Sunday, November 14, 2010

Peminat ke pemenat??

Saban hari akak mendengar kisah artis-artis terganggu mental dan emosi dek kerana fangirls meroyan.
Selaku fangirl yang matang dan berpengalaman..meh akak nak share sikit...

1. Artis tu manusia jugak. Ada hati dan perasaan. Dia pon ada rasa rimas. Dia pon ada rasa annoyed. Justin Bieber pon rimas bila fans perangai cam orang hilang akal.
Tak suka kan kalau orang yang kita sayang *kehkehkeh* rimas? So, tolongla behave. Kalau takmo jaga maruah diri takper, kesiankan bebudak artis ni.

2. Boleh tak jangan melakukan sesuatu yang memang tak berfaedah seperti spam artis dengan email/msg kat FB. Buang masa u ols sebab biasanya bukan artis tu yang run account dia. Even kalau artis tu run dia punya akaun sendiri, plis lah get a life. Setakat nak msg FB untuk tanya artis dah ada gf ke dak....very the tak class. Korang ingat korang vogue mcm hasben wardina ke dari fans bertukar pada suami? Kebarangkalian: satu dalam seribu untuk artis Malaysia, satu dalam sejuta untuk artis international satu dan segazillion-billion untuk Jay dan Yamapi okeh. Lebih baik korang update blog. Kalau dah meroyan sgt spam je lah twitter. Apa kata cuba minat Jay Park. Nanti dalam sebulan sekali dia bagi email. Tak percaya?. Klik sini.  *rasa mcm jual barang* kalau nak follow jay kat twitter, klik sini . I beri jaminan dia akan baca tweet u ols tapi takda jaminan dia akan follow balik atau balas. Dia akan respon, tapi dia takkan mention kat tweet...hehhehe

3. Tolonglah jangan buat perangai gila babi menunjukkan betapa obsesnya u ols pada artis. Contoh mcm bebudak korea send surat berdarah mcm ni. Sila muntah. Ngeri okesssssss. Kalau setakat pengsan kalau bertembung tu takpelah, takleh nak kawal perasaan dan tubuh badan kan...Ni gigih la nak menunjukkan obses...Korang ingat artis tu tak seram ke kalau orang buat perangai cam org gila cam ni? Kalau jenis susah mengawal keobsesan, sila try minat Jay Park. Peminat2 dia yang obses rajin bagi hadiah pelik2, tapi dia suka. haha
Well, not to mention setakat ni peminat2 Jay (since terdiri dari golongan pompuan2 tua) semuanya berakal dan tak buat surat berdarah semua nih. Mebi sebab tu lah dia suka..hikhik.

Even korang minat gila kat artis yang baru nak naik dan artis tu ada lebih banyak masa utk layan korang berbanding justin bieber, boleh tak jangan gedik. Jangan push. Kalau betul nak sangat dipertemukan jodoh, sila buat solat hajat hari2. Tapi ingat...be careful what u wish for. Jangan megah nak kawin ngan artis tapi last2 nan hado! Jadi peminat sudahla u ols..toksah jadi pemenat! Contohi akak. Akak cool jer. Yamapi ngan Jay yang gigih kejar akak!!
Zasssssssssssssssss:

ps: tetiba teringat artis naungan terabai..agaknya dia ada tak dikejar oleh peminat?

1 comment: