Saturday, December 12, 2009

Saya masak bihun! =)

1. Baru angkut sikit barang ke flat (asrama) baru. Esok baru angkat lagi. Tak larat nak angkut semua hari ni. Yang sentap, tingkap bilik I mengadap tangga asrama lelaki.. Maka, boleh cuci mata pagi-pagi!, saya perlulah bersopan sentiasa sebab tingkap ni bukan jenis one way sight.Two way kekdahnya. I nampak you, you nampak I.hukhuk


2. Tadi tergerak hati masak bihun goreng. Dulu tersilap beli bihun - saya beli suun..kekeke. Kali ni dah betul dan masak dengan cara belasahan. Alhamdulillah, boleh dimakan. Kesan keracunan masih belum dapat dipastikan.kehkehkeh.

3. Hari ni buat report, tapi agak stress sebab perasan banyak kesilapan data. Kalau salah data, salahlah calculation. Bila salah calculation, salah lah analisis. Bila salah analisis, report pon tak tepat. Maka, saya kena redo banyak part dari mula. Aneh, macamana data boleh salah? Buat bersama-sama dengan encik bos tau! hukhuk!

4. Fangirls, sila tekan play. Kalau tak, anda akan menyesal tujuh keturunan sebab mungkin ada orang akan claim video nih kat youtube dan u ols tak dapat tengok lagi.
Ini lagu lama 2pm yang dinyanyikan semula demi kempen menentang illegal music download. Comel sesangat sampai rasa sanggup terbang ke Korea sekarang jugak!!
Buat peminat2 2pm, anda dipaksa tekan play dan sila bertahan dari kekejangan dan pengsan.
ZETI dan AYANG! WAJIB TEKAN PLAY!

3 comments:

  1. akak dah buat saya teringin nak goreng bihun la plak.haih~

    2PM oklah.depa tak reti nari so..saya tetap peminat BIG BANG.

    hehehe...tak sabar nak pi cuci mata kat korea.

    ReplyDelete
  2. Isk isk, nak tinggalkan komen yang kreatif dan menyentapkan tapi bleh tak sejak kebelakangan nih takde idea. Ish ish.

    ReplyDelete