Saturday, July 4, 2009

Ini entry tiru Am

Ini tiru entry Am, walaupun takde sapa nak email saya tanya apakah persiapan ke Armidale. Tammo cakap pasal Aussie sebab saya tatau tempat lain mcmana.

1. Mental. Mental kena agak kuat sebab sini ada 2 orang Melayu saja. Ciktutor dan Encik Saa*di. Encik Saa*di pulak akan habis pengajian dalam tempoh 2 tahun. Tinggallah ciktutor sahaja setakat ini Melayu Malaysia di Armidale sehingga 2012. Ciktutor kadangkala adalah meroyan mental, maka dinasihatkan kepada sesiapa yg ingin menyambung pengajian di tempat ini, berfikirlah semasak-masaknya kerana dikhuatiri anda pula yang down nanti. Jika anda merancang untuk menjadikan pengembaraan di tempat orang ini serampang dua mata - pulang dengan PhD dan pulang dengan suami, sini bukanlah tempatnya untuk mencari suami berbangsa Melayu *kesat air mata*. Kecuali anda mahu suami berbangsa asing.

2. Fizikal. Fizikal kena kuat. Dengan keadaan suhu yang lebih tggi dari kebanyakan bahagian aussie yang lain, anda dinasihatkan mempunyai penebat haba semulajadi yang baik. Jika tidak, jadilah seperti ciktutor yang asik membeli baju di kedai second hand untuk memanaskan badan sendiri. Anda juga dinasihati untuk menjadi fit kerana jika tinggal di smith house dan terbangun lewat, anda perlu berlari sekuat hati dengan menggalas beg dan juga membawa laptop. Oh, muka juga kena tebal kerana pasti semua orang akan memandang anda kerana gegaran yang telah anda hasilkan.

3. Skill. Dinasihatkan supaya skill komunikasi berada di tahap yang baik. Sini, sapa tak mintak tolong, dia takkan dibantu. Sebab sini orangnya berterus terang. Maka, digeneralisasikan bahawa orang yang tidak komplen apa-apa itu tandanya tiada masalah. Jadilah seperti ciktutor yang asik komplen semua benda..huhu. Skill memasak juga diperlukan demi memastikan tiada mangsa kebuluran yang baru. Diingatkan bahawa di sini walaupun bahan mentah halal sangat mudah didapati, namun kedai makan halal hanya ada dua - kebab dan chicken and chips. Tiada beriyani delivery, tiada kedai nasik lemak. Kedai nasik minyak jauh sekali.

4. Jiwa yang kental. Jiwa yang kental amat diperlukan untuk menepis godaan tak sengaja oleh warga asing yang sangat gentleman. Ya, wanita akan terasa seperti sangat vok kalau bersama lelaki putih. Tapi kita kena kentalkan jiwa kerana kita taste org yg muka mcm yamapi.

5. Bahasa. Penguasaan bahasa inggeris yang sempurna tidaklah wajib walaupun kita perlu melepasi syarat IEL*TS oleh KP*T. Practise make perfect. Untuk memberi faktor penguat kepada penuturan kita, gunakanlah bahasa badan dan gaya tangan. Pasti berjaya.

6. Kewangan. Secara amnya, sara hidup di sini adalah tinggi. Felo dinasihakan agar tidak memohon ke sini. Ciktutor diterima oleh encik bos hanya kerana encik bos yakin ciktutor ada gaji bagi menampung biasiswa yang diterima. Kesannya ciktutor tidak menyimpan duit untuk kawin masa hadapan yang gemilang. Terpaksa joli guna duit biasiswa. Namun jika anda mempunyai wang simpanan yang banyak dan tidak lokek menggunakannya untuk menimpa pengalaman di sini, marilah. Kutunggu jandamu dirimu.

3 comments:

  1. baru dengo lagu ku tunggu jandamu tuh semalam. penat gelak guling2. hahaha.

    ReplyDelete
  2. Entri paling lawak so far.
    Saya gelak berdekah-dekah kerana tidak menahan.

    ReplyDelete
  3. noure - mcm hampeh je kan kutunggu jandamu..

    am - huhu..ini kenyataan, bukan rekaan!

    ReplyDelete