Kelas first aid adalah sangat best.
Sangat mengejutkan sebenarnya sebab sepuluh tahun lepas, saya merupakan ahli PBSM berdaftar di sekolahrajaperempuantaayah tapi tak pernah ada nafsu untuk attend kelas di hujung minggu. Saya daftar sebab nak makan McD di jamuan akhir tahun. keke *ahli akan bayar bulan-bulan yuran lepas tu dapat makan McD untuk jamuan hujung tahun. Masa tu McD adalah satu kemewahan*.
Lapan/tujuh tahun lepas (masa kat uni), saya daftar masuk St. Johns tapi sebab tak suka kawad kaki saya mintak Medical doc. buat surat mengesahkan saya adalah penghidap asthma dan tak boleh kerja berat..kehkehkeh. Itu adalah kenyataan yang ditambah dengan exaggeration. Sebenarnya boleh je, tapi saya tak suka St. Johns kat uni pada masa tu so saya stress. So saya rasa emosi yang negative trigger asthma. Bukan semata-mata kawad.
Kali ni sebab memang keperluan, saya sendiri yang niat nak pergi. Takut sebenarnya sebab sini banyak ular dan lelabah bisa. Memang setiap kali kalau pegi padang ragut, depa akan remind pasal ular. Pernah ular lintas depan mata masa nak ke padang ragut. Sib baik masa tu dalam kereta, kalau tak sure dah pengsan.
Dalam kelas instructor panggil saya dengan nama penuh. Pronounciation tak hazab, comel je. Tetiba muncul pakcik Dave join kelas jugak. Saya kenal dia sebab dia incharge padang ragut. Dia terus sapa saya
'Hey DiJay! Kamu kat sini! Napa tak bawak bebiri sekali!'.
Sentap I tauuu. See? kalau bukan I mencapub, ada je manusia yg tolong capubkan. So, lepas tu instructor dan semua orang panggil saya DiJay.
Semua pelajar dalam kelas adalah gila-gila, yang membuatkan saya rasa best. Depa kuat berlakon dan kuat keji orang..I LIKE!! Masa ada sorang mamat diminta berlakon unconscious la part yang saya start gelak dan mula rasa orang-orang dalam kelas nih gila:
Instructor pesan untuk be aware of danger sorrounding us as first aider, casualty dan juga terhadap orang lain. Dia kata andaikan lelaki yang terbaring tak sedar tu adalah lelaki yang diserang dengan brutal oleh bini kerana ada affair dengan pompuan lain. So, dia sarankan kitorang kena alert, takut bini dia ada sekitar dan mampu bring harm terharap kita juga. Sekalik pakcik sorang ni terus berdiri dengan muka risau dan terus tanya kat orang yang berlakon tak sedar diri tu
'Tiger, are you ok?'
Semua orang pecah gelak sebab sekarang kan ala2 hot cerita Tiger Woods dan skandalnya.
Dan bila instructor kata bini dia mungkin ada pistol, terus orang lain pulak menyampuk
'Bukan pistol, golf club!"
Haiyoh, bersahut-sahutan sesi merepek depa nih. kekeke.
Tapi ceria la sepanjang kelas sampai makcik belakang tu mengilai2 sepanjang kelas. Saya dengar makcik tu serious just masa test.
Sebenarnya masa memula saya masuk kelas saya agak sentap. Kitorang wajib buat latihan dan study sebelum masuk kelas. Kiranya kelas tadi just ulangkaji sebelum test bertulis dan praktikal. Masalahnya, pakcik Dave ngan geng tak buat pun latihan tu. Depa baru nak tulis nama, sedangkan I malam tadi bersengkang mata sebab siapkan latihan *dah depa tulis wajib siapkan latihan sebelum masuk kelas*. Tapi tadi lega sebab rupanya sapa tak siap latihan takleh amik test..Kesian kat pakcik2 tu sebab kena stay, tapi saya lega bagi pihak diri sendiri sebab saya ingatkan saya skema tak bertempat.
Terima kasih buat yang sms bagi semangat ucap good luck untuk test sampai suruh bayangkan dummie tu adalah Jay! kekeke. Alah, kalau tak pesan pon memang dah anggap tu Jay..hahaha. Masa instructor kata, bayangkan dummie ni seseorang yang penting. Nota buat keluarga (I tak bayang u ols bukan sebab lupa daratan, tapi sebab tak suka bayangkan keluarga ditimpa musibah. Kang drama air mata lak kat situ..tak ke naya?)
So tadi dapat soalan practical dan oral untuk berlakon situasi berikut
- Casualty unconscious dan tak bernapas
- Orang kena patuk ular
- Orang external bleeding yang teruk
- Anaphylaxys (termasuk macamana nak administer epinephrine dalam bentuk pen)
Saya tataula saya berlakon over ke tak, tapi rasa mcm agak over sebab instructor gelak-gelak sambil angguk. Lantaklah, yang pentinggggggg penghayatan. Haruslah I bersemangat selamatkan Jay!!!!!
Fangirls, kalau saya lulus, I boleh dah buat CPR kat Jay kalau dia pengsan kat airport Korea masa kunjungan kita ke sana nanti! ngehngehngeh
Mintak-mintaklah lulus dan dapat sijil =)

No comments:
Post a Comment