Tuesday, July 21, 2009

PMS kuasa dua

PMS - pre menstrual syndrome dan post meeting syndrome.

Rasa mahu balik Ipoh, makan nasik, tido puas2 kemudian bila dah ok baru balik sini.

Tetiba menjadi cold dalam meeting. Walaupun encik bos memberi senyuman dan bercakap dengan baik. Yer, encik bos hensem sebenarnya, tapi tetiba saya rasa takde lelaki yang hensem di muka bumi ini. Encik bos pon tak bercanda ria dengan saya hari ni. Mungkin jugak sebab saya hari ini dalam meeting sangat series. Saya hanya bercakap soal akademik *wah gitu*. Bila encik bos tanya2 hal personal pon saya jawab sepatah dua kata dan cepat2 nak keluar dari bilik dia. Entah, saya pon tatau kenapa. I'm avoiding any conversation with men today di alam nyata.

Report saya ada baaaaaaaaanyak pembetulan. Rasa mahu angkat bendera putih sebab saya memang tak reti nak elaborate dah. Saya ada semua data dan fakta tapi saya tak boleh tulis. Saya tak reti tulis. Saya reti tulis entry blog 3 kali satu hari. Report eksperimen saya tak reti tulis. Bila depa bagi nasihat berguna dan membina, saya senyum paksa tapi rasa nak lari balik bilik dan nangis. Dah 3 bulan dok sini english makin teruk. Saya rasa mcm nak berhenti belajar. Nak jadik pengurus artis sepanjang masa.

Mamat arab gatal tetiba pulak mintak tolong explain pasal protokol eksperimen *orang lain cakap dia gatal, saya bukan labelkan sesuka hati*. Dahla dia buat pasal ayam! Dan dia tak buat parasit! Tanyalah orang lain kan? Gigih jugak nak tanya saya yang tengah hangat hati nih walau dah suggest tanya kat Peter. Note: Peter buat kajian pasal ayam.
Jenuh buat muka bengang, tak paham bahasa jugak, siap ajak discuss kat asrama malam nih. Sorryla pokcik, aku meroyan hari nih. Kalau tak meroyan pon tak kuasa nak jumpa pakcik kat asrama. Saya terus pass protokol saya dan blah. Susah la kalau orang tak paham bahasa nih. SAYA TAK BUAT PASAL AYAM! dan SAYA TAK BUAT PASAL VIRUS!
Ha, takyah buat senyuman gatal tu! Kang ada yang kena hempuk.

Dan hari ini bila Peter tegur sambil sebut nama saya, saya tak eksaited. Tipu, eksaited sikit. Sikit je. Sikit sangat. Ini kali pertama dia sebut nama saya, tapi saya buat-buat tak nampak dia dan buat-buat terkejut. 'Oh how are you?' saya balas dan blah sebelum dia jawab. Padahal dah nampak masa jauh beribu batu sebab kenal jumper dia *wah, gituh*.

Lidah refuse minum air putih, padahal itulah minuman sehari-hari. Asik berulang ke mesin gedegang beli minuman bertin2, beli pulak bar coklat kat mesin, beli pulak air berperisa lain, makan pulak coklat bar.

SAYA TAK RETI BUAT PEMBETULAN!!!!
SAYA NAK BALIK IPOH!!!

mak, nak balik..huhuhu

2 comments:

  1. kekekekeke

    sabar dijah. meh balik meh... heheehhe *lariiiiiiiiii sebelum dijah sound akak pulak* hahahaha

    ReplyDelete
  2. i should call you after 2pm tadi kan.

    sure suara sampai keluar anak tekak akan berkumandang spt jam 1.20pm td.

    ReplyDelete