Wednesday, December 16, 2009

= |

Emosionally and physically unstable. Kesian nengok Sara, lebam2 tangan ngan kaki dia sebab jaybommies ganas. Eksperimen ni memang mcm kena sumpahan lah rasanya. Dari planning, sampai sekarang, setiap step mesti ada masalah. Mesti ada je yang tak kena.

1. 60 jaybommies, sekor rupanya betina. So, dah sort out dan esok tuan ladang datang amik balik betina neh. One lucky ewe!

2. Yang 30 ekor hari tu, 4 ekor ada worm burden. Its either saya terbagi ubat cacing dengan dos rendah atau dia ada worm yang kuat dan sehat. Bila cek berat, sekor je yg berat lebih tinggi dari jangkaan. 4 lagi rendah. Tapi saya tetap rasa saya underdose. Motip sangat salah dosage =(.

3. Dah buat test bertulis untuk 4wd driving. Sebenarnya saya takkan drive pun 4wd *harapnya lah*. Tapi dek kerana tu syarat nak dibenarkan bawak trak kecik nih, so ikutkan aje la. Lawak jugakla test dia - kena tengok video dokumentari pasal 4wd dan jawab. Lawak, tapi berguna la jugak kan.

4. Encik bos menjadik bapak hari ni, masih tak puas hati sebab saya dah lain katanya. Saya muka nervous dan stress dan asik nak lari. Dia kata selalu saya bubbly dan kepochi, tapi sekarang saya tak bercakap ngan orang. So, again. Sesi meroyan. Bukan meroyan emosi, tapi kali ni perbincangan dengan lebih berakal dan rasional. So, I told him I just lost my brain =p. Too many juggling to do - orang lain boleh tapi saya tak mampu. Saya memang tak boleh multitask kalau semua task berkaitan akademik. Saya hanya boleh multitask kalau 1 benda akademik, 3 lagi sosial/menggedik/gossip.
So, bila kena plan untuk 3 eksperimen, kena hadap 1 eksperimen, buat report 1 eksperimen, abstract untuk 2 conference serentak dan semuanya tak setel2, saya rasa sikit lagi nak bunuh diri. Cuma bila pikir sakit bila nyawa tercabut dari badan, pikirkan kesian kat orang kat sini sebab eksperimen dah mula, saya hanya pejam mata dan doa dan telefon untuk dengar suara mak. Saya rasa saya ada potensi jadi orang gila, maka saya rasa itulah hikmah saya tak berkawin saya rasa. hehehe. *sila jangan cakap amin*. So, encik bos dan Sara kata depa mahu saya yang lama kembali *gituh*. Sara suruh saya pegi jumpa kaunselor akademik untuk international student. Entahla. Doakanlah saya berjaya laluinya dengan tabah. Dan encik bos walau dok pujuk2, tetap tegas

'and I want your report 1st thing on friday morning. no excuse'

*pengsan*

5. Im hating my flat more and more. Sampai tatau nak cakap macamana. Macam doploh orang duduk serumah je rasa. Pack nak mampus sebab semua orang banyak barang dan semua orang jenis tak share barang. Dengan pakwe2 mai lepak kenduri kendara bagai. Nak tegur, depa dulu masuk flat ni, so agenda harian la kot kenduri dengan pakwe setiap hari. Sib baik sekor2 hensem dan senyum kat I. Kurang sikit berapi!
Kat dapur penuh dengan 5 periuk nasik, 6 kettle dan berpuluh2 frying pan. Itupun barang2 saya kat bilik. Malas nak letak kat dapur. Heater kat bilik air pulak rosak. Dah dua hari tak mandi pagi, kekeke. Ok jugak tak mandi pagi sembur2 chanel nombor 5 ni rupanya. Taklah rasa busuk sangat..kekek.
Encik bos tau saya tak suka dok flat baru, dan dia suruh saya pindah keluar bila eksperimen nih dah kurang stressing out *which i dont know when*.

7. Seluar jeans kesayangan pemberian cu telah koyak di poket belakang semasa memanjat kandang untuk bagi ubat cacing tadi. Saya sangat-sangat suka jeans ini. Ini jeans faveret. So, Sara telah isytiharkan jeans ini adalah jeans fieldwork. Tak boleh deting pakai jeans ni nampaknya =(.

8. Thanks Kinah Prime! Hari I ceria sebab you bagi link news on Jay *kedip2 mata*



Yang kasut tali pink tu Jay *if you even bother to press the play button*. Dia aktif balik berbreakdance dengan team lama dia - Art of Movement. He put on weight and looks happy. Ok lah tu kan..

Buat kak ron dan zeti, forklift yang saya bawak tu forklift murahan dan berkuasa rendah. Tidak perlu kawal dengan kaki. semua pakai tangan..kekek. So, kurangla mencabar bagi orang lain. Bagi saya mencabar sebab saya tak drive..kekeke

3 comments:

  1. k.dijay...u can do it. pejam mate je kak. tup tup dah siap dah sume keje....hehehe.

    p/s:hari org pn ceria bile membace gosip2 kpop di popseoul *kalo x mati kutu den*

    -kinah prime-

    ReplyDelete
  2. Salaams Sis,

    Saya selalu ingati kamu. Dan saya tukar ingatan itu menjadi doa yang paling hebat untuk kamu. Supaya kamu sentiasa dilindungi Allah swt dari segala marabahaya, dari segala fitnah jin dan manusia, dari zina. Supaya kamu sentiasa bahagia dan redha dengan takdir-Nya. Supaya kamu dikurniakan rahmat yang ajaib - iman yang tidak akan goncang atas apa jua ujian mendatang. Yakinlah, sahabat yang dimuliakan, dalam musibah yang berat ini, Sang Maha Pencinta itu, ya Waddud itu, pastinya akan menghantar hiburan yang terbaik. Untuk kamu. Hanya untuk kamu.

    ReplyDelete
  3. 'and I want your report 1st thing on friday morning. no excuse'

    akak ckp kat bos mcm nih: "takleh la,jumaat kan cuti awal muharram"hahahahahaha
    -mariani

    ReplyDelete