Wednesday, January 20, 2010

Update hari Rabu

Hari ni adalah hari menggunakan otak. Pagi-pagi sampai memang neves gila, tunggu turn jumpa encik bos memang gelisah je. Saya dah tau trick tammo bagi encik bos sentap dan cranky - email dia berita buruk sesiap bagi dia bertenang-tenang. Kalau dulu saya tak suka email, lebih suka kol/jumpa untuk bagitau. Nasib baik hari tu bergeliga sikit, sebab I cant afford anymore drama, saya email saja. Email dengan detail perihal 9 bebiri yang tanpa disangka-sangka ada cacing, memberi indikator kepada padang ragut tak clean.
Jadi tadi encik bos dalam mood yang ok. Dia sudah tau dan saya rasa dia dah pikir seharian pasal benda nih. Sebelum charlotte meninggal, saya ada buat salah yang besar dalam eksperimen. Satu - saya bagi dos ubat cacing tak setinggi yang sepatutnya, Dua - saya terlupa buat count telur cacing. Suppose buat hari Jumaat, Isnin baru saya buat - lepas diperingatkan dengan seriesnya oleh encik bos. Malu seh!
Namun dalam meeting hari ni, encik bos langsung takde bangkitkan kebarangkalian yang telur cacing tu dari kesilapan saya bagi dos. Memandangkan dia sendiri sangsi macamana boleh ada cacing kat padang ragut sedangkan dah 3 tahun takde sapa meragut kat situ, saya angkat tangan untuk menyampuk. Oh, saya kalau nak bercakap sentiasa angkat tangan, indikator. Setiap kali tu jugakla kena gelak. Entah kenapa saya suka buat mcm tu dalam meeting2 kat sini. Tak ingat pulak kat UMT dulu angkat tangan ke dak..keke. So, dengan gemuruhnya saya bersuara.

"I buggered up the drenching before. Any chance the worm is from the drenching?"
"Good you brought this up" Pergh, nampaknya encik bos macam menunggu je saya mengaku kan..
"When you did the egg count?"
"I buggered that too - suppose to do it after 11 days. I did it on the 14th" *sambil ketar-ketar kira 11 tambah 3 guna jari*
"Good bugger up" Sara menyampuk. Saya konpius. Saya diam.

"Albendazole will suppress the fecundity for how many days?"
"I'm not sure"
Rasa nak pengsan. Ini memang yang saya patut tau. Masa buat Masters dulu ada literature pasal ni. Malunya nak mengaku tatau.
"How many days dijah? from literature"
Ya Allah, masa tu tatau nak cakap apa. Memang tatau.
Saya geleng.
Encik bos tunjuk jari - sebelah tangan tunjuk lima. Sebelah tangan lagi tunjuk tiga. Tapi tatau kenapa masa tu saya tatau 5+3 berapa.
"Eight" encik bos cakap.

Maka, kesilapan saya buat kiraan lambat tu adalah ok, sebab sepatutnya lepas hari ke 8 dari bagi ubat cacing, kalau cacing masih ada dalam perut, dia akan bertelur balik.

So, encik bos agak yakin yang cacing tu bukan dari kegagalan drenching. Tapi, lepas bincang dan brainstorm balik, rupanya saya bagi dedua ubat cacing yang sangat efektif pada satu jenis cacing je. Satu lagi effectivity hanya 55-69% untuk spesis lain. Makanya kesimpulannya: ada kebarangkalian yang cacing tu bukan dari padang ragut. Cacing tu dari kegagalan saya memilih ubat cacing yang tepat. *sigh*.

So, lepas berhempas pulas *cewah* berbincang, encik bos rasa experimen ini BOLEH DITERUSKAN tetapi perlulah ditambah lagi kerja kepada khadijah saad bagi memastikan keputusan kelak adalah lebih tepat. Alhamdulillah, lega sebenarnya walaupun kena buat benda2 tambahan. Encik bos kata sebab infection pada padang ragut ni sangat rendah (saya rasa tinggi, dia rasa rendah), maka ada kelonggaran. Saya kena culture sample dari bebiri untuk tau spesis apa, kemudian kena release 2 ekor kat padang ragut yang paling tinggi contamination untuk redetect infection. Maka sekarang setiap langkah dibuat dengan sangat berhati-hati. Tadi drench 58 ekor bebiri dengan 3 jenis drug yang berbeza - effectivity yang berbeza pada beberapa spesis cacing. Kemudian dos pon ditinggikan bagi memastikan dengan nenek moyang cacing sekali mati.

Kemudian untuk bebiri yang dah diberi infection, dah kira telur cacing semalam dan based on that, amik darah dari bebiri yang banyak sangat telur cacing untuk tau berapa percent sel darah merah. Kalah rendah sangat memang kitorang kena exclude dari eksperimen. Saya tak penah amik darah sensorang. Dulu, koman koman mesti ada sorang tolong pegang, saya akan mencangkung amik darah. Tapi kat sini kena buat sorang-sorang sebab akan sampai masa takde sapa yang available untuk tolong. Memula agak hazab lah sebab saya takleh nak handle bebiri sebelah tangan dan cucuk jarum sebelah tangan. Mustahil lah! Tapi sebab Sara cikgu yang hebat, seronok pulak saya amik darah tadi. Mcm ketagih..kekeke.

Esok kena angkut 64 ekor pi padang ragut yang dekat2 sini, kendian angkut 2 kor lagi gi padang ragut yang jauh sikit. Kendian proses darah tadi, dan culture telur cacing untuk tau spesis. Oh, kena re set balik irrigator. Kena pi kedai paip untuk cek nozzle yang sesuai sebab sekarang irrogator tak berfungsi seperti yang dimahukan.

Esok jugak ada medical cek up. Esok jugak mebi pi melawat rumah dekat2 sini. Wife encik bos bgtau kawan dia tengah cari housemate, so saya akan cuba cari masa menengok rumah tu. Kalau ok, saya pindahlah bulan depan.


Sebab 2pm hiatus dan 2am punya lagu baru hanya akan release pada 21 hb, saya bubuh youtube ss501. Tak kenal sekor pon, tapi boleh tahanlah depa nih. Lagu ni je lah kot. Lagu lain mcm biasa je. Boleh tahan jugak hensem depa nih.kekeke

2 comments:

  1. acu, arini 21 kan? (menunggu dgn penuh sbr..)

    ReplyDelete
  2. Ayang Korea lambar sehari. Kita masuk 22hb depa baru masuk 21. hukhuk *gigih ni acu ada waktu Korea di desktop, muahahah*

    ReplyDelete