Tuesday, December 29, 2009

7

Tujuh.

Malam ni kena siap-siap packing. Esok pukul 10.30 pagi lepas bagi makan and worm infection dekat jaybommies, akan bertolak ke Bathurst untuk funeral. A bit nervous sebab ni experience yang tak pernah dijangka. Sara fly dari Adelaide ke Sydney dan kendian ke Bathurst. Fi akan drive dari Tamworth. Dengarnya dia demam *sigh*.
So, just letting you know. I think I should make a blog entry everyday as an indicator saya masih mampu menulis. Kalau saya tak menulis lebih 3 hari tanpa notis, hope sesapa leh kol lah sebab sekarang ni takde sapa akan perasan kalau tak nampak saya berhari-hari. Budak flat ni pon tak kisah je. Nama saya pon depa tatau.

------

Pagi tadi pegi bagi ubat kat 64 jaybommies. Encik bos ajar Alex dan walla!~ cepat kerja kitorang siap. Baguslah ada semangat nak belajar walau baru berusia 14 tahun.. So, esok harapnya leh siap kerja cepat. Sebelum lalat bangun saya kena gerak dah bagi makan sebab nak bagi makan 90 ni amik masa dalam 2 jam lebih.

Lepas habis buat kerja tadi tanpa segan silunya pergi ke town sebab hari ni ada bas. Ini lah kali pertama naik bas dalam keadaan comot tahap gaban. Bau bebiri dah sebati, selekeh tahap gaban dan comot-comot. Tapi sebab tak larat nak balik flat mandi dan keluar balik, saya keluar jugak. Kebetulan pakcik drebar hari ni adalah pakcik sepenggosipan. Selalu sembang ngan dia kalau bosan dalam bas, dan few weeks before saya ngan charlie penah lepak-lepak ngan dia kat bus stop masa dia tengah rehat sebelum resume bawak bas. He was shocked bila tau charlie dah takde. Dan macam orang lain, dia kata dia harap saya ok dan teruskan hidup. Dia yakin charlie sentiasa bersama saya. Saya senyum, terasa dikasihi.
Beli groceries untuk weekends sebab weekends nanti takde bas. Masa saya duduk mencangkung dengan barang berbondong, keluarkan barang dan arrange balik dengan lebih comel dalam beg, ada makcik tua sorang ni tegur. Dia kata barang saya nampak berat dan perempuan tak sepatutnya bawak barang-barang berat mcm tu. Saya senyum dan ala2 refleks terus saya tanya dia macamana krismas dia, sambil tangan ligat menyusun barang *talking about multitasking*. So dia kata ok, dan dia datang melawat armidale. Dia tanya saya pulak mcmana krismas saya, *kehkeh* dan entah kenapa saya memilih untuk berdrama, walau hakikat saya boleh je jawab 'ok'. So, the story about charlie dipanjangkan pulak kepada makcik tu. Makcik tu muka terkejut ya amat, menyesal pulak cerita. Tapi yang buat saya rasa terharu bila makcik tu cakap kalau dia stay armidale dia nak ajak saya lepak-lepak ngan dia untuk lunch. This is why saya sukakan armidale, orang-orang sini ramai yang ramah tamah. Walaupun makcik ni bukan dari armidale, saya tetap rasa armidale best.kekeke. So, dengan semangat dari makcik tadi, saya melangkah dengan berani.
As expected, bila semua orang dah start keluar, kebarangkalian untuk jumpa ramai orang yang dikenali adalah tinggi, dan kisah charlie ni takkan berhenti. Saya berterima kasih jugak pada rakan gossip sri lanka yang telah menghebahkan kepada komuniti india, maka saya tak perlu lagi penat2 bukak cerita. Maka tadi berjumpa dengan sorang mamat post doc (?) dari india yang dah tahu cerita. Dia ucap takziah dan bagi semangat kat saya.
Masa tggu bas nak balik asrama, bertembung dengan flatmate lama yang berusia 18 tahun - April. April banyak kali bertembung dengan saya dan charlie waktu lunch break dan akan berhenti sembang-sembang dengan kitorang. Bila saya bagitau April pasal charlie, on the spot dia jadik sayu sayan, dan dia mula nangis. Pakwe dia pon agak tak selesa, dan saya pon agak sentap. In the end, saya suruh dia sambung shopping dan dia peluk saya walaupun saya dah larang - ai bau bebiri! And alhamdulillah saya tak nangis even tengok April nangis.

So, dont miss me. I will be away for few days. Tatau sampai bila sebab sekarang ni tempat kitorang hujan memang lebat tahap gaban sampai ada kawasan kat uni yang dah ditenggelami air dan encik bos kata ada jalan mungkin kena tutup. Mungkin balik jumaat, mungkin balik sabtu. Wallahualam.
Doakanlah kami selamat pergi dan selamat pulang, 7 hours journey dari Armidale ke Bathurst.

Fangirls, very heartbreaking news about Hankyung I must say. Seriously, takde ke benda yang menggembirakan? I will update later on Hankyung controversy.

Ni klip Hankyung dan Nichkhun. Bahasa Korea dah jadi bahasa international? LOL

1 comment: