Thursday, January 14, 2010

Tak habis-habis ngan drama

Here we go again fellas.
My candidature is not confirmed!
I repeat, my candidature is NOT CONFIRMED! T_T.
Eventhough saya lepas di peringkat jabatan, pihak pejabat dekan bagi email tadi mengesahkan saya belum boleh layak untuk diconfirm candidaturenya.

Kerana ada dua syarat baru: 1 - perlu memberi seminar. 2. Perlu submit literature review. Hari tu just submission proposal dan outline literature, serta presentation on plannings and updates *dah itu je yang depa mintak*.

So, sentaplah I dan encik bos. Sebab selama ni semua anak murid encik bos lepas. Tak pernah sangkut. Tapi ditakdirkan kali ni saya tak lepas. Makanya saya kini belum lagi PhD candidate. Hanya peroyan tegar. hhehehe.

Saya ok, taklah down. Lantak koranglah tammo confirmkan pun. Malas nak pikir. Tapi encik bos kan positif sentiasa, dia kata walau mcmana pun memang saya akan kena bagi seminar, cuma turn lambat lagi. Walau macamana pun saya kena submit literature review, cuma submitnya lagi few months. Bila jadi mcm ni, nampaknya benda-benda ni akan digenjak menjadi lebih cepat. *pengsan*

Gareth telah mengumumkan kami sekarang sudah ada lagu tema - Dr. Worm. Sedikit sebak pulak masa saya Fi dan Gareth gelak-gelak dengar lagu ni. Terasa mcm rindu kat charlie, sebab selalu buat bising sesama dalam lab. Semalam mak dia datang Armidale ambik barang-barang charlie kat rumah Sara, dan mak dia pass kat Lewis mug yang charlie guna. So, sekarang saya ada banyak mug..hehehe



On the other hand, isu kereta masih belum setel. Communication breakdown dengan Eddie sebab fon dia rosak. Rupanya dia dah book kan mekanik kat saya untuk hari apa tah, tapi satu sms pon saya tak dapat. Sekarang ni dah kelam kelibut kitorang, dedua busy. Tataula ada masa ke dak nak pi mekanik ni. =(

Tadi discussion dengan encik bos ketiga yang sentiasa busy. Since minggu depan dia outstation dan dia tak dapat dtg miting lagi, tadi buat discussion khusus untuk dia catchup semua benda berkaitan akademik yang saya akan update dalam miting minggu depan. It went well, alhamdulillah. Dia bagi constructive comments, dan yang penting dia rasa lega sebab at least saya on track walau kelam kelibut.

----------

"Oh, you look like a real researcher when putting that labcoat on"
"Really?"
"Yeah"
"Glad you like the look!"

*pengsan*

cuba teka, perbualan ini antara siapa dan siapa..muahahah. *takde hadiah*

2 comments: