Tuesday, August 4, 2009

Detings

1. Sekarang rasa makin hot. Student2 masters encik bos kedua telah disarankan oleh encik bos untuk berbincang dengan saya tentang projek mereka. Hadoi la, projek sendiri pon terkontang kanting, tertonggang tonggeng, terbalik telangkup. Tapi demi untuk menjaga maruah agama dan negara *kehkehkeh* saya gigihkan diri juga, pepura macam terer tapi sebenarnya tak. Nak dijadikan cerita, salah sorang student terkini yang datang jumpa saya pagi tadi adalah dari Thai, kawan baik adik ikan Siam (Ake). Wah, harus berbaik dengan pompuan nih, mesti ada can berdetingan dengan Ake.
'Thank you very much, you help me a lot' katanya pada saya di akhir perbincangan. Little she know that saya ini ratu propa. Kehkehkeh. Sebenarnya dari mula sampai habis cakap pasal benda yang sama, tapi guna ayat yang berbeza. Dan dari mula sampai habis dok eksplain pasal kitar hidup cacing. Tak memberi idea langsung sebenarnya..huhuhu. Propa itu penting demi kelihatan berilmu?

2. Tuhan itu maha mengetahui. Saya lambat sikit ke kelas end note berbanding peter. Saya masuk, peter pandang, dia senyum *pengsan*. Saya duduk belakang, tapi ditegur oleh penceramah kerana takut tak nampak - saya pendek. Maka........telah berpindah ke sebelah peter since itu je tempat kosong yang ada. hiks. Eh, ada lagi satu tempat kosong sebelah makcik tua yang rupa garang. Sori makcik, saya pilih peter. hahaha. Tapi last2 menyesal dok sebelah peter sebab ntah kenapa jadik keras mcm kayu especially bila rasa peter duduk menyenget menghadap saya. Sebenarnya dia nak ngadap penceramah, kene pusing kiri..dan saya dok kat kiri dia. So, terperasan mcm Peter ngadap saya, bleh? kekeke. Si Peter ni pulak asik jadik perhatian penceramah pompuan. Tak koserrrr tau! Dan dia pulak, semangat banyak tanya. Kalau dia paham tu, ngangguk kemain semangat sampai jenuh saya tahan gelak. Tapi memang dia semangat. Habis kelas saya terus berdesup balik sebab nak deting ngan bos. Dia masih setia dalam kelas dengan 1001 soalan. Vok!!

3. Encik bos tak sihat. Semoga saya tak berjangkit lah sebab dok deting berbincang ngan dia tadi. Bila tak sihat ni dia mcm stress sikit, so gurauan manja dan mesra adalah di tahap minima. Review report masih tak habis sebab report saya dah beranak pinak jadik 21 pages. So, semalam bos cek sampai page 5 sajer *tu pon dah beribu lemon banyak correction* dan hari ni review sampai page 11. Taklah banyak sangat correction hari ni sebab sempat buat pembetulan kecemasan sebelum jumpa dia tadi, based on komen semalam. Esok, bos suh jumpa lagi kul 8.30 pagi. Sebab miting pukul 10 pagi dan kena finalised semua sebelum meeting. Kena bagi report kat encik2 bos pukul 10. Tapi ni ha, baru bos tepon kata encik bos kedua takleh pulak join meeting esok kul 10. Nak genjak kul 2 pulak. Kul 2 pulak saya ada lagi kelas journal index pekebenda ntah kat library. So, sekarang saya tgh mode berdoa angkat tangan tinggi-tinggi supaya bos ketiga pon takleh mai kul 10. Kalau depa takleh mai, leh deting lagi ngan encik bos sempat saya buat pembetulan menyeluruh comel2 dan send kat depa sebelum next meeting. Series rasa semput *analogi je*. Penat-penat. Malam ni bersengkang mata lagi. Ngalahkan orang ada anak kecik je rasanya. huks.
Doakanlah semoga saya sentiasa tenang dan tak kelam kabut..
Inhale, exhale *pengsan*.

No comments:

Post a Comment