Friday, December 4, 2009

I am happy

1. Awal-awal pagi sudah semangat jalan kaki bawah panas terik. Semangat untuk bagi makan Jaybommies yang 30 ekor tu. Sekor je yang tammo makan, yang lain semua bekas licin! Bagus! Kendian kena tegur ngan makcik penjaga animal house sebab saya pakai selipar, *malasterlupa tukar boots*. Makcik Jenny ni pon baik hati tolong bagi saya trolley untuk mudahkan serve makanan kat Jaybommies. Terasa mcm pramugari pulak bubuh makanan sambil tolak trolley. hikhik.

2. Dah tamatkan online course untuk animal ethics. Konsep 3 R untuk kemaslahatan haiwan dalam research (Replacement, Reduction dan Restraint). Replacement - perlu fikir alternatif lain untuk handle experimen tanpa perlu libatkan haiwan kalau boleh. Kalau tak boleh, make sure kita jalankan Reduction dan Restraint. Reduction - Cuba reduce bilangan haiwan yang akan digunakan, tetapi janganlah terlalu sedikit sampai menyebabkan statistically invalid. Restraint - perlu handle animal with care. Animal cant talk, but they can feel pain and distress. Mengantuk gila sebenarnya masa baca online notes dan buat test kat bangunan research nun. Siap boleh dengo makcik2 opis gossip pasal hal-hal kedewasaan yang kurang sesuai didengari oeh wanita suci murni seperti saya. kehkeh.

3. Saya ada kawan dari South Korea!!!! Sebelum ni hanya bersms sakan. Tapi ditakdirkan hari ini dia ada kelapangan dan buat pertama kalinya bersua muka. hikhik. Namanya Songju, 21 tahun. Sebelum ni saya dapat maklumat dia mahu kawan untuk prektis english. Saya yang kesunyian ketika itu terus menyerah diri. Oh, jangan sentap, dia perempuan..keke.
Hari ni kami lunch sama-sama. Suasana mcm agak skema. And knowing me, saya tak suka keskemaan!

'Songju, minat band korea tak' saya buat muka macho sambil makan.
'Hiburan? tau ke pasal hiburan korea?'
Saya abaikan soalan dia, masih macho.
'Minat kumpulan mana?' masih makan dengan macho.
'Big Bang...' dia bagitau takut-takut. Pelan-pelan.
'Lagi?' masih muka macho
'Dong Bang Shin Ki'
'Lagi' macho!
'Super Junior'
'Lagi'
'2pm!'
Masih macho u ols!

'Sapa yang you paling minat dalam Big Bang?'
'Kalau I cakap you kenal ke?'
'Siapa?' macho
'Ji Yong?'
'G-Dragon?'
Dia terus sentap dan pekup mulut dengan tangan
'Dijah!!! You kenal!'
Saya masih macho u ols!

'Dalam 2pm minat sapa?'
'WooYoung!'
'You?'
'Dulu minat Junsu, suara dia sedap nak mampus! Sekarang minat Jaybom, lepas insiden dia balik Amerika'
'You memang minat!! You tahu dia balik Amerika!'
Saya rasa saya blushing..hahaha
*lepas Songju gedik, saya sudah hilang macho. Yang ada hanya gedik dan gatal. hanya gedik dan gatal*
'Satu donia kenal 2pm' *propa*

Maka perbualan selama jam berikutnya adalah tentang band Korea. Segala rasa skema sudah hilang. Terzahir ciri fangirls yang comel pada diri Songju. Dan terzahir ciri fangirls tak sedar diri pada diri saya. Oh, boybands menyatupadukan fangirls!

'2012, ikut I balik korea! i boleh bawak you pegi konsert. Kita boleh tengok video klip depa kat pekan'
'Haha, boleh-boleh. Takut tammo balik negara sendiri je lepas nih'

'Nah!'
Saya sua Ipod.
'Dengar album baru 2pm'
'Album mana?'
Album 1:59, lepas Jay balik Amerika'
'Dijah!!! you are great!!'
'Nanti I pinjamkan CD Big Bang. Nak?'
'You ada CD Big Bang?'
'Ada dua'
'Dijah!!!!!!'

Comel gila Songju!
I terasa macam pari-pari kpop.

rupanya dia sibuk kerja sampai taktau 2pm keluarkan album baru.

Next perjumpaan, nak drooling sesama tengok video klip sebab songju ngadu internet kat smith house mcm tapahapa. Kehkehkeh. mcm boleh buat persatuan kat sini nampaknya, siap boleh wat perjumpaan tetiap minggu. hakhakhakhak

12 comments:

  1. acuuuu!!!!!!!!!!!!! *cemburu*

    soalan ayg:
    1. mana nk dpt album br 2pm tu?
    2. acu ada 2 album big bang? nak gakkk dpt kat mana?
    3. salah satu sbb tulis blog dlm bi walaupun grammar tunggang terbalik dan asyik ulang perkataan yg sama ialah..utk dpt kwn korea yg suka kpop jugak. hahaha (rasional x cara tu?) sebagai kwn yg baik ayg nk temankan acu g konsert 2012 tu, acu perlu dilindungi. hehe

    ReplyDelete
  2. k.dijah....nk join!!!!!!!!!!!!!!!

    p/s:same dgn soklan kwn akak kat ats....mane dpt album sume tuh?..advance gile la akak nih...huhuhu

    -kinah prime-

    ReplyDelete
  3. heaven la k dijah dpt kwn korea yg share minat.
    hikhikhik!

    ReplyDelete
  4. heaven la k dijah dpt kwn korea yg share minat.
    hikhikhik!

    ReplyDelete
  5. heaven la k dijah dpt kwn korea yg share minat.
    hikhikhik!

    ReplyDelete
  6. Bertenang peminat-peminat sekalian.

    Single 2pm I download je kat tenet. Kalau masuk forum leh jumpa link untuk dload album2 depa semua nih.
    Tapi album big bang i beli sebab dapat stiker *alasan tak kukuh*, dan album 2pm sebab depa bagi diskaun. Beli kat yesasia.com.
    Jangan risau, songju ni mesti ramai kawan, kita boleh berkawan ngan depa. Simpan duit semua, 2012-Korea, here we come!! kekekekeke

    ReplyDelete
  7. cuba la ajak dia masuk islam..

    en pendakwah

    ReplyDelete
  8. wah. sebaya! boleh berkenal-kenalan gak nih. hahaha. *alasan nak ikot gi korea 2012.dah habis blaja gak time tuhhh* :P

    ReplyDelete
  9. encik pendakwah ni encik konsulat a.k.a jaebon ke?

    noure - jom. kita boleh buat rombongan ke korea!!

    ReplyDelete
  10. kalo angah nk join gak gie konsert 2012 tu bleh??tp angah xnak gie konsert..angah nk cari umah lee joon ki..huhuhuhuuhh...

    ReplyDelete
  11. angah!!! masih setia dengan lee joon ki? kekeke
    boleh je kita plan pegi ramai-ramai..tapi, TAKLEH BAWAK BULAN!!!kekek

    ReplyDelete
  12. k.dijah....sediakan details belanjawan utk trip 2012 ke korea okeh!!!!!kene simpn duit nih mulai skrg....semangap!!!!

    -kinah prime-

    ReplyDelete