Saturday, August 22, 2009

Masak

Terasa sedikit lega dengan perubahan diri *kecuali bab emo, obviously*. Sekarang macam kemain semangat masak. Yelah, dah lapar. Kedai kebab jauh di mata dekat di perut. Dan sebab space dapur yang menyelesakan. Kalau kat smithouse dulu, setiap kalik nak masak kena angkut semua barang, sekalik ngan periuk belanga ke kitchen. Dapur pulak selalu kotor and berminyak. Dah share satu floor, gituhla keadaannya. Pernah tertinggal olive oil kat kitchen dan sudah tidak jumpa jumpa lagi sehingga ke hari ini. Kalau dok umah sendiri sensorang lebih heaven rasanya..Boleh berklung klang *sound effect* segala kat dapur. Kalau kat sini lah, kalau kat Malaysia lagi best makan kat luar - NR kat ganu, Raban kat Ipoh dan banyak lagi tempat makan yang best..kekeke.

Setakat nih dah masak ayam masak kicap, ayam masak merah cair, sambal tumis ikan bilis 1 - yang buat dharma mc satu hari, 2 - yang sedap!!!, udang masak butter, ayam sup yang kena buang dalam tong sampah, ayam masak lemak sampai pecah minyak, nasik goreng indon, suun yang disangkakan bihun goreng, sawi goreng, kubis goreng. Yang bakar-bakar saya tak kira. Yang setakat bubuh air mcm miso sup segera/sup mushroom saya tak kira. Sekarang, saya jeling je Indomie goreng yang pernah ingin dijadikan makanan ruji dan asasi di sini. Ngeh ngeh ngeh.

I'm improving, alhamdullah. Tak sangka jugak sebenarnya. Rasa mcm mimpi je. Siap beli hand blender segala. Dulu pernah bertekad tammo beli blender tu sebab kat lab masa kat Ipoh, blender tu digunakan untuk grind taik kambing. Masa blend bebawang ngan cili kering terpikir - 'ish, susah jugak nak hancur. senang lagik taik kambing hancur'. Kemudian tersentap dengan diri sendiri sebab terbuat comparison tak sepatutnya. tsk. tsk.

Dah beli rempah kari lepas jenuh tepon ramai orang tanya apa beza rempah kari ikan dan daging. Akan buat kari ayam suatu hari nanti, insyaAllah. Dan terfikir nak buat bubur jagung. Ahaks. Semoga lepas nih kalau bertembung ngan Sam, dia ulang balik soalan lama dia. Pasti ada jawapan yang konpiden tahap gaban walau tak hebat masak macam Ayu. Nota: Sorry guys, she is taken! *saje nak bikin panas*.

----------------

I dont eat mutton. Dont like the smell and they are too cute to be eaten. I cant imagine eating my experimental animals.
So, in the future, do not kiss and hug sheep.
Eh? They are cute!
No! They are not cute.
They are.
No. They are not.
Ok, they are not cute. They are nasty.
No, they are not nasty. They are animals.
Ok...*sambil buat muka 'yelah, yelah!'*

------------------

Marry me, I will cook for you. I'm a good cook, so you dont have to cook.
It's ok, now I'm a good cook. *jawapan bernada berlagak berunsur propa demi menghentikan gurauan tak berasas*.

4 comments:

  1. acuuuu..gmbr di sebelah kanan tu buat jantung ayg berhenti sesaat. hahahaha. nak tiru boleh? :) oh ya, moga bgn sahur hari ni yeeee.

    ReplyDelete
  2. akak! sangat terkejut bile first time view ur updated layout! sangat catchy dan kretip gitu!! sukela!! :)

    ReplyDelete
  3. wahahaha...terpesona-stunted-sangat tak mentahan bila melihat gambar raja-permaisuri itu..
    stunted yang kedua kerana akhirnya awak improve juga dalam bidang masak-memasak ni..tahniah2...
    (tiba2 rasa teringin nak makan suun goreng..muehehehe)

    ReplyDelete
  4. heppppppp, kenapa tak komen berkaitan entry ni? kekeke?

    sikakikecil: sila, sila..itulah tujuannya pon...nak mengiklankan teknik memerasankan diri untuk para fangirls.

    qila: thank you! akak tak reti nak guna layout fancy-fancy..mesti jadik pening page..heheh.

    kak ron: ha, ada pon komen berkaitan entry. haha. yer, saya adalah ratu..hakhakhak. taklah habat pon kak memasak tu..tapi sudah boleh tidur dengan tersenyum sebab kenyang..hahaha. Segala kata-kata tiyapo 'your children will starve' boleh dibidas.

    ReplyDelete