Thursday, July 30, 2009

Hari ini dan minggu depan

Hari yang produktif dari segi akademik. Sepanjang opis hour dok kat lab. Sa*ra akan cuti 3 minggu mulai Sabtu.*sob, sob*. So, tadi, dengan penuh semangat untuk kurangkan bergossip, duduk di lab untuk pulun buat pembetulan report. Dan standby incase Sa*ra nak tinggalkan pesanan apa2 untuk kemaslahatan lab. Series, kalau lelaki tu lelakilah jugak, kena ada pompuan yang manage lab. Bila Sa*ra takde, berantakan lab *jeling encik bos dan abang ga*reth*. Tak tahulah 3 minggu Sa*ra takde ni mcmana. Sebak betul rasa. Pasti berantakan. Pasti.

Dah buat pembetulan report - dari dua belas mukasurat single spacing jadik 17. Amat memberansangkan walau tak tahu apa yang direpekkan sampai beranak 5 mukasurat. kehkehkeh. Alhamdulillah setakat ini. =). Lepas miting minggu depan akan meroyan balik..hehe.
Bila mula menguap dan mengantuk buat pembetulan *sokmolah menguap kalau buat kerja akademia. menulis blog, bergossip tak pernahnye ngantuk kan?*, pegi tolong Sa*ra proses sampel. Sian pulak tengok dia buat beratus-ratus sampel seorang diri. Bila dia tak menyanyi dan tak bersiul girang tu tandanya dia dah penat..Ada lagi seratus esok.

Agaknya inilah tips untuk bekerja dengan tekun. Jauhkan diri dari ratu-ratu goss Iraq dan India. Jauhkan diri dari Facebook. Jauhkan diri dari ym.
Tapi tetapppp.....mendekatkan diri dengan Peter. Otw balik dari beli lunch bertembung dengan Peter dan terus berjanji sehidup semati berpakat untuk menghadiri kelas End Note bersama-sama minggu depan di library. Dix*on library akan menjadi saksi kami bersama-sama menghadiri kelas *tra, ada bakat dak aku menjiwang mcm ko?*

Minggu depan pasti berbeza, pasti. Kerana Sa*ra tiada, kerana perlu bersedia untuk experimen, bersedia untuk miting lagi, bersedia untuk drivers knowledge test, dan perlu bersedia pakai baju lawa untuk menghadiri kelas End Note.

Minggu depan, semoga takde yang pelik2 berlaku.

2 comments:

  1. Wah, drama sangaaat.
    Ala-ala ditinggalkan bersendirian, mencari kasih dari Peter kaaan.

    Eh, ada 'scheduled meroyan' yek?

    ReplyDelete
  2. hakhakhak. seboleh boleh kan?

    Yer, ada scheduled meroyan. So, alert tu bertujuan untuk memberi peringatan dan keinsafan supaya jangan meroyan bila tiba saatnya..keke

    ReplyDelete