Monday, December 28, 2009

6

Hari enam.
Penat.
Penat sampai jadik hagin satu badan.

Pepagi dah pegi opis. Lepas salin kasut, tukar kepada farm boot, tertinggal kunci dalam opis. Autolock. Kunci semua dalam opis. Kunci asrama, kunci lab, kunci bangunan ke lab, kunci rumah haiwan. Sapa pun takde. In few minutes encik bos akan sampai. So, kepanikan berlaku.
Kol wijdan, dia tak dapat datang sebab hari ni takde bas dan husband dia kerja, so takde kereta. Kol one, kereta dia rosak pulak, brek tak makan. So in the end saya kol manager animal house untuk mintak bukakkan animal house. Seriau encik bos pertama hangin. Sib baik manaer bagi num fon security. Sampai ke saat entry ini ditulis, saya memang tabik dekat security UNE. Sentiasa menjalankan tugas dengan cepat, tangkas dan tak lekang senyuman. Walau kena hantar bebudak kolej ke asrama memalam buta, bukakkan pintu yang terkunci ataupun menuju ke tempat false alarm, mereka sentiasa berkhidmat dengan dedikasi. Sentiasa ramah mesra dan bergaya macho.

Ke padang ragut bersama encik bos dan alex. Alex sangatlah vogue, hampir pengsan saya dibuatnya. Dia kurus keding tapi pandai bekerja di farm, kuat angkat bebiri. Saya sangat suka lelaki yang pandai kerja kat farm..hihi. Dan saya suka cara encik bos ajar anak dia. Dia sangat confident pada anak dia, tapi akan suruh anak hati-hati dengan gaya yang selamba
"Be careful of the snake.." kata encik bos bila alex redah semak samun untuk cari crate untuk lift animal *lupa nama apa*. Saya? Sentiasa bermasalah utuk herd animal. Tindakan refleks saya lemah, dua kali jugak bebiri terlepas. Bila tukar posisi dengan encik bos baru lah ok. Lepas tu berminit-minit encik bos bagi lecture pasal teknik herd bebiri. hukhuk. Kerja dengan lelaki-lekai berpengalaman di ladang, membuatkan saya rasa useless.

Selesai angkut bebiri dari padang ragut, masuk lab proses sampel. So, balik rumah dah kepenatan. Dapur pulak macam dot dot dot, so, malas gila nak bebel. Lagi pun nak bebel kat sapa kan? Semua pakat kurung diri dalam bilik. Dah ada notis bertepek sana sini pasal cuci dapur lepas masak, simpan barang2 sendiri, jangan sesuka hati guna barang orang, jangan sepahkan barang, jangan lambakkan pinggan mangkuk yang tak berbasuh, jangan semakkan bench tu dengan barang-barang yang tak guna, tapi gigih jugak nak buat. Yang pelik tu, ni semua pompuan cung melecung yang ada boypren segala. Motip sangat pompuan sejati seksi meksi tapi communal area tammo kemas. =(
Shower pon sama. Kalau orang tak kutip buang rambut, yang bersepah-sepah tak buanglah rambut tu sampai berhari-hari. Kalau orang tak flushkan toilet yang gagal diflush sepenuhnya, terbiar mcm tu jelah berhari-hari. Ni flat ke neraka?

Tadi encik bos kata, kalau tammo sembang ngan mak charlie, tulis. Saya tammo sebab I am struggling to write in english. Vocab pon tak kaya. Tapi tulah, encik bos encouraged me to do it sebab katanya akan membantu saya dan menggembirakan mak charlie. Dia kata dia suggest je, tapi saya lah kena decide sendiri. Entah, saya rasa saya dah ok. Saya cuma tak ok bila orang banyak tanya. Bila saya cranky ngan bebudak sini yang banyak tanya, saya jawab 'I dont know'. Memang hakikatnya saya tatau pun. Cuma tadi memang saya rasa nak hempuk orang, series. Penyakit baran saya dah datang balik. Bila orang yang sama dekat empat puluh juta kali dok tanya pasaipa charlie meninggal. Saya dah cakap banyak kali yang saya tatau. Jenuh tahan marah masa bagitau yang report koroner tak membantu, dan sampel dihantar ke further analisis. *sigh*.

Kendian, boleh pulak tetiba out of sudden tanya saya nak tak dia carikan jodoh. I was like "Heh?" sebab rasa takde kaitan dengan perbincangan pasal charlie. So, orang ini membuat kesimpulan / prediction yang hidup saya akan sunyi sepi dan saya perlu suami. Haiyohhhhhhhh! Motip???? So, kalau nak pikir positip memangla, saya patut bersyukur kerana dirisaui dan dikasihi. Tapi please la, justifikasi tak boleh blah namanya ni. Saya jawab lagi dengan sabar, tak payah carikan jodoh. Then mulalah keluar ceramah agama pasal jangan tolak sunnah. Isk, kalau wijdan ada pon sure dia sentap tetiba orang meroyan kat saya bab kawin ni. So, in the end berlakulah sesi melecture saya kerana manusia-manusia ini beranggapan lepas charlie tiada saya terus tidak bersemangat untuk berkahwin. Er, ada sesapa leh kaitkan dua isu di atas? Saya masih keliru! Saya kalau ikutkan hati nak blah, tapi sebab hujan lebat gila dan takleh balik asrama, saya bertahan. Bertahan walau rasa nak gigit sekor-sekor.

So, dengan rasa panas hati yang membuak-buak dan keletihan badan saya terus declare diri saya tak mahu berpikir pasal kahwin kerana saya ada banyak benda lain untuk difikirkan. Motip sangat suruh pikir pasal kawin segala bila kepala sarat dengan 1001 macam benda. I was a bit shocked bila suddenly ada orang tanya samada charlie ada boyfriend ke tak, kendian tanya saya pernah ada boyfriend ke tak - sebaik dapat tau saya kata saya tammo pikir pasal kawin. I know I shouldnt think negative tapi saya rasa this is too much lah. Nilah masalah kita, nama Islam, tapi bab nak menserkap jarang orang memang laju je. Lebih baikla saya rapat dengan pompuan dari saya bermoles-molesan dengan lelaki. Konsep yang gagal difahami?
In the end depa cakap depa nak doakan saya terbukak pintu hati. Pintu hati untuk apa saya tatau. Beroveran dengan jantan? Entah. Rasa nak ngadu kat wijdan, tapi malaslah nak layan emo. Kang tak jadi kerja.

Saya moody bila penat otak.
Saya moody bila penat badan.
Saya penat otak dan badan, maka saya moody kuasa lapanbelas.
(penaakulan mantik tingkatan empat yang gagal)

Oh, tadi masa pinjam kenderaan jabatan dari motorpool untuk angkut bebiri, encik bos nampak borang charlie atas meja opis motorpool. Terkejut gila muka dia. Sian. Borang tu charlie hantar sebab nak apply untuk authority drive kenderaan jabatan. Encik bos kata, kebetulan yang mengejutkan.

Esok treatment bebiri untuk supress immune system depa. Penat lah. Malas betul nak pegi kandang.......... Dahla depa nih cepat stress dan gelabah tak tentu hala. =(

I'm of to bed dengan rasa macam panat satu badan. Esok tatau lagi ada mood ke tak nak update.

Fangirls, I sekarang mendistractkan mind dari alam nyata dengan melihat We Got Married Jo Know ngan Ga-In. *pengsan*. Tetiba mcam rasa dapat husband pondan pon happening..kekekek



Jo Kwon selebret bday Ga In



Jo Kwon berleter non stop pada Ga In tanpa nafas lepas 0:20. Gila!

3 comments:

  1. Dijah~...
    Nah flying kiss dari mak....

    Muahs 100000000000000000000x...

    Take care...

    ReplyDelete
  2. Dijah~...
    Nah flying kiss dari mak....

    Muahs 100000000000000000000x...

    Take care...

    ReplyDelete
  3. semoga kau dapat suami mcm jo kwon.... :)

    ReplyDelete