Tuesday, August 25, 2009

Attention seeker

Selasa.
Bangun lambat.
Kesakitan pinggang amat meresahkan, menggigit-gigit sampai ke tulang belakang. Kalau ikut rasa hati, tammo pergi ke skul. Tapi dek kerana banyak yang perlu diselesaikan, kugigihkan jua.
Silap tengok jam, terlepas bas dalam tempoh lima minit. Berjalan ikut short cut, jimat 5 minit.
Ingatkan penyembelihan haiwan2 eksperimen ga*reth hari ni. Rupanya esok dan lusa.
Sedikit lega sebab esok leh join. Lusa takleh join sebab nak kena repeat recovery. Lagi.
Dalam lab jalan mcm nenek kebayan, sebab sakit pinggang. Sara suruh amik painkiller. Fi suruh amik painkiller. Last-last amik painkiller. Lega, sikit. Tapi ni dah sakit balik. Sakit sampai rasa nak pakai korset bengkung.
Tiba-tiba encik bos muncul mcm pari-pari. Dia berdiri tepi saya selama 30 saat. Saya diam, dia diam. As expected, dia tanya pasal recovery. Saya tarik napas panjangggggggg selama 10 saat sebelum menjawab *drama queen sangat kan*. Lepas saya eksplain kegagalan demi kegagalan, dia balik bilik dan print out method reference. Dia check step by step, sama tak mcm apa yang saya ceritakan. *haruslah sama encik bos, saya kan anak murid yang skema patuh!*
Sue officer lab sebelah datang, hulurkan pipet untuk dimodify.
Fi datang, bagi idea supaya guna vial dia sebagai scoop.
Sara datang, tolong modify pipet dan vial.
Encik bos angkut keluar mesin bergetar2 tu. *Sha, apa nama mesin yang letak benda pastu dia shake tu? Shaker ke eh?*
Wah, menjadi centre of attention pulak tetiba. Semua bagi idea. Semua tolong berfikir.
Dan akhirnya, recovery adalah 101%. Sentap!
Oh, musykil kenapa lebih 100%? Kerana masa kita bubuh anak cacing awal2 pada tanah, kita just buat estimation sahaja. Kita bukan kira sekor2. Dalam 50 mikroliter ada 90 anak cacing, so, bila kita boh 5 ml larutan yg ada anak cacing, kita anggarkan ada 9000 anak cacing yang telah didispense. Hakikatnya, mungkin lebih atau kurang, tapi takla banyak sangat beza. 1% lebih masih boleh diterima sebab ada baca dalam paper, orang tu penah dapat 106% recovery.
Method lama telah dimodify. Akan repeat betul2 lusa. Esok nak pi tolong ga*reth! =)
Terima kasih semua kerana doakan saya.
Hope percentage recovery lusa ni pon bagus. Amin.
Selesai buat recovery, bos kedua masuk.

'Ada masalah dengan radas2 yang digunakan ke?' *uh, sapa lak kepochi pi bgtau kat encik bos kedua?*
'Haah, recovery jadik sangat rendah'
'So, tak berjaya dapat recovery mcm yang budak dulu buat?' *sentiasalah ada perbandingan saya dan dirinya, uhuks*
'Tak. Tapi hari ni dah agak berjaya. Atas 95%. Dahla sekarang ni masa kecemasan sebab kena proses 100 sampel nun *memuncungkan mulut ke arah incubator* 1 september. Fuhhhh.'
'Fuh, nasib baik' *sambil mengeluh dan geleng kepala*

Tarik napas, hembus. Alhamdulillah. Tapi entah, tak bagitau encik bos lagi berapa result hari ni. He is very unpredictable. Terasa mcm ada lagi benda yang dia nak suruh modify.

Berantakan sungguh benchku. Snap ketika sedang kecoh dalam lab.

----------------

Ntah pesal, air mata bertakung, kesat mata. *air mata kegembiraankah? drama!*. Agaknya tangan kotor, mata terus bengkak dan merah. Cuci mata, tak pulih jugak. Opismet dharma perasan mata saya merah, dia tulis nama ubat kat kertas dan bagi. Huks, bila masa saya nak pegi farmasi? Saya pakai spek mata hitam. Bertembung dengan maikel, dia pelik saya pakai spek mata hitam dalam bangunan. Saya tunjuk mata sakit. Dia bagi nasihat dan saranan, siap risau saya konjunktivitis / ketumbit. Dedua pon bukan lah, alergi nih. Masuk lab wij*dan sebab nak mintak polisterin dari officer lab dia. Depa pelik saya pakai spek mata hitam *mcm buang tebiat pakai spek mata hitam dalam lab kan?*. Teruslah bukak spek. Wah, menjadi insan yang menagih perhatian dan kasih sayang pulak rasa. Officer tu siap amik buffered saline suruh cuci mata. Wij*dan pulak dok membebel suruh pegi medical center. Balik lab, Fi pulak suruh tidur and rehat secukupnya sebab mata jadik sembab mcm baru lepas nangis/tak cukup tido. Hakikatnya mata gatal-gatal sebab tangan kotor pi lap mata. Sue pulak dok mengesound supaya jangan pegang mata lagi. Ga*reth je yang cool, dia ckp 'Nasty'. Itu sajer!! Sib baik masa tu Sa*ra dan encik bos dah balik. Kalau tak, lagi banyak kena bebel..keke. Masih sembab, hope esok makin ok.

Mahu tidur awal, the pain is killing me!

3 comments:

  1. yong..mesin yang letak benda pastu bergetar tu namanya vortex kan?
    get well soon dear...

    ReplyDelete
  2. ahha, ye kot kak ron..saya panggil alat getar2..kekekeke

    ReplyDelete
  3. ahahaaa.. byk mesin yg bergetar2 kak.. vortex pun boleh.. shaker pun reti getar2 jugak kak.. cume mesin belly dancer je lain sikit.. die gelek dangdut punye.. hehe.

    ReplyDelete