Wednesday, October 27, 2010

I'm back, I think

Eksperimen.
Collection day was yesterday. Penat ohmaigot tapi better dari last year,walaupun tahun lepas ramai orang tolong. Tahun ni sebab Charlote dah takde, sv2 dan gareth busy, sara kat siam..maka hanya Fi yang tolong. Alhamdulillah setel menjelang pukul 11pm lebih. Lepas tu terus pengsan sampai bangun pagi tadi pon lambat :(
Maka akan bermulalah kisah pengiraan cecacing dalam beratus2 sampel. InsyaAllah esok akan mula grind sampel dan akan berubah menjadi gaban, bersedia untuk stay lewat malam kat lab sampai krismas.
In a way, kurang stress dari tahun lepas sebab dah expect apa yg akan berlaku. Kalau mcm tahun lepas, langsung takde idea..so bila proses sampel buat pertama kalinya rasa mcm nak terjun sungai, walau kat sini takde sungai untuk diterjuni.
And yes, rasanya bila ada kereta ni banyakkkkk sangat membantu. Kalau nak balik lewat insyaAllah tak runsing sangat. Nak rush ke pekan secara tiba-tiba pon no hal. Rasanya keputusan paling bijak kat armidale ni adalah beli kereta, due to the fact public transportation agak susah, tak mcm di bandar2 utama di seluruh dunia. Thanks kat mak n ayah yang menyokong keputusan pembelian bijak ini..hehe.

Keputusan.
I've decided to move out. Akan pindah ke umah baru awal bulan 12. Rumah satu bilik, fully furnish, semua benda ada. Siap cadar2 ngan towel sekalik dia sediakan. Tapi kena pi beli gas sendirik. Rumah sangat dekat dengan airport (boleh jalan kaki), atas property, dari tingkap bilik boleh nampak lembu meragut dan tuan rumah kata boleh bela binatang apa2 pun kalau nak.hehe. Juga bersebelahan ladang anggur untuk dibuat arak. gulps. Walaupun umah baru ni mahal, saya dah nekad pindah sebab malas nak pikir dah... Yang saya suka umah ni takyah deal ngan agent segala. Boleh masuk bebila dan boleh blah bebila dengan syarat maklumkan pada tuan umah. Dan on top of that, akan berjiran ngan Elodie..hehehe. Sekarang sedang cuba berjimat cermat menjarangkan diri topap dan membeli benda2 merepek online. Pembelian terakhir yang berkonsepkan pembaziran gila meroyan ahjumma tak sedar diri adalah pembelian kad soribada untuk dload lagu jay dari website korea (utk dia dapat ranking bagus dan dpt award). So mintak maaf kalau lepas ini tiada dah panggilan hangit dari I. Add me on skype/ym/live/FB :).

Jaywalkerz.
Saya follow bebudak Jaywalkerz kat twitter dan selalu diam je sebab saya tak aktif kat shoutbox 2od. Tah mcmana bebudak malaysian jaywalkerz folo saya kat twitter dan kendian budak aussie pun folo. Maka jadilah adegan folo molo tanpa kenal.. Peramah nak mampus bebudak nih dan gedik!Maka lingkaran persahabatan dah jadi mcm lingkaran BieberFever..merebak2..sampai kami sendiri tatau kami bertweet ngan org dari mana/bangsa apa..keke. As I mentioned in my previous post, bila ada persamaan maka akan jadik rapat. That is IF you want to find the similarities. Dan sebab kegigihan semua Jay Bum jadik tresnding topik kelmarin. Padahal depa buat test run jer sebab hipotesis kami ada orang label tweet kitorg sbgai spam. So yeah, hari tu berjaya maka betul lah sebelum ni telah dispamkan. Dan kawan2 sila jgn folo saya kat twitter, series...sebab dah jadi tempat spamming pasal jay.huhuh
Dan kerana telah berjaya trend Jay Bum di tangga pertama, jay post ini sebagai tanda terima kasih.



Dont get me wrong. I'm not supporting tatoo or topless men. Saya tak sarankan sesama buat tatoo. Tapi nak bgtau yang Jay ada 3 tatoos - dada (tahun lahir ayah, mak, dia, adik dia jehan). kendian belakang telinga (AOM). dan last sekali belakang badan (Jaywalkerz). Rupanya ada maksud tersirat family in his heart, AOM by his side, Jaywalkerz behind him. Aigoooooo pandai dia berfalsafah kan? Tapi mengeja kurang pandai.kekeke.
And Jwalkerz tgh try nak pomot jay masuk Ellen Degene...mcmananakeja tu...hehe. Hope berjaya lah :)

the vid that changed everything :) <3



Selamat malam semua (tatau kenapa ceria hari ni..hehhee)

ps: tgh tulis poskad untuk mak jay untuk wish happy belated birthday and happy new year..ohmaigot, rasa seperti muda kembali..kekeke. thanks to kpop fandom, anda akan perasan terasa muda 10 tahun. kehkehkeh

3 comments:

  1. dijah, nanti upload gambar rumah baru eh? horayy!dah dapat rumah. mcm best je bunyi rumah tu.

    ReplyDelete
  2. Seperti mencabar saya yang berpindah berulang kali jugak kat sini. Nih berapa kali pindah dah ni

    ReplyDelete
  3. Am, baru masuk kali ketiga.hehhehe

    ReplyDelete