Tuesday, December 22, 2009

Review 2009

Ciktutor mahu melabuhkan tirai 2009 dengan membuat beberapa review. Ekceli kan, saya bukanlah orang yang berzam sempena tahun baru. Tapi saya mahu buat review setahun untuk beri semangat pada diri sendiri. Ala2 time frame untuk evaluation *lebih kurang evaluation KPT/UMT* ngeh ngeh ngeh. Azam tetap sama sepanjang masa, mahu kawin..kehkehkehkeh *mak, sila jangan tersedak*..hehehe

Peribadi

Tanpa disangka, saya meroyan sambung belajar lagi. Penuh keazaman masa memula, diikuti dengan royanan demi royanan demi royanan tanpa berbelah bahagi. Saya belajar satu benda yang sangat-sangat besar sebaik jejak kaki di Armidale – Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sentiasa beri yang terbaik buat kita tanpa kita sedari. Tuhan tarik satu nikmat dan beri nikmat lain. Tuhan tarik nikmat menjadi fellowship di USM yang tersohor *bayangkan, takdenya orang lain kena terminate dari fellowship, sekalik I diterminate kerana kurang kelayakan..kehkehkeh – jeling Kak Delinn* dan batalkan pemergian saya ke jepun untuk berskendel dengan Yamapi dan Sho. Hal peribadi yang melibatkan soal hati dan perasaan toksah cakap lah…kecewa dan kecewa dan kecewa lagi sampai saya sudah tak boleh nak rasa apa *wah, gituh*. kehkehkeh. Hikmahnya, saya dicampakkan ke UMT pada Julai 2008, didampingi best friend sejak tahun akhir degree/awal masters (cik pensyarah) dan dikelilingi adik2 ikan yang paling best dalam donia (Yoe, Nik, Adli, Dahlan dan konco-konco mereka) *Yoe, yang hensem tu Santana kan? hikhik*. Menginjak ke tahun 2009, hidup saya dikelilingi kebahagiaan bersama rakan-rakan pensyarah/tutor didampingi George Clooney Malaysia dan saya diberi peluang untuk bersama bebiri kecintaan *kalau tak, kena buat ikan…I tak vogue mcm ratu ikan..sob..sob..* dan tercampak ke Armidale yang sangat-sangat mendamaikan. Jejaka-jejaka Thailand, Jepon, Peru, Iran, Scotland yang menggetarkan jiwa, team research yang meresahkan jiwa tapi mengujakan dan sahabat-sahabat merangkap teman sepengosipan yang vogue the vazz. Tidak lupa juga rakan sealam maya yang best meletup-letup kebabom! Saya juga telah berjaya memperbaiki diri dalam mengawal kemarahan. Tiada lagi adegan hempas barang mahupun menendang meja. Memaki orang straight to the face tiada, amik pisau untuk tikam orang pun tiada, Alhamdulillah *saya pernah pegang pisau mahu tikam orang di suatu ketika dahulu, dan pernah nak tumbuk sorang budak lelaki suatu ketika dulu..hukhuk – sesiapa yang teringat, silalah padam dari kotak ingatan anda. itu semua ketika kerasukan syaitonnn, hehehe*. Kini, penuh dengan sipat kewanitaan –hanya pekup muka dengan dua belah tangan sambil tarik napas..awwwwww! Saya juga telah mengawal penyakit tutup dan pindah blog sesuka hati, alhamdulillah. Saya juga telah memasak, alhamdulillah. Saya juga telah memberanikan diri bawak trak kecik, alhamdulillah. Saya harap di tahun yang akan datang, saya akan lebih memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dan lebih berani.

Jay oppa, saranghaeyo! *pengsan* Kita berusaha sesama yuk! DIJAY hwaiting!!!!!!! *genggam tangan dan angkat ke udara*

Saya yang hazab ini sedang berusaha memperbaiki diri. Mari kita sama-sama berusaha!


Kpop

Walau 2pm tetap di hati, saya rasa gelaran Kpop artist of the year (2009) sepatutnya disandang oleh G-Dragon. Dari segi muzik beliau tersangatlah aktif *sampai badan tak besar-besar - sekeping takde 8 pax mcm Jay..kehkehkeh* bermula dengan releasenya lagu Gara Gara Go dengan Big Bang, Concert dengan Big Bang pada January, lagu Heartbreaker yang berjaya menjuarai carta berminggu-minggu dan jadi fenomena dek kerana tarian yg cool, Lagu Breathe yang menyusul, lagu A boy yang sangat unik dan lagu Butterfly. Release Ki wo kikasete dan Ora Yeah bersama Big Bang. Cuba kira tahun ni je berapa banyak single dah dia keluarkan? MV je dah berderet. Walau saya kurang suka G-D lately sebab dia banyak kontroversi melibatkan kelucahan (pakai tshirt dengan gambar lucah, pakai badge dengan tulisan dot dot dot, dan tarian kelucahan masa konsert sampai YG kena buat open apology, lagu heartbreaker yang diban dari remaja bawah 15 tahun *saya rasa lagu breathe yg patut kena ban*), tapi G-D ni kreatif dan comel dan ada aura. I boleh persetankan lagi kontroversi plagiarisme, tapi bab kelucahan ni I tak suka. I hope 2010 dia bawak imej bersih. G-D adalah comel kalau dia tak overdo imej cool. Dia cool dah sebenarnya, tapi bila mengover buat benda merepek2 nih, I rasa tak best. Terima kasih Tuhan sebab tak bagi G-Dragon ada 8 pax. Kalau tak mesti asik bukak baju. Tak koser I..kekekek. *Tra, toksah keji aku dalam hati. Aku tau apa yang ko nak keji. * Well, G-Dragon a.k.a Jiyong, dalam carta ciktutor, you are number one! kehkeh.

ps: wildawatikhazisismail – kenapa I rasa CL adalah hot? Tak penah I rasa artis pompuan hot…tapi I rasa CL hot! Masih normal kah diriku??? *pengsan*. Tak suka Park Bom je sebab muka keras kejung cam botox. Suka Dara dan Minzy *sengih*

2 comments:

  1. ye, CL memang hot! sgt matang, suara sedap, rap pun hebat. jgn risau, itu normal. hahaha. ayg suka semua, tp bom slalu bila live suara getar. ayg suka semua (eh brape kali nk ulang) sbb diorang leh nyanyi live dan tgk diorng nye reality show (2ne1tv) diorng gila2 n x gedik. x sabar tunggu album diorang. huhu. welcome to the club! :)

    ReplyDelete
  2. wow..cik meroyan semakin cool..nice..
    doakan saya dpt sampai ke tempat yg mendamaikan itew jgak eh..tgk kambing2 cumel akak =)

    ReplyDelete