Sunday, November 7, 2010

I'm quitting

Here it goes.
Last week was horrible. Dramatic. Saya overestimate diri sendiri. Saya ingat boleh handle dua eksperimen serentak. Hakikatnya saya tak boleh.

So, bila selesai collection,saya kena mula proses sampel yang direndam dalam air. Sebab air bukan pengawet, saya hanya boleh ambil masa sampai seminggu sahaja. Kalau lambat sampel akan mengecut dan akan hancur. Kalau telur2 masih hidup,mungkin akan menetas dan akan mempengaruhi keputusan sebab pengiraan melibatkan pembezaan fasa kitar hidup.
Dipendekkan cerita, ada meeting dengan encik bos. Miting untuk perbincangan keputusan eksperimen 5. Di hari yang sama saya perlu mula eksperimen yang ke 7 dan proses sampel untuk eksperimen 6. The meeting was horrible. Saya dah buat silap sebab tak ikut eksperimental design. So en bos was cranky. So, meeting sampai pukul 7 dan ada masalah besar sebab bila dah tak ikut design we had issues with stat analysis. Lepas pukul 7 encik bos boleh balik umah tapi I had to stay in the lab untuk collect sampel dari eksperimen ke 6. Habis collect sampel je dah pukul 11.30. Kendian bila cek eksperimen num 7, something obviously is wrong.


I cried. Sampai dah tak tertahan lagi. Dan saya nekad to quit. Ini sungguh-sungguh.

Tiga malam berturut2 saya kol umah dan menangis tersedu2 nak balik. I had enough. PhD is too tough for me. Sekarang saya paham kenapa KPT takmo biayai bebudak pointer rendah sambung PhD. Buang duit rakyat. Buang masa sv. Tapi saya niat even saya quit,saya nak quit secara terhormat. Saya akan habiskan semua 7 eksperimen dengan report sekali dan balik. So, the next day, I chuck out ALL the samples from experiment 7. Sebab obviously I cant proceed bila dah perasan silap. Masa eksperimen num 6 tu,saya dah perasan silap tapi saya teruskan jugak sebab saya rasa masih boleh diselamatkan. Memang boleh diselamatkan tapi kesannya sv hangin satu badan.

Bila dah tunda eksperimen, maknanya bebiri kena terus on grass. Kena pi potong rumput lagi hari2 to ensure faecal consistensy berada pada tahap yang kita nak. So, masa saya potong grass, agaknya letih sebab tetiap malam balik dr lab lepas kul 12 mlm...ada satu hari balik kul 5 pagi.. :( So kesannya anak-anak bila exhausted, saya kerat rumput dengan wayar2 sekali. Wayar pemotong rumput tu. OMG. So, jenuh ke kedai, takda satu kedai pon leh repair. Last2 bgtau Sara dan pegi workshop dalam uni. Pon takleh ganti sebab mesin tu dah dialter. So, hanya mampu lekat electric tape. :(

Hari Jumaat masa lunch encik bos jumpa. Ini lah lebih kurang summary

Encik bos: Ok ke? Sorry saya buat you down.
Saya: Takyah mintak maaf, bukan salah encik bos, ini masalah saya dan diri saya sendiri. Masalah dalaman.
Encik bos: Bagus kalau rasa bersalah sebab kita akan belajar tapi dont be too hard on yourself.
Saya: Saya series nak berhenti. *nangis*. Saya dah tak boleh.
Encik bos: Saya dah agak. Saya takkan halang.. Tapi ada satu je lagi eksperimen. Eksperimen kecik. PhD mcm. Semua student rasa nak berenti, kalau tak caya try tanya. tapi jangan tanya gareth. Tanya budak pompuan. Pikir masak-masak.

So yes, I'm giving myself until end of this year. Sampai habis eksperimen num 7. Lepas tu insyaAllah saya akan decide either to pull off or not. Takyah komen fighting chaiyok segala kat entry ni. This time it wont work. Seriously.

7 comments:

  1. k.dijah...serius mmg prnh rase mcm ni jugk. org ade call kwn & ckp2 dgn kwn2 PhD lain. dieorg yg warak ni srh buat solat sunat dhuha. insya Allah dipermudahkan. org try amal....alhamdulilah perasaan tu xde sgt dah n rase tenang skit. k.dijah cube buat solat sunat dhuha tu. try ye kak...insya Allah dipermudahkan Allah.

    p/s: akak ade call org ke?..org x sedr/tinggl handset kat blk/pi toilet

    -kinah

    ReplyDelete
  2. Dear dijah,

    1) Memang ada masanya rasa nak quit (ekceli selalu pun). Hanya yang menanggung saja tahu rasa betapa peritnya hidup. Meski katanya setiap orang itu diuji, tapi bagi diri sendiri pun sudah lelah menjeruk perasaan. Nothing else to say except hope (with Du'a) Allah will help us in the end of the journey if He want to test us in the beginning.

    2) thanks cik kinah atas tipsnya..

    3) i like the last warning sebab hang katalah fighting chaiyok-maiyok apa sekali pun..sumpah langsung takkan dapat merubah hati dan keadaan..

    ReplyDelete
  3. acu..angah xnak cakap fighting ke chaiyok ke..tapi angah penah dgr perkataan quit ni since acu kat taayah lagi..tapi acu x penah kuar dari taayahkan..maybe situasi berbeza taayah n phd sbb angah pun tak pernah amik phd n taktau ape yang acu rase sekarang..tapi angah harap..semangat acu boleh bertahan kat taayah sampai form 5 even perkataan nak berenti tu ada di mulut acu dpt di serap utk PHD..aper-aper pun..setiap yang terjadi pasti ade sebabnya Allah lorongkan macam tu..

    ReplyDelete
  4. same2 k.roni...huhu...mule2 nk buat solat tu mmg sush...mls la, esk2 buat xpe la...tp skali dh buat insya Allah kite akn jage. w/pn xde la nk kate npk cahaya terang bederang di ujung jln tp kite tenang n berserah kat Allah. hrp2 ape yg jd dlm hidup kite ni kite redha...

    k.dijah...ape2 pn kptsn akak org sokong..semoga Allah beri petunjuk kat akak...

    -kinah

    ReplyDelete
  5. Alah.. rasa nak quit... bebudak pointer tak rendah macam saya pun rasa nak quit jugak. Camner tuh??

    ReplyDelete
  6. usaha dan tawakal
    insyallah semua akan
    berjalan dengan baik
    jangan putus asa
    itu adalah cabaran
    susah...senang
    mesti hadapi dengan tabah
    tinggal lagi camne
    kita nak handle The situation...:)

    i know u can do it
    dont doubt urself..:)
    success needs sacrifice

    ReplyDelete
  7. acu, do what u think is the best for u. and think about next few years, will u regret ur decision? if u think ur making the right choice, then don't look back and go for it.

    ReplyDelete