya akan buka satu pintu untuk bagi bebiri masuk, dan menutup pintu sebelah lagi untuk mengelakkan bebiri terlepas. Bila bebiri dah masuk dalam penimbang yang berbentuk kandang ini, saya akan tutup pintu dan biar reader baca berapa berat bebiri. Pintunya lain sikit dari pintu biasa - saya kena tolak dan dia akan automatic lock. Kalau tak hati2 leh terkepit tangan.

ni gambar contoh, lebih kurang mcm ni cuma pintu mesin penimbang yang kitorang guna lain sikit. Source: tenet. lepas ni kena amik gambar penimbang.

Alkisahnya we are working very fast. Cekap gila depa angkut bebiri keluar kandang dan masuk penimbang. Saya yang tengok pon penat. Since pace dah main laju, saya terkepit jari tapi takde sapa perasan. Jari sakit. Saya rasa saya mengada-ngada sebab baru terkepit dah sakit beria-ria kan. Sekalik terpandang ibu jari, darah dah mula keluar. Banyak. Meleleh. Saya masih diam. Lap2 kat coverall sambil meneruskan tugas. Saya dah mula keluar peluh sejuk. Dan mula mengantuk. Bertahan hingga berbelas bebiri. Kemudian saya boleh rasa bibir kebas. Jenuh tarik nafas dan hembus, tapi masih menguap dengan dasyat.
Kepala dah mula rasa berpinar, saya kuatkan semangat sebab saya takleh pitam depan abang ga*reth! Tak boleh! Kena kuat semangat!
Darah makin banyak. Tak berhenti. Kesat-kesat kat coverall. Pandangan makin kabur. Saya dah tak boleh sense pintu kandang. Ga*reth dah jerit sebab saya lupa tutup pintu penimbang lagi sebelah dan dia takut bebiri terlepas. Saya masih bertahan. Saya kata sorry. Kemudian sara pulak tepuk2 tangan bagi menarik perhatian saya - rupanya saya terlupa bukak pintu untuk bagi bebiri dia masuk penimbang.
Thats is. Saya dah tak boleh rasa pintu penimbang, dan saya dah tak nampak apa2 imej dengan jelas. Saya rasa dunia berpusing. Saya ckp kat ga*reth 'I'm dizzy' dan terus blah pegi ke koridor. Sedar2 kepala saya sakit dan bila bukak mata sa*ra sedang pegang kepala saya sambil panggil nama berulang kali. Dia lapik kepala saya dengan sweater dan suruh saya minum air. Saya explain saya takleh tengok diri sendiri luka dan tu sebab saya pitam. Abang ga*reth berlari pegi amik plaster dan sa*ra balut jari saya sambil pesan jangan tengok luka sendiri. Yang menenangkan saya bila sa*ra ckp yang dia pun mcm ni, tapi penah jadi depan org ramai kat tengah2 bandar. Bila saya dah boleh senyum, dia ckp dia nak amik gambar dan hantar kat malaysia gambar saya terbaring tu. Sentap. Kurang lima minit, saya dah ok dan kembali menjalankan tugas. Agak memalukanlah bila pitam dalam kandang. Dan memalukan juga bila luka jari sebab bukak tutup pintu penimbang.
Kepala masih sakit. Saya rasa masa saya pitam saya terhantuk dinding. Tragis, tragis. Agaknya tu sebab Sa*ra dan ga*reth ada kat sebelah saya bila saya bukak mata.
Yer, saya mabuk darah.
Masih pemabuk rupanya. Ingatkan dah sembuh!

6 comments:

  1. akhirnya, abg ga*reth dh nampak acu tumbang..tentu abg g*areth risaukan acu..hehehe (sejak bila dok ber'abg' nih? ehem ehem)

    take care acu!

    ReplyDelete
  2. hahaha, laki org tu wei..keke
    update: sara bgtau abang ga*reth yg nampak acu tumbang dulu. agaknya, dia lah yang sambut acu..keke

    ReplyDelete
  3. adehhh..trajis betullah awak ni..naseb bila awak buka mata bukan abg ga*reth yg pegang kepala awak kn..hehehe

    ReplyDelete
  4. kak ron, asib tak baik la bukan dia yang pegang kepala saya. Kalau bukak2 mata nampak muka dia, harus saya pura-pura pengsan..keke

    ReplyDelete
  5. bukan ke kita panggil mat saleh nih by their first name jer ke, regardless of pangkat dan usia. kenapa bila terjemah melayu, jadi 'abang'?

    keke.

    ReplyDelete
  6. biarlah am, i nak memelayukan penggilan kepada ga*reth

    ReplyDelete