Ada orang mengirim email kepada saya memberi luahan perasaan tentang percaturan tuhan. Saya mengambil kesempatan ini untuk publish satu entry.
Bila kecewa kerana gagal mendapat apa yang diimpi, kita akan jadik down dan ada antara kita yang mempertikaikan kenapa benda ni terjadi pada kita. Kita semua lemah, itu hakikat. Keyakinan kita pada tuhan yang memberikan kita kekuatan. Kita rasa tuhan tak sayang kita, kita rasa kita banyak dosa jadi tuhan mahu hukum kita, kita rasa dunia tak adil pada kita, kita rasa semuanya tak kena, kita rasa pasti ada orang sihirkan kita, kita rasa kita kena jumpa mak esah untuk buang badi dengan mandi bunga .
Bila kita sangsi dengan tuhan, hidup kita akan penuh dengan kemuraman dan kelesuan, kita rasa kita bawak malang, kita akan buat tindakan seperti cuba amik nyawa sendiri atau jumpa tukang tilik untuk tahu masa depan kita - *malang lagikah atau berubah jadi lebih baik?*.
Tra pernah cakap dalam entry dia - kita selalu kata 'time will heal' walau hakikatnya bukan masa yang menyembuhkan, kita sendiri yang bertanggungjawab menyembuhkannya.
"walau kita dalam kesedihan dan berharap agar masa cepat berlalu supaya kita boleh tidur dan untuk seketika melupakan semuanya, masa tidak pernah terhenti. kita tertutup dengan ruang lingkup masa. maka sepanjang kita berada dalam kesedihan, luka tidak akan pernah sembuh selagi kita melihatnya daripada tanda aras kesedihan. selagi kita tidak letakkan diri dalam tanda aras normal atau gembira, selagi itu masa akan bergerak terlalu perlahan (Tra, 2009)."
Dulu masa putus cinta, saya rasa hidup saya sudah gelap. Lebih gelap dari kulit sendiri. Bila direjek pula oleh lelaki yang diperkenalkan oleh seorang pakcik yang saya hormati, saya lebih rasa sedih. Bukan sedih kerana terfikir akan hidup sorang sampai tua di rumah orang tua, hanya ditemani kucing peliharaan. Tapi sedih dan kecewa sebab saya rasa saya sentiasa gagal bahagiakan kedua orang tua. Sentiasa merisaukan mereka dari lahir ke dunia hingga kini. Dari soal kesihatan, pendidikan, pekerjaan, hinggalah ke soal peribadi seperti kekasih hati.
Bagai jatuh ditimpa tangga bila pemergian ke jepun ditentang oleh ketua bahagian di universiti dan juga KPT, menyebabkan saya menahan tangis bila diasak dalam telefon dengan soalan bertubi2 oleh pensyarah jepun yang hairan kenapa saya tak dapat sambung pengajian ke sana. Saya adalah sensitif dan memang ada masalah inferiority kompleks. Maka bila 2 perkara besar ini berlaku dalam hidup saya, kesannya lebih besar dari kesan kepada insan2 tabah seperti anda, anda dan anda semua.
Hari ini, saya boleh menarik nafas lega bila saya fikir tentang 2 perkara di atas. Saya sangat berterima kasih pada tuhan kerana mentakdirkan saya tak berkahwin dalam usia yang muda kena saya baru sedar yang saya sedang menuju kematangan di usia 27 tahun. Saya sangat berterima kasih kerana mentakdirkan saya tidak ke jepun untuk PhD yang mana saya yakin, masa saya hanya akan dipenuhi dengan mengunjungi konsert-konsert mamat jepun yang mendarahkan hidung, atau lebih meroyan kerana masalah bahasa yang ketara, dan juga kerana ilmu perikanan yang masih belum cukup di dada. Saya berterima kasih kepada tuhan kerana mentakdirkan saya menjejakkan kaki ke armidale, kampung yang sangat aman tenteram, bergelumang dengan kecintaan saya dari dulu - *bebiri,* dikelilingi lelaki2 hot yang sangat gentlemanyang terkejar2 saya yang single *ahaks*, dan dikelilingi manusia2 yang sangat baik hati dan suka bergossip. Kalau 3 tahun dulu saya sudah berkahwin dengan kekasih hati, saya mungkin tidak jejak kaki ke sini. Dan mungkin takkan menulis entry ini hari ini. Dan kalau 3 tahun dulu kekasih hati sudah berkawin dengan saya, pasti dia tak kecapi bahagia seperti hari ini - isteri yang cantik dan memahami yang tak meroyan time PMS dan anak yang sangat comel.
Maka kawan, kuatkan semangat. Usahlah bersangka buruk pada tuhan. Kita ingkar banyak suruhanNya, kita buat banyak laranganNya. Tapi tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang. Dia tetap beri yang terbaik buat hambaNya. Sama-sama lah kita berterima kasih dengan tuhan dengan cara hampir dengannya selalu. Suatu hari nanti pasti kamu akan tersenyum puas hati, bila berjaya melepasi fasa gila ini. Sehingga masa itu tiba, kuatkan semangat, doa selalu dan jangan berdendam. Dendam itu akan membuatkan hidup kita jadik suram.
Take care! You can do it! =)
Bila kecewa kerana gagal mendapat apa yang diimpi, kita akan jadik down dan ada antara kita yang mempertikaikan kenapa benda ni terjadi pada kita. Kita semua lemah, itu hakikat. Keyakinan kita pada tuhan yang memberikan kita kekuatan. Kita rasa tuhan tak sayang kita, kita rasa kita banyak dosa jadi tuhan mahu hukum kita, kita rasa dunia tak adil pada kita, kita rasa semuanya tak kena, kita rasa pasti ada orang sihirkan kita, kita rasa kita kena jumpa mak esah untuk buang badi dengan mandi bunga .
Bila kita sangsi dengan tuhan, hidup kita akan penuh dengan kemuraman dan kelesuan, kita rasa kita bawak malang, kita akan buat tindakan seperti cuba amik nyawa sendiri atau jumpa tukang tilik untuk tahu masa depan kita - *malang lagikah atau berubah jadi lebih baik?*.
Tra pernah cakap dalam entry dia - kita selalu kata 'time will heal' walau hakikatnya bukan masa yang menyembuhkan, kita sendiri yang bertanggungjawab menyembuhkannya.
"walau kita dalam kesedihan dan berharap agar masa cepat berlalu supaya kita boleh tidur dan untuk seketika melupakan semuanya, masa tidak pernah terhenti. kita tertutup dengan ruang lingkup masa. maka sepanjang kita berada dalam kesedihan, luka tidak akan pernah sembuh selagi kita melihatnya daripada tanda aras kesedihan. selagi kita tidak letakkan diri dalam tanda aras normal atau gembira, selagi itu masa akan bergerak terlalu perlahan (Tra, 2009)."
Dulu masa putus cinta, saya rasa hidup saya sudah gelap. Lebih gelap dari kulit sendiri. Bila direjek pula oleh lelaki yang diperkenalkan oleh seorang pakcik yang saya hormati, saya lebih rasa sedih. Bukan sedih kerana terfikir akan hidup sorang sampai tua di rumah orang tua, hanya ditemani kucing peliharaan. Tapi sedih dan kecewa sebab saya rasa saya sentiasa gagal bahagiakan kedua orang tua. Sentiasa merisaukan mereka dari lahir ke dunia hingga kini. Dari soal kesihatan, pendidikan, pekerjaan, hinggalah ke soal peribadi seperti kekasih hati.
Bagai jatuh ditimpa tangga bila pemergian ke jepun ditentang oleh ketua bahagian di universiti dan juga KPT, menyebabkan saya menahan tangis bila diasak dalam telefon dengan soalan bertubi2 oleh pensyarah jepun yang hairan kenapa saya tak dapat sambung pengajian ke sana. Saya adalah sensitif dan memang ada masalah inferiority kompleks. Maka bila 2 perkara besar ini berlaku dalam hidup saya, kesannya lebih besar dari kesan kepada insan2 tabah seperti anda, anda dan anda semua.
Hari ini, saya boleh menarik nafas lega bila saya fikir tentang 2 perkara di atas. Saya sangat berterima kasih pada tuhan kerana mentakdirkan saya tak berkahwin dalam usia yang muda kena saya baru sedar yang saya sedang menuju kematangan di usia 27 tahun. Saya sangat berterima kasih kerana mentakdirkan saya tidak ke jepun untuk PhD yang mana saya yakin, masa saya hanya akan dipenuhi dengan mengunjungi konsert-konsert mamat jepun yang mendarahkan hidung, atau lebih meroyan kerana masalah bahasa yang ketara, dan juga kerana ilmu perikanan yang masih belum cukup di dada. Saya berterima kasih kepada tuhan kerana mentakdirkan saya menjejakkan kaki ke armidale, kampung yang sangat aman tenteram, bergelumang dengan kecintaan saya dari dulu - *bebiri,* dikelilingi lelaki2 hot yang sangat gentleman
Maka kawan, kuatkan semangat. Usahlah bersangka buruk pada tuhan. Kita ingkar banyak suruhanNya, kita buat banyak laranganNya. Tapi tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang. Dia tetap beri yang terbaik buat hambaNya. Sama-sama lah kita berterima kasih dengan tuhan dengan cara hampir dengannya selalu. Suatu hari nanti pasti kamu akan tersenyum puas hati, bila berjaya melepasi fasa gila ini. Sehingga masa itu tiba, kuatkan semangat, doa selalu dan jangan berdendam. Dendam itu akan membuatkan hidup kita jadik suram.
Take care! You can do it! =)
aja!aja! fighting!!!
ReplyDelete"Ada orang mengirim email kepada saya memberi luahan perasaan tentang percaturan tuhan" - waahh..seperti kak sri siantan yg dalam paper utusan tu..vok you..hehehe..
ReplyDeletefadhilah, kalau citer jepon gokusen - fighto, oh! ahaks
ReplyDeletekak ron..harus kak dijah santan! ahaks. vok, jangan tak vok!
setujuuuuu...cume pikir setiap yg jadi..pasti ade hikmah..mungkin tak nampak skarang..tp 1 hari nnti..bile kite boleh berfikir dgn tenang..kite pasti nampak hikmah dari-Nya..
ReplyDeleteacu, walaupun acu x tujukan entry itu pd ayg kerana bukan ayg yg mengirim emel itu, ayg amik semua nasihat acu dan tiba2 bersemangat! haha
ReplyDeletemotippppp quote aku.haha
ReplyDeleteselamat berbuka pose ngan makanan best2,haha
tra