Sunday, January 17, 2010

Tersangkut - penjelasan

Wah, gaya press conference kan nih? hahaha
Ini gambar yang saya snap dan pos ke dalam blog, walau dalam keketaran dek kerana takut kenderaan ni terbalik. Bila saya keluar dari perut kenderaan barulah tau tersangkut. Motip sangat tak nampak pokok. Mungkin saya kalut dok perati belah kanan. Dan saya memang takleh nampak belah kiri. Guna cermin pun tak nampak sangat..huhu
Nasib baik ada nombor security, terus kol.
Encik security datang lepas beberapa minit dan tersenyum lihat kenderaan. Saya mencangkung je tepi tu sebab memang seram sejuk satu badan..keke
Dia sendiri bertungkus lumus. Memang dah tua kot kenderaan jabatan nih. Nak start payah, nak masuk gear pon hazab. Tapi bila encik security pon mengalami kesukaran menghandle kenderaan nih, rasa lega sikit, sebab taklah nampak mcm saya hazab sangat *walaupun sebenarnya memang saya tak reti*, so, nampak macam kenderaan yang problem - sukar dikawal sampai tersangkut..*sukahati je buat andaian tak logik*
Encik securiti senyum2 je tengok saya ketar2 tulis nama dan nombor student dalam buku rekod dia. Masih seram sejuk sebab takut kenderaan terbalik.huhu



Bulatan merah adalah tempat parking. Motip la sangat ceruk tu depa allocate untuk park kenderaan jabatan. Maka, kenderaan perlu diundurkan mengikut arah anak panah. Sekali je saya berjaya sensorang, just luck lah tu. Masa reverse punyalah tensen, takut langgar bangunan belah kiri *tempat simpanan chemicals u ols!*, pokok belah kanan melindungi bangunan.
So, demikianlah kisah pagi ini. Sebab semalam stay kat padang ragut *takut irrigator meragam, dan takut bertembung dengan bas* dan alhamdulillah semua ok, hari ni saya buat apa yang patut dan blah untuk bagi makan jaybommies pulak. Satgi kena pi balik untuk amik bacaan dan buat second irrigation. Kalau sangsi, dan kalau seriau nak drive ulang alik banyak kali, saya akan stay petang ni kat padang ragut melayan perasaan, chewah! kekekee

Doakanlah semuanya selamat =)

3 comments:

  1. acu, skrg ayg paham kenapa acu slalu kata acu takut nk drive. kalau kena parking tmpt yg mcm tu, ayang pun xmo. huhu

    ReplyDelete
  2. Ayang, acu takut bukan sebab parking, sebab memang penakut. Mana pernah bawak lepas dapat lesen..kekeke

    ReplyDelete
  3. wakakaka....camno hg blh rodok msk situ????
    hadoii sakit perut aku!!! (klu aku adalah cik security, kompom aku guling2 gelak dulu...) xpo xpo..praktis lg sampai blh rempit!

    -AS-

    ReplyDelete