Thursday, January 21, 2010

Lapan

Satu, entahlah jin apa yang bebudak 2pm ni pakai. Lagu Nichkhun untuk promosi Thai tu adalah sedap didengar dan asik diulang2. Haish. Motip sangat dengar lagu Tourism kan? hehe. Tapi memang agaknya lagu2 mcm ni best. Dalam phone pun ada lagu yang Faizal Tahir nyanyi - 1Malaysia. Sedap..heheh.

Dua, apa yang patut dibuat sudah dibuat hari ni secara akademiknya lah. Malam ni kena touchup report and experimental design untuk meeting esok. Ada lagi satu round drenching belum buat. Kitorang malas bagi 3 drench sekali, kang terkejut pulak sistem badan bebiri kena sumbat 3 chemicals sekali. *kisah experimen adalah panjang hari ni tapi decide untuk tak bercerita sebab takut orang bosan dan tak larat nak bercerita.kekek*. Esok akan berkejar-kejaran bagi makan jaybommies-miting-drenching 64 jaybommies-irrigator setting.

Tiga, sudah tengok rumah yang biliknya vacant. Suka! Yang buatkan rasa ok sikit sebab yang tengah menyewa kat rumah tu adalah makcik yang selalu senyum kat saya dalam bas. So, tadi pertemuan pertama bersembang dengan sangat rancak. Seriau jugak sikit makcik nih macam tegas-tegas. Tapi first impression macam ok, alhamdulillah. Lagipu sebelum ni dia kata dia dok ngan mamat muslim. So, basic things dia dah paham. Takyah explain banyak-banyak lah..hehehe. Dia kata boleh pindah esok kalau nak, wah sentap. Will decide lepas dapat tau duit deposit kat asrama yang seribu lebih dollar tu boleh dipulangkan balik ke tak. Kalau tak, saya tak pindah.

Empat, dah jumpa doc. Dia kata saya allergy pada makanan bebiri dan mungkin juga allergy pada bebiri. Sentapppppppp. Maka yang chemist kata ringworm tu bukan. Salah teka rupanya chemist tu..heheh. So, doc cakap ubat yang chemist bagi tak cukup kuat. Dia dah bagi prescription lain, akan pegi esok lusa, insyaAllah. So, doc suruh jangan dedahkan tangan bila bagi makan bebiri, pakai cotton glove, kendian pakai latex glove, elakkan contact dengan sabun mandi/detergents dan avoid contact with animals. Sigh. Mcm lawak je bila para doc cakap saya allergy pada kambing/bebiri. Dulu masa tengah buat masters pon doc penah cakap saya allergy pada bulu kambing. Ingat doc silap. Agaknya bila keadaan lembab..saya lebih prone untuk dapat allergy. Alang-alang jumpa doc, saya tanya jugak pasal goiter. Doc suruh bawak segala mak nenek report yang ada dari malaysia dan depa nak monitor kat sini. Saja tulis ni supaya nanti mak leh ingatkan. Nanti bila balik bulan 6 insyaAllah leh angkut semua report mai sini. Erm, lupa pulak tanya pasal period pain yang menyesakkan dan meroyan. Len kali lah. kekekek.

Lima, dah lama tak nampak encik mata biru. hikhik. Ha, sentap dak? hahah. *saje propa diri sendiri*. Kidding ok, kidding.

Enam, terima kasih kepada penciptaan twitter saya tidak ketinggalan kisah2 2pm dan 2am walau tak dan mengadap forum. Lagu 2am sedap tapi saya tggu MV release baru tepek kat sini. Dan angin bertiup kencang di forum hottest antarabangsa mengatakan bahawa sebenarnya Jay takkan buat comeback. He will be ditched from 2pm for good. Either solo kat Korea/Amerika or jalani hidup seperti rakyat jelata yang lain - tukar tayar, keje kat kedai sushi, bboying. Tapi entah, saya tak meroyan pon. Ala2 in denial gituh. So, I will wait for an official statement. Setakat rumours mcm ni I memang tak percaya. *wah,gituh*. Tapi kalau dia tak balik, takpelah..nak buat mcmana kan..terpaksa cari mangsa seterusnya..hehe. *ni mode sopan. tggulah kalau dah keluar official statement nanti, taulah muka sapa yang akan kena pangkah...kekek. Meroyanssss*

Tujuh, ada benda yang saya tammo pikir tapi in the end terpikir jugak. Ada benda yang saya tammo buat, tapi in the end terbuat jugak. Anda benda yang saya tammo kisah, tapi in the end akan terkisah jugak. Ini takde kena mengena dengan PMS. Ini ada kena mengena dengan seketul daging dalam hati. Kalau saya cabut daging tersebut dan bagi makan kat burung yang banyak kat sini, mungkinkah saya akan baik-baik saja?

Lapan, sudah letih. Selamat malam semua




Fanchant sempena performance terakhir 2pm untuk promosi 1:59. April keluar album (mini?) baru pulak.

"Park Jaebeom Kim Junsu, Nichkhun Ok Taecyoen, Jang Wooyoung Kim Junho, Hwang Chansung 2pm.
Gidarida Park Jaebeom (will be waiting for Park Jaebeom),
Gidarida 2pm! (will be waiting for 2pm)".
Fanchant KHottest adalah epic!! Goosebumps!

2 comments:

  1. "Ini ada kena mengena dengan seketul daging dalam hati."

    email segera. ada i takleh tido menunggu gossip.

    p/s: 'misi hati' i 2010, tercabar. sebab ..... hahaha.

    ReplyDelete
  2. Takleh, kena bagi sejuk dulu. Masih panas..kekeke.

    ReplyDelete