Thursday, December 24, 2009

Hari kedua

Hari kedua. Hari kedua selepas sedar charlie sudah takde.
Saya rasa saya kuat dan tabah. Saya rasa semua akan ok. Hari pertama selalu menyakitkan, tapi hari kedua pasti lebih ok kan? Time heals. Tak gituh?
Tapi nampaknya konsep ini tak boleh dipakai. Hari ini lebih teruk dari semalam. Sama macam kalau period, hari kedua bagi saya adalah lebih azab dari hari pertama. Hari kedua akan rasa kebas dari pinggang ke bawah, sampai boleh cramp.

My belover readers *wah, gituh*, kalau yang tegar akan perasan sejak dua menjak ni saya banyak tulis pasal boyband je kat blog. Sebenarnya sebab saya semangat nak apdet tapi takde cerita. Sebab banyak cerita saya berbincang dengan charlie, luah dengan charlie, maka saya kurang cerita. Tiada entry berkonsep diari. Yang ada hanya cerita boyband.

So, I guess, back to square one. Blog ni akan balik macam dulu. Sebab pasti semua benda saya akan cerita. Sebab pasti saya tiada sesi luahan perasaan setiap petang di kedai kopi lagi.

Bangun pagi saya terasa mcm baru tersedar dari mimpi ngeri. Terus update blog tanpa gosok gigi. Menangis sambil update blog, sambil baca sms terakhir charlie yang saya tak balas.

Pergi shower, menangis lagi.

Berjalan ke skul, menangis lagi.

Otw nak pegi kandang, singgah bilik Mark dan Michael *tech officers*, bagi kad krismas. Memula depa mcm sembang pasal benda lain. Kendian they just cant help it - they talked about her. Saya macho, sikit tak nangis. Saya happy sebab semua orang terkesan dengan berita dia meninggal. Dia memang wajar diingati dan dikenangi.

Sampai kat kandang, masa tengah bagi makan bebiri, menangis lagi. Habis lintang pukang makanan saya bagi. Sepatutnya saya bagi makan 150g alfalfa dan 600g oaten pada setiap bebiri. Tapi entah kenapa saya terlupa mana yang dah dapat alfalfa, mana yang belum. Since makanan tak kritikal untuk result eksperimen, I couldnt be bothered untuk risau2 pasal makanan. Takpelah, esok saya bagi makan betul2. Thank you jaybommies! Hari ni ramai yang makan habis. Takde yang kencing dalam bekas makanan. Good job!

Masa bagi makan bebiri, manager animal house tegur, dia kata dia ada even masa krismas. So, kalau ada masalah, dia akan ada. Saya lega. Saya bagitau pasal cherlie. Dia dah tahu dari Mark. Dan dia sedih.

Balik ke opis, singgah jumpa S/U dekan. Ucap selamat bercuti kat dia. Dan gigih jugak saya bagitau dia pasal charlie. Dia tahu, tapi dekan tak tahu lagi. So, dia pon sedih. Saya buat-buat tak sedih. Saya buat-buat tabah. S/U pesan suruh saya rehat sebab terlalu banyak ke hulu ke hilir katanya. Saya masih ok, meluru balik opis.

Saya ambil kad krismas, tulis untuk orang lab, family lewis (sv1) dan family steve (sv2). Dalam setiap kad saya tulis nama saya dan charlie. Sebab ini yang saya plan sebelum ni. Setiap kali tulis nama dia atas kad, saya nangis. Kad steve ada titis2 air mata. Better dari titis air liur or hingus kan?

Saya pergi letakkan kad kat bilik sv2 dan lab. Saya bergegas amik bag, nak pi tggu bas. Baru sedar takde duit kecik. Pegi bilik deepani, pinjam 5 dollar. Sempat bgtau dia pasal charlie. Dia sentap gila. Saya nangis lagi. Tapi cepat-cepat lari sebab nak kejar bas. Konon. Sebenarnya malas nak sembang. Malas nak jawab soalan2 mcm 'kenapa?' 'bila?'.

Masa tunggu bas, entah kenapa saya nangis lagi. Kali ni macam drama swasta. Terduduk tepi pokok besar dan nangis semahunya. Lantaklah orang nak kata gila. Lantak. Saya nangis. Saya nangis. Saya nangis. Saya kol tra, berenti nangis. Bas datang, saya letak telefon.

Saya pergi kedai yang jual mug bebiri. Charlie insist jugak nak beli mug tu untuk Lewis as christmas present. Masa tu saya cranky sebab ngantuk, jadi saya ignore dia. Lagipun saya rasa bebiri tu buruk. heheh. Tapi hari ni, saya nekad nak beli. Tapi saya risau kalau mug tu dah habis. Nasib baik ada. Sampai dekat-dekat kaunter, perasan purse tertinggal. Jenuh cari duit/kad. Hanya ada 2.50 untuk ambik bas balik uni. So, decide balik uni untuk amik purse.

Masa tunggu bas, mamat yang charlie suka nampak saya, dia datang dekat. Dia muka sedih. He should be! Then we talked. Kawan dia pesan suruh saya cari kawan lain. I was like WTF? Its just like suruh pompuan yang mati laki cari laki lain. Tak ke kurang ajar namanya tu? Saya ramai kawan. anda-anda semua kawan dan sahabat saya juga bukan? Tapi kehilangan seorang kawan pasti beri kesan. Konsep mudah yang gagal difahami?

Dalam bas bersembang dengan sorang makcik ni. Selalu bertembung kat uni. Saya bagitau dia charlie dah takde. Saya tatau kenapa saya bagitau dia. Tapi saya nak bagitau.

Kendian Ake pulak naik bas. Sembang-sembang dengan Ake pasal charlie. Dia tahu sebab One bagitau. Ake sangat pandai main psikologi. Dia tak tanya soalan pelik. Dia tak guna nada sakit hati. So, saya ok masa sembang dengan Ake.

Sampai uni, ada orang tanya saya "Apa result postmortem Jack?"

Saya hangin. "Jack mana?"

"Kawan you."

"Charlotte lah. Bukan Jack! Saya tatau."

I dont know why I was so angry and frustrated. I took my purse, bergegas turun balik.

Masa tunggu bas, Gareth lalu nak balik rumah. Dia berhenti.

Dia kata kalau nak suruh dia bagi makan bebiri, dia boleh tolong. Saya kata saya ok. Saya kata saya dah berenti nangis. Dia suruh saya kuat semangat.

Sampai bandar, beli mug bebiri, beli makanan rapu, beli kad untuk funeral. Terfikir kalau pegi funeral boleh pakai skirt selain hitam tak? Ingat nak sms charlie tanya. Tetiba sentap sendiri. Sebab selalu tanya apa-apa kat dia, terlupa yang kali ni nak pergi funeral dia..
Singgah satu kedai yang jual keychain nama charlotte, beli. Dia nak beli keychain ni minggu lepas tapi tak jadi. Masa tu saya tak puas hati sebab takde jual nama DJ. Pegi kedai kopi yang saya dan charlie selalu pergi, tapi beli coke. Kak khalid telefon. Kendian pegi kedai jewellery, beli subang dan jam. Main tunjuk2 je macam Paris hilton. Makcik kedai sentap sebab beli barang mcm orang kaya atau orang gila. Dia kata saya nih wanita yang tahu apa yang saya nak. Correction, saya sebenarnya tatau apa yang saya nak, akal saya takleh berfungsi. Tggulah seminggu lagi, pasti saya menyesal beli benda2 alah ni. Saya kata saya malas nak pikir banyak-banyak, sebab kawan baik baru meninggal. Makcik kedai sentap. Dia ada bagi2 semangat. Saya senyum je lah.

Dapat kol dari member dari adelaide *tak pernah dedahkan kat blog, charlie sorang je tau..hikhik* dan sembang-sembang apa yang patut.

"Dugaan semua ni..sabarlah" gituhla kot skema jawapan.

Saya tunggu bas. Saya kol Fi. Dengar suara Fi saya nangis. Fi pon nangis. Sebenarnya nak wish christmas. Last2 ntah apa kebenda sya merepek sambil nangis. Ada tiga orang lain kat bus stand, semua sentap. Lantakkan. Dah tak kuasa nak pikir apa yang orang pikir. Kendian sembang ngan depa, saya bagitau yang charlie dah takde. Saya tak terkejut pon bila 2 orang yang kat bus stand tu kenal charlie. Makcik yang sorang lagi tanya kalau saya ada sesiapa untuk bersembang, wah gituh. So, saya bagitau saya ok. Cukup lega bila at least orang lain tumpang sedih. Tumpang rasa sakit.

Dan ketika mengupdate blog ni, saya nangis lagi. Nangis lepas baca email dari Fi.

Hi Dj
I've been trying to think what to say and kept getting myself into tears
so decided it would be easier to write. I know what a wonderful person
Charlotte was and I also know that she thought the world of you. She
wouldn't have wanted to make you feel so sad and alone though.

You would know better than me that she was a person who lived life to the
fullest (something I've learned from her) and you guys had such great
times together so remember them and cry cause you're allowed to and also
let yourself fell happy for having met her and be lucky enough to have had
her as a friend.

I truly wish I was back in Armidale and could give you a big hug and a
shoulder to lean on and I'm really sorry that I'm not.

All I can suggest is to take strength from Charlotte and the fact that she
would be wanting the best for you and your happiness.
You are very very strong dj you will get though today and tomorrow and
this week and next week and I know that Charlotte's family will too.


take care precious
lots of love.
Fi
So, I hope semua orang doakan saya. This is very very difficult for me. And please dont ask me pasal postmorterm report. I will let you know if I know.

Sekian, terima kasih


Mak, Kak yan, Kak khalid, kinah, cik gee, arin, ayang, angah, kak nur, k. delinn, am, tra, pingu, aini, che mad dan semua yang hubungi saya dalam apa jua cara, terima kasih.

2 comments:

  1. Be strong !!! apa yg terjadi semua ada hikmahnya...

    kak dijah can do it!!!:)

    ReplyDelete
  2. saye sangat terkejut! be strong kak dijah. be stronggg. *hug*

    ReplyDelete