Saturday, August 1, 2009

Caca merba

Takde benda nak tulis, tapi nak tulis jugak. Aci?

1. Mak dah kenal yamapi, daesung dan top. Anak-anak murid dah tak boleh nak auta cikgu yer, cikgu zaman sekarang vok.kekeke.
Nisa', mungkinkah suatu hari nanti bila malam raya, mak mertua, kakak ipar dan menantu pompuan leh lepak depan youtube layan band jepon korea?ngeh ngeh ngeh. Kalau ada ipar duai yang tak minat, kita paksa dia je yang masak n gantung langsir. *mode bisik: awek halim mcm ada potensi dikerah gantung langsir..hihihi* Kita buat benda yang boleh dibuat sambil menonton youtube - pasang kusyen/pasang besi langsir. Susah2 angkut laptop kat dapur dan menonton sambil masak lauk pauk. Leh hasut opah sekali untuk tengok...Tapi rasanya opah tak suka Big Bang, taste opah lebih ke arah kejambuan - 'lemun' bak kata opah. So, Tegoshi Yuya dari kumpulan NewS mungkin opah suka. *opps, terlebih sudah imaginasi*

Tegoshi dan Yamapi credits: Yamapi Time


Tanabata Matsuri full version Tegomass. Rambut mcm cat tumpah - Massu, Rambut kerinting - Tegoshi.
Depa dua nih subgroup dari NewS - kumpulan yamapi. Orang pakai yukata memang hot lah!


2. Sekarang rasa mcm dok kat hotel sebab hanya dok umah bila malam dan sabtu. Ahad akan ke uni. Bosan bila kurang bergossip berinteraksi dengan umat manusia. Bosan. Bosan. Bosan. Orang smith house hasut suruh pindah balik sana menjelang krismas. Ah, malas pikir.

3. Sa*ra cakap nanti menjelang krismas dia akan boh pokok krismas dalam lab siap ada lampu2 lip lap. Terus rasa gedik nak gantung ketupat menjelang lebaran. Sudah download kat youtube cara anyam ketupat. Nanti nak buat guna riben dan gantung kat lab..keke. Sila bagi semangat. Warna apekah yang sesuai?

4. Dah jumpa alasan yang boleh dijadikan skema jawapan kalau orang tanya kenapa tak pandai/tak suka masak - 'Makanan kat Malaysia murah, lebih baik beli' hahahahah.

5. Dah lulus prektis drivers knowledge test online. Prektis, bukan test betul-betul. Prektis-prektis pon, semedang je gagal. Ni baru pertama kali lulus. Bila lulus terus malas study dah, boleh? Haish.

6. Report sudah siap. Sedang buat experimental design untuk experiment yang akan dijalankan bulan nih. Esok kena drill doblas jar hujan dan tapis tanah. Terus rasa berdebar-debar. Dijangka akan start 12hb, tapi experimental design masih tak siap. Doakan semoga semua ok *sigh*.

2 comments:

  1. of course acu, warna biru. hiks. acu, di sana tiada daun palas kah?

    ReplyDelete
  2. nnti bila krismas gantungla ketupat kat pokok krismas pulak..vok gituhhh

    ReplyDelete