Doktor, arkitek, akauntan (walau tatau apa maksud akauntan), pegawai bomba. Saya pernah nak jadi pembaca berita..masa belum akil baligh saya ambil suratkhabar duduk atas katil mak, lapik surat khabar dengan bantal (ala2 meja) dan baca depan cermin. Saya pernah berangan nak jadi artis sebab suka berlakon - tu pasal meroyan masuk segala teater dan pentomin yg ada kat sekolah, dan saya pernah nak jadi penulis. Masa remaja penah tulis cerita seih ntahapah-hapa yang tak habis sampai sekarang. Bila masuk sekolah agama saya nak jadi ustazah dan kawin ngan ustazzzzzzzzzz...kekekkee.
Masa sekolah menengah gedik apply Law UIAM sebab konon minat nak jadi loyer, tapi tak sedor diri tak pernah jaga dalam kelas Sejarah. Camno nak ingat perlembagaan seme, kan? Tapi saya stick ngan sains atas nasihat ayah dan mak.
Kendian apply farmasi lepas habis matriks. Tak dapat. Saya apply Bio gunaan, dapat. Kendian tatau nak amik major apa. Dek kerana gigih masa tu nak mendegilkan diri sebab ayah sarankan amik Biotech, saya amik Vektor Para. Tambahan, kos tu uni lain tak offer dan saya tak minat terperuk berjam2 depan mikroskop dan study pasal dna segala neh.
Masa kat uni gigih nak amik Mass Comm sebagai minor. Tapi motip sangat masa tu boleh tak jumpa skul Mass Comm, sengal! So, amik psikologi sebagai minor.
Kendian bila dah nak habis degree tatau nak buat apa. Ingat nak keje kilang tapi sebab dah ada experience keje kat jabatan hewan masa LI, dapat offer utk wat Masters.
Masa tgh wat Masters pun tatau nak buat apa lepas habis study. Masa tu sibuk gatai bercintan cintun. Encik Tupperware (read: bekas) menyarankan supaya menjadi suri rumah sepanjang masa setelah berkahwin. Sentap. Camno nak beli album2 artis korea jepon kalau jadik surirumah? Napsu membeli saya sangat tinggi. hehehe
Kendian apply keje ganu, sambung belajar sampai sekarang. Tapi percaya tak saya masih tatau nak jadi apa bila
Saya rasa saya nak jadi Gag Lady. Gag Lady kat Korea nun glemer. Bukan jer seronok, boleh moles boyband2 sesuka hati konon tanpa disengajakan..kekekkekkeke
Tak percaya: Sila klik play.
Pompuan dalam ni Gag Lady. Ape nama entah. Walaupun org kata Gag Lady ni tua dan tak mencapai kelayakan menjadi idol pompuan dalam industri hiburan, ada depa kesah. Habis semua budak laki depa sapu masa buat performance..kekekekeke. Walaupun muka budak laki seko2 dok tahan gelak dan gigih cuba melarikan diri..kekeke.
Akhirnya, walau siapa pun kita, orang yang membenci tetap ada. Apalah gunanya kerja gaji ribu riban tapi dahla dibenci kendian tak happy.
Haters to the left, yang penting kita buat benda yang happykan kita. Dan restu mak ayah ye tuan tuan puan puan.
B2st: ILU
Mak ayah: Janganla tak tido malam risau dijah tetiba nak jadi Gag Lady betul2..Hari esok adalah rahsia Tuhan..kekekkekekeke
No comments:
Post a Comment