Sunday, August 23, 2009

No!

Mencengkam jiwa. Tanpa diduga. Tanpa disangka. Terlalu leka sampai tidak menjangka kehadirannya seperti selalu. Tindakbalas meroyan emo seposen rupanya sebagai tanda, tapi diabaikan kerana terleka dengan benda lain.

Kupikir, sakit pinggang sebab salah tidur atau kerja kuat sangat *cececece*.
Kupikir, emo tak tentu hala sebab penat sangat.
Kupikir, sengal-sengal lutut sebab kurang kalsium.
Kupikir, exhausted sebab kerja sepenuh jiwa raga *ngehngehngeh*

Sayu kerana sedang bersemangat.
Takpe lah, hargai masa yang ada sebaiknya. Terima apa yang diberi. Semua di luar bidang kuasa.

Sambil masak spaghetti dengan daging cincang untuk lunch esok, tv dibuka - Kate Cook berjaya masuk top 24 Au Idol. Top 24 semua memang vok lah!

Mahu tidur awal, mahu jumpa Sa*ra dan repeat recovery. Tapi masih menunggu kejian dari manusia yg dijadualkan mengeji lepas berbuka puasa.kehkehkeh.

No comments:

Post a Comment