Wednesday, January 13, 2010

Internet kong lagi

siapa: saya, wijdan dan one.
di mana: library.
kenapa: menggunakan internet.
bila: waktu lunch break, lepas dapat tau tenet kat skul bengong balik.
Internet problemo lagik. Sakit hati betul. Maka, dijangkakan internet kat asrama pon kong jugak. Orang IT pandai, untuk mengelakkan telinga depa pekak dan bulu telinga berguguran atas lantai dek kerana royanan berterusan warga UNE umumnya dan khususnya bebudak postgrad international yang sudah sebati dengan konsep royanan berterusan, takde manusia dah angkat fon. Rakaman suara yang berputar-putar, maklumkan yang depa dah sedia maklum pasal problem internet dan dalam mode berusaha memperbaikinya. Oh, well..miss me lah when I'm not online. Malas pulak nak beli broadband modem. Modem saje dah $100, dan currency rate aussie sangat tinggi skrg. Takmolah mengopakkan diri yang sudah sedia kopak.
Tadi memaksa diri drive seorang diri ke ladang. Nak keluarkan kenderaan ni susah sikit bagi saya, jadi terpaksa mintak orang awasi. Beza lelaki dan perempuan...selalu pengawas lelaki akan bagi arahan dan sabar menanti. Pengawas perempuan akan suruh kita keluar dan dia yang akan keluarkan kenderaan. hehe. Saya suka pengawas lelaki. haha.
Mati enjin masa mendaki bukit. Panik sampai menggigil satu badan sebab kenderaan asik ke belakang bila saya release handbrake, walau dah tekan minyak. There is no way saya boleh lakukannya sebab kaki dah menggigil. Saya kol encik bos, tapi dia tak angkat. Maka saya cuba bertenang, mempersetankan orang yang lalu lalang tgk kenderaan tersadai. Akhirnya berjaya melepasinya dengan tak bergaya langsung..Lega, tapi masih menggeletar satu badan. Selalu kalau ada orang kat sebelah taklah panik sangat.
Selepas selesai urusan di ladang, kena kembali. Hari tu enjin mati dengan Fi, sampai dia pon panik, kali ni sebab dah terlebih fokus laluan hari tu berjaya di lepasi. Cuma, bila nak masuk kawasan parking jabatan tu susah sebab laluan kecik, jadi kena makan jalan sebelah untuk masuk. Since ada kenderaan kat belakang, dan ada beberapa isu yang tak dapat dijelaskan dengan bahasa mudah dalam entry ni *sebab benda ni kena ada gambaran*, saya gagal masuk kawasan parking jabatan. Konon nak buat u turn, sekalik mati enjin lagi di tengah-tengah jalan. Mencik!!!!!! mencik sebab orang pakat lalu lalang dan ini nampak gayanya usaha yang berjaya untuk menggelemerkan diri. Akhirnya, bersiar-siar mencari kawasan untuk buat u turn dan berjaya sampai tanpa kemalangan jiwa. Berjaya sampai tapi menggigil. Tapi, masa cabut kunci, tetiba kenderaan berbunyi. Terjah bilik gareth dan heret dia ke kenderaan. Rupanya lampu tak padam. Eh, bila masa saya bukak lampu? Oh, agaknya masa panik2 tu habis semua benda tersentuh, terpulas! haiyoh......hazab sangat rasa.
So, wijdan ketawa sakan bila saya cerita.
'Do yo know what other people might think when they saw you?"
"What"
"From where did she get her licence? Pick it up from the street?"
"Hahaha, no, free gift!"
"When buying popcorn? hahaha"
Hampeh!
One dan wijdan tak bagi saya beli kereta manual, haha. Depa suh dok dendiam kat armidale ni guna kereta auto.
"Dont drive outside uni"
"But I want to go to newcastle!"
"No! I wont let you!" wijdan marah.
"Take the train!" arahan dari kak one.
Oh, kakak-kakak ini sungguh garang. hehehehehehe

2 comments:

  1. 'free gift' ialah jawapan yang bagus. noted

    ReplyDelete
  2. "Orang IT pandai - Rakaman suara yang berputar-putar, maklumkan yang depa dah sedia maklum pasal problem internet dan dalam mode berusaha memperbaikinya."

    angah sebagai org IT mahu mewakili org IT walaupun depa x suruh n acu pun x suruh..hhihihih...mmg slalu org IT seboleh-bolehnye xnak angkat tepon kalo ade major problem sbb xnak stress melampau..dgn nak solvekan problem..nak dengor user membebel lagi..mengelakkan dari kene penyakit skizo..hiihihih...n angah berharap..kalo ade anak nnti..jgn ar dia nak amik IT course dah..penat badan..penat kepala..penat telinga...penat mata..*bont*t pun penat gak..ehhehe

    ReplyDelete