Wednesday, August 26, 2009

Rabu yang penuh keoveran

Rabu.

1. Join penyucian isi perut bebiri ga*reth untuk kumpul cacing. We had fun. And I just realized yang orang-orang lab jarang mengeji saya lately sebab tammo menambah tekanan emosi saya sebab isu recovery. Itu pon sebab encik bos bgtau tadi. Agak rasa bersalah menjadi sangat ekspresif sebab kesannya orang sangat berhati2 bila nak bercakap dengan kita. Encik bos nih observer rupanya. Patutla dia mcm tak komunikasi sangat lately dengan saya. Dia biar saya buat kerja sendiri, meroyan sendiri. Encik bos kedua juga. Sebab encik bos kedua cakap muka saya lebih ceria lepas recovery menjadi semakin ok. Wah, obvious kah? Mcm dengan depa saya sentiasa biasa jer. Dengan rakan2 sepenggosipan tu yelah, sering ekspresif dan diskriptif gituh.

2. Encik bos sms saya semalam. Saya balas. Dia tak balas. Tadi dia bgtau dia tak paham sebab sms saya guna short form, tu sebab dia tak balas. Oh, jangan salah paham, sms pasal recovery okeh *sangat semangat okeh encik bos*. Jenuh dia berbincang dengan anak dia yang umur 14 tahun untuk break the codes. Saya dan sara batai gelak bila dia kata yang dia berjaya pecahkan kod adalah tq=thank you. kehkehkeh. Oh, ini berlaku juga pada bos lama di tempat kerja di ipoh. Tapi encik2 bos saya kebetulan semuanya bersemangat mahu improve. Tadi encik bos ckp dia nak belajar short2 form ni semua. Bagus2, semangat ini yang kita cari.haha. Lepas nih sila sms lagi ye.

3. Since depa perasan emosi saya dah stabil, depa buli saya habis-habisan. Gareth bantai gelak. Encik bos tammo panggil saya DJ dah. Dia kata dia nak tukar panggil DQ (Drama Queen) sebab saya sentiasa ekspresikan diri secara berlebihan. Depa siap cucuk pinggang saya senyap2 dengan tiub getah untuk melihat refleks. Haruslah I tersentap! Sara pulak kata satu-satu kebergunaan saya adalah tangan yang kecik untuk seluk masuk dalam jar kecik supaya leh cuci bahagian dalamnya sebab dia tak bawak berus. Cis! Encik bos kedua pulak ternanti2 saat saya rupturekan isi perut bebiri sebab dia nak bantai. Bebiri pertama yang saya proses cantik je usus2 semua, so dia nak saya buat silap sebab nak bantai. Doa termakbul, saya dapat bebiri kedua yang mempunyai dinding usus sangat nipis, kesannya, asik rupture sajer dan terus kena keji ngan Sara. Cis. Cis. Cis. Depa suruh saya balik lepas lunch sebab ganti dengan Fi. Tapi sebab esok memang saya takleh nak tolong depa sebab nak bertapa dalam lab nak buat recovery, saya decide mai balik lepas lunch. 'U r very difficult to sack! Why are you coming back?'. Sentap okeh bila encik bos cekak pinggang. Terus pegi tepi sara dan buat nada sedih, kata takde benda nak buat hari ni. Baru depa gelak n semua pakat nak balik sebab dah lebih orang kononnya. Tapi kerana tak percayakan kitorg kononnya, encik bos kata dia terpaksa supervise kitorg demi memastikan kemaslahatan PhD ga*reth..sengih lebo ga*reth.hahahaha

4. Hubungan dengan wan makin bagus. Encik bos kedua pon bagi pujian melambung kat dia *we share the same sv* sebab dia ni communicative dan semangat belajar yang tinggi. Tumpang kembang hidung sambil cakap kat bos 'she is my opismet' - dasarrrr nak tumpang glemer!
Petang tadi shopping dengan Wan dan tiba-tiba ada orang tarik baju saya mcm gaya budak kecik tarik. Sapa lah yang comel sangat menarik baju saya nih? Bila saya pusing...........*pengsan* sedar *pengsan balik*. Timun depan mata dah nampak mcm pohon sakura yang penuh dengan bunga yang kembang mekar. Di bahagian sayur-sayuran itu, semua manusia bertukar menjadi debu. Hanya saya dan dia sahaja. Bumi berhenti berputar selama beberapa minit.
...
Habis sesi penggedikan secara solehah.

'He is gorgeous!' wan dah mula kepochi. Exaggeration di situ. Taklah gojes di mata saya. Comel tu ye lah kot. Tapi gojes *tegakkan jari telunjuk ke atas dan gerakkan ke kiri dan kanan*..hanya utk yamapi dan TOP dan heechul dan sho. ahaks
'He is looking at you!' wan dah jadik makin over, siap siku2 saya dan bisik. Penat okeh tahan gelak. Best jugak jadik single nih kan. Jadik bahan gosip pulak..haha

Takde apa2 sebenarnya, wan je dah jadik kepochi. Tapi kitorg tersengeh2 sampai lepas kaunter bayaran. Ahaks. Saya sengih tengok gelagat wan yang asik perati dan tercari2 manusia tuh. Wan pulak sengih sebab ingat ada apa2 antara saya dan orang itu. Takde apa ok, takde apa. Doakanlah yang baik-baik saje untuk saya, ok?

'Dont faint dijah, be strong!'
'I'm happy for you'

Boleh tak nak buat kesimpulan sekarang...kawan2 saya semua dah jadik over!!! *menaip sambil gelak*

4 comments:

  1. Biarlah rahsia *konsep kak khalidah*

    ReplyDelete
  2. tak peter, budak peru tuh...

    nasib baik ko tk pose kan.leh menggedik.haha

    tra

    ReplyDelete
  3. hahaahahahah

    dijah memang selalu drama! kekekekeke *mode teringat kes ikan terubuk masin kat lcct* kekekeke

    ReplyDelete