Wednesday, August 19, 2009

=)

I'm feeling better today. Obviously.

1. Selalu tidur lambat, bangun awal. Pastu penat. Agaknya tu yang emo selalu. Malam tadi tidur lambat sebab penat sangat, tapi tidur dengan lena *takde mimpi*, bangun lambat. Lately nih jarang pi skul lepas kul 9.30, tapi hari ni mai opis lepas pukul 9.30, heavennnn. Pastu bos ckp dah boleh genjak treatment ke pukul sebelas...hakhak.Err, kalau tratment digenjak, boleh mai lambat tapi kena balik lambat - 6 jam lepas treatment. cis.cis.

2. Kerisauan pasal eksperimen dah lega sikit sebab dah lepas 2 bahagian yang penting. Lepas nih just kena buat treatment ikut jadual. Cuma pasal recovery anak cacing tu yang sedikit risau. Sebab kalau fikir logik, kalau kita bubuh seribu anak cacing dalam tanah, kemudian kita proses tanah tu dan dapat recovery 40%-70% mcm lemah je method recovery tu kan? Hari ni proses lain lagik. Tapi bagus jugakla buat banyak kali nih, at least step yang standard tu leh dibiasakan. Sib baik tadik pi jumpa encik bos dia dapat pickup kesilapan yang saya buat. Siap buat demo seround.kehkehke. Thank you encik bos. =). Cuma lemah lutut bila dia tanya:

budak dulu punya recovery berapa?
90%
cuba dapatkan 95%.

Agak dah dia akan ckp mcm ni, tu yang awal2 dah target 95%. Encik bos, I can read your mind now..hahaha

3. Mak kol pagi semalam, Cu *mak sedara* email, sembang ngan kak Yan sejam, sembang ngan kawan kat adelaide 2 jam. Terus rasa lega sangat. Ye lah, I kan lama tak bersembang berhuha bersuka ria ngan orang sebab dah start eksperimen, then artis merangkap rakan sepenggosipan pulak 10 hari backpacking. Sepuluh hari tanpa bergossip dan dengar lagu *kihkihkih* buatkan hidup I sangat sunyi sepi okeh..haha. Sepi lagi bila dok umah sorang dan Sa*ra takde dalam lab. DVD twilight pulak takleh bukak dari kotak. So, kenalah ke shopping kompleks bawak resit seme untuk mintak tlg depa bukakkan kotak tu.

*Ruang tamu yang tak digunakan dan dapur*



4. Saya terfikir nak pegi Sydney masa raya - amik bas, travel 8 jam. Dah sesiap kol org Sydney *kembar kak delinn - sukahati je main terjah2 kembar org* memohon supaya dia bersedia kalau tetiba saya nak turun sana. Sib baik Kak Ija nih sporting mcm kak delinn jugak. Dia kata kalau tetiba rasa nak pi sana, pi je. Pastu dia bawak pergi beraya umah kengkawan dia. Eh, Kak Delinn, Ber*nado tu dah kawin ke eh? kehkehkeh. *sempat lagi menyimpan impian untuk mengskendelkan diri sendiri dengan kosmet Kak Ija..hahaha*

5. Semalam tempah sushi kat pensyarah jepon. Sedap! Lebih sedap bila masa amik sushi tadi, yang bagi sushi tu adalah sorang mamat jepon yang comel. Malangnye mcm tak reti cakap english sebab dari mula sampai akhir saya kat situ, dia kata 'yes' sajer berulang kali sebagai respon kepada segala percakapan saya sambil memberi senyuman yang comel *pengsan*.

6. Esok kena bagi ubat cacing kat bebudak 5 ekor tu - cacing membiak dengan jayanya sampai ada yang dah tak lalu makan, kesan sebab cacing hisap darah dalam badan. Lepas bagi ubat kena pindahkan depa gi padang ragut sebelum nih. Then kena siapkan barang2 untuk experimen bulan 9 ni. Encik-encik bos mahu lihat experimental design soon. Yer missbumblebee, eksperimen saya banyak dateline. Terkejar2 sebab saya ada 5 eksperimen yang wajib. Dah lepas satu yang kecil, tengah buat satu yang sederhana, ada lagi satu yng sederhana, ada 2 yang besar including satu di tanahair tercinta. Dannnnnnn, encik bos nombor 2 bgtau mungkin kena tambah lagi experimen2 bersaiz sederhana, depends on apa hasil yang dapat dan apa lagi information yang tak cukup dan juga apa benda yang jadik interest kita. Terkejar2 masa sebab depa kat sini memang tak galakkan extend, kalau nak extend kena tunjuk sebab segala. Eh, memana pon sama, kan? Since sorang budak seliaan encik2 bos sebelum ni kena extend sebab satu experimen gagal, maka encik2 bos sedikit trauma. So, tu yang skang semua ada dateline.

7. Cuaca sudah makin baik. Sudah tak pakai thermal. Matahari memancar2, bunga dah mula berkembang, rerumput sudah menghijau. Kesannya, tinja bebiri semakin lembik. Haduila, orang nak bulat-bulat seketul, dah jadik lembik2 pulak...

Pokok gonjeng, tapi berbunga.


Aman adikku yang hensem, ni beli masa clearance *kaver siap2 takut kena marah*..hehe. Tak sampai 10 dollar pon. Kebab mahal sikit. =p

4 comments:

  1. beking diri, bukan kaver..haha.
    1 - haiyoh, pantang silap sikit
    2 - segala bahasa dah tunggang langgang. apekah? hukhuk

    ReplyDelete