Sunday, December 6, 2009

Update di hari Ahad yang indah

1. Salah satu kekuatan saya untuk bangun setiap hari sekarang adalah jaybommies (bebiri) yang 3o ekor. Sebaik buka mata, saya akan fikirkan pasal makanan, pasal kesihatan dan pasal ragam 30 ekor ni. Baru saya faham bagaimana perasaan ibu-ibu yang baru melahirkan anak..kekeke. But thank god saya tak perlu bangun pukul 3-4 pagi untuk mereka..kekeke.
Jaebommie yang diletak di dalam pen (kurungan) bernombor 14 masih tammo makan sejak 30 Nov sampai semalam. Hari ni ok sikit, walaupun makanan luak sikit je. Yang lain mata dah bersinar-sinar, tanda sudah tidak stress.
I dont like bulu mereka dicukuri, sebab leh nampak kekurusan depa!


2. Khamis hari tu pegi beli makanan Jaybommies untuk dua minggu dengan Sara. Dahla orang animal house balik awal, maka kami bertungkus lumus membanting tulang mengangkut guni-guni yang jauh lebih besar dari badan.
'Girl power!' jerit Sara lepas semua berjaya di angkut masuk ke dalam animal house. Girl lah sangat kannnn?
Masa kecik saya selalu tengok pakcik2 pikul beras dari lori masuk ke kedai atok. Dulu kagum, sekarang makin bertambah kagum. Saya angkat suku jalan je guni makanan ni. Kemudian saya seret! hahaha. Berat okeh!!!!


3. Belah kiri Ibrahim. Belah kanan charlie. Masa birthday Ibrahim, dia dapat hadiah kad UNO. Memandangkan saya pernah main masa LI kat Institut penyelidikan veterinar dulu, saya ajar dia main. Lepas 3 kali menang, saya terpaksa berhenti main sebab nak bersiap2 keluar dengan Sara. Kebetulan charlie datang, dia main. Tengah syiok main, muncul encik bos pertama di pintu. Memula dia jalan menonong dan sempat toleh. Kemudian dia gigih patah balik. Semua tergamam. Saya pura-pura buat kerja *nasib baik laptop depan mata*

'Pandai ke dia main UNO?' tanya encik bos pada Ibrahim.
'Boleh lah' Ibrahim jawab.
'Sebenarnya ketua yang tu. Dia yang ajar' wijdan tunding jari kat saya.
'Eh, saya tatau apa2, tengah buat kerja!' kehkehkeh.
Oh well, encik bos tak marah pon, dia sentap je. Wijdan cakap lepas tu bila dia bertembung ngan encik bos, encik bos kata terima kasih kat wijdan sebab tolong tengokkan anak-anak murid yang kuat meroyan. Encik bos kata kami perlu distraction supaya tak lebih meroyan..kekekeke

Dan ratu tetaplah ratu.
'Nak buat apa nih?' bila saya keluarkan fon untuk ambil gambar dia.
'Nak ambik gambar you lah'
'Oh, ok' dan dia terus bergos macam biasa..
SO RATU!!!!!


4. Oh yes, saya mahu berkongsi dengan peminat-peminat novel. Ini sebenarnya hasil tulisan kawan kepada kawan-kawan baik saya. Memandangkan di USM dulu saya hanya bersosial dengan rakan2 Bakti dan rakan-rakan sebaya *konsep adik ikan masih tiada*, saya tidak mengenali Pingu yang glemer. Since novel ni diiklankan secara tidak langsung dalam klip I'm yours versi Melayu, saya aware kewujudan novel ini. Dan memandangkan orang-orang lain gigih buat review dan iklankan, saya juga mahu iklankan walaupun dia belom lagi jadi artis naungan saya..kehkehkeh. I think its time saya mempromosi benda yang bermanfaat sebab selama ni asik promosi jpop kpop. Ha, ramai kan suka penulis? ala2 penulis nih romantis kan - memetik kata-kata teacher di Sabah..kekek. Ha, belilah buku ni, boleh dapat alamat (penerbit) n tulis surat kat Pingu! kekeke
So, buat yang sedang bermastautin di Malaya, feel free to click on the picca below. Anda akan dibawa terus ke Seattle page untuk membuat pesanan.

Buat yang kini berada di luar negara, sila klik sini. Sebelum buat pesanan, sila tukar currency ke Euro untuk memudahkan charge ke PayPal. Lepas tukar currency ke Euro, sila cari L.U.V.E di page tersebut *guna search tool* dan order. Saya sudah order. Marilah sama-sama kita buat review nanti, ok?

Salam sayang
ciktutoryangdotdotdot

ps: untuk trip ke korea 2012, saya akan buat belanjawan terperinci. Fangirls, stay tuneeeeeeed!

8 comments:

  1. Motif sangat asal promote lagu, 'terus ke Seattle' itu ada

    ReplyDelete
  2. Helo, I dah cancel kan. tak nampak ke strikethrough? Motif tak puas hati?

    kekekekkeke

    ReplyDelete
  3. jaybommies...I like.

    rindu kat akak..hehe.

    ReplyDelete
  4. rindu kat zeti jugak!!!

    take care tauuuuuuu!

    ReplyDelete
  5. acu ingat wanita bernama alg lagi?

    ReplyDelete
  6. Alang!!! opkosla ingat. acu kol banyak kali tapi tak dapat =(

    kiss kiss untuk iki dan dzakuan

    ReplyDelete
  7. acu, ayg tunggu belanjawan tu. :)

    ReplyDelete
  8. SENTAP! ada unsur paksaan ntuk jd artis naungan nih! huahuahuahua!

    thanks for d link-up!

    huahuahua. ketor tangan pegang pen nk sain kontrek...

    ReplyDelete