Tuesday, December 29, 2009

7

Tujuh.

Malam ni kena siap-siap packing. Esok pukul 10.30 pagi lepas bagi makan and worm infection dekat jaybommies, akan bertolak ke Bathurst untuk funeral. A bit nervous sebab ni experience yang tak pernah dijangka. Sara fly dari Adelaide ke Sydney dan kendian ke Bathurst. Fi akan drive dari Tamworth. Dengarnya dia demam *sigh*.
So, just letting you know. I think I should make a blog entry everyday as an indicator saya masih mampu menulis. Kalau saya tak menulis lebih 3 hari tanpa notis, hope sesapa leh kol lah sebab sekarang ni takde sapa akan perasan kalau tak nampak saya berhari-hari. Budak flat ni pon tak kisah je. Nama saya pon depa tatau.

------

Pagi tadi pegi bagi ubat kat 64 jaybommies. Encik bos ajar Alex dan walla!~ cepat kerja kitorang siap. Baguslah ada semangat nak belajar walau baru berusia 14 tahun.. So, esok harapnya leh siap kerja cepat. Sebelum lalat bangun saya kena gerak dah bagi makan sebab nak bagi makan 90 ni amik masa dalam 2 jam lebih.

Lepas habis buat kerja tadi tanpa segan silunya pergi ke town sebab hari ni ada bas. Ini lah kali pertama naik bas dalam keadaan comot tahap gaban. Bau bebiri dah sebati, selekeh tahap gaban dan comot-comot. Tapi sebab tak larat nak balik flat mandi dan keluar balik, saya keluar jugak. Kebetulan pakcik drebar hari ni adalah pakcik sepenggosipan. Selalu sembang ngan dia kalau bosan dalam bas, dan few weeks before saya ngan charlie penah lepak-lepak ngan dia kat bus stop masa dia tengah rehat sebelum resume bawak bas. He was shocked bila tau charlie dah takde. Dan macam orang lain, dia kata dia harap saya ok dan teruskan hidup. Dia yakin charlie sentiasa bersama saya. Saya senyum, terasa dikasihi.
Beli groceries untuk weekends sebab weekends nanti takde bas. Masa saya duduk mencangkung dengan barang berbondong, keluarkan barang dan arrange balik dengan lebih comel dalam beg, ada makcik tua sorang ni tegur. Dia kata barang saya nampak berat dan perempuan tak sepatutnya bawak barang-barang berat mcm tu. Saya senyum dan ala2 refleks terus saya tanya dia macamana krismas dia, sambil tangan ligat menyusun barang *talking about multitasking*. So dia kata ok, dan dia datang melawat armidale. Dia tanya saya pulak mcmana krismas saya, *kehkeh* dan entah kenapa saya memilih untuk berdrama, walau hakikat saya boleh je jawab 'ok'. So, the story about charlie dipanjangkan pulak kepada makcik tu. Makcik tu muka terkejut ya amat, menyesal pulak cerita. Tapi yang buat saya rasa terharu bila makcik tu cakap kalau dia stay armidale dia nak ajak saya lepak-lepak ngan dia untuk lunch. This is why saya sukakan armidale, orang-orang sini ramai yang ramah tamah. Walaupun makcik ni bukan dari armidale, saya tetap rasa armidale best.kekeke. So, dengan semangat dari makcik tadi, saya melangkah dengan berani.
As expected, bila semua orang dah start keluar, kebarangkalian untuk jumpa ramai orang yang dikenali adalah tinggi, dan kisah charlie ni takkan berhenti. Saya berterima kasih jugak pada rakan gossip sri lanka yang telah menghebahkan kepada komuniti india, maka saya tak perlu lagi penat2 bukak cerita. Maka tadi berjumpa dengan sorang mamat post doc (?) dari india yang dah tahu cerita. Dia ucap takziah dan bagi semangat kat saya.
Masa tggu bas nak balik asrama, bertembung dengan flatmate lama yang berusia 18 tahun - April. April banyak kali bertembung dengan saya dan charlie waktu lunch break dan akan berhenti sembang-sembang dengan kitorang. Bila saya bagitau April pasal charlie, on the spot dia jadik sayu sayan, dan dia mula nangis. Pakwe dia pon agak tak selesa, dan saya pon agak sentap. In the end, saya suruh dia sambung shopping dan dia peluk saya walaupun saya dah larang - ai bau bebiri! And alhamdulillah saya tak nangis even tengok April nangis.

So, dont miss me. I will be away for few days. Tatau sampai bila sebab sekarang ni tempat kitorang hujan memang lebat tahap gaban sampai ada kawasan kat uni yang dah ditenggelami air dan encik bos kata ada jalan mungkin kena tutup. Mungkin balik jumaat, mungkin balik sabtu. Wallahualam.
Doakanlah kami selamat pergi dan selamat pulang, 7 hours journey dari Armidale ke Bathurst.

Fangirls, very heartbreaking news about Hankyung I must say. Seriously, takde ke benda yang menggembirakan? I will update later on Hankyung controversy.

Ni klip Hankyung dan Nichkhun. Bahasa Korea dah jadi bahasa international? LOL

Monday, December 28, 2009

6

Hari enam.
Penat.
Penat sampai jadik hagin satu badan.

Pepagi dah pegi opis. Lepas salin kasut, tukar kepada farm boot, tertinggal kunci dalam opis. Autolock. Kunci semua dalam opis. Kunci asrama, kunci lab, kunci bangunan ke lab, kunci rumah haiwan. Sapa pun takde. In few minutes encik bos akan sampai. So, kepanikan berlaku.
Kol wijdan, dia tak dapat datang sebab hari ni takde bas dan husband dia kerja, so takde kereta. Kol one, kereta dia rosak pulak, brek tak makan. So in the end saya kol manager animal house untuk mintak bukakkan animal house. Seriau encik bos pertama hangin. Sib baik manaer bagi num fon security. Sampai ke saat entry ini ditulis, saya memang tabik dekat security UNE. Sentiasa menjalankan tugas dengan cepat, tangkas dan tak lekang senyuman. Walau kena hantar bebudak kolej ke asrama memalam buta, bukakkan pintu yang terkunci ataupun menuju ke tempat false alarm, mereka sentiasa berkhidmat dengan dedikasi. Sentiasa ramah mesra dan bergaya macho.

Ke padang ragut bersama encik bos dan alex. Alex sangatlah vogue, hampir pengsan saya dibuatnya. Dia kurus keding tapi pandai bekerja di farm, kuat angkat bebiri. Saya sangat suka lelaki yang pandai kerja kat farm..hihi. Dan saya suka cara encik bos ajar anak dia. Dia sangat confident pada anak dia, tapi akan suruh anak hati-hati dengan gaya yang selamba
"Be careful of the snake.." kata encik bos bila alex redah semak samun untuk cari crate untuk lift animal *lupa nama apa*. Saya? Sentiasa bermasalah utuk herd animal. Tindakan refleks saya lemah, dua kali jugak bebiri terlepas. Bila tukar posisi dengan encik bos baru lah ok. Lepas tu berminit-minit encik bos bagi lecture pasal teknik herd bebiri. hukhuk. Kerja dengan lelaki-lekai berpengalaman di ladang, membuatkan saya rasa useless.

Selesai angkut bebiri dari padang ragut, masuk lab proses sampel. So, balik rumah dah kepenatan. Dapur pulak macam dot dot dot, so, malas gila nak bebel. Lagi pun nak bebel kat sapa kan? Semua pakat kurung diri dalam bilik. Dah ada notis bertepek sana sini pasal cuci dapur lepas masak, simpan barang2 sendiri, jangan sesuka hati guna barang orang, jangan sepahkan barang, jangan lambakkan pinggan mangkuk yang tak berbasuh, jangan semakkan bench tu dengan barang-barang yang tak guna, tapi gigih jugak nak buat. Yang pelik tu, ni semua pompuan cung melecung yang ada boypren segala. Motip sangat pompuan sejati seksi meksi tapi communal area tammo kemas. =(
Shower pon sama. Kalau orang tak kutip buang rambut, yang bersepah-sepah tak buanglah rambut tu sampai berhari-hari. Kalau orang tak flushkan toilet yang gagal diflush sepenuhnya, terbiar mcm tu jelah berhari-hari. Ni flat ke neraka?

Tadi encik bos kata, kalau tammo sembang ngan mak charlie, tulis. Saya tammo sebab I am struggling to write in english. Vocab pon tak kaya. Tapi tulah, encik bos encouraged me to do it sebab katanya akan membantu saya dan menggembirakan mak charlie. Dia kata dia suggest je, tapi saya lah kena decide sendiri. Entah, saya rasa saya dah ok. Saya cuma tak ok bila orang banyak tanya. Bila saya cranky ngan bebudak sini yang banyak tanya, saya jawab 'I dont know'. Memang hakikatnya saya tatau pun. Cuma tadi memang saya rasa nak hempuk orang, series. Penyakit baran saya dah datang balik. Bila orang yang sama dekat empat puluh juta kali dok tanya pasaipa charlie meninggal. Saya dah cakap banyak kali yang saya tatau. Jenuh tahan marah masa bagitau yang report koroner tak membantu, dan sampel dihantar ke further analisis. *sigh*.

Kendian, boleh pulak tetiba out of sudden tanya saya nak tak dia carikan jodoh. I was like "Heh?" sebab rasa takde kaitan dengan perbincangan pasal charlie. So, orang ini membuat kesimpulan / prediction yang hidup saya akan sunyi sepi dan saya perlu suami. Haiyohhhhhhhh! Motip???? So, kalau nak pikir positip memangla, saya patut bersyukur kerana dirisaui dan dikasihi. Tapi please la, justifikasi tak boleh blah namanya ni. Saya jawab lagi dengan sabar, tak payah carikan jodoh. Then mulalah keluar ceramah agama pasal jangan tolak sunnah. Isk, kalau wijdan ada pon sure dia sentap tetiba orang meroyan kat saya bab kawin ni. So, in the end berlakulah sesi melecture saya kerana manusia-manusia ini beranggapan lepas charlie tiada saya terus tidak bersemangat untuk berkahwin. Er, ada sesapa leh kaitkan dua isu di atas? Saya masih keliru! Saya kalau ikutkan hati nak blah, tapi sebab hujan lebat gila dan takleh balik asrama, saya bertahan. Bertahan walau rasa nak gigit sekor-sekor.

So, dengan rasa panas hati yang membuak-buak dan keletihan badan saya terus declare diri saya tak mahu berpikir pasal kahwin kerana saya ada banyak benda lain untuk difikirkan. Motip sangat suruh pikir pasal kawin segala bila kepala sarat dengan 1001 macam benda. I was a bit shocked bila suddenly ada orang tanya samada charlie ada boyfriend ke tak, kendian tanya saya pernah ada boyfriend ke tak - sebaik dapat tau saya kata saya tammo pikir pasal kawin. I know I shouldnt think negative tapi saya rasa this is too much lah. Nilah masalah kita, nama Islam, tapi bab nak menserkap jarang orang memang laju je. Lebih baikla saya rapat dengan pompuan dari saya bermoles-molesan dengan lelaki. Konsep yang gagal difahami?
In the end depa cakap depa nak doakan saya terbukak pintu hati. Pintu hati untuk apa saya tatau. Beroveran dengan jantan? Entah. Rasa nak ngadu kat wijdan, tapi malaslah nak layan emo. Kang tak jadi kerja.

Saya moody bila penat otak.
Saya moody bila penat badan.
Saya penat otak dan badan, maka saya moody kuasa lapanbelas.
(penaakulan mantik tingkatan empat yang gagal)

Oh, tadi masa pinjam kenderaan jabatan dari motorpool untuk angkut bebiri, encik bos nampak borang charlie atas meja opis motorpool. Terkejut gila muka dia. Sian. Borang tu charlie hantar sebab nak apply untuk authority drive kenderaan jabatan. Encik bos kata, kebetulan yang mengejutkan.

Esok treatment bebiri untuk supress immune system depa. Penat lah. Malas betul nak pegi kandang.......... Dahla depa nih cepat stress dan gelabah tak tentu hala. =(

I'm of to bed dengan rasa macam panat satu badan. Esok tatau lagi ada mood ke tak nak update.

Fangirls, I sekarang mendistractkan mind dari alam nyata dengan melihat We Got Married Jo Know ngan Ga-In. *pengsan*. Tetiba mcam rasa dapat husband pondan pon happening..kekekek



Jo Kwon selebret bday Ga In



Jo Kwon berleter non stop pada Ga In tanpa nafas lepas 0:20. Gila!

Sunday, December 27, 2009

5

Hari lima.

Bangun dan terus ke kandang.
Rasa macam separuh nak mati dalam animal house, mengsampel 60 ekor jaybommies sekor2. Bila masuk satu kandang, jaybommies kat kandang lain kelam kelibut ketakutan dan lari keluar. Cuba bayangkan betapa penatnya rasa. Nak sampel lagi. Nak tangkap yang terlepas lagi. Ingatkan nak tepon manager animal house. Tup tup dia dah muncul sebab nak bagi makan bebiri depa. So, saya pon mengadu lah permasalahan saya. Dia bagi la penghadang besi untuk sangkut kat tetiap kandang bila nak buat sampling. Memanglah berjaya, tapi rasa nak pengsan sebab penghadang ni berat. Bila dia monitor, elok je semua buat perangai. Elok je manager ni balik umah, semua mcm hilang pedoman, hilang akal. Geram betul. So, sampai sampling ke 36 saya berhenti sebab betul-betul rasa nak pengsan. So lepas makan, saya sambung balik kerja. Alhamdulillah habis. Hazab, tapi habis. Rasa nak nangis, tapi berjaya jugak habis.

Bila balik asrama, dapat voicemail dr encik bos pertama. Rupanya ada dua voicemail, tak perasan. Saya kol balik, dan sembang-sembang. Isi penting perbincangan dengan encik bos.

1- Sampai ke hari ni tatau lagi apa sebab charlie meninggal. Takde kesan sakit jantung. Sekarang buat analisis lain and will take around 8 weeks to get the result. Tapi encik bos suspect sebab dia ada diabetes, maybe masa tidur sugar level too low dan effect brain. Tapi still, kitorang sangsi.

2-Funeral hari khamis. So, tengah plan mcmana sebab tempat dia sangat jauh, lebih kurang 7 jam.

3-Mak charlie nak sembang dengan saya. Saya kagum dengan mak dia sebab berdasarkan cerita encik bos, mak dia tak down or patah semangat. Mak dia sangat semangat sembang pasal charlie. Dia tammo avoid sembang pasal charlie. Dia nak memori indah bersama charlie tak berkubur. Masalahnya saya takde kekuatan nak sembang dengan mak dia. Later lah kot. Sembang dengan encik bos pon tadi saya dah ternangis-nangis..

4-Encik bos tanya, ada bergambar dengan charlie tak. Saya jawab tak. Encik bos tanya ada tak charlie ambil gambo apa-apa kat sini. Saya jawab tak. Memang takde. Saya tau dia gila fotografi. Saya tau dia ada DSLR, tapi dia memang takde ambik satu apa pun gambar. Langsung takde. Rupanya encik bos tanya sebab mak charlie tanya encik bos. Depa sekeluarga dok kerobek komputer charlie tapi langsung takde gambar kat UNE, sesuatu yang amat menghairankan.

So, tadi masa dok dilute sampel, saya perasan animal number 23 takde. Hari tu dah pulangkan kat farm sebab rupanya dia betina dan kami tammo guna betina untuk research ni. So, Sara penah cakap kat betina tu "You are one lucky ewe!".

23 juga adalah tarikh saya tahu charlie sudah tiada. Simbolik sangat nombor 23 tu kosong. Sama macam kosongnya hati..
Charlie, you are one lucky girl! God just dont want you to stay longer in this cruel world.

So, saya mahu siap-siap mandi dan rehat. Esok kerja lagi.

Adios!

Setiap kali nak nangis, saya akan tengok Jo Kwon. hikhik. Pondan nak mampus.

4

Hari empat.

Pagi tadi saya mimpi Hwang Chansung.


Saya kira ini tanda saya sudah semakin ok secara emosi. Walaupun malam tadi susah tidur macam malam-malam lepas, tapi sekurang-kurangnya saya ada bermimpi. Lepas mimpi chansung, saya mimpi charlie. Mimpi ke mana tah dengan charlie, saya tatau. Tapi kami berdua berjalan-jalan. Saya tak nampak muka dia, tapi saya tau itu charlie. I just knew it! =).

Pergi animal house bagi makan jaybommies, kendian balik opis. Hari ni wijdan dan family datang opis. Saya terpaksa mintak tolong dia dan suami dia bawak saya pegi padang ragut sebab transport jabatan motorpool dah amik. Untuk servis kot, entah. 4hb 1 baru leh guna kenderaan jabatan. So, we went together ke padang ragut, jarak dalam 5km dari opis. So, terasa macam family wijdan melawat zoo dan saya caretaker. Depa sebuk tengok bebiri, saya dok sibuk cek air dan topup mana yang patut. I am glad sebeb family wijdan sangat supportive. Yes, everyone is very supportive, including YOU. Since wijdan pon baik dengan charlie dan telah melantik dirinya sebagai doctor love untuk kitorang, dia selalu sembang ngan kitorang. Selalu bagi tips, tapi kitorang lebih banyak gelak je. Motif sangat tips-tips bagai. Tapi charlie semangat kalau dapat tips dari wijdan. heheheh

Lepas balik asrama, sembang dengan sha kat ym *thanks sha* dan makan. Cerita kat tv satu hapah pon tak best. So, decide tido petang. Bangun, goreng ayam dan makan. So, malam ni lepak-lepak sambil layan segala mak nenek video 2pm, dload lagu Wang Seok Hyeon, dan layan rumah 54. Heartbreaking, nak stop kejap baca umah 54 sebab banyak sangat drama air mata. penat *sorry Am*.

Suddenly terasa mcm tammo pegi funeral charlie. Entah, rasa tammo pergi. Rasa berat hati. Tengoklah macamana tapi saat saya menulis rasa macam takmo pegi.

Thanks for all the care and thought. But I just want to ask a favour from all of you. Starting today, please dont ask anything or comment anything 'bout charlie. Sebab saya tammo ingat. penat. Saya rasa saya nak hidup dalam denial. Biarlah. So, mulai hari ni saya akan ignore je sesapa tanya pasal charlie =p.

When the time is right dan bila saya tahu apa yang patut diketahui, saya akan reveal.

Its still heartbreaking sebab ini kali pertama orang yang rapat meninggal. Ini kali kedua orang yang tak pernah lukakan hati saya meninggal. Dulu, masa usia 12 tahun, Tok Wan meninggal. Sampai sekarang kalau teringat Tok Wan, saya akan sedih dan nangis. Kesedihan tanpa dendam, tanpa sakit hati, tanpa penyesalan yang berakar umbi. Masa putus cinta saya pernah nangis teruk, tapi perasaan ni tak sama. Kali ni takde perasaan benci, takde perasaan geram, takde kesumat dendam. Yang ada hanya rasa sunyi, sepi, sendiri. Saya tak pernah terfikir yang dalam dunia ni ada jugak orang selain Tok Wan yang langsung tak pernah buat saya sedih, marah, panas hati, kecik hati dan dalam masa yang sama rapat dengan hati saya. Sebab hakikatnya saya adalah seorang yang short tempered, senang jengkel dan menjengkelkan. We always said to each other yang kami kagum betapa dengan budaya dan agama yang berbeza, we completed each other, faham each other. Saya selalu pintas pernyataan dia dengan

"But I'm not lesbian, just to let you know..err, just in case."
Dan dia akan sentap sesaat dan balas balik
"Oh! I dont know that! But it's ok because I'm not lesbian too!"

dan kitorang akan gelak.

We tried to avoid all this emotional feelings yang lebih-lebih dan tak sangka akhirnya saya terperangkap sendiri. Sendiri.

Dia selalu cakap yang Tuhan buat dia sakit masa study kat Afrika, adalah untuk dia balik ke Aussie, dekat dengan family dan untuk berjumpa saya.
Dan saya kata kat dia, Tuhan takdirkan saya tak jadi kawin, ditendang dari fellowship USM, tak jadi pegi jepun, apply UMT dan akhirnya ke Aussie adalah untuk berjumpa dia.

So semalam bila Sara call, saya cakap kat Sara yang semua ni jadi sebab Tuhan nak rapatkan kita, nak kita lebih bersatu hati. I can bet you kat bangunan animal science ni takde satu pun lab yang ada emotional tragedi yang libatkan every single human being dalam lab. Sara was a bit shocked bila dengar suara saya dah semangat balik. Saya dah penatlah nak down, sebab takkan ubah apa2. Kalau saya nangis sampai keluar air mata darah dan ada jaminan chalie akan hidup balik, trust me, I will do it. Sara decide we should call each other every now and then untuk cek each others condition. Hari ni saya tak kol dia sebab ingatkan nak call petang, tertido pulak. Esok lah saya kol dia, insyaAllah.

And I tagged all entries yang ada kaitan dengan charlie. Just in case ada sesapa tak perasan watak dia dalam blog ni dulu. =)

Friday, December 25, 2009

3

Hari 3.

Semalam call Sara, and to my surprise, dia menangis teruk dalam phone. Nampak rantai tangan silver yang kitorang bagi bulan lepas masa birthday dia, dia nangis. Dia nangis sebab teringat charlie yang sama-sama belikan. To be honest, Charlie yang pilih. Kitorang (saya dan Fi) just setuju sebab dah penat jalan. Dia yang gigih masuk setiap kedai jewellery dan gigih cari yang paling sesuai. Berhari-hari jugak pilih dan akhirnya bila dia buat decision suka kat satu rantai tangan ni, rasa lega sangat. Dah tak koser nak pusing-pusing lagi.

So, Sara lebih terasa sedih saya kira sebab depa housemate. Tetiap hari Charlie masakkan dinner. Weekends pulak Charlie masakkan lunch. Sampai tengok bawang pon Sara nangis, bayangkan. Bila waktu Sara cuti Charlie akan angkut anjing-anjing gedik 2 ekor tu jenjalan, bagi makan seme. So, I know how Sara feels right now. She is really-really upset, sampaikan dia tak keluar pon jumpa sedara mara untuk berparty. Duduk rumah, nangis. Dia kata dia cuba jadi kuat, dia cuba cari distraction, tapi semua gagal. Dia nangis. Sara yang gagah menangis. Dia suruh saya bertahan sampai dia balik. Dan macam yang saya pesan kat Fi, saya ulang skrip yang sama sambil nangis tersedu-sedu.

"I'm looking forward to see you soon. Please take care and drive carefully. I could not afford losing anyone else right now"

Dia gelak, lepas tu dia nangis.

Saya teringat Mark cakap dia takleh tido teringatkan charlie. Saya sebak sebab Charlie bukan rapat sangat ngan Mark sebab Mark bukan TO untuk bidang kitorang. Mark hanya rakan sepengswearan kitorang merangkap bapak yang jaga anak-anak dara Lewis yang gila. Mark sebut pasal Charlie, mata dia berair.
Haish Charlie, you are really-really mean to us! You made EVERYONE cry!

Sara kata saya kena kuat semangat sebab Charlie akan marah kalau nampak saya sedih-sedih kalau dia melihat dari atas. Seriously, I dont believe in konsep 'orang meninggal melihat dari atas'. She is gone.

But today is wayyyy better then yesterday, alhamdulillah. Terima kasih kat mak sebab kejut pagi tadi. Kalau tak, mesti tak makan bebiri hari ni. Saya tak nangis masa bangun tidur. Tak nangis masa mandi. Cuma air mata meleleh dalam perjalanan ke uni. But at least I can smile bila teringat kesengalan dia.

Dia selalu tak puas hati kalau saya ym dengan Am *terutamanya* sebab saya akan semangat gelak, mata segar bugar *dia lah kata* dan selalunya akan tak perasan kalau dia cakap apa2. Biasanya dia akan sembang ngan wijdan sambil tggu saya habis chat. Tapi kalau ada benda penting nak cakap dia akan bercekak pinggang dan cuba baca ym. So, its so happen that satu hari tu dia nampak Am tulis "Kak Dijah...". So dia macam konpius kenapa Am eja nama saya camtuh sedangkan ejaan saya kha-dijah, bukan kak-dijah. Saya pon explain yang kita nih lebih kurang jepon and korea lah dari segi culture senior-junior and the word Kak means senior female. Sejak dari tu dia selalu nak panggil saya Kak tapi saya tak bagi sebab tammo terasa tua. So, dia tak jadi panggil kak, tapi kalau saya membebel tak puas hati especially dengan pemilihan baju yang dia nak beli, dia akan cakap "Ok mom" sambil sengih. hehe. Ironi sangat tammo dia panggil saya "kak", tapi bagi dia panggil saya "mom". PS: Am, charlie tengok entry hang dengan anak kuda dia kata hang good looking! cecececececece.

Dia beli CD lagu the best of 90's dan semangat pasang dalam kereta. Bila keluar lagu Ice Ice Baby by Vanilla Ice kitorang nyanyi sama-sama tapi setiap kali part Ice Ice Baby je lah. Bab lain adalah dot dot dot dan kami tak hapal. So, tu je lah lagu yang dedua leh nyanyi sesama. I hate Alicia Keys and Boys To Men song, dan dia obviously hating all boyband songs, termasuk BSB. Bila terkeluar lagu BSB atau NSync dan saya nyanyi sebab hapal dia akan buat suara latar "we are gays".. So, last-last akan gelak dan pasang lagu yang dedua takleh nyanyi. Puas hati.

So, Im looking back at the good moments and decided not to think that she passed away. Biarlah saya rasa dia balik bercuti dan decide tammo balik sini sebab dia tak sihat. Dan handfon dia rosak, dan dia takde access internet untuk online. Selama ni pon dia mana penah balas komen saya kat FB, chatting pon sekali je.hehe. So hari ni dipenuhi dengan download segala mak nenek clip 2pm yang ada, especially variety shows. Hanya berhenti untuk solat dan makan. Note: Aman, takyah dload wildbunny..dloadkan Hotblood leh? SEMUA episod.hikhik. I guess its a good distractionlah. Malam ni nak start balik buat kerja.

Semalam dah apply untuk stay asrama sampai bulan 6. Dah bagitau charlie hari tu yang tarikh tutup untuk apply adalah 6 jan. Dia cakap sebelum 6hb mesti dah boleh buat keputusan. So, memang betullah, sempat saya buat keputusan untuk apply asrama.

Sekarang tengah tunggu kereta. Sebelum ni nak beli kereta kat kedai second hand, lepas tu rupanya kena auta ngan pakcik kedai tu. Pakcik kedai tu kata kereta dah lepas safety check so takyah buat second check - dia macam tak puas hati. Sib baik la Charlie paksa saya hantar jugak kereta pegi workshop - masa tu memang tammo pegi double check sebab malas, tapi sebab dia garang, saya ikutkan. So, dapat tau yang air filter dah suck in banyak minyak dan mechanic cakap jangan beli kereta sebab engine dah worn out. Lepas tu back rear dah bent teruk. Tak jadi amik kereta tu.

So, cari punya cari dapat tau bini kepada supervisor si Peter nak jual kereta. Still negotiating but macam positif je nih kot sebab charlie macam puas hati dengan kereta yang ni. Michael pon bagi respon positif bila saya tanya. Doalah semua ok, kesian kat sv kalau ada student yang lain meninggal, sebab kereta meletup pulak.

So, I guess I should move on. I know I will cry again later tapi at least saya dah boleh terima hakikat. Cuma saya terkilan satu benda - minggu lepas saya cranky dan penat, jadi tak keluar shopping dengan dia kecuali hari Jumaat. Itupun saya macam mabuk sebab mengantuk. Sepanjang bershopping saya dok komplen mengantuk dan lapar dan dia akan gelak. Dan bila for dia drop saya, kami tak peluk macam selalu. Kitorang selalu peluk erat-erat dan akan cakap

"Take care, see you tomorrow/soon" tapi hari tu saya tammo peluk dia.

Saya kata saya bau bebiri. So, kitorang just buat aksi peluk di awangan. Dan saya cakap

"I will miss you, and I'm already missing you". Tapi saya tak pandang dia. Saya pandang kasut.
Ada satu hari tu *masih minggu lepas*, dia sms bgtau dia kat pekan, tapi dia sanggup balik uni ambik saya untuk keluar dengan dia. At that time I was so tired, tak koser nak keluar. So, dia mcm sedih, tapi dia paham. Dan masa hari Sabtu saya sms dia ajak teman keluar beli beras, tapi for the first time dia kata dia tammo keluar sebab sakit kepala. I was so stupid sebab cannot see this coming. Dia tak pernah kata 'no' untuk shopping, maknanya kali ni memang betul-betul sakit. Then saya kensel pegi beli beras sebab purse tertinggal kat asrama, tapi saya kat opis masa tu.

So, kesimpulannya last week was not normal for both of us. And only now I realized =(.

Maka, saya dedikasikan lagu ni buat charlie, dan since dia tak leh dengar tekanlah play untuk dia.hehehe



Goodbye my love, goodbye my love
I still love you

I'm so vexed, I'm so sad
You won't come back anymore, but I still love you

I can't forget everything, I can't throw everything away
I'm miserable and weak
And pitiful, I hate myself

Goodbye my love, goodbye my love
I'll always love you
I'll always, always love you

I won't cry now, don't cry now
Although our hearts grow far apart, I still love you

I keep saying it's the last time, I keep saying it 'til the end
I stop my tears, so that your smile
Is the last thing I remember

Goodbye my love, goodbye my love
I'll always love you
I'll always, always love you
I'll always, always, always love you



ps: TAKE CARE PEEPS! We need to support each other!

Thursday, December 24, 2009

Hari kedua

Hari kedua. Hari kedua selepas sedar charlie sudah takde.
Saya rasa saya kuat dan tabah. Saya rasa semua akan ok. Hari pertama selalu menyakitkan, tapi hari kedua pasti lebih ok kan? Time heals. Tak gituh?
Tapi nampaknya konsep ini tak boleh dipakai. Hari ini lebih teruk dari semalam. Sama macam kalau period, hari kedua bagi saya adalah lebih azab dari hari pertama. Hari kedua akan rasa kebas dari pinggang ke bawah, sampai boleh cramp.

My belover readers *wah, gituh*, kalau yang tegar akan perasan sejak dua menjak ni saya banyak tulis pasal boyband je kat blog. Sebenarnya sebab saya semangat nak apdet tapi takde cerita. Sebab banyak cerita saya berbincang dengan charlie, luah dengan charlie, maka saya kurang cerita. Tiada entry berkonsep diari. Yang ada hanya cerita boyband.

So, I guess, back to square one. Blog ni akan balik macam dulu. Sebab pasti semua benda saya akan cerita. Sebab pasti saya tiada sesi luahan perasaan setiap petang di kedai kopi lagi.

Bangun pagi saya terasa mcm baru tersedar dari mimpi ngeri. Terus update blog tanpa gosok gigi. Menangis sambil update blog, sambil baca sms terakhir charlie yang saya tak balas.

Pergi shower, menangis lagi.

Berjalan ke skul, menangis lagi.

Otw nak pegi kandang, singgah bilik Mark dan Michael *tech officers*, bagi kad krismas. Memula depa mcm sembang pasal benda lain. Kendian they just cant help it - they talked about her. Saya macho, sikit tak nangis. Saya happy sebab semua orang terkesan dengan berita dia meninggal. Dia memang wajar diingati dan dikenangi.

Sampai kat kandang, masa tengah bagi makan bebiri, menangis lagi. Habis lintang pukang makanan saya bagi. Sepatutnya saya bagi makan 150g alfalfa dan 600g oaten pada setiap bebiri. Tapi entah kenapa saya terlupa mana yang dah dapat alfalfa, mana yang belum. Since makanan tak kritikal untuk result eksperimen, I couldnt be bothered untuk risau2 pasal makanan. Takpelah, esok saya bagi makan betul2. Thank you jaybommies! Hari ni ramai yang makan habis. Takde yang kencing dalam bekas makanan. Good job!

Masa bagi makan bebiri, manager animal house tegur, dia kata dia ada even masa krismas. So, kalau ada masalah, dia akan ada. Saya lega. Saya bagitau pasal cherlie. Dia dah tahu dari Mark. Dan dia sedih.

Balik ke opis, singgah jumpa S/U dekan. Ucap selamat bercuti kat dia. Dan gigih jugak saya bagitau dia pasal charlie. Dia tahu, tapi dekan tak tahu lagi. So, dia pon sedih. Saya buat-buat tak sedih. Saya buat-buat tabah. S/U pesan suruh saya rehat sebab terlalu banyak ke hulu ke hilir katanya. Saya masih ok, meluru balik opis.

Saya ambil kad krismas, tulis untuk orang lab, family lewis (sv1) dan family steve (sv2). Dalam setiap kad saya tulis nama saya dan charlie. Sebab ini yang saya plan sebelum ni. Setiap kali tulis nama dia atas kad, saya nangis. Kad steve ada titis2 air mata. Better dari titis air liur or hingus kan?

Saya pergi letakkan kad kat bilik sv2 dan lab. Saya bergegas amik bag, nak pi tggu bas. Baru sedar takde duit kecik. Pegi bilik deepani, pinjam 5 dollar. Sempat bgtau dia pasal charlie. Dia sentap gila. Saya nangis lagi. Tapi cepat-cepat lari sebab nak kejar bas. Konon. Sebenarnya malas nak sembang. Malas nak jawab soalan2 mcm 'kenapa?' 'bila?'.

Masa tunggu bas, entah kenapa saya nangis lagi. Kali ni macam drama swasta. Terduduk tepi pokok besar dan nangis semahunya. Lantaklah orang nak kata gila. Lantak. Saya nangis. Saya nangis. Saya nangis. Saya kol tra, berenti nangis. Bas datang, saya letak telefon.

Saya pergi kedai yang jual mug bebiri. Charlie insist jugak nak beli mug tu untuk Lewis as christmas present. Masa tu saya cranky sebab ngantuk, jadi saya ignore dia. Lagipun saya rasa bebiri tu buruk. heheh. Tapi hari ni, saya nekad nak beli. Tapi saya risau kalau mug tu dah habis. Nasib baik ada. Sampai dekat-dekat kaunter, perasan purse tertinggal. Jenuh cari duit/kad. Hanya ada 2.50 untuk ambik bas balik uni. So, decide balik uni untuk amik purse.

Masa tunggu bas, mamat yang charlie suka nampak saya, dia datang dekat. Dia muka sedih. He should be! Then we talked. Kawan dia pesan suruh saya cari kawan lain. I was like WTF? Its just like suruh pompuan yang mati laki cari laki lain. Tak ke kurang ajar namanya tu? Saya ramai kawan. anda-anda semua kawan dan sahabat saya juga bukan? Tapi kehilangan seorang kawan pasti beri kesan. Konsep mudah yang gagal difahami?

Dalam bas bersembang dengan sorang makcik ni. Selalu bertembung kat uni. Saya bagitau dia charlie dah takde. Saya tatau kenapa saya bagitau dia. Tapi saya nak bagitau.

Kendian Ake pulak naik bas. Sembang-sembang dengan Ake pasal charlie. Dia tahu sebab One bagitau. Ake sangat pandai main psikologi. Dia tak tanya soalan pelik. Dia tak guna nada sakit hati. So, saya ok masa sembang dengan Ake.

Sampai uni, ada orang tanya saya "Apa result postmortem Jack?"

Saya hangin. "Jack mana?"

"Kawan you."

"Charlotte lah. Bukan Jack! Saya tatau."

I dont know why I was so angry and frustrated. I took my purse, bergegas turun balik.

Masa tunggu bas, Gareth lalu nak balik rumah. Dia berhenti.

Dia kata kalau nak suruh dia bagi makan bebiri, dia boleh tolong. Saya kata saya ok. Saya kata saya dah berenti nangis. Dia suruh saya kuat semangat.

Sampai bandar, beli mug bebiri, beli makanan rapu, beli kad untuk funeral. Terfikir kalau pegi funeral boleh pakai skirt selain hitam tak? Ingat nak sms charlie tanya. Tetiba sentap sendiri. Sebab selalu tanya apa-apa kat dia, terlupa yang kali ni nak pergi funeral dia..
Singgah satu kedai yang jual keychain nama charlotte, beli. Dia nak beli keychain ni minggu lepas tapi tak jadi. Masa tu saya tak puas hati sebab takde jual nama DJ. Pegi kedai kopi yang saya dan charlie selalu pergi, tapi beli coke. Kak khalid telefon. Kendian pegi kedai jewellery, beli subang dan jam. Main tunjuk2 je macam Paris hilton. Makcik kedai sentap sebab beli barang mcm orang kaya atau orang gila. Dia kata saya nih wanita yang tahu apa yang saya nak. Correction, saya sebenarnya tatau apa yang saya nak, akal saya takleh berfungsi. Tggulah seminggu lagi, pasti saya menyesal beli benda2 alah ni. Saya kata saya malas nak pikir banyak-banyak, sebab kawan baik baru meninggal. Makcik kedai sentap. Dia ada bagi2 semangat. Saya senyum je lah.

Dapat kol dari member dari adelaide *tak pernah dedahkan kat blog, charlie sorang je tau..hikhik* dan sembang-sembang apa yang patut.

"Dugaan semua ni..sabarlah" gituhla kot skema jawapan.

Saya tunggu bas. Saya kol Fi. Dengar suara Fi saya nangis. Fi pon nangis. Sebenarnya nak wish christmas. Last2 ntah apa kebenda sya merepek sambil nangis. Ada tiga orang lain kat bus stand, semua sentap. Lantakkan. Dah tak kuasa nak pikir apa yang orang pikir. Kendian sembang ngan depa, saya bagitau yang charlie dah takde. Saya tak terkejut pon bila 2 orang yang kat bus stand tu kenal charlie. Makcik yang sorang lagi tanya kalau saya ada sesiapa untuk bersembang, wah gituh. So, saya bagitau saya ok. Cukup lega bila at least orang lain tumpang sedih. Tumpang rasa sakit.

Dan ketika mengupdate blog ni, saya nangis lagi. Nangis lepas baca email dari Fi.

Hi Dj
I've been trying to think what to say and kept getting myself into tears
so decided it would be easier to write. I know what a wonderful person
Charlotte was and I also know that she thought the world of you. She
wouldn't have wanted to make you feel so sad and alone though.

You would know better than me that she was a person who lived life to the
fullest (something I've learned from her) and you guys had such great
times together so remember them and cry cause you're allowed to and also
let yourself fell happy for having met her and be lucky enough to have had
her as a friend.

I truly wish I was back in Armidale and could give you a big hug and a
shoulder to lean on and I'm really sorry that I'm not.

All I can suggest is to take strength from Charlotte and the fact that she
would be wanting the best for you and your happiness.
You are very very strong dj you will get though today and tomorrow and
this week and next week and I know that Charlotte's family will too.


take care precious
lots of love.
Fi
So, I hope semua orang doakan saya. This is very very difficult for me. And please dont ask me pasal postmorterm report. I will let you know if I know.

Sekian, terima kasih


Mak, Kak yan, Kak khalid, kinah, cik gee, arin, ayang, angah, kak nur, k. delinn, am, tra, pingu, aini, che mad dan semua yang hubungi saya dalam apa jua cara, terima kasih.

Seasons greetings



SMS

Sampai pukul 5 tak boleh tidur.

Terjaga dari tidur dengan perasaan seperti baru lepas mimpi ngeri.

My head is spinning.

Oh, mahu mandi dan pergi bagi makan the jaybommies.

Selamat hari Khamis.

Charlie, why you didn't reply my sms?? *_*

------

Thank you. I'm at mudgee! now so the boring bit of the trip is over. Try and have fun without me!!

Sorry I didnt reply back to your last sms. I was so stupid and cant understand your sms. And today I just realized why I cant understand you sms. It's the later sentence you silly tweet!!! It will never be fun without you! TT^TT.

Wednesday, December 23, 2009

I'm fine

I'm fine.
Normal lah kalau sedih bila kawan baik meninggal.
Normal lah terjelepuk atas lantai dalam mode mak dara dalam cerita kasim selamat bila terkejut kawan baik meninggal.
Normal lah air mata merembes sebab teringat kawan baik yang meninggal sebab semua benda sekeliling kita ada kena mengena dengan dia. Kasut beli sesama, cincin beli sesama, topi beli sesama, underwear beli sesama, mug beli sesama, usb port beli sesama.
I am fine. Thanks buat yang ym saya dan yang komen kat entry lepas. Maybe saya akan lebih banyak meroyan, ataupun hiatus sekejap.
Sara sms bgtau dia takleh buat kerja, asik teringat. Dia suruh kol dia kalau sedih. Oh, saya takkan kol dia sebab nanti akan jadi drama air mata version english.
Encik sv kedua bertembung dengan saya dan pegang bahu. Dia kata dia tumpang sedih.
Michael je yang bagi ucapan tak sayu sayan. Dia hanya ucap sorry.
Budak postgrad yang lain yang mana ada kat sini datang ucap takziah dan suruh saya be strong. Yang menyakitkan jiwa bila ada yang datang bagi ceramah tentang kematian. Wijdan pon sentap. Cut it out lah, the last thing I want to hear today is ceraah panjang berjela tentang kematian yang akan tiba. Dari sekolah dah belajar. Hanya dengan wijdan je saya boleh terima sebab wijdan dia tak bagi ceramah berjela2 macam skema jawapan pendidikan islam.
Wijdan cakap main concern semua orang sekarang adalah the way saya cope dengan keadaan ni., sebab ramai orang jumpa dia dan cakap. Kalau family dan kawan-kawan yang kenal saya, they will know yang selagi saya balas msg ym, atau update blog, saya masih ok. It's really tough, but I'm ok. I will try to be. At least tadi boleh jugak ke padang ragut untuk melawat bebiri. Walau peneman *kawan indo* hesitate nak ikut sebab dia ingat saya dalam fasa mourning,. Tapi kerja tetap kerja lah. Charlie will spank me kalau dia tau saya mode lemah gemalai sebab rindukan dia.

Memang di akhir nanti kita akan sendiri, so I shouldnt complain.
Memang sebelum ni pun saya sendiri, so I shouldnt be scared.

So, saya pun sebenarnya tatau kenapa saya sedih. Saya bukan tak redha dia pergi, saya cuma terkejut. Terkejut sebab tak sangka. Terkejut sebab many promises were made between us and this really made me think - I shouldnt make promises or give hope tanpa berlapik..Bila Allah tak izinkan, semua benda Allah tarik sekelip mata. SEKELIP MATA.

Charlie had a big crush on this guy and I confronted the guy today saying that she loved him and I just want him to know the whole truth. As expected, he can see it coming but he has a girlfriend, tapi tammo confess awal2. So, I am a bit upset sebab manusia sekor ni tammo confess awal-awal dia sudah ada girlfriend walau banyak kali kitorang tanya. What did he expect, my friend will just figure it out later, after reading his wedding invitation? So I just said that this is bullshit the best for her, sebab kalau charlie jumpa saya lepas krismas dan dapat tau mamat nih dah ada girlfriend tapi hesitating nak mengaku, mesti charlie nangis. Mesti.
I'm not going to swear, but I just want to say that this young man doesnt deserve her. She is now in peace. The pkace where she suppose to be.

For all the bastards in the world, I pray to god that you will appreciate people better or you will burn in hell.



"You will be more independent after this"
"...but I will be alone..."

Thanks Tra for always being there for me. =)

Speechless

Saya masuk dalam ofis disambut dengan tangisan wijdan. Dia tammo pandang muka saya. Dia cakap 'We as muslim should know that this will happen" . Masa tu saya ingat wijdan nak tegur saya pi lunch dengan dua lelaki afrika. Sebab selalu kalau apa2 yang jelik mata pandang, wijdan akan tegur. Masa tu rasa agak terkejut lah sebab wijdan sampai menangis.

Saya terkasima beberapa minit. Dan wijdan ambil kerusi sit down dengan saya. Dia kata sebagai Islam, kita kena percayakan ajal. Okes, goosebumps! Sekali dia bgtau encik bos pertama kol cari saya. Di bagi tau my dearest friend telah meninggal dunia.





Charlotte.
It's Charlotte (charlie)
Charlotte Jack.

So, my head went spinning dan tak dapat nak compute Charlotte mana? So, bila wijdan sahkan its our dear charlotte dan wijdan mula nangis balik, I know that the scene will be just like typical drama swasta. Laugh out loud if you dare, saya terjelapuk terus atas lantai dan menangis sekuat hati. I know dalam Islam kita tak boleh meraung, but I just cant help it. Nasib baik ada wijdan dia dia jenuh pujuk saya. Dia berulang-ulang cakap 'Almaut Haq!' dan 'Muslims cant cry like this". Series, terasa macam kena hempap dengan batu. Rasa macam semua mimpi. Rasa macam saya akan kembali sendiri.

As expected encik bos datang opis dan berlakulah sesi menangis sama-sama and we comforted each other *tapi takde adegan peluk-peluk*. At least we agreed on few things, she was happy before she went home

1. Encik bos bagi dia break even dia kena kerja awal minggu depan.
2. Encik bos puas hati dengan progress charlotte sebelum dia cuti krismas. So, she was very2 happy and keep on saying that to me. She was happy to make encik bos pertama proud.

And I was relieved sebab tak jadi ikut dia balik kali ni. It will be very heartbreaking for me and it will be difficult for the family berhadapan dengan kematian bila ada guest kat umah. And surely I will feel out of place.

But I will definitely miss her. Even when writing this my tears cannot stop flowing.

We planned to move out together after new year and now I think I will be alone again.
We always have lunch and go shopping together and now I think I will be alone again.
We always talk about life and boys and now I think I will be alone again.
I just love her mengeji semua boyband korea. Dia akan immitate dan kutuk my boybands adalah gay. She was hillarious.
And we planned to make future research collaborations and give each others daughter a present.
She planned to come to Halim's wedding next year.
She always pat on my head kalau saya cranky and automatically saya akan rasa lega.
I love her and I miss her.

Charlie,
I will buy the sheep mug and give it to Lewis as your wish.
I will reduce my frequency of swearing.
I will always remember you in my heart.

Charlie, REST IN PEACE.

Dua hari sebelum Krismas

Finally minda dan badan dapat direhatkan. Encik bos kata dia puas hati dengan report yang berjumlah 56 muka surat. Phew! *kesat peluh kat dahi* tapi........... masih ada komen dan pembetulan. So, satgi akan pergi mengadap encik bos dengan penuh bersemangat.

Semalam abang Sam datang opis, sambil menayang kaki yang patah sebab jatuh beskal. Oh, terover perasan pulak. Dia datang sebab nak cek internet connection since waktu cuti ni dia kerja sambilan dengan dept IT uni. So, sambil menyelam minum airlah kan - konon tanya pasal internet connection, sebenarnya nak jumpa i *hikhik*. Mode perasan: ON. Kalau betul gigih bekerja menjalankan tugas, kenapa pintu opis sebelah dia tak ketuk ponnnn...kekeke.

Hari ni nampak Gareth kat lab. Dia tak cuti lagi, gigih dok kira cacing. Seronok pegi Uganda katanya. So, I just told him kisah sendu yang menyebabkan saya punish diri saya untuk tak bercuti di waktu Krismas. Dia terkedu. Entah terkedu sebab apa - rasa saya gila atau over atau bengong sangat sampai messed up the experiment. Whateverlah, yang penting saya sudah perlahan-lahan kembali berdiri. I hope I will never ever repeat the same mistake again. Terngiang2 lagi suara encik bos "You are a PhD student, you must think!". Uh, masa tu rasa mcm budak tadika, hopeless dan useless.

Dan jatuh cinta lagi dengan Jay. *Ayang, I droplah nak skendel ngan chansung..hehe*. Semoga jumpa orang yang pandai memujuk macam Jay - lawak, tegas, romantik tapi comellllllllllllll *pengsan*. I lap you Jayyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!



Ayang,

Junsu mcm saiko! Seram seh dia nyanyi kat telinga!!!!
Chansung sangat maknae! Motif pusing2?
Jay, HOT!
Nikhun lawak...

Tuesday, December 22, 2009

Review 2009

Ciktutor mahu melabuhkan tirai 2009 dengan membuat beberapa review. Ekceli kan, saya bukanlah orang yang berzam sempena tahun baru. Tapi saya mahu buat review setahun untuk beri semangat pada diri sendiri. Ala2 time frame untuk evaluation *lebih kurang evaluation KPT/UMT* ngeh ngeh ngeh. Azam tetap sama sepanjang masa, mahu kawin..kehkehkehkeh *mak, sila jangan tersedak*..hehehe

Peribadi

Tanpa disangka, saya meroyan sambung belajar lagi. Penuh keazaman masa memula, diikuti dengan royanan demi royanan demi royanan tanpa berbelah bahagi. Saya belajar satu benda yang sangat-sangat besar sebaik jejak kaki di Armidale – Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sentiasa beri yang terbaik buat kita tanpa kita sedari. Tuhan tarik satu nikmat dan beri nikmat lain. Tuhan tarik nikmat menjadi fellowship di USM yang tersohor *bayangkan, takdenya orang lain kena terminate dari fellowship, sekalik I diterminate kerana kurang kelayakan..kehkehkeh – jeling Kak Delinn* dan batalkan pemergian saya ke jepun untuk berskendel dengan Yamapi dan Sho. Hal peribadi yang melibatkan soal hati dan perasaan toksah cakap lah…kecewa dan kecewa dan kecewa lagi sampai saya sudah tak boleh nak rasa apa *wah, gituh*. kehkehkeh. Hikmahnya, saya dicampakkan ke UMT pada Julai 2008, didampingi best friend sejak tahun akhir degree/awal masters (cik pensyarah) dan dikelilingi adik2 ikan yang paling best dalam donia (Yoe, Nik, Adli, Dahlan dan konco-konco mereka) *Yoe, yang hensem tu Santana kan? hikhik*. Menginjak ke tahun 2009, hidup saya dikelilingi kebahagiaan bersama rakan-rakan pensyarah/tutor didampingi George Clooney Malaysia dan saya diberi peluang untuk bersama bebiri kecintaan *kalau tak, kena buat ikan…I tak vogue mcm ratu ikan..sob..sob..* dan tercampak ke Armidale yang sangat-sangat mendamaikan. Jejaka-jejaka Thailand, Jepon, Peru, Iran, Scotland yang menggetarkan jiwa, team research yang meresahkan jiwa tapi mengujakan dan sahabat-sahabat merangkap teman sepengosipan yang vogue the vazz. Tidak lupa juga rakan sealam maya yang best meletup-letup kebabom! Saya juga telah berjaya memperbaiki diri dalam mengawal kemarahan. Tiada lagi adegan hempas barang mahupun menendang meja. Memaki orang straight to the face tiada, amik pisau untuk tikam orang pun tiada, Alhamdulillah *saya pernah pegang pisau mahu tikam orang di suatu ketika dahulu, dan pernah nak tumbuk sorang budak lelaki suatu ketika dulu..hukhuk – sesiapa yang teringat, silalah padam dari kotak ingatan anda. itu semua ketika kerasukan syaitonnn, hehehe*. Kini, penuh dengan sipat kewanitaan –hanya pekup muka dengan dua belah tangan sambil tarik napas..awwwwww! Saya juga telah mengawal penyakit tutup dan pindah blog sesuka hati, alhamdulillah. Saya juga telah memasak, alhamdulillah. Saya juga telah memberanikan diri bawak trak kecik, alhamdulillah. Saya harap di tahun yang akan datang, saya akan lebih memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dan lebih berani.

Jay oppa, saranghaeyo! *pengsan* Kita berusaha sesama yuk! DIJAY hwaiting!!!!!!! *genggam tangan dan angkat ke udara*

Saya yang hazab ini sedang berusaha memperbaiki diri. Mari kita sama-sama berusaha!


Kpop

Walau 2pm tetap di hati, saya rasa gelaran Kpop artist of the year (2009) sepatutnya disandang oleh G-Dragon. Dari segi muzik beliau tersangatlah aktif *sampai badan tak besar-besar - sekeping takde 8 pax mcm Jay..kehkehkeh* bermula dengan releasenya lagu Gara Gara Go dengan Big Bang, Concert dengan Big Bang pada January, lagu Heartbreaker yang berjaya menjuarai carta berminggu-minggu dan jadi fenomena dek kerana tarian yg cool, Lagu Breathe yang menyusul, lagu A boy yang sangat unik dan lagu Butterfly. Release Ki wo kikasete dan Ora Yeah bersama Big Bang. Cuba kira tahun ni je berapa banyak single dah dia keluarkan? MV je dah berderet. Walau saya kurang suka G-D lately sebab dia banyak kontroversi melibatkan kelucahan (pakai tshirt dengan gambar lucah, pakai badge dengan tulisan dot dot dot, dan tarian kelucahan masa konsert sampai YG kena buat open apology, lagu heartbreaker yang diban dari remaja bawah 15 tahun *saya rasa lagu breathe yg patut kena ban*), tapi G-D ni kreatif dan comel dan ada aura. I boleh persetankan lagi kontroversi plagiarisme, tapi bab kelucahan ni I tak suka. I hope 2010 dia bawak imej bersih. G-D adalah comel kalau dia tak overdo imej cool. Dia cool dah sebenarnya, tapi bila mengover buat benda merepek2 nih, I rasa tak best. Terima kasih Tuhan sebab tak bagi G-Dragon ada 8 pax. Kalau tak mesti asik bukak baju. Tak koser I..kekekek. *Tra, toksah keji aku dalam hati. Aku tau apa yang ko nak keji. * Well, G-Dragon a.k.a Jiyong, dalam carta ciktutor, you are number one! kehkeh.

ps: wildawatikhazisismail – kenapa I rasa CL adalah hot? Tak penah I rasa artis pompuan hot…tapi I rasa CL hot! Masih normal kah diriku??? *pengsan*. Tak suka Park Bom je sebab muka keras kejung cam botox. Suka Dara dan Minzy *sengih*

Luka lagi

Hari ni saya luka lagi. Terhentak tangan kat besi kandang. Kulit terkopek. Darah keluar. Sebab takut jadi insiden seperti ini, tambahan pulak saya sorang-sorang kat rumah haiwan, saya gigih cari first aid box. Perlu bertindak cepat sebelum pengsan! Saya cukup tak puas hati bila first aid box sangat susah nak jumpa, jenuh pusing2 masuk setiap bilik cari. Dahtu pulak ketat ya amat, takleh nak bukak. Saya cari-cari orang, nampak pekerja rumah haiwan, mintak tolong bukakkan first aid box.

Haish, asik luka, asik lebam, asik berparut. Kalaulah itu kayu ukur untuk tolak hantaran, saya rasa jumlah hantaran dah jadi limabelasringgit limapuluhsen..hikhik

Ha, Raihani..ada abang single?
Kak Arc, ada adik lelaki single?

Keh keh keh

Monday, December 21, 2009

Makluman

1. Kepada semua yang sudi bagi alamat, jutaan terima kasih diucapkan. InsyAllah jika tiada aral melintang, saya akan usahakan proses penghantaran tanda hati untuk anda. InsyaAllah bila dah pos saya akan announce kat twitter *moncongkan bibir ke arah twitter update kat sebelah*

2. Fangirls,

Berita terkini....

Tarik napas panjang-panjang.........

Mengikut sumber yang sohih, tapi saya takleh tepek kat sini sebab syaratnya takleh bawak keluar..

Jaybom...

tengah buat persiapan untuk buat comeback!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! *pekup telinga sambil pejam mata*

So, sekarang Jay aktif bersama kumpulan bboy AOM (Art of Movement) masuk pertandingan segala *menang okeh* sebagai persediaan fizikal untuk buat comeback. Jay rupanya memang ada approval dari JYP untuk join balik AOM since dia masih under contract. Bila teringat balik, JYP penah cakap, dia hanya boleh bantu Jay dengan bagi personal training untuk comeback. Tataula AOM tu ke yg dia maksudkan. Taktaula pulak JYP senyap2 bagi training masa wonder girls punya tour kat US.
Dengarnya MNet *kalau tak silap* siap dah plan nak buat reality show untuk comeback Jay macam rancangan untuk Ivy yang kembali ke stage lepas skandal video dot dot dot. Cuma JYP takleh nak cakap apa sebab tarikh Jay balik tak dapat dipastikan. Cuma, gerak hati I mengatakan bahawa Jay akan kembali either lepas 200 hari (sekarang baru 10x hari -seratus hari lebih) atau lepas 4 bulan *ala2 konsep lepas 4 tahun under JYP, 4 hari dilanda kontroversi dan akhirnya kembali lepas 4 bulan*. So, we will just wait and see.
Give him a second chance.

Jay's apology republished



Jay di airport *pekak telinga I*



And I just know 2010 will be a great year! <3
2pm hwaiting! *kak yan sila jangan muntah*

3. Bersemangat buat kerja! Yeah!!!!!! Mudah je nak bagi I semangat kan???..kehkehkeh

Saturday, December 19, 2009

Spam

Asrama takde tenet. =(

Ramai orang dah start cuti. Charlie balik kampung Ahad. Sara pun balik kampung lebih kurang, raya kat Adelaide katanya. Fi awal2 lagi dah takde. Gareth lagi awal, dia pegi buat program church rasanya kat Uganda nun. Rasanya dah balik, tapi tak nampak pun kat skul. Agaknya dia terus sambung cuti raya.

So, hidupku dilanda kesunyian dan kesepian. Tenet pulak takde. Hampeh betul. So, hari ni lepas bagi makan the 60 jaybommies saya melepak2 di skul. Hari Sabtu diisytiharkan hari melepak sebab semalam dah hantar report. Tapi mulai Ahad, kena tune balik otak untuk fokus balik sebab 2 eksperimen yang akan datang langsung tak plan lagi.

Sunyi tau tanpa tenet =(. Sib baik banyak DVD tak tengok lagi. Kalau tensen lehla take a break dan tengok DVD. Takpun tengok video 2pm dan Yamapi yang dah memenuhi folder video..hikhik.

So, saya juga nak ambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa saya dan ayang (cik wilda) telah menyekendelkan diri dengan Hwang Chansung. Ayang, kali ni kongsi lagi! kehkehkeh. Sambil2 tunggu Jay balik, skendel ngan teammate dia..hehehe

Spamming!!!

*pengsan*

*hidung darah*

*kejang*

*kipas muka*

*peluk bantal*

But still, teringatkan Jay *wah, gituh* Mak, sila jangan rotan.
Bila tengok clip ni, terasa rindukan mereka bersama. heheheh. Dulu dah penah boh kat blog, tapi semua orang buat dek je *masa tu masih tiada konspirasi Jay segala*. kekeke. Ni nak boh lagi sekali dengan harapan ada orang bagi komen. Boleh? kekekke *jeling wildawatikhazisismail*



Junsu - dia cakap English mcm ganas, tak suke. Nak tiru nigger?
Chansungie - Alalalalala comelnya dia sebut performance.
Junho - My name is 2pm! LOL. Yang penting, confidenttttt! Bila dia cakap I'm so excited sejibik mcm Rain kan?
Wooyoung - comel!
Nichkhun - yer nichkhun, i love you too..kehkehkeh =)
Jay tersayang- perfect!
Taec - HOTNESS!




Dari awal sampai 0:38 (saat ke 38), Jay oppa buat persembahan tergedik2 secara solo (Zeti Osaka, akak rasa mesti best kalau ada dance battle Jay kesayanganku ngan Taeyang Big Bang kesayanganmu).
Kemudian disusuli dengan performance 10 out of 10 (ship jeom manjeomi shipjeom). Lagu gatal, tapi performance best. Termengah-mengah tanda live. Logikla mengah bila menari terlompat-lompat gitu. Yang pelik bila menari sakan tergedik-gedik macam pacat tapi suara sejibik macam CD. Menimbulkan unsur keraguan sungguh. Harap muka je comel. *jeling peminat2 SNSD*. Ops, teremo pulak.

Suka gila baju Junsu dalam nih. Junsu ni memang ada sense of fashion. Suka nengok dia setiap kali performance. Tak sakit mata. Taec pakai selendang mcm Tok Ti..kekeke


ps: 0:42 bunyi mcm Sayang dijah..kekeke *pengsan*

2pm

Melon Award 2009, 2pm listed sebagai top 10 kpop group *jeling orang yang bagitau i 2pm tak terlist dalam top 10 kpop dalam satu blog =p*



1 - suka intro yang memaparkan sedutan lagu2 dari album baru. best!
2 - mic macam hampeh. selalu la jadi macam tu kat depa. sian taec penat2 rap tapi suara tak keluar. nak buat macamana kan, 2pm nih tak mainla lip sync, so tu sebab bila time depa je sound mesti problem.
3 - permulaan lagu again and again yang dipotong menyebabkan fangirls tak boleh nak buat chant. haish.
4. Ending lepas again and again yang best. tarian ulat bulu banyak kaki pekenamantah.

Friday, December 18, 2009

Update lagi dan lagi

Update

1. Report sudah hantar. Lima puluh mukasurat semuanya. Phew! Banyak table and figures, sampai berpuluh-puluh, tu sebab sampai lima puluh muka. Bila hantar kat encik bos, dia perli 'Your thesis is due for another 2 years time, not now!". Mek sentap.
Oh well, I'm expecting heaps of corrections! I just know my sv. Mode berdoa semoga dia tak cranky.

2. Pagi tadi tidur pukul 6 pagi dan bangun pukul 7.30 pagi. Saya sempat mimpi jumpa lizard besar. Kenapa tak mimpi ular patuk? kehkehkeh. Mebi mimpi lizard sebab jumpa lizard yang comel masa buang sampah sarap dari kawasan padang ragut.


Sara dengan machonya.


Akhirnya saya berjaya buat simpulan 'truckie' untuk pastikan benda yang diikat stabil. Cara ikatan lebih mudah dibuka tetapi tegap mcm simpul mati.

3. I think I cant afford belit2 tudung dah kalau ke ladang. Tadi pegi bagi treatment tapi hazab sebab kawasan padang ragut takde holding yard. So, jadik royal rumble. Encik Michael yang bantu saya tadi suruh kejar dan hempap bebiri macam main ragbi. Saya kata saya takut gigi patah. Dia kata gigi tak patah, tapi bahu mungkin boleh patah. Sentap! Maka tadi berlari-larian mengejar bebiri untuk diberi suntikan dibontot mereka. Saya cuba tangkap badan n kaki je, masih tak berani hempap sebab takut salah landing. I'm more confident untuk bagi injection intramuscular dengan cepat sebab bekerja di ladang. Kalau ikut cara saya dulu yang lemah gemalai, memang kena hempuk la dengan orang sebab kalau boleh nak minimakan animal struggle. So, alhamdulillah, ada lah jugak improvement.

4. Ini member dari nigeria, attach buat phd sini. Dia akan balik esok. Dia kata teknik bergambo adalah tak tengok kamera. Sentap! So, I lah salah ni???

5. Ada orang tanya dah pasal suami sebab orang dah perasan saya pakai cincin. Oh well, terasa tua lah pulak.*otak perempuan memang complikated kan*.

6. I wont be able to go online at all dari asrama until Monday sebab INTERNET UNDER MAINTENANCE. So, miss me lah ye.

Kalau saya rajin saya update dari opis....tataaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~

Wednesday, December 16, 2009

= |

Emosionally and physically unstable. Kesian nengok Sara, lebam2 tangan ngan kaki dia sebab jaybommies ganas. Eksperimen ni memang mcm kena sumpahan lah rasanya. Dari planning, sampai sekarang, setiap step mesti ada masalah. Mesti ada je yang tak kena.

1. 60 jaybommies, sekor rupanya betina. So, dah sort out dan esok tuan ladang datang amik balik betina neh. One lucky ewe!

2. Yang 30 ekor hari tu, 4 ekor ada worm burden. Its either saya terbagi ubat cacing dengan dos rendah atau dia ada worm yang kuat dan sehat. Bila cek berat, sekor je yg berat lebih tinggi dari jangkaan. 4 lagi rendah. Tapi saya tetap rasa saya underdose. Motip sangat salah dosage =(.

3. Dah buat test bertulis untuk 4wd driving. Sebenarnya saya takkan drive pun 4wd *harapnya lah*. Tapi dek kerana tu syarat nak dibenarkan bawak trak kecik nih, so ikutkan aje la. Lawak jugakla test dia - kena tengok video dokumentari pasal 4wd dan jawab. Lawak, tapi berguna la jugak kan.

4. Encik bos menjadik bapak hari ni, masih tak puas hati sebab saya dah lain katanya. Saya muka nervous dan stress dan asik nak lari. Dia kata selalu saya bubbly dan kepochi, tapi sekarang saya tak bercakap ngan orang. So, again. Sesi meroyan. Bukan meroyan emosi, tapi kali ni perbincangan dengan lebih berakal dan rasional. So, I told him I just lost my brain =p. Too many juggling to do - orang lain boleh tapi saya tak mampu. Saya memang tak boleh multitask kalau semua task berkaitan akademik. Saya hanya boleh multitask kalau 1 benda akademik, 3 lagi sosial/menggedik/gossip.
So, bila kena plan untuk 3 eksperimen, kena hadap 1 eksperimen, buat report 1 eksperimen, abstract untuk 2 conference serentak dan semuanya tak setel2, saya rasa sikit lagi nak bunuh diri. Cuma bila pikir sakit bila nyawa tercabut dari badan, pikirkan kesian kat orang kat sini sebab eksperimen dah mula, saya hanya pejam mata dan doa dan telefon untuk dengar suara mak. Saya rasa saya ada potensi jadi orang gila, maka saya rasa itulah hikmah saya tak berkawin saya rasa. hehehe. *sila jangan cakap amin*. So, encik bos dan Sara kata depa mahu saya yang lama kembali *gituh*. Sara suruh saya pegi jumpa kaunselor akademik untuk international student. Entahla. Doakanlah saya berjaya laluinya dengan tabah. Dan encik bos walau dok pujuk2, tetap tegas

'and I want your report 1st thing on friday morning. no excuse'

*pengsan*

5. Im hating my flat more and more. Sampai tatau nak cakap macamana. Macam doploh orang duduk serumah je rasa. Pack nak mampus sebab semua orang banyak barang dan semua orang jenis tak share barang. Dengan pakwe2 mai lepak kenduri kendara bagai. Nak tegur, depa dulu masuk flat ni, so agenda harian la kot kenduri dengan pakwe setiap hari. Sib baik sekor2 hensem dan senyum kat I. Kurang sikit berapi!
Kat dapur penuh dengan 5 periuk nasik, 6 kettle dan berpuluh2 frying pan. Itupun barang2 saya kat bilik. Malas nak letak kat dapur. Heater kat bilik air pulak rosak. Dah dua hari tak mandi pagi, kekeke. Ok jugak tak mandi pagi sembur2 chanel nombor 5 ni rupanya. Taklah rasa busuk sangat..kekek.
Encik bos tau saya tak suka dok flat baru, dan dia suruh saya pindah keluar bila eksperimen nih dah kurang stressing out *which i dont know when*.

7. Seluar jeans kesayangan pemberian cu telah koyak di poket belakang semasa memanjat kandang untuk bagi ubat cacing tadi. Saya sangat-sangat suka jeans ini. Ini jeans faveret. So, Sara telah isytiharkan jeans ini adalah jeans fieldwork. Tak boleh deting pakai jeans ni nampaknya =(.

8. Thanks Kinah Prime! Hari I ceria sebab you bagi link news on Jay *kedip2 mata*



Yang kasut tali pink tu Jay *if you even bother to press the play button*. Dia aktif balik berbreakdance dengan team lama dia - Art of Movement. He put on weight and looks happy. Ok lah tu kan..

Buat kak ron dan zeti, forklift yang saya bawak tu forklift murahan dan berkuasa rendah. Tidak perlu kawal dengan kaki. semua pakai tangan..kekek. So, kurangla mencabar bagi orang lain. Bagi saya mencabar sebab saya tak drive..kekeke

Tuesday, December 15, 2009

Update jugak walau tak siap kerja

Yang buat saya eksaited hari ni hanya 3

1 - Junior sekolah rendah sudah jadi bapa! dia bukan sebarang junior, tapi junior yang kebanyakan ahli keluarganya dekat di hati. Angah, adik Izzah RMBC.

2 - Sudah berani handle forklift. Saya memang takut menghandle kenderaan berat. Sebab tu tak drive. Tapi dah terpaksa, saya cuba handle dengan tunjuk ajar pakcik2 dan sara. Walau depa gelakkan sebab habis semua benda saya rempuh, tapi saya selesai jugak angkut dua puluh guni makanan bebiri. Alhamdulillah.

3 - Zanna adam dalam e-novel rumah 54. Saya suka pertambahan watak sebab akan meriahkan cerita. Cant wait untuk episode seterusnya.

Selain 3 nih, hidup saya adalah dalam keadaan huru hara caca merba serba salah tekanan dan kesedihan.

Pernah rasa useless dan hopeless? Itu apa yang saya rasa. Dan charlie kata dia nak pastikan semua benda tajam jauh dari jangkauan saya. sentap!


Sayonara

Takkan update sampai siap kerja.

Selamat tinggal semua..kekeke

Monday, December 14, 2009

Rescue me

Saya ok. Terima kasih buat yang sanggup telefon =).

Sebab taksub dengan korea, saya lupakan artis jepun. Buat adik bongsuku Azhar, ni lagu KAT-TUN untuk 2009. Ada lagi satu tapi tak berapa best, serabut.
Buat yang layan drama Nobuta wo Produce, ni lagu kumpulan si Kamenashi Kazuya berlakon sebagai Shuji.
Buat yang layan My Boss My Hero, ni lagu kumpulan si Tanaka Koki yang berlakon jadi mamat gangster yang pandai menjahit.
Buat yang tengok Gokusen 2, ni lagu kumpulan si Akanishi Jin yang berlakon jadi student yang suka buat peace gerak2 tu.

Lagu depa selalu yang fast beat sebab depa nih konsep jrock.

Akanishi Jin yang pakai topi *nyanyi mcm sakit gigi- tak bukak mulut*, tu bestpren yamapi. Hmmmmmmmm, mcm ada bunga2 kembali pada yamapi je nih. hmmmmmmmmmmm.





'I dont wanna cry alone, help my out, search my light, please send me back home' katanya....hehehehe.

Depa nih comel sebenarnya tapi dah imej rock gelap gituh so mcm hazab *tau dah mak tak suka*.
Hanya suka Koki dalam ni sebab dia comel sebenarnya. Tapi rambut dia hazab bila perm.
Kamenashi, Akanishi, Taguchi , Tanaka, Ueda, Nakamaru (KAT-TUN).

ps: Mak pesan 18hb ni masuk tahun baru islam. 17hb waktu maghrib mak pesan baca doa awal & akhir tahun. Terima kasih mak kerana masih sudi mengajakku kembali ke pangkal jalan. muahs!!

Mobile update


I screwed up!animal patut smpai esok kalau ikut jadual yg encik bos alter. i ikut jadual lama..

Update
Itu boleh dihandle lagi.
Yang takleh handle bila salah tengok jadual. Selalu saya bubuh reminder kat desktop calendar. Untuk benda hari Jumaat lepas n hari ni punya aktiviti rupanya saya lupa key in. Bengong betul.
Kelam kelibut sampai encik bos pon stress. So, sepanjang hari tadi dalam mode kelam kelibut. Sib baik Sara ada..hukhuk.

Ini memang disaster lah. Saya tekleh depend on planner kat lappie jer. Skang dah bawak balik planner ke asrama. Kena baca setiap hari sebelum tido supaya boleh plan apa nak buat esok.

Doalah saya ok. Tadi memang rasa mcm nak pengsan je..huhuhuh.

"Ada masalah ke? Tak pernah lupa selama ni sampai mcm ni sekali"

Tu encik bos tanya.
Takde, saya takde masalah pon. Saya salah tengok jadual. Salah sendiri.
Tapi takpe, harap ini pengajaran. Salah memula nih sebagai panduan supaya lebih berhati-hati. Lepas nih lagi banyak step yg memeningkan...huhuh

Kena semangat, walau down..huhuhu

Sunday, December 13, 2009

Update dari flat no 13, bilik no 5

Ini entry dari bilik baru. I just dont like my new flat. kehkehkeh. Saya selalu macam ni lah, susah nak adapt. Sepanjang angkut barang dengan charlie tadi saya asik ulang-ulang cakap

'I don't want to move...' setiap lima minit sampai jenuh charlie kena pujuk.

'It wont be long...'
Ceh, macam kekanak lak rasa.

The flat will be too crowded, 8 orang. Dengan pakwe2 yang sibuk datang bertandang *sigh*. Dahla depa tak cakap english *sigh*. Kalau jepun ke korea ke gigih la jugak i kenyit2 mata *sigh*

Malas sebenarnya bila kena pindah randah ni. Saya malas nak bawak keluar barang yang dah pack ni. Lantakkan. Nanti nak kena pindah lagi tempat lain. Kalau bukak sem masih nak tinggal asrama kena jugak pindah flat lain. So, alang-alang, nak biar je semua dalam beg. Bawak keluar bila perlu je.

Esok 60 bebiri sampai. Ntahla eksaited ke tak. Saya request group pen supaya senang bagi makan, tapi manager rumah haiwan kata takde tempat, so dia bagi individual pen. Mau patah pinggang bila bagi makan 90 ekor setiap hari. Oh well, tokleh banyak komplen...*cubit diri sendiri*.

Having tummy and leg cramps. Tadi masa teman charlie keluar beli baju *kalau saya tak teman dia tatau nak pilih, katanya - jeling Am* saya asik duduk kat kerusi pegang perut. Over je rasa, kehkehkeh. Bila charlie panggil, masuk balik, lepas bagi idea, duduk balik. Kendian teman charlie simpan barang kat umah, sempat tertidur sebab tak larat. Kesian anjing Sara yang betina (Mick) mengadap saya tunggu saya baling bola. Ai terlelap dahhhh, penat.
Sebelum tu kena cabul dengan over oleh dedua anjing Sara. Sib baik la tak solat, so tak gaduh la nak samak semua sebelum solat. Entah kenapa tah perangai pelik depa dua hari ni. Charlie kata itu tanda sayang. Ceh, takleh terima alasan tu.

'Dahtu, kalau orang cabul kita tanda sayang ke?'
'Ini binatang! Depa tatau tu mencabul!'

Sebenarnya depa saja buat perangai sebab Sara takde. Hari ni Sara balik, esok suppose masuk kerja. Yay!

Report tak siap lagi. Adeh, tersiksa jiwa raga zahir batin...


Zet, I suka jugak Big Bang. Tapi GDragon makin over kebelakangan ni, tak koserrrrr..kekeke. Dan TOP punya rambut agak hazab. Selagi 2pm berimej bersih akan akan terus menfangirl..kekeke. Big Bang tetap di hati but at the moment sampai Jay balik, 2pm tetap di hati..kekeke
Oh, Big Bang akan keluarkan album baru.. =)

Saturday, December 12, 2009

Saya masak bihun! =)

1. Baru angkut sikit barang ke flat (asrama) baru. Esok baru angkat lagi. Tak larat nak angkut semua hari ni. Yang sentap, tingkap bilik I mengadap tangga asrama lelaki.. Maka, boleh cuci mata pagi-pagi!, saya perlulah bersopan sentiasa sebab tingkap ni bukan jenis one way sight.Two way kekdahnya. I nampak you, you nampak I.hukhuk


2. Tadi tergerak hati masak bihun goreng. Dulu tersilap beli bihun - saya beli suun..kekeke. Kali ni dah betul dan masak dengan cara belasahan. Alhamdulillah, boleh dimakan. Kesan keracunan masih belum dapat dipastikan.kehkehkeh.

3. Hari ni buat report, tapi agak stress sebab perasan banyak kesilapan data. Kalau salah data, salahlah calculation. Bila salah calculation, salah lah analisis. Bila salah analisis, report pon tak tepat. Maka, saya kena redo banyak part dari mula. Aneh, macamana data boleh salah? Buat bersama-sama dengan encik bos tau! hukhuk!

4. Fangirls, sila tekan play. Kalau tak, anda akan menyesal tujuh keturunan sebab mungkin ada orang akan claim video nih kat youtube dan u ols tak dapat tengok lagi.
Ini lagu lama 2pm yang dinyanyikan semula demi kempen menentang illegal music download. Comel sesangat sampai rasa sanggup terbang ke Korea sekarang jugak!!
Buat peminat2 2pm, anda dipaksa tekan play dan sila bertahan dari kekejangan dan pengsan.
ZETI dan AYANG! WAJIB TEKAN PLAY!

Friday, December 11, 2009

Gambar

1. Ni gambar masa hari apa tah, teman charlie bawak anjing jalan waktu petang. Ni kang adelah yang sensasikan siap masuk mastika bagai. Masukkanlah, tak nampak muka..kekek. Cuma nak tunjuk kegabakan Tiger. Suka baju yang saya pakai sebab tu design mcm untuk orang mengandung - so nampak berisi sikit..kekeke


2. Mode babysitting anak wijdan. Ya hampun....kali ni agak hazab sebab saya tgh kalut buat kerja, tapi anak2 dia gigih nak bermanja dan menumpang kasih sayang *wah gituh*. Anak yang lelaki sibuk tanya soalan tentang computer, yang anak pompuan sibuk nak berkepit, nak ajak melukis, nak ajak main aci nyorok. ps: Abaikan kesepahan meja.

Tengok sampai tudung dah senget benget sambil mengomel kat anak lelaki wijdan. Ingatkan lepas amik gambo leh dok dendiam main henpon...Takdenya..huhuhu. Tapi suka tengok Sanar berdiri sambil tayang duit dua kupang dan senyum!

Teknik untuk bagi distraction, tepek plaster kartun dan biar dia leka main sampai tercabut2. Ini bukan teknik mengasuh yang betul. Dia tak kacau selama berminit-minit selagi plaster melekat, pastu kacau balik ajak melukis..kekeke.

Wijdan kata dia acah anak2 dia kata saya nak pindah masuk duduk sekali. Gigih anak2 pompuan nak share bilik ngan saya. awwwwww.



SILA TEKA INI SIAPA. (takde hadiah)

<3

Kegilaan yang baru adalah Dr. Chris Brown cerita Bondi Vet.



<3
<3
<3

Jumaat, 8 malam, channel 10

2pm Jjang!

2PM menang award lagik!



HOTNESS!! The best performance!

Terus i semangat study!!!!! yeahhhhhhh!

ps: Kalau i penonton, harus i terkam chansung dan taec yang berada bawah stage! muahaha

Thursday, December 10, 2009

o\(^o^)/o

Kelas first aid adalah sangat best.
Sangat mengejutkan sebenarnya sebab sepuluh tahun lepas, saya merupakan ahli PBSM berdaftar di sekolahrajaperempuantaayah tapi tak pernah ada nafsu untuk attend kelas di hujung minggu. Saya daftar sebab nak makan McD di jamuan akhir tahun. keke *ahli akan bayar bulan-bulan yuran lepas tu dapat makan McD untuk jamuan hujung tahun. Masa tu McD adalah satu kemewahan*.
Lapan/tujuh tahun lepas (masa kat uni), saya daftar masuk St. Johns tapi sebab tak suka kawad kaki saya mintak Medical doc. buat surat mengesahkan saya adalah penghidap asthma dan tak boleh kerja berat..kehkehkeh. Itu adalah kenyataan yang ditambah dengan exaggeration. Sebenarnya boleh je, tapi saya tak suka St. Johns kat uni pada masa tu so saya stress. So saya rasa emosi yang negative trigger asthma. Bukan semata-mata kawad.

Kali ni sebab memang keperluan, saya sendiri yang niat nak pergi. Takut sebenarnya sebab sini banyak ular dan lelabah bisa. Memang setiap kali kalau pegi padang ragut, depa akan remind pasal ular. Pernah ular lintas depan mata masa nak ke padang ragut. Sib baik masa tu dalam kereta, kalau tak sure dah pengsan.
Dalam kelas instructor panggil saya dengan nama penuh. Pronounciation tak hazab, comel je. Tetiba muncul pakcik Dave join kelas jugak. Saya kenal dia sebab dia incharge padang ragut. Dia terus sapa saya

'Hey DiJay! Kamu kat sini! Napa tak bawak bebiri sekali!'.

Sentap I tauuu. See? kalau bukan I mencapub, ada je manusia yg tolong capubkan. So, lepas tu instructor dan semua orang panggil saya DiJay.
Semua pelajar dalam kelas adalah gila-gila, yang membuatkan saya rasa best. Depa kuat berlakon dan kuat keji orang..I LIKE!! Masa ada sorang mamat diminta berlakon unconscious la part yang saya start gelak dan mula rasa orang-orang dalam kelas nih gila:

Instructor pesan untuk be aware of danger sorrounding us as first aider, casualty dan juga terhadap orang lain. Dia kata andaikan lelaki yang terbaring tak sedar tu adalah lelaki yang diserang dengan brutal oleh bini kerana ada affair dengan pompuan lain. So, dia sarankan kitorang kena alert, takut bini dia ada sekitar dan mampu bring harm terharap kita juga. Sekalik pakcik sorang ni terus berdiri dengan muka risau dan terus tanya kat orang yang berlakon tak sedar diri tu

'Tiger, are you ok?'

Semua orang pecah gelak sebab sekarang kan ala2 hot cerita Tiger Woods dan skandalnya.

Dan bila instructor kata bini dia mungkin ada pistol, terus orang lain pulak menyampuk

'Bukan pistol, golf club!"

Haiyoh, bersahut-sahutan sesi merepek depa nih. kekeke.

Tapi ceria la sepanjang kelas sampai makcik belakang tu mengilai2 sepanjang kelas. Saya dengar makcik tu serious just masa test.

Sebenarnya masa memula saya masuk kelas saya agak sentap. Kitorang wajib buat latihan dan study sebelum masuk kelas. Kiranya kelas tadi just ulangkaji sebelum test bertulis dan praktikal. Masalahnya, pakcik Dave ngan geng tak buat pun latihan tu. Depa baru nak tulis nama, sedangkan I malam tadi bersengkang mata sebab siapkan latihan *dah depa tulis wajib siapkan latihan sebelum masuk kelas*. Tapi tadi lega sebab rupanya sapa tak siap latihan takleh amik test..Kesian kat pakcik2 tu sebab kena stay, tapi saya lega bagi pihak diri sendiri sebab saya ingatkan saya skema tak bertempat.

Terima kasih buat yang sms bagi semangat ucap good luck untuk test sampai suruh bayangkan dummie tu adalah Jay! kekeke. Alah, kalau tak pesan pon memang dah anggap tu Jay..hahaha. Masa instructor kata, bayangkan dummie ni seseorang yang penting. Nota buat keluarga (I tak bayang u ols bukan sebab lupa daratan, tapi sebab tak suka bayangkan keluarga ditimpa musibah. Kang drama air mata lak kat situ..tak ke naya?)
So tadi dapat soalan practical dan oral untuk berlakon situasi berikut

- Casualty unconscious dan tak bernapas
- Orang kena patuk ular
- Orang external bleeding yang teruk
- Anaphylaxys (termasuk macamana nak administer epinephrine dalam bentuk pen)

Saya tataula saya berlakon over ke tak, tapi rasa mcm agak over sebab instructor gelak-gelak sambil angguk. Lantaklah, yang pentinggggggg penghayatan. Haruslah I bersemangat selamatkan Jay!!!!!

Fangirls, kalau saya lulus, I boleh dah buat CPR kat Jay kalau dia pengsan kat airport Korea masa kunjungan kita ke sana nanti! ngehngehngeh

Mintak-mintaklah lulus dan dapat sijil =)


Motif nama I depa tulis dalam pendaftaran macam tu????