29/1/10
REMBAU: Seorang wanita mengandung tujuh bulan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 231.7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), semalam selamat melahirkan bayi perempuan beberapa jam selepas kejadian.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, wanita berusia 20-an terbabit cedera ringan di dagu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mangsa bagaimanapun dinasihatkan menjalani pembedahan bagi melahirkan bayinya atas faktor keselamatan selepas terbabit dalam kemalangan. Harian Metro difahamkan, wanita terbabit selamat menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), dan mangsa bersama bayinya selamat. Dalam kejadian itu, mangsa memandu Proton Wira dikatakan dalam perjalanan menghala ke Senawang melanggar belakang lori bergerak ke arah sama. Sumber berkata, akibat perlanggaran itu, kereta dipandu wanita terbabit melintangi jalan di lebuh raya berkenaan. “Mangsa dipercayai panik tidak keluar dari keretanya yang mengalami kerosakan teruk hingga dikeluarkan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian. “Pada masa sama, sebuah kereta dipandu seorang lagi wanita mengandung melanggar kenderaan mangsa,” katanya. Menurutnya, ketika kenderaannya dilanggar, wanita terbabit tidak berada dalam kenderaannya kerana terlebih dulu dikeluarkan orang ramai.
Semoga Najihah Darwis cepat sembuh.
OMG! Kak Dijah Saad ke ni? tq 4 this entry. menangis bila ingat semula...
ReplyDelete