Wednesday, January 6, 2010

Iman yang diuji

Berpuasa di waktu summer sedikit menguji keimanan kerana terasa masa siang terlalu panjang. Pukul 4 pagi dah masuk subuh dan pukul 8 malam baru masuk maghrib.
Ketika berpuasa, saya rasakan ujian keimanan diberi bertubi-tubi. Tapi saya perlu banyak beristighfar kerana saya tahu semua ini adalah ujian, kerana saya banyak dosa.

1. Encik-encik Botswana dan Papua New Guinea datang bertandang ke opis untuk ajak saya lunch sesama. hikhik. Depa lepak2 sembang kat opis dan bila saya bgtau perihal tingkap dipecah *tektik mendapat simpati ramai*, mereka ajak saya pindah masuk rumah depa. kehkehkeh. Saya dengar, tapi buat-buat tak dengar..Tahu, depa bergurau *bidas azrullokman sesiap sebelum kena lazer* tapi sajelah nak perasan jugak. hikhik. Dugaan, dugaan.

2. Peter datang bilik dan nak garam. Sib baik dalam bilik ada garam. So, tergedik-gedik sikit dalam hati sebab punyalah banyak bilik lain, gigih bertandang ke bilik I yang jauh di mata demi garam..Oh garam...kekekeke

3. Encik yang kurang dikasihi satu ketika dahulu *kini sudah agak kasih kerana sudah paham kemoodyannya* dapat tau dari Tech Officers pasal tingkap saya kena pecah, dan dia telah temuramah saya sementara tunggu bas. Dia suggest saya pindah dekat-dekat dengan umah dia *pengsan*. Penat I bagi alasan tammo, dia gigih jugak beri hujah untuk menyokong pendirian dia. hikhik. Masa dalam bas, dia bawak keluar kad dan tunjuk kad krismas yang anak sedara dia bagi, ada gambar. So kiut miut! Dari sembang pasal anak sedara terus bersembang pasal bab kawin *pengsan*. Saya menghentikan perbincangan dengan memberi saranan jangan fikir *konon kannnnn.....kekekek*. Tapi memang rasa panas pulak sembang-sembang dengan dia tadi *kipas-kipas muka*. Jarang sembang dengan dia sebab dulu tak suka, sekalik sembang tanya pasal kawin. MODE PERASAN HOT: ON. Am, you expected this to happen few month back. cis. cis. =p.

4. Abang polis yang hensem di kaunter kelihatan bertambah hensem bila membantu saya selesaikan satu masalah. Lesen saya kan tak jumpa sebab dalam purse yang hilang, so saya takleh drive. Saya kol JPJ aussie (kat sini depa panggil RTA) dan macam biasalah strict mak nenek. Depa cakap takleh tolong apa-apa sebab tu lesen Malaysia. Depa just cakap langsung takleh drive, takde pun bagi jalan mcmana nak membolehkan saya drive sementara dapat lesen baru. Sib baik saya tekad ke balai polis, dan abang polis bagi saya satu kad. Esok kena kol pejabat polis satu lagi dan lapor kehilangan dan depa akan bagi nombor. So, akan tulis nombor aduan kat kad dan boleh drive macam biasa. Abang polis cakap kalau kena tahan ngan polis trafik, leh tunjuk je kad tu. Wah, I lap you lah abang polis. Memang kalau kita lega dan gembira kita akan nampak orang jadi hensem kan?


Lambatnya masuk maghrib =(

9 comments:

  1. ye la ye la aku x laser ko!!!! huhuhu.... :P

    ReplyDelete
  2. kenapa selalu komen banyak kali..semangatnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..hahahahha

    ReplyDelete
  3. #3 ini lelaki yg k dijah sgt benci satu masa dulu tu ke? smpai takleh tgk muka org tu. yg tu ke?

    ReplyDelete
  4. yer fadhilah *malu nak mengaku*

    ReplyDelete
  5. Ah sudah... (dengan penuh keji dan dramatik).
    Gaya penceritaan dan penjenamaan semula 'encik kurang dikasihi' menceritakan segala-galanya. Hahaha.

    ReplyDelete
  6. Am, hahaha. Ala, manusia kan berubah. Dia dah jadik peramah tahap gaban sejak dua menjak nih..so, malaslah gadoh2..hikhik

    ReplyDelete
  7. saya redha jer kalo jodoh akak ngn abg polis tu(tetiba plak)..hahhahaa..

    ReplyDelete
  8. See.. sangat plot drama. Ala-ala benci awal-awal. Pastu... keke:D

    Seperti saya bayangkan waktu akak terjelepuk waktu tabur bunga yang last tu, pastu camera di zoom out dari atas, sampai nampak orang-orang sekeliling dalam pusingan . Gituh..

    ReplyDelete
  9. nik - tetiba la kan...lepas ni harus kalau orang lain punya kes kecurian pon i akan offer untuk tolong buat aduan..hikhik

    am - OVER!

    ReplyDelete