Thursday, October 21, 2010

Andartu

Kita jangan marah kalau orang panggil kita andartu. Anak dara tua nih taklah hina sebenarnya. Tapi kadangkala cara orang sebut tu keji dan hina. Sama dikeji dan dihina macam babi, lembu. Hidup kita di donia nan fana ni suka rendah-rendahkan tarap manusia. Yang ada degree konon lebih mulia dari yang tak habis darjah 6. Yang kerja PTD konon lebih mulia dari jaga sekolah. Yang muka cun mengikut piawaian lelaki lebih molia dari pompuan yang muka-muka taraf biasa. Yang kulit putih melepak lebih taraf tinggi dari pompuan kurang cerah. Pompuan yang kawin lebih molia dari pompuan bujang. Pompuan yang ada anak lebih molia dari pompuan takde anak. Pompuan kerja lebih molia dari surirumah. Pompuan menyusukan anak sampai 2 tahun lebih molia dari pompuan yang bagi anak minum susu lembu. Lelaki kaya lebih molia dari lelaki yang kais pagi makan pagi. ulps, terpanjang pulak contoh. hehehhehe

Dulu, saya cukup tersentap dan tertampar bila dipanggil kertu/andartu. Tapikan, bila saya fikir..takde keji dan hinanya. Lainlah kalau orang panggil kita antakdartu (anak tak dara tua) atau andartaklu (anak dara tatau malu) atau pertubian (porempuan tua lesbian). At least orang teka kita masih suci murni walau muda, khennnn? hikhik. This is fact. Kita masih anak dara. Dan kita sudah melangkah ke alam tua. Walau macamana rasa terhena, itu hakikat. Hakikat yang kita kena terima. Sudah rezeki kita dikellingi orang yang kasih dan sayang pada kita dan amik berat. Kat barat pon ada istilah anak dara nih, dan environment depa sejibik sejibun mcm kita, tapi tahun 80an kalau tak silap. So insyaAllah lagi 10-20 tahun lagi rakyat jelata kat negara tercinta dah berubah mentality, tak lagi dok mengompat sohseh tepi pelamin membincangkan umur pengantin perempuan yang dah menginjak ke angka 29. Umur berapa kawin pon orang akan cakap2. Umur 20, depa kata gelenyar segelenyar supik gelenyar nak kawin. Bila terlebih sikit depa tuduh jual mahal perasan cun dan nak laki mcm Jay Park. WTF? Kita semua mengaku ada Tuhan, pungpang cakap percaya qada' dan qadar..tapi motip sangat dok kejan org suh kawin tepat2 umur 25. kekeke. Pelik betul. Bila single tanya bila nak ada bf, bila ada bf tanya bila nak tunang/kawin. Dah kawin tanya bila nak ada anak. BIla ada anak tanya bila nak tambah lagi sorang. Kalau setiap kali depa tanya tu depa hulur dalam seribu dua ribu ringgit Malaysia, kita pon tumpang gembira, ye dok?

Royan: on.

Hari tu, ada jantan tak sedar diri dok pungpang cakap pasal andartu ni. Dia kata andartu ni sebenarnya golongan yang menyebabkan diri mereka jadi andartu – mulut lazer, kuat mengumpat, tak pandai jaga diri, kasar, anti lelaki and what not. Biasanya andartu akan terus kekal jadi andartu. Series bila saya tau ni rasa nak baling terompah besi. Kalau jantan mulut pondan mcm tu haruslah hilang selera pompuan nak kawin okes. Aku rela tak kawin seumur hidup, mati single dari dapat jantan mulut hazabedah tarap longkang. And yes, ada sesetengah pompuan dah kawin kata andartu ni dengki depa ada laki. prft. Ekskius mi. Kalau laki hangpa muka cam Jay Park pon ai tak jeles. Sometimes orang salah paham. Orang meluat tgk gambo cumbu2/kemesraan melampau yang dalam kelambu yang selayaknya hanya untuk diri sendiri. Motip gambo separa bogel laki bini pampang kat semua orang? Eu, puhlis. Lebih baikla aku jeles kat bebudak yang nak pi fanmeet jay kat putrajaya disember ni dari jeles kat laki org..kekeke.

Royan: off.


Saya tau ramai rerakan seandartuan baca blog ni. Saya nak cuma cakap, manfaatkanlah masa single ni dengan sebaiknya. Series, Allah takdirkan semua ni ada hikmah. Jangan kawin sebab nak tutup mulut orang. Kalau kita asik buat rutin yang sama je hari2, bosan okes. Kucing pon tukar-tukar tempat tido/lepak. Alhamdulillah saya nampak hikmah single ni. I'm enjoying myself, sebab saya yakin kalau ditakdirkan saya dah kawin skang, either laki saya masuk tanjung rambutan atau dia depression. keke. I love my own sweet time. and I love meroyan =)

Weekdays biasanya saya manfaatkan untuk study. Sabtu pagi akan pi swimming class, then minggu ni pegi tolong bebudak radio untuk program kat sekolah, insyaAllah. Ahad ni akan start berkelas dengan bebudak kat masjid (feeling-feeling ibu Arini) dan next week akan start sample collection and processing. But hopefully weekends saya ada lebih masa untuk berehat dan bertenang.

and yes, im a bit down actually. Bukan,bukan bab andartu ni. but pasal FM ni. Motip sangat dah 28 tahun saya lahir. 27 tahun di Malaysia. Tahun ke 28 di mana saya tidak berada di tanahair masatulah chenta hati nak mai Malaysia. Motippppppppppppppppppppppppppppppppp? Ada budak kat Melb dah siap survey tiket airasia. Tapi mcm kerja gila je kalau kitorang balik semata-mata nak jumpa Jay kan? tiket dia je dah ratus2. campur2 ngan tiket kapalterbang dah boleh buat belanja kawin. kekeke. Kalau boleh pinang jay takpe gak. gulps.

-----------------------------------

off topic: kenapa org kata lagu ni mcm lagu lady gaga? tak sama pong..

3 comments:

  1. ilove being an andartu. thank you Allah :)

    ReplyDelete
  2. Dijah...
    Aku suka giler2 tahap cipan entry ko nih.aku xder double meaning tp ayat2 ko tu mmg sumernye betul and aku sokong especially 199.99%

    ReplyDelete
  3. Toooo diaaaaa. Entry paling kelasss.

    ReplyDelete