Sila jangan baca kalau belum tengok.
Sudah tengok HP. Review dipecah-pecahkan mengikut konsep.
Mode fangirl:
- Sentap ya amat bila movie ni banyak pulak fokus on kisah cinta Ron yang digilai ramai orang lepas menjadi keeper yang hebat dalam quidditch dan ala2 menjalin hubungan cinta sekejap dengan minah gedik (Lavender). Tak suka, tak suka, tak suka!!
- Ron makin sasa, tapi sebab dia berlakon bercinta dengan pompuan gedik, tak suka! tak suka!
- Neville makin smart. Seamus juga. Mungkin suatu hari nanti depa akan jadi hero filem.
- Fred and George makin hot! Sampai sekarang masih gagal nak bezakan mana Fred, mana George.keke
- Malfoy tak hensem. Cengkung semacam!
Mode pembaca novel:
- Terasa mcm part2 penting dipotong dan benda tapahapa mengarut dipanjangkan, especially bab kisah cinta. Rasanya ada part Harry 'flashback' dan dapat tau sapa half-blood prince kan? Alih-alih dalam cerita nih Snape tetiba ngaku camtu ja. Sangat tak best.
- Part perang2 warga hogwarts lawan dengan konco2 voldermort takde! Part tu la suppose paling hangat wehhh!
- Klimaks adalah bila dermentors ngan Bellatrix dapat masuk hogwart, tapi bila tgk movie mcm takla hangat mana. Setakat berjaya masuk pastu lepas dumbledore mati *tu pon snape yang 'bunuh'*, then buat vendalisme dengan sepak2 terajang barang. Apekah? Tak mendebarkan! Lebih mendebarkan masa Harry and Dumbledore pi amik Horcrux.
- Lepas bunuh Dumbledore habis mcm tu je lah, frust! Pengebumian pon takde, padahal part tu la yg meruntun jiwa.
- Bila habis tengok movie I felt the other part mcm kosong, mcm cerita tak habis. Nilah pulak keburukan bila baca novel. Tsk tsk.
Mode penonton berhemah:
- It was ok. Ada elemen suspense dan humor. Rasa macam lebih lawak dari citer2 sebelum ni. And yes, Ron never failed to impress me dengan lakonan dia yang berkesan. I really hope the last two films (depa akan pecahkan pada 2 – deathly hallows 1 & 2) depa tak buat semberono ja.
uh aku pun dh tgk. mana part lawan2? sentap! byk kisah cinta plak, buhsan tul
ReplyDeletekan? kalau depa pendekkan part ron bercinta dengan lavender tu, aku rasa leh masuk part depa lawan death eater. mesti power kan?
ReplyDeletei was like 'ni je ke?' So, tak terpikir pon nak tengok kali kedua.
Part hermione nangis2 beria tu pon aku rasa mcm tak perlu. cukuplah tunjuk dia jeles kan. Aku rasa orang semua dah tau ada sesuatu antara ron ngan hermione.
aku rasa team yang sama akan buat citer HP and deathly hallows 1 & 2. Kalau buat tapahapa mesti panggung kena bakar.
laaa ye ke....turn off la nak tengok kat KL nanti... huhuhuh...
ReplyDeletesapa suh baca kalau tak tengok lagi? ala, ko jiwa sentiMENTAL gituh kan..harus ko enjoy sebab banyak adegan cintan cintun.
ReplyDelete