Amaran, sila jangan baca entry ini, terutama kalau anda belum akil baligh, kalau anda tak suka dengar pompuan mencarut. Amaran keras, entry ini penuh dengan sikap terkeji dan terkutuk. Sila jangan baca. Sapa2 nak baca, sila takyah maki saya. Sekian terima kasih.
Today was a horrible day. Selain hubungan En. Peter dan saya semakin mesra baik dan saya berkesempatan menonton Transformers, yang lain adalah menyesakkan jiwa, menyebabkan saya menyumpah sepanjang hari. Entah, rasanya saya tak kuat menyumpah, tapi hari ni entah kenapa, seawal bukak mata, saya dah menyumpah. Yer, sangat mudah terpengaruh sebab memang org keliling saya kat sini kuat menyumpah. Oh, kat sini Oh my God pon dikategorikan sebagai swearing. Dalam entry ini, selain dinyatakan, menyumpah adalah seperti oh my god, sh*t, cr*p. Sekian dimaklumkan.
- Bukak mata, matahari dah terang benderang. Ni bukan subuh gajah dah, lebih lagi dari subuh dinosour. Maka, telah mulakan hari dengan mencarut sebaik saje bukak mata. Yer, saya sepatutnya beristighfar, tapi mulut saya lagi cepat dari otak. Shame on me.
- Capai sejambak kunci dan campak ke dalam baldi, amik baldi dan terus capai tombol pintu untuk tutup. Elok tutup pintu, terpandang kunci..dan saya tersalah amik kunci. Tu kunci opis dan kandang kambing, BUKAN kunci bilik. Mencarut lagi.
- Saya takleh ke opis asrama untuk request kunci spare dengan muka sememeh dan gigi tak bergosok. Saya mandi sepantas kilat, paling laju setakat ini dan terus terkocoh2 ke opis. Saya tinggalkan baldi di tepi koridor floor saya, sebab tammo angkut baldi ke opis. Less than 5 minutes, berjaya dapatkan kunci dan menuju ke bilik. Mencarut lagi sebab baldi hilang. Saya terus masuk bilik, buat apa yang patut dan bersiap ke uni. Saya tak sempat mengaji sebab memang masa dah suntuk. Tapi memang hati kecil sudah terasa, akan jadi benda buruk hari ni.
- Saya ke opis, bgtau baldi hilang dan orang opis janji nak tanya cleaner. Saya tammo tggu cleaner sebab saya nak pi bagi bebiri makan. So, saya terus ke bas, percaya dengan janji yang diberikan oleh tuan besar asrama.
- Hari ni saya balik awal sebab stress kunci takde. Orang yang incharge kunci pulak cuti seminggu. Uh, tapi tak mencarut sebab tau kunci akan dapat balik. Kan tuan besar asrama nak bantu? So, balik awal dan terus menonong ke movie sebab semua orang tak minat tgk transformers dan akhirnya saya sensorg. Masih tak mencarut.
- Dalam panggung, adala bebudak tak bertamadun mcm hilang akal dok baling2 popcorn kat saya berminit-minit sebelum mula movie. Masa tu tak terpikir pon ini adalah tektik mengorat oleh lelaki hot. Takde mood nak pikir positif. Tapi bila dah banyak kali kena baling popcorn sambil dgr org giggle, saya dah mencarut dalam hati: dan tekad sekali lagi kena baling saya akan terus bangun, pusing dan mencarut depan muka. Paling sopan pon saya akan ckp 'what is your f****ing problem?'. Tuhan selamatkan saya dari jadi Fa*sha kedua, jadik tetiba lepas saya niat nak buat kurang hajar, balingan popcorn terhenti.
- Popcorn adalah masin ya amat sambil boleh bunuh orang. Sentap dan mencarut manja sebab saya beli LARGE popcorn. Rakyat Malaysia, anda bertuah sebab popcorn kat cinema anda jauh lebih sedap dari cinema sini. Masa tuh saya rasa kalau mati masa makan popcorn takyah buat autopsi, orang dah leh agak saya mati sebab garam berlebihan. Err, cepat ke effectnye eh?
- Masa dlm cinema ternampak mamat PhD *sama bangunan opis* yang perasan hensem duduk row depan. Saya memula nak buat tak nampak dan tetiba dia terpandang saya dan saya tetiba terangkat kening dan dia terus buat muka 'aku tak kenal ko sebab aku hensem dan seluruh umat wanita di muka bumi ini nak kat aku. Ko ado?' itu imaginasi saya tapi saya rasa mcm tulah ekspresi muka dia. Saya tak mencarut, tapi saya rasa mcm nak sepak kerusi dia biar dia tersembam, tambah lagi bila dia dok angkat kaki setaraf bahu. Kau hengat ni cinema bapak ko?
- Keadaan sangat sejuk dan ketika scene Sam masuk kolej dan sedang berkenalan dengan hosmet, daya rasa tak mampu mengawal rasa. Saya takut terjadi insiden yang tak diingini yang bakal malukan diri sendiri, masyarakat dan negara. Dengan rasa bengang dengan diri sendiri sebab tak pegi toilet awal2 saya pegi toilet. Balik dr toilet, semua org tak heran kat saya kecuali mamat perasan hensem tu. I was like 'Apa masalah ko jantannnnnn! Boleh tak jangan tengok aku?'
- Keluar dari cinema hujan semakin lebat. Saya kena jalan 1 km untuk sampai ke asrama. Termencarut sebab saya takde payung. Dalam badan hampir basah kuyup saya ternampak mamat perasan hensem kalut masuk dalam kereta dan cepat2 blah, tapi membelok ke parking lot shopping complex. Tetiba mcm rasa hangin sebab rasa dia mcm takut saya nak offer diri tompang dia. Oh, ini pemikiran tak berasas. Abaikan.
- Sampai asrama terus pegi opis, Tuan besar takde, bini dia yang ada. So, lepas explain puan besar ckp dia tatau apa2 pasal baldi tu. Dia suruh saya pegi kol cleaner. Saya kol cleaner dan dia kata baldi saya ada. Saya terus jumpa cleaner dan sangat mengerikan dan terus mencarut dalam hati bila dalam baldi hanya ada shampoo dan shower foam. Tooth brush, KUNCI, dan pencuci muka yang mahal tak kelihatan. Masa tu sangat pissed off sebab saya letak baldi tu tak sampai 5 minit dah hilang. Dia kata dia tak recall jumpa kunci dan mcm nak accuse saya tersalah fakta. Dia suruh cek kat bilik kalau kunci ada. Memang bukan salah dia, tapi ntah kenapa I was so stressed out dan terus march ke bilik E*lodie untuk meroyan lepas encik cleaner janji nak pi selongkar tong sampah esok pagi. Saya nak selongkar malam ni tapi dia kata dia nak tolong esok. E*lodie pon tengah meroyan pasal hal peribadi, so last2 kitorg meroyan sesama. Tapi nak tergelak bila kitorg mcm mabuk sebab meroyan tahap gaban, perkataan english takleh keluar. Last2 gelak.
- Balik ke bilik masih tak cool down sebab meroyan dalam bahasa inggeris tak cukup terapi. Saya kol kawan baik, tak available. Terus kol rakan seperumpatan di Malaysia dan akhirnya saya lega. Err, aku tak mencarut kan masa sembang denganmu wahai sahabat? So, a bit relieved lepas dah luah semua. Esok saya cuba cari officer lain untuk mintak spare keys dan kena mintak kunci kandang balik. The keys are gone. Memang tak sabar nak pindah keluar minggu depan. Bye2 smi*th ho*use. I had enough.
Kesimpulan:
- Sebenarnya taklah teruk sangat masalah hilang kunci, tapi sebab kronologi kes begini membiarkan saya terus meroyan sepanjang hari mcm orang sewel.
- Kadang2 kita tak perasan Tuhan bayar cash. Bukan, bukan Tuhan tu zalim. Tapi ini sebagai bukti dia kasihkan kita dan mahu kita terus hampir pada dia..bukan semakin jauh. Saya terima kejadian ini sebagai peringatan supaya tidak lagi leka tidur sampai tak ingat dunia yang menyebabkan solat subuh ketika matahari dah naik sepenggalah dan skip mengaji hari ni. Malam ini mahu tidur awal.
- Saya dah pandai mencarut. Yer, yer, tau salah. Lepas nih cuba tak mencarut.
- Optimus Prime sangat hensem.
- Peter juga semakin hensem. Aneh, muka semakin berseri2 bila bersembang dengan saya. Katanya homesick? Cahaya keimanan barangkali.
- I'm avoiding any communications sebaik entry ini dipublish. I'm a bit sewel and meroyan. Bila saya dah ok saya akan buat entry. Doakan saya tenang dan kuat semangat.
Love you,
Ciktutor.
Ps: mak, if its so happen you are reading this entry, no worries. Mind you that I'm always sewel and this dose is not fatal yet..I will talk to you when I'm ok. Semoga Allah tak gerakkan hati mak baca entry ni, amin.
No comments:
Post a Comment