Saturday, July 11, 2009

Mari kita kongsi

Saya mahu berkongsi sedikit pemerhatian di sini. Mungkin ada yang boleh kita jadikan tauladan.

1. Kat sini *fokus pada my lab, lab org lain saya tak berapa sure*, supervisor memang akan bantu student dalam menjalankan research. Bantu in a sense turun padang dan bersama-sama merasai kesusahan student. Masa memula masuk dah perasan sebab dedua bos tolong kitorg semelih bebiri dan cuci usus untuk collect worms. Hari tu saya nampak encik bos bagi makan berpuluh2 bebiri ga*reth, even masa tu dia demam. Hari ni saya nampak bos kedua pulak datang bagi makan bebiri ga*reth. Dia bgtau dia nak bagi makan bebiri saya sekali tadi, tapi tatau bape banyak makanan nak bagi *saya tak inform dia*. Bila encik-encik bos free, depa akan masuk dalam lab, sarung labcoat dan sama2 dengan students dan staff untuk proses sampel. Perhubungan yang baik *setakat ini* dengan staf-staf menyebabkan staf hormat pada encik bos dan bekerja dalam suasana riang gembira. Saya sendiri merasakan tidak mampu untuk melakukan seperti yang encik-encik bos lakukan. Sibuk meeting dengan industry, consultation dengan farmer dan masih ada masa untuk bantu students buat research. p.s: dulu saya pernah berhadapan dengan manusia yang tidak terlibat dalam research saya tapi insist nama dimasukkan dalam manuskrip sebab dia ada bagi pandangan kononnya. Demand kalahkan supervisor!. Take note yang untuk ada nama dalam manuskrip, seseorang perlu terlibat dalam 2 dari yang berikut; 1-merancang experimen, 2-menjalankan experimen, 3-menganalisis data, 4-menulis manuskrip.

2. Saya sangat lembab daya kecekapan otak. Tambah lagi benda-benda yang melibatkan nombor2 *nama artis jepon korea leh ingat sekor2 pulak kan*. Maka saya sedikit stress bila kena buat analisis statistik. Namun saya sedikit sentap bila encik bos gigih juga memberikan saya tutorial sepanjang 2 hari penuh. Sepanjang 2 hari, saya perhatikan encik bos saaaaaaaangat sabar. Yer, kebetulan kot saya dapat encik2 bos yang sabar ya amat. Dia mcm tak rasa annoyed untuk explain panjang berjela. Yang depa pantang kalau kita pura-pura pandai tapi sebenarnya apa pun tatau. Saya hampir menangis masa belajar stat kerana terharu encik bos ajar saya satu demi satu bagai seorang ayah mengajar anaknya. Kesannya, saya jadik bersemangat dan tidak lagi mahu menghindari stat. Kesabaran dalam memberi penerangan setiap teknik dalam lab, mengajar stat, telah membuatkan saya lebih memahami apa yang saya lakukan sekarang. Tipu kalau saya kata saya tak pernah buat encik bos saya rasa tak best. Tapi mereka tak pernah pandang rendah pada student sebab konsep depa
a. sapa yang tengking-tengking student buat salah tu sebenarnya depa pon tatau apa yang betul.
b. setiap orang bermula dari bawah, even yang menang anugerah nobel. jadi kita sepatutnya hargai juga pandangan amatur.
Depa guna cara explanation berhemah. Dan saya adalah sangat suka.

3. Kat sini semua pensyarah guna konsep bukak pintu kalau ada kat bilik. Kalau nampak pintu tutup tu tandanya depa takde. Jadik tak timbul isu ketuk pintu sampai ganggu pensyarah demam yang sedang berehat *hiks*. Saya rasa cara nih sangat ok sebab sendiri paham kalau pintu tutup tu maknanya not available - tak kira la ada orang ke tak. Senang untuk semua orang, takyah nak ketuk sampai sakit tangan.

4. Ini benda yang kita memang tak boleh ubah kecuali yang baca point ni adalah menteri pendidikan *ulps*. Sama mcm uni2 kat tanahair, depa sini takde punch kad *termasuk staf sokongan*. Kerja adalah flexible, datang bila nak, balik bila nak. Yang penting kerja kena siap. Even kerja dari rumah pon boleh *kalau takde keje yang melibatkan lab/field* dan mereka bebas pakai apa saja pegi kerja. So, semua orang pakai sempoi ja pergi kerja - jeans, tshirt. Maka semua orang bekerja dalam keadaan tenang dan gembira dan kurang stress. Dan untuk RA yang dihire guna duit grant, depa tak kerja sampai 5 hari seminggu pon. Kalau kerja sampai 5 hari seminggu tu dah kira mcm gila rajin la. Tu sebab depa kata saya gila bila datang weekends buat kerja. Sepatutnya exception utk students sebab memang kena kerja kuat kan. Tapi encik bos pernah sound saya bila dapat tau saya balik dr opis pukul 11 malam. Dia kata untuk menjamin kerja kita bagus kita kena cukup rehat dan perlu enjoy. Tu sebab untuk stat dia suruh saya prektis 30 minit je sehari =), untuk buat lit review dan experimental design dia suruh spend setengah hari je setiap hari.

5. Saya tak pandai nak bagi ceramah agama, tapi saya tertarik bila encik bos bgtau dia dibesarkan dalan keluarga berpahaman yahudi yang kuat tapi sekarang dia adalah atheis. Bagi dia, agama menyebabkan manusia berpecah belah. Dia kata yahudi dan Islam tak jauh sangat beza dari segi cara hidup - depa pon takleh makan babi, depa pon kena makan binatang yang disembelih etc etc. Dia kata dia hairan kenapa teruk gila Yahudi gaduh ngan Islam. Bagi saya senang je, Islam pun suruh kita hormat penganut agama lain, walaupun kita tak setuju agama dia. Hormat dan ikut adalah dua benda yang berbeza. Masalahnya ada antara umat manusia nih suka overreacted main maki2 agama orang. Bukan nak menunjukkan keindahan Islam tapi takutkan orang dengan sikap kita. Bukan Islam je yang bergaduh sesama sendiri mcm syiah ngan sunni, tapi agama kristian pun sama. Pendek kata sesama agama pon bertegang2 leher, inikan pula agama lain. Maka saya menyeru pada diri saya sendiri dan anda semua, kita janganlah maki2 agama orang kalau depa tak cari pasal. Tapi mcm kes kat gaza tuh memang saya mencarut je. Sama-samalah kita tunjukan Islam is the way of life, mengangkat tinggi martabat wanita, menghargai lelaki, mendisiplinkan dan menenangkan umat manusia. Tolong juga doakan supaya encik bos diberi hidayah oleh Allah kerana sungguh, dia adalah orang yang baik. =)

Semakin hari saya rasa semakin matang bila didedahkan dengan budaya yang berbeza =).
And I love UNE.

2 comments:

  1. bnyk pengalaman boleh kutip bila kita merantau ditempat org. ayg walau setakat johor (tempat paling jauh ayg penah pegi) tp kalo ayg x ke sana, x mungkin ayg tahu mkn soto n otak-otak.

    ok, ayg terkeluar topik.

    pendek kata, ayg mau cr pengalaman mcm acu. korea? hehehehe

    ReplyDelete
  2. ayang, jom simpan impian pegi korea ngan jepon nak?

    ReplyDelete