Thursday, October 14, 2010

1Malaysia?

Saya bukan perempuan yang dibesarkan dalam suasana ketuanan melayu ke hulu, ketuanan melayu kehilir. Setiap kali balik ke Mergong waktu cuti sekolah, filem Hindustan dan drama tamil yang selalu bermain di tv. Bila saya melangkah ke dapur, Tok Ngah sedang dengar berita tamil di radio. Tok Wan datang dari India, migrasi untuk mencari bersuap-suap nasik. DItemukan jodoh dengan Tok..yang nampaknya tak berapa nak Melayu. Ketika saya menulis ni saya terfikir, apa bangsa keluarga Tok? Melayu? Mamak? Bengali? Entah. Sebelum ni saya tak pernah terfikir. Tak pernah ingat nak tanya. Sebab saya tak sangka Isu bangsa akan jadi benda yang boleh melukakan, boleh merosakkan, boleh memecahbelahkan.

Sejak otak saya berupaya mengingat, saya tahu ayah mengajar di sekolah St. Michael Ipoh. Ajar sekolah Kristian. Ajak budak Cina, Melayu, India, Bengali. Saya tak pernah terpikir kenapa ayah mengajar sekolah Kristian, anak-anak Kristian walau dia hantar kami adik beradik sekolah agama swasta. Saya tak pernah tanya kenapa sebab saya tak pernah terfikir isu agama boleh melukakan, boleh merosakkan, boleh memecahbelahkan.

Jiran kami Cina, ada anjing nama AhKong. Bila anjing dia mati kena racun, saya dan adik2 tumpang sedih. Tuan rumah kami nama Kesavan. Saya takkan lupa nama Kesavan, sebab ayah eja Kesavan sebagai K7. Masa tu saya rasa ayah paling cool sebab boleh eja nama orang dengan kretif sekali.hehe.

Di sekolah menengah, Cikgu Chong dan Cikgu Chee mengajar semasa di menengah atas. Walau ada khabar angin yang mengatakan cikgu Chong mengajar di sekolah agama sebab ada niat tertentu, kami telankan saja. Belajar macam biasa. Tidur dalam kelas macam biasa, bermesra dengan cikgu2 mcm biasa dan pasti akan jumpa cikgu kalau ada latihan yang tak dapat dijawab. Saya masih ingat kami menyelitkan membaca surah toha ayat 1-10 lepas baca doa penerang hati, untuk melembutkan hati cikgu chong dan cikgu chee supaya kasihani kami yang suci murni ni.hehe. Dan kasih sayang yang mereka berikan sesuci cintamu kasih sayang ustazah dan guru2 yang lain.

Di USM, kami diwajibkan bercampur dengan pelajar bukan Melayu di kolej kediaman. Saya ditempatkan dengan Catherine India Kristian di Tahun 1, Cynthia India Kristian di Tahun 2 dan Florence, Cina Kristian dia Tahun 3. To my surprise, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku walau kami semua nampak 'berbeza'.

Semasa Masters, penyelia lapangan saya Dr Chandra, wanita India Hindu. Saya dibantu oleh En. Hassan Ghulap Din, Pakistan Muslim dan senantiasa diselia oleh Pn Vasuge India Hindu, Dr. Naheed Pakistan Muslim dan Dr. Mahendran, India Hindu. Kenapa saya mula melabelkan bangsa dan agama setiap seorang? Sebab nampaknya ini identity ni penting. Kita sibuk mencari perbezaan, kita sebok nak fikir apakah dakyah terselindung di sebalik perbezaan.

Kita semua berbeza dan kita akan terus berbeza bila kita mahu highlight perbezaan. Sedangkan di Iraq sesama Arab Muslim tetapi 'berbeza' ikutan Shiah dan Sunni, maka bertelagah. Sedangkan dengan Indonesia yang sama-sama Melayu Muslim Sunni pon kita sering bertelagah.

Kita kata kita mahukan 1Malaysia, tapi kita masih labelkan rakan-rakan dengan nama yang tak sepatutnya. Kita kata kita mahukan 1Malaysia, tapi kita tak rasa kepentingan belajar bahasa rasmi. Kita rasa kita mahukan 1Malaysia tapi kita prejudis pada bangsa lain. Kita kata Islam agama kasih sayang, tapi kita menyemarakkan benci. Kita kata Budda ajar berkasih sayang, tapi kita kutuk bangsa lain cukup-cukup.

Adakah Malaysia hak milik Melayu sahaja?

Adakah Malaysia kaya hanya dengan bantuan Cina dan India sahaja?

Semua orang akan ada soft spot pada persamaan. Kalau kita peminat Jay Park dan berjumpa dengan peminat2 Jay Park yang lain, kita akan secara automatik akan jadi selesa, tanpa mengira warna kulit, bahasa, bangsa, agama. Maka, adatlah Melayu bersatu, Cina bersatu, India bersatu. Tapi perlukah kita bersatu untuk jatuhkan bangsa lain? Lihat apa jadi di Afghanistan, di Iraq. Bila kita dan lalai. Bila kita gigih mencari perbezaan, akan nada pihak lain yang akan datang 'membantu' meleraikan kekusutan. Ketika itu, hancur berkecailah perlembagaan, kuasa sultan, system demokrasi. Yang kaya raya akan ada tempat perlindungan di luar negara, wang simpanan berkepuk-kepuk di akaun bank antarabangsa. Yang tinggal hanyalah kita rakyat-rakyat marhaen hidup dalam kesusahan, tangisan akan diselangselikan dengan bunyi tembakan dan bom. Kawan-kawan dan ahli keluarga mati setiap hari, bukan sebab pemandu bas cuai, tapi sebab terkena tembakan atau bom.

Ini hakikat. Ini yang berlaku di negara-negara yang gigih mencari perbezaan sesama rakyat. Kita bakal pendidik, harus lebih bersemangat memajukan anak bangsa, dan semaikan kasih sayang kepada bangsa lain.

Semua bangsa perlu saling menghormati.

Kita semua perlu hormati bahasa rasmi – belajar dan amalkan. Kalau pergi ke jepun, nak gigih jugak cakap bahasa Melayu/Tamil/Mandarin? Masuk kandang kambing, sila mengembek ok.

Kita semua perlu hormati agama rasmi – belajar dan fahami. Saya paling benci orang mempolitikkan agama. Sila masuk agama ayah Pin kalau rasa nak alter agama sesedap rasa. Jangan lupa kirim salam kat Malaikat di langit ke 7.

Kita semua perlu hormati perlembagaan – di Australia untuk jadi warganegara wajib ambil ujian berkonsepkan negara – sejarah, lagu kebangsaan, etc, etc. Kita kena tau pasal negara baru leh pungpang tuntut itu ini. Kalau komunis tak pernah jajah Malaysia tapi kita kata komuni jajah Malaysia camno? tak ke malu? keke

Kalau gigih gak nak ketuanan bangsa ke hulu, ketuanan bangsa ke hilir sambil kutuk bangsa lain, tunjuk perasaan ke hulu tunjuk perasaan ke hilir konon bela bangsa sendiri tapi bila bangsa lain buat salah kecut telo sekor2 nak amik tindakan sewajarnya, maka saya nak ucapkan:

1Malaysia my ass.

It takes two to tango. Sekian.

3 comments:

  1. teringat mr chee..orang yg menenangkan mak angah..result exam manyak merah-merah belum tentu spm pun merah-merah..positif...

    ReplyDelete
  2. ye ker angah.rindunya kat arwah.. =(

    ReplyDelete
  3. Sangat suka post ini

    aini

    ReplyDelete