Saturday, January 30, 2010

SERATA alert!

29/1/10

REMBAU: Seorang wanita mengandung tujuh bulan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 231.7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), semalam selamat melahirkan bayi perempuan beberapa jam selepas kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, wanita berusia 20-an terbabit cedera ringan di dagu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mangsa bagaimanapun dinasihatkan menjalani pembedahan bagi melahirkan bayinya atas faktor keselamatan selepas terbabit dalam kemalangan. Harian Metro difahamkan, wanita terbabit selamat menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), dan mangsa bersama bayinya selamat. Dalam kejadian itu, mangsa memandu Proton Wira dikatakan dalam perjalanan menghala ke Senawang melanggar belakang lori bergerak ke arah sama. Sumber berkata, akibat perlanggaran itu, kereta dipandu wanita terbabit melintangi jalan di lebuh raya berkenaan. “Mangsa dipercayai panik tidak keluar dari keretanya yang mengalami kerosakan teruk hingga dikeluarkan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian. “Pada masa sama, sebuah kereta dipandu seorang lagi wanita mengandung melanggar kenderaan mangsa,” katanya. Menurutnya, ketika kenderaannya dilanggar, wanita terbabit tidak berada dalam kenderaannya kerana terlebih dulu dikeluarkan orang ramai.

Semoga Najihah Darwis cepat sembuh.

Friday, January 29, 2010

Update seposen

Update seposen

1. Takdan ym/cakap dalam fon/ sms panjang2. Busy dan letih *sila menyampah dengan pernyataan ni*. Kalau teringat, mesti dah lewat. Time siang tak sempat.

2. Eksperimen ditunda sebab hujan. Still kitorang hehari brainstorm sebab banyak kemungkinan dalam eksperimen ni. Tengok forecast dari berbagai2 page dan ada plan A, B, C untuk sebarang kemungkinan.

3. Ada bebiri sakit dan sebab hari tu bagi 2 bebiri meragut semula untuk reconfirm infection pada padang ragut, ada overlap dalam jadual. Bebiri tak cukup 2 ekor, request 2 bebiri lain, depa pegi hantar yang tak mandul sepenuhnya pulak (testis ada sebelah), so, kena mintak tukar lain. Then sekor yang lain pulak sakit. So, kelam kelibut dari segi menguruskan binatang2 ni.

4. Since eksperimen tunda, lebih banyakla pulak perancangan rapi dari encik bos. So, memang tiada peruntukan masa untuk gosip. Awal pagi datang, uruskan apa yang patut dan balik menjelang maghrib. Siapkan kerja dan tidur. Begitulah seterusnya sampai minggu depan, insyaAllah.

5. Pindah rumah pon tunda sebab hujung minggu ni kami kena berada di padang ragut.

6. Abstract conference yang tidak memuaskan hati encik bos. Memang kecewa je gaya dia. Erm, takleh nak kata apa lah sebab memang lemah writing nih. Hope lepas nih improve lah. Sib baik encik2 bos dah tolong repair. Memang habis kena tukar semuanya =(, so thats not my abstract. Its my supervisors'.

7. Buat cik khazis, ni kumpoulan U-kiss. Kumpulan si Dongho. Dalam lagu ni dia takde part solo sebab dia baru cukup umur dan dia direhatkan untuk membenarkan suara yang baru pecah menjadi sedap *alasan mcm ni pon ada ke? heheheh*. Tapi tetap hot.



Will update later! Babai!

Tuesday, January 26, 2010

2 am lagi

Spamming yang dichedule ke pukul 2 pagi..

Lagu 2am yang best, featuring Hwang Chansung dari 2pm untuk bahagian rap.

Suka korus di minit 1.00, especially bila "Nan norijoe..." dan "Babongabwa"


Jinwonnieeeeeeeeeeee! *pengsan*

Monday, January 25, 2010

Why I didnt update?

1. Letih.
2. Mengantuk.
3. Terasa macam over. Tak ke korang rasa I nih over, gigih bercerita banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup seolah-olah hari esok mungkin tiada?
4. Sibuk *wah, sibuk jatuh ke tangga keempat*. Ok, ok..jangan naik angin *semua orang yang sibuk tengah roll eyes..kekeke*. Sebab eksperimen dijadualkan minggu ni, so, sedikit kelam kelibut macam mak bidan on call. Analogi yang best sikit - macam Yamapi kelam kelibut selamatkan mangsa-mangsa kemalangan dalam cerita Code Blue. *aiseh, terkenang pakwe lama, hikhik*. So yeah, dah berhari-hari balik pukul 7 malam - minum berjalan, makan dengan lahap sambil cek email, tahan mengantuk siapkan calculation untuk hari berikutnya dan juga start tulis abstract conference.
Oh, dah nak kul doblas. Calculation tadi tak key in lagi. Esok pepagi buta encik bos nak tgk.

Jumpa lagi!
*pekebenda merepek entry ni?????*

Sunday, January 24, 2010

=/

Irrigation setting yang masih belum difinalisedkan.
Semoga esok semua ok.
Ini sudah masa kecederaan!


Ayang, Idol Maknae Rebellion - best. Dongho kecomelannya memengsankan *kipas-kipas muka*. Tapi kenapa dia baru nambelas tahun??? hukhuk

Saturday, January 23, 2010

Selamat malam!

Letih mental dan fizikal *wah, gituh*

1. Esok kena lebih gigih ke padang ragut sebab ni kiranya dah last menet. Minggu depan experimen, tapi banyak benda tak setle lagi. Irrigation tak finalise setting lagik!!!!!!!!! Doakan okeh?

2. Meeting tadi was awesome. Buat pertama kalinya boleh mengawal keadaan bila diasak dengan pelbagai soalan. Alhamdulillah! Rasanya lebih nampak perjalanan projek. boleh argue dah ngan encik-encik bos bila berbincang =) *lebas berbulan-bulan baru nampak perjalanan projek, boleh?*. Semangat!

3. Kena present paper July nanti. Sebelum tu kena present kat pensyarah kat sini sebab requirement untuk confirmation. Ingatkan poster, rupanya oral!!!!! *pengsan*. So, tak siap lagi abstract.

4. Encik-encik bos puas hati dengan report yang merunsingkan jiwa sejak berkurun lamanya. Tapi tetapppppppppppppppp, ada lagi yang tak sedap mata mereka memandang. *sigh*. So, ada correction lagi.

5. I'm moving out end of this month, insyaAllah. Masuk umah Cherry *nama makcik flatmate*. Ingat nak pindah minggu depan, tapi sebab dia balik NZealand, dia away sampai ujung bulan. Sewa murah, rumah bersih berkilat, Cherry pon kuat bergossip. Encik bos kata Cherry ni 'crazy' dan dia baik ngan wife encik bos. Encik bos dan wife suka dia, so kiranya oklah tu harapnya.

6. Cerita untuk mak: kereta tak ambik lagi, takde masa. Nanti-nantilah bila dah free sikit. Ni tengah letih..hehehe.

7. Lebam-lebam kaki seme. Bebiri nih ganas ya hamats lah. Sentap meks!

8. MV 2am release malam ni kul 2 pagi waktu Korea. Konsep sangat!

Tadi depa perform kat Music Bank *pengsan*

Suka Jinwoon (di waktu ke 00:36). Lahir tahun 91 (Ayang wilda, dia Magnae 2am, hikhik)

Misbumblebee, mamat jelingan manja seluar kuning tu nyanyi dalam ni. Jantaz okes! (1:15)



Friday, January 22, 2010

Hari ni saya tammo update walau banyak benda mahu dikongsi. Yer, saya sentiasa bercerita macam sudah tiada hari esok.

2 am

I just cant resist! Mesti kena tepek walau tak keluar lagi MV. Sayu sayan hampir menangis. Gila sedap suara depa. hukhuk



Scheduled at 2 am waktu aussie =)

Thursday, January 21, 2010

Lapan

Satu, entahlah jin apa yang bebudak 2pm ni pakai. Lagu Nichkhun untuk promosi Thai tu adalah sedap didengar dan asik diulang2. Haish. Motip sangat dengar lagu Tourism kan? hehe. Tapi memang agaknya lagu2 mcm ni best. Dalam phone pun ada lagu yang Faizal Tahir nyanyi - 1Malaysia. Sedap..heheh.

Dua, apa yang patut dibuat sudah dibuat hari ni secara akademiknya lah. Malam ni kena touchup report and experimental design untuk meeting esok. Ada lagi satu round drenching belum buat. Kitorang malas bagi 3 drench sekali, kang terkejut pulak sistem badan bebiri kena sumbat 3 chemicals sekali. *kisah experimen adalah panjang hari ni tapi decide untuk tak bercerita sebab takut orang bosan dan tak larat nak bercerita.kekek*. Esok akan berkejar-kejaran bagi makan jaybommies-miting-drenching 64 jaybommies-irrigator setting.

Tiga, sudah tengok rumah yang biliknya vacant. Suka! Yang buatkan rasa ok sikit sebab yang tengah menyewa kat rumah tu adalah makcik yang selalu senyum kat saya dalam bas. So, tadi pertemuan pertama bersembang dengan sangat rancak. Seriau jugak sikit makcik nih macam tegas-tegas. Tapi first impression macam ok, alhamdulillah. Lagipu sebelum ni dia kata dia dok ngan mamat muslim. So, basic things dia dah paham. Takyah explain banyak-banyak lah..hehehe. Dia kata boleh pindah esok kalau nak, wah sentap. Will decide lepas dapat tau duit deposit kat asrama yang seribu lebih dollar tu boleh dipulangkan balik ke tak. Kalau tak, saya tak pindah.

Empat, dah jumpa doc. Dia kata saya allergy pada makanan bebiri dan mungkin juga allergy pada bebiri. Sentapppppppp. Maka yang chemist kata ringworm tu bukan. Salah teka rupanya chemist tu..heheh. So, doc cakap ubat yang chemist bagi tak cukup kuat. Dia dah bagi prescription lain, akan pegi esok lusa, insyaAllah. So, doc suruh jangan dedahkan tangan bila bagi makan bebiri, pakai cotton glove, kendian pakai latex glove, elakkan contact dengan sabun mandi/detergents dan avoid contact with animals. Sigh. Mcm lawak je bila para doc cakap saya allergy pada kambing/bebiri. Dulu masa tengah buat masters pon doc penah cakap saya allergy pada bulu kambing. Ingat doc silap. Agaknya bila keadaan lembab..saya lebih prone untuk dapat allergy. Alang-alang jumpa doc, saya tanya jugak pasal goiter. Doc suruh bawak segala mak nenek report yang ada dari malaysia dan depa nak monitor kat sini. Saja tulis ni supaya nanti mak leh ingatkan. Nanti bila balik bulan 6 insyaAllah leh angkut semua report mai sini. Erm, lupa pulak tanya pasal period pain yang menyesakkan dan meroyan. Len kali lah. kekekek.

Lima, dah lama tak nampak encik mata biru. hikhik. Ha, sentap dak? hahah. *saje propa diri sendiri*. Kidding ok, kidding.

Enam, terima kasih kepada penciptaan twitter saya tidak ketinggalan kisah2 2pm dan 2am walau tak dan mengadap forum. Lagu 2am sedap tapi saya tggu MV release baru tepek kat sini. Dan angin bertiup kencang di forum hottest antarabangsa mengatakan bahawa sebenarnya Jay takkan buat comeback. He will be ditched from 2pm for good. Either solo kat Korea/Amerika or jalani hidup seperti rakyat jelata yang lain - tukar tayar, keje kat kedai sushi, bboying. Tapi entah, saya tak meroyan pon. Ala2 in denial gituh. So, I will wait for an official statement. Setakat rumours mcm ni I memang tak percaya. *wah,gituh*. Tapi kalau dia tak balik, takpelah..nak buat mcmana kan..terpaksa cari mangsa seterusnya..hehe. *ni mode sopan. tggulah kalau dah keluar official statement nanti, taulah muka sapa yang akan kena pangkah...kekek. Meroyanssss*

Tujuh, ada benda yang saya tammo pikir tapi in the end terpikir jugak. Ada benda yang saya tammo buat, tapi in the end terbuat jugak. Anda benda yang saya tammo kisah, tapi in the end akan terkisah jugak. Ini takde kena mengena dengan PMS. Ini ada kena mengena dengan seketul daging dalam hati. Kalau saya cabut daging tersebut dan bagi makan kat burung yang banyak kat sini, mungkinkah saya akan baik-baik saja?

Lapan, sudah letih. Selamat malam semua




Fanchant sempena performance terakhir 2pm untuk promosi 1:59. April keluar album (mini?) baru pulak.

"Park Jaebeom Kim Junsu, Nichkhun Ok Taecyoen, Jang Wooyoung Kim Junho, Hwang Chansung 2pm.
Gidarida Park Jaebeom (will be waiting for Park Jaebeom),
Gidarida 2pm! (will be waiting for 2pm)".
Fanchant KHottest adalah epic!! Goosebumps!

Wednesday, January 20, 2010

Update hari Rabu

Hari ni adalah hari menggunakan otak. Pagi-pagi sampai memang neves gila, tunggu turn jumpa encik bos memang gelisah je. Saya dah tau trick tammo bagi encik bos sentap dan cranky - email dia berita buruk sesiap bagi dia bertenang-tenang. Kalau dulu saya tak suka email, lebih suka kol/jumpa untuk bagitau. Nasib baik hari tu bergeliga sikit, sebab I cant afford anymore drama, saya email saja. Email dengan detail perihal 9 bebiri yang tanpa disangka-sangka ada cacing, memberi indikator kepada padang ragut tak clean.
Jadi tadi encik bos dalam mood yang ok. Dia sudah tau dan saya rasa dia dah pikir seharian pasal benda nih. Sebelum charlotte meninggal, saya ada buat salah yang besar dalam eksperimen. Satu - saya bagi dos ubat cacing tak setinggi yang sepatutnya, Dua - saya terlupa buat count telur cacing. Suppose buat hari Jumaat, Isnin baru saya buat - lepas diperingatkan dengan seriesnya oleh encik bos. Malu seh!
Namun dalam meeting hari ni, encik bos langsung takde bangkitkan kebarangkalian yang telur cacing tu dari kesilapan saya bagi dos. Memandangkan dia sendiri sangsi macamana boleh ada cacing kat padang ragut sedangkan dah 3 tahun takde sapa meragut kat situ, saya angkat tangan untuk menyampuk. Oh, saya kalau nak bercakap sentiasa angkat tangan, indikator. Setiap kali tu jugakla kena gelak. Entah kenapa saya suka buat mcm tu dalam meeting2 kat sini. Tak ingat pulak kat UMT dulu angkat tangan ke dak..keke. So, dengan gemuruhnya saya bersuara.

"I buggered up the drenching before. Any chance the worm is from the drenching?"
"Good you brought this up" Pergh, nampaknya encik bos macam menunggu je saya mengaku kan..
"When you did the egg count?"
"I buggered that too - suppose to do it after 11 days. I did it on the 14th" *sambil ketar-ketar kira 11 tambah 3 guna jari*
"Good bugger up" Sara menyampuk. Saya konpius. Saya diam.

"Albendazole will suppress the fecundity for how many days?"
"I'm not sure"
Rasa nak pengsan. Ini memang yang saya patut tau. Masa buat Masters dulu ada literature pasal ni. Malunya nak mengaku tatau.
"How many days dijah? from literature"
Ya Allah, masa tu tatau nak cakap apa. Memang tatau.
Saya geleng.
Encik bos tunjuk jari - sebelah tangan tunjuk lima. Sebelah tangan lagi tunjuk tiga. Tapi tatau kenapa masa tu saya tatau 5+3 berapa.
"Eight" encik bos cakap.

Maka, kesilapan saya buat kiraan lambat tu adalah ok, sebab sepatutnya lepas hari ke 8 dari bagi ubat cacing, kalau cacing masih ada dalam perut, dia akan bertelur balik.

So, encik bos agak yakin yang cacing tu bukan dari kegagalan drenching. Tapi, lepas bincang dan brainstorm balik, rupanya saya bagi dedua ubat cacing yang sangat efektif pada satu jenis cacing je. Satu lagi effectivity hanya 55-69% untuk spesis lain. Makanya kesimpulannya: ada kebarangkalian yang cacing tu bukan dari padang ragut. Cacing tu dari kegagalan saya memilih ubat cacing yang tepat. *sigh*.

So, lepas berhempas pulas *cewah* berbincang, encik bos rasa experimen ini BOLEH DITERUSKAN tetapi perlulah ditambah lagi kerja kepada khadijah saad bagi memastikan keputusan kelak adalah lebih tepat. Alhamdulillah, lega sebenarnya walaupun kena buat benda2 tambahan. Encik bos kata sebab infection pada padang ragut ni sangat rendah (saya rasa tinggi, dia rasa rendah), maka ada kelonggaran. Saya kena culture sample dari bebiri untuk tau spesis apa, kemudian kena release 2 ekor kat padang ragut yang paling tinggi contamination untuk redetect infection. Maka sekarang setiap langkah dibuat dengan sangat berhati-hati. Tadi drench 58 ekor bebiri dengan 3 jenis drug yang berbeza - effectivity yang berbeza pada beberapa spesis cacing. Kemudian dos pon ditinggikan bagi memastikan dengan nenek moyang cacing sekali mati.

Kemudian untuk bebiri yang dah diberi infection, dah kira telur cacing semalam dan based on that, amik darah dari bebiri yang banyak sangat telur cacing untuk tau berapa percent sel darah merah. Kalah rendah sangat memang kitorang kena exclude dari eksperimen. Saya tak penah amik darah sensorang. Dulu, koman koman mesti ada sorang tolong pegang, saya akan mencangkung amik darah. Tapi kat sini kena buat sorang-sorang sebab akan sampai masa takde sapa yang available untuk tolong. Memula agak hazab lah sebab saya takleh nak handle bebiri sebelah tangan dan cucuk jarum sebelah tangan. Mustahil lah! Tapi sebab Sara cikgu yang hebat, seronok pulak saya amik darah tadi. Mcm ketagih..kekeke.

Esok kena angkut 64 ekor pi padang ragut yang dekat2 sini, kendian angkut 2 kor lagi gi padang ragut yang jauh sikit. Kendian proses darah tadi, dan culture telur cacing untuk tau spesis. Oh, kena re set balik irrigator. Kena pi kedai paip untuk cek nozzle yang sesuai sebab sekarang irrogator tak berfungsi seperti yang dimahukan.

Esok jugak ada medical cek up. Esok jugak mebi pi melawat rumah dekat2 sini. Wife encik bos bgtau kawan dia tengah cari housemate, so saya akan cuba cari masa menengok rumah tu. Kalau ok, saya pindahlah bulan depan.


Sebab 2pm hiatus dan 2am punya lagu baru hanya akan release pada 21 hb, saya bubuh youtube ss501. Tak kenal sekor pon, tapi boleh tahanlah depa nih. Lagu ni je lah kot. Lagu lain mcm biasa je. Boleh tahan jugak hensem depa nih.kekeke

Tuesday, January 19, 2010

Baru hari selasa?

Hari ni adalah hari yang produktif, Alhamdulillah. Sara dah masuk kerja, walaupun wajahnya muram suram, kehadiran Sara bagi semangat kat kami semua. Pepagi saya amik sample dari 64 ekor, kendian tggu 58 ekor sampai. Saya buat macam biasa, tak fikir pun tentang apa yang akan diputuskan untuk hala tuju eksperimen. Saya just ikut jadual. So, lepas sortkan semua 58 ekor dalam kandang memasing, proses sampel yang amik tadi. Masa proses sampel tu walau letih tapi rasa tenang sikit. Tenang sebab semua ada kat lab - Sara dan gareth mengecam cacing, Fi buat setting untuk eksperimen dia. Saya habis proses dalam pukul 8.30 malam. Call encik security untuk hantar balik asrama.

Esok miting ngan encik bos pertama perihal royanan saya dalam entry lepas. *sigh*. Mari kita sama-sama lihat apakah cara encik bos menyelesaikannya. Ini adalah satu proses pembelajaran yang sedikit memedihkan.

Kereta sudah beli, alhamdulillah. Kalau ikutkan dah boleh ambik hari ni. Tapi sebab saya dok pulun siapkan kerja, laterlah saya pegi amik.

Buat ayang wilda, sila pengsan dengan klip chansung ini. The best magnae ever!
ps: lihat Jay menggatal di 3.20.kehkehkeh

Semangat di mana?

Entahla, macam rasa nak on hiatus. Tatau apa nak pikir untuk plan B regarding experimen yang sudah nyawa-nyawa ikan ini. Esok kalau encik bos masuk, leh bincang. Kalau encik bos tak masuk, saya fokuslah kat bebiri yang 58 ekor yang akan datang esok. huks huks.
Hari Rabu baru taulah status kenyawaan ikan eksperimen, sama ada terus nyawa2 ikan, kembali seperti sediakala atau mati terus.

Saya terasa macam salah saya sebab bagi dos kurang hari tu. Mungkin cacing dewaasa masih hidup riang ria gembira dalam perut, tapi masa saya buat count saya dapat zero sebab masa tu kebetulan tak bertelur, atau dia baru nak dewasa atau count terlalu low dan test punya sensitiviti tak cukup rendah nak detect.

Farm manager kata padang ragut tu dah 2 tahun takde sapa ragut. So, I doubt yang cacing tu dari padang ragut. Ini mesti cacing2 dalam bebiri telah jadi dewasa. Cacing yang gagal dibunuh oleh dosage ubat cacing yang tak mencukupi. So, bila padang ragut dah tercontaminate, maknanya TAK BOLEH GUNA UNTUK EKSPERIMEN.

See, I screwed up every single thing. Akai setitik, kesannya langsung takleh dah buat eksperimen. Padanlah tak confirm candidature. Seriously, I dont know if I can survive. Rabu ni penentu, kalau memang berantakan, eksperimen takleh buat, saya akan amik tiket balik Malaysia minggu depan untuk berehat. ='(



Lagu ni lagu semangat. I know semangat 2pm-2am sangat kuat, sebab tu lah depa ramai fangirls seluruh pelusuk donia. Kagum dengan kekuatan mental depa. Minit ke 3.21-4.00 latihan fizikal. Under JYP sebelum debut depa kena lalui latihan mengerikan. Susah betul nak jadik boyband under JYP! 2pm-2am, I adore you.

Monday, January 18, 2010

Ringworm

Ada apa-apa yang kami boleh bantu?
Tangan saya gatal-gatal. Allergic kot.
You kerja dengan haiwan ke?
Erk. Haah. Dengan bebiri. Kenapa?
Ni ringworm nih.


Aaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Penatlah macam ni.
Tak habis-habis benda yang menyesakkah.
Hukkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

NAK BALIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

=(

Experiment buggered up!
Lagi.
*sigh*
Dah tatau nak rasa apa.

Sunday, January 17, 2010

Jom melawat Thai

Tetiba terasa nak pi melawat Thai.
Pandai tourism Thai suruh Nichkhun 2pm untuk promosi..hikhik *pengsan*

Kemikk!


Masa sembunyikan kunci padang ragut bawah batu besar,batu hempap tangan.sakit,tp x luka.tapi,cincin kemik.hukhuk

Tersangkut - penjelasan

Wah, gaya press conference kan nih? hahaha
Ini gambar yang saya snap dan pos ke dalam blog, walau dalam keketaran dek kerana takut kenderaan ni terbalik. Bila saya keluar dari perut kenderaan barulah tau tersangkut. Motip sangat tak nampak pokok. Mungkin saya kalut dok perati belah kanan. Dan saya memang takleh nampak belah kiri. Guna cermin pun tak nampak sangat..huhu
Nasib baik ada nombor security, terus kol.
Encik security datang lepas beberapa minit dan tersenyum lihat kenderaan. Saya mencangkung je tepi tu sebab memang seram sejuk satu badan..keke
Dia sendiri bertungkus lumus. Memang dah tua kot kenderaan jabatan nih. Nak start payah, nak masuk gear pon hazab. Tapi bila encik security pon mengalami kesukaran menghandle kenderaan nih, rasa lega sikit, sebab taklah nampak mcm saya hazab sangat *walaupun sebenarnya memang saya tak reti*, so, nampak macam kenderaan yang problem - sukar dikawal sampai tersangkut..*sukahati je buat andaian tak logik*
Encik securiti senyum2 je tengok saya ketar2 tulis nama dan nombor student dalam buku rekod dia. Masih seram sejuk sebab takut kenderaan terbalik.huhu



Bulatan merah adalah tempat parking. Motip la sangat ceruk tu depa allocate untuk park kenderaan jabatan. Maka, kenderaan perlu diundurkan mengikut arah anak panah. Sekali je saya berjaya sensorang, just luck lah tu. Masa reverse punyalah tensen, takut langgar bangunan belah kiri *tempat simpanan chemicals u ols!*, pokok belah kanan melindungi bangunan.
So, demikianlah kisah pagi ini. Sebab semalam stay kat padang ragut *takut irrigator meragam, dan takut bertembung dengan bas* dan alhamdulillah semua ok, hari ni saya buat apa yang patut dan blah untuk bagi makan jaybommies pulak. Satgi kena pi balik untuk amik bacaan dan buat second irrigation. Kalau sangsi, dan kalau seriau nak drive ulang alik banyak kali, saya akan stay petang ni kat padang ragut melayan perasaan, chewah! kekekee

Doakanlah semuanya selamat =)

Tersangkut


Tgh tggu security utk tlg.Tsangkut pulak.huhu

Saturday, January 16, 2010

Letih

Letih, hukhuk *baca dengan nada gedik*.

Pegi bagi makan jaybommies dan kendian ke padang ragut. Hari ni takde sapa datang opis, maka saya sendiri. Habis semua ayat yang tahu saya baca sebab seriau. Alhamdulillah, semua ok. Selesai ambil bacaan dari 2 irrigation kat plot. Esok lagi 2 irrigation kat plot lain.
Untuk kerja hari ni, irrigation 3 jam pastu ambik bacaan. Since 2 irrigation hari ni, so, spent 6 jam lebih sensorang kat padang ragut. Kesepian, kesunyian. Lunch di padang ragut, pathetic je bunyikan, mcm piknik sensorang. Sebab takde tenet *dasar sangat kan*, adalah sikit-sikit study. Wah, comel sangat rasa study di padang ragut, terasa mcm tgh rakaman video klip, hahaha.
Bila tetiba bunyik guruh, anjing2 berbunyi. Belakang kawasan ni adalah kawasan anjing2 untuk research. Lepas tu lembu-lembu pulak bunyi. Tatau mana datang lembu, tapi tetiba jadik seram pulak bunyi binatang2 time guruh. Kalut siapkan kerja cepat dan blah. Alhamdulillah lah elok je saya parking kenderaan baru lah hujan rintik2. Susah jugak kalau bawak sensorang dalam hujan dan semakin gelap. And my visions are really poor at night, huhuhu.
Balik rumah, dah penat. Suami takde pulak nak tolong masak. kehkehkeh. Series, baru lah paham perasaan wanita-wanita yang kerja seharian, balik penat. Kalau kurang bernasib baik, anak ngan suami sama-sama merengek nak dinner. Haiyoh, mau perang dunia ketiga lah kalau SAYA balik kerja, baru melangkah depan pintu menerima rengekan tak manja. Kalau manja pon tak boleh terima kekeke. Hikmah, ni hikmah saya masih single sebab seriously I cant handle that kind of situation. Ada orang cranky bila lapar, saya menjadi gorgon bila letih dan PMS.
Balik rumah, perhangat kari, bukak lappie. Terleka mcmana tah, hangus kari..kekeke. Padahal ada je orang kat dapur tu, boleh buat muka relaks je bau benda hangus. Hidung tersumbat kot kan..hehehe.
Tapi takpe, saya goreng2 je apa2 yang patut. Takde makan vogue2 lah malam nih. Letih. Overnye asik dok cakap letih kan...kekeke. Bertahan untuk esok!!!!

2pm dah melabihkan tirai. Habih dah performance depa sejak release album 1:59. Mereka akan kembali di bulan April. Selamat berehat 2pm =)

Chansungie, hwaiting!

Jangan tarik nafas lega bila dengar 2pm akan hibernasi *jeling missbumblebee*. Adik beradik depa si 2am pulak akan release album. Teaser dah keluar malam tadi. KOnsep lari berganti-ganti sangat kan? Last2 fangirls yang meroyan..kekeke

Sapa kata 2pm suara hampeh sila angkat tangan

Masa Gayo Fest hujung bulan lepas, 2pm buat performance sampai 11..pergh, gila ke hapa kan?? So, sebab tu depa lip sync untuk lagu orang lain yang depa persembahkan..kekeke *gigih beking*.

Kendian lagu ni depa nyanyi live - 5 steps.

Goosebumps! Sapa kata vocal 2pm hampeh? Siapa???? *meroyan* kekeke



*pengsan*

Friday, January 15, 2010

Hari penuh warna warni

Hari ini merupakan hari yang saya rasakan mendebarkan. hikhik.

1. Pagi-pagi ditumpangi oleh encik mata biru ke uni. Dia kata dia nak offer bantuan kejantanan dia sebab dia rasa kerja2 research saya memerlukan lelaki. Tapi hari ni dia tak dapat tolong sebab ada labwork. Oh apekah? Mcm offer-offer ayam je. hahahaha.

2. Dibantu oleh encik pensyarah *comel tetapi lelaki orang* untuk bawak kenderaan untuk topap minyak.

3. Diteman Fiona untuk set irrigator kat ladang. Unfortunately irrigator tak berfungsi seperti semahunya. Kol encik bos, tiada jawapan. Since Fi ada kerja, kami decide untuk balik. Dah sampai opis, encik bos kol bgtau yang ada setting kat irrigator tu yang saya tak perasan. Mencikkkkkkk!!! So, esok kena pi ladang sensorang sebab semua orang cuti. Dahla nak keluarkan kenderaan dari tempat parking tu mcm hazabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbs. Doakanlah elok-elok saja esok dan lusa ye?

4. Bagi makan jaybommies macam biasa. Tengah menonggek-nonggek angkut guni makanan, diterjah seseorang yang memarahi diriku ini kerana angkat benda berat. Suka lah pulak kena marah mcm nih *hikhik*. So, pemarah yang dikenali sebagai encik bermata biru itu angkat guni dengan sebelah tangan. Ceh...show off nampak! Kendian lepas bagi makan nampak peter pulak. Ajak dia melawat jaybommies dan dia eksaited. Wah, I memang suka lelaki yang eksaited tengok bebiri!!! Dia kata dia nak mai lain kali untuk amik gambo dengan saya jaybommies..hikhik.

5. Ke rumah tuan kereta dengan separuh jalan naik bas, separuh berjalan kaki bersama one. It was fun sebab terasa mcm pengembaraan la kononnya, main terjah shortcut sesuka hati and walla~ sampai tanpa disangka-sangka.

"I wish someone will stop and give us a lift"
"We need to stop a car"
"Do you think if we fold up our jeans someone will stop?"
"Dont do that dijah, they might think we are monsters!"

6. Sementara tunggu mekanik habis lunch break, kami lunch kat kedai makan Thai. Kedai ni memang takde jual pork. Pernah datang borong makanan masa dengan charlie dulu..hehehe. Lepas bermesra-mesraan ngan warga thai dan para customer *tetiba lantik diri sendiri sebagai peramah mesra di kedai makan thai*, kami balik ke mekanik.

7. Hantar balik kereta ke rumah tuan kereta dan bergossipan dengan sakan. Masa tu penjual takde, ada suami dia ngan anak-anak je. Suami dia nih supervisor encik mata biru, Peter, eddie dan Funmi. So, bergossipan pasal kereta sampai bini dia balik keje. Sambung pulak gosip dengan wife dia dari dalam rumah meleret-leret sampai ke uni *wife dia hantar*. Bestlah penjual kereta nih. Seorang lagi ratu berjaya dikenalpasti! Dia dari nigeria.

8. Wijdan cakap tech officer dia ingat saya umur 23 tahun!!!!!!!!! *pengsan*. hakhak. Bukan sebab muka muda saya rasa...tapi mebi sebab saya kecik *wah, perasan kecik u ols!!!!*. So, terasa muda remaja. Dan wijdan lately ni semangat memberi kata-kata hikmah dan tunjuk ajar sebab dia perhatikan saya selalu komunikasi secara selamba badak. Dia kata saya tak pandai ambik hati orang *gituh* dan tak cakap macam pompuan. Saya agak bersetujulah sebab selalu saya akan cut off conversation secara tetiba menyebabkan orang mcm sentap dan putus napsu gituh...ahahaha.

9. Missbumbleblee tersayang buat entry seru-seru nama Junho dan Junsu. Baru nak eksaited, sebab ingat Junsu Junho 2pm. Rupanya Junsu DBSK dan Junho kembar dia *mengikut maklumat dari missbumblemee*. Demam DBSK tak bertahan lama. Masih demam dengan 2pm.
Missbumblebee, ni junsu ngan junho 2pm. hikhik. Junsu pakai sweater biru, Junho pakai sweater grey. I'm gonna buy those sweater from Pancoat. Sila sediakan plastik kalau sesapa nak muntah tgk vid ni..hehe. Tapi bagi saya depa sangat adorable. Sebenarnya ni lagu kumpulan pompuan, tapi satu hari masa bebudak pompuan nyanyi live dalam satu rancangan, ada suara jantanzzz dalam beberapa saat. Rupanya Junsu tak perasan mic dia tak off dan lepas tu terus orang request 2pm nyanyi lagu ni.



TAMBAHAN VIDEO

Again and again version Junsu *HOTNESS*



------------

"He is sooo handsome!"
"Yes, handsome but not THAT handsome!"
"You are crazy! Show me who do you think is so handsome!!"
Minimize semua windows dan tunjuk gambo 2pm kat desktop.
"Come on!!!! Are they men?"
"Of course! What do you think???"
"I am not convinced! Are you sure?"

Tergolek saya dibuatnya. Motip sangat!!!!!!!!!

Thursday, January 14, 2010

My ears candy

Entahla apa yang saya sedang rasa sekarang. Bila charlie takde, bila sara tak balik lagi, encik2 bos busy, gareth dan fi dok pulun buat kerja di lab, saya rasa sunyi sebab kerja lab saya tak mula lagi. Dulu saya penah cakap kat encik bos saya tak suka labwork. Ingatkan dia nak bagi motivasi, dia cakap dia pon tak suka labwork. hmmmph. Sekarang macam lagi suka buat labwork dari pegi ladang untuk setting-setting benda. Dahla panas..*wah, mode mengomplen nampaknya*
Tapi fieldwork sini lebih mengelamngabutkan dari labwork yang saya penah buat dulu. Sakit kepala sebab irrigator tak setting lagi. Sakit kepala sebab datalogger tak test lagi. Banyak benda nak buat, tapi sikit masa, tenaga pon mcm terhad. Abstract untuk conference dah kena mula tulis dah. Experimental design kena siapkan. Ya Allah, series rasa nak pengsan. Ingatkan lepas hantar report buat kesekian kalinya kepada encik bos, dapatlah rehat sikit..hukkks.
Ingat nak jaga, tapi sudah mengantuk. Nak tidurlah. Hari esok yang mendebarkan!!

Oh, 2pm memang mengetarkan jiwa. Masa tau Taec duet ngan pompuan tua mana tah untuk lagu ni saya memang tammo tgk MV, mesti rasa nak pangkah-pangkah muka. Tapi sebab pompuan nih tak over, dan taec pon behave, I LIKE lah.

Sila tekan play dan abaikan pompuan tua tu. Fokus pada Taec yang hot. Fokus!!!! Kenapa lah bebudak 2pm ni hot2 belaka????

Tak habis-habis ngan drama

Here we go again fellas.
My candidature is not confirmed!
I repeat, my candidature is NOT CONFIRMED! T_T.
Eventhough saya lepas di peringkat jabatan, pihak pejabat dekan bagi email tadi mengesahkan saya belum boleh layak untuk diconfirm candidaturenya.

Kerana ada dua syarat baru: 1 - perlu memberi seminar. 2. Perlu submit literature review. Hari tu just submission proposal dan outline literature, serta presentation on plannings and updates *dah itu je yang depa mintak*.

So, sentaplah I dan encik bos. Sebab selama ni semua anak murid encik bos lepas. Tak pernah sangkut. Tapi ditakdirkan kali ni saya tak lepas. Makanya saya kini belum lagi PhD candidate. Hanya peroyan tegar. hhehehe.

Saya ok, taklah down. Lantak koranglah tammo confirmkan pun. Malas nak pikir. Tapi encik bos kan positif sentiasa, dia kata walau mcmana pun memang saya akan kena bagi seminar, cuma turn lambat lagi. Walau macamana pun saya kena submit literature review, cuma submitnya lagi few months. Bila jadi mcm ni, nampaknya benda-benda ni akan digenjak menjadi lebih cepat. *pengsan*

Gareth telah mengumumkan kami sekarang sudah ada lagu tema - Dr. Worm. Sedikit sebak pulak masa saya Fi dan Gareth gelak-gelak dengar lagu ni. Terasa mcm rindu kat charlie, sebab selalu buat bising sesama dalam lab. Semalam mak dia datang Armidale ambik barang-barang charlie kat rumah Sara, dan mak dia pass kat Lewis mug yang charlie guna. So, sekarang saya ada banyak mug..hehehe



On the other hand, isu kereta masih belum setel. Communication breakdown dengan Eddie sebab fon dia rosak. Rupanya dia dah book kan mekanik kat saya untuk hari apa tah, tapi satu sms pon saya tak dapat. Sekarang ni dah kelam kelibut kitorang, dedua busy. Tataula ada masa ke dak nak pi mekanik ni. =(

Tadi discussion dengan encik bos ketiga yang sentiasa busy. Since minggu depan dia outstation dan dia tak dapat dtg miting lagi, tadi buat discussion khusus untuk dia catchup semua benda berkaitan akademik yang saya akan update dalam miting minggu depan. It went well, alhamdulillah. Dia bagi constructive comments, dan yang penting dia rasa lega sebab at least saya on track walau kelam kelibut.

----------

"Oh, you look like a real researcher when putting that labcoat on"
"Really?"
"Yeah"
"Glad you like the look!"

*pengsan*

cuba teka, perbualan ini antara siapa dan siapa..muahahah. *takde hadiah*

Jay

Saya pernah terdengar:

"You nak tau tak, kawan laki I penah cakap kalau masuk dalam lecture hall dan yang bagi lecture adalah pompuan biasa-biasa, menjelaskan tentang sesuatu yang gempak, dia dengar jelah, tapi yang lebih menarik perhatian adalah kalau yang berdiri kat depan tu pompuan yang sangat cantik, penuh sifat manja, lemah lembut. Tak senang duduk orang kat bahagian audience walau sebenarnya pompuan tu tak buat apa pun kat depan tu. Tu lelaki yang cakap tu!"

Saya gelak. Sikit lagi nak tergolek. Tak sentap pon. Itulah manusia. Kita kan ada mata. Dari mata turun ke hati, kan? Yang baik-baik, yang indah-indah, yang cantik-cantik pasti dekat di hati. Itu fitrah manusia.

Isk, kalau lah Jay/Yamapi/TOP/Chansung/Sho berdiri kat tepi tandas awam pon I akan rasa tandas awam lah tempat paling best dalam dunia.

Sebenarnya saya nak cakap saya tetiba rindu kat Jay. *takde kena mengena*. Terus upload gambo TOP *gambo student card dia kat uni, muahaha* kat FB *lagi takde kena mengena. Tapi TOP sangatla hensem. Isk, kalau jumpa orang muka macam TOP memang confirm akan pengsan!
Berbalik kepada Jay, tetiba terfikir, what if sebenarnya JYP tipu semua orang? What if sebenarnya dia takde niat pon nak kembalikan Jay? Habis tu Jay nak keje apa? Jay bukan mcm Yamapi. Yamapi banyak plan B dalam hidup.
*sigh*. Takpelah, kHottest (korea) memang over tahap gaban. Pasti depa tau mcmana nak kerjakan JYP kalau JYP tipu. Bulan 4, bulan 4 adalah indikator. Lepas usaha keras 4 tahun dihancurkan dalam masa 4 hari, adakah Jay akan kembali di bulan 4? Atau terus tukar tayar? Well, this is life. Hottest bertahan sampai bulan 4!!

Jay, Tiktok. They are still waiting for you.

Wednesday, January 13, 2010

Internet kong lagi

siapa: saya, wijdan dan one.
di mana: library.
kenapa: menggunakan internet.
bila: waktu lunch break, lepas dapat tau tenet kat skul bengong balik.
Internet problemo lagik. Sakit hati betul. Maka, dijangkakan internet kat asrama pon kong jugak. Orang IT pandai, untuk mengelakkan telinga depa pekak dan bulu telinga berguguran atas lantai dek kerana royanan berterusan warga UNE umumnya dan khususnya bebudak postgrad international yang sudah sebati dengan konsep royanan berterusan, takde manusia dah angkat fon. Rakaman suara yang berputar-putar, maklumkan yang depa dah sedia maklum pasal problem internet dan dalam mode berusaha memperbaikinya. Oh, well..miss me lah when I'm not online. Malas pulak nak beli broadband modem. Modem saje dah $100, dan currency rate aussie sangat tinggi skrg. Takmolah mengopakkan diri yang sudah sedia kopak.
Tadi memaksa diri drive seorang diri ke ladang. Nak keluarkan kenderaan ni susah sikit bagi saya, jadi terpaksa mintak orang awasi. Beza lelaki dan perempuan...selalu pengawas lelaki akan bagi arahan dan sabar menanti. Pengawas perempuan akan suruh kita keluar dan dia yang akan keluarkan kenderaan. hehe. Saya suka pengawas lelaki. haha.
Mati enjin masa mendaki bukit. Panik sampai menggigil satu badan sebab kenderaan asik ke belakang bila saya release handbrake, walau dah tekan minyak. There is no way saya boleh lakukannya sebab kaki dah menggigil. Saya kol encik bos, tapi dia tak angkat. Maka saya cuba bertenang, mempersetankan orang yang lalu lalang tgk kenderaan tersadai. Akhirnya berjaya melepasinya dengan tak bergaya langsung..Lega, tapi masih menggeletar satu badan. Selalu kalau ada orang kat sebelah taklah panik sangat.
Selepas selesai urusan di ladang, kena kembali. Hari tu enjin mati dengan Fi, sampai dia pon panik, kali ni sebab dah terlebih fokus laluan hari tu berjaya di lepasi. Cuma, bila nak masuk kawasan parking jabatan tu susah sebab laluan kecik, jadi kena makan jalan sebelah untuk masuk. Since ada kenderaan kat belakang, dan ada beberapa isu yang tak dapat dijelaskan dengan bahasa mudah dalam entry ni *sebab benda ni kena ada gambaran*, saya gagal masuk kawasan parking jabatan. Konon nak buat u turn, sekalik mati enjin lagi di tengah-tengah jalan. Mencik!!!!!! mencik sebab orang pakat lalu lalang dan ini nampak gayanya usaha yang berjaya untuk menggelemerkan diri. Akhirnya, bersiar-siar mencari kawasan untuk buat u turn dan berjaya sampai tanpa kemalangan jiwa. Berjaya sampai tapi menggigil. Tapi, masa cabut kunci, tetiba kenderaan berbunyi. Terjah bilik gareth dan heret dia ke kenderaan. Rupanya lampu tak padam. Eh, bila masa saya bukak lampu? Oh, agaknya masa panik2 tu habis semua benda tersentuh, terpulas! haiyoh......hazab sangat rasa.
So, wijdan ketawa sakan bila saya cerita.
'Do yo know what other people might think when they saw you?"
"What"
"From where did she get her licence? Pick it up from the street?"
"Hahaha, no, free gift!"
"When buying popcorn? hahaha"
Hampeh!
One dan wijdan tak bagi saya beli kereta manual, haha. Depa suh dok dendiam kat armidale ni guna kereta auto.
"Dont drive outside uni"
"But I want to go to newcastle!"
"No! I wont let you!" wijdan marah.
"Take the train!" arahan dari kak one.
Oh, kakak-kakak ini sungguh garang. hehehehehehe

Hero

Siapa hero yang sebenar?
Siapa?

Sila klik sini untuk maklumat lanjut. Hampir menitis air mata menontonnya.

Kalau tengok sampai habis,anda mungkin boleh cipta hero sendiri. hehehe.

Tuesday, January 12, 2010

Saya feminin

Hari ni suppose ada discussion lagi dengan encik bos, tapi pepagi buta encik bos dah bawak Elly pegi farm. So, ingat nak jumpa encik bos petang. Tetiba teringat yang nak kena bawak kereta pegi inspection kat mekanik. Tuan punya kereta dah banyak kali kol, haish. So, mintak tlg Eddie (mamat indo) untuk teman pi amik kereta kat umah tuan kereta dan bawak gi mekanik. Eddie cakap dia mai lepas lunch. So, saya sms encik bos bgtau tak dapat nak jumpa sebab ada hal personal. Sib baik encik bos kata takpe.
Tetiba lepas lunch Eddie kol, dia kat workshop dan katanya penuh. So, dia kata dia akan buatkan appoinment untuk esok. Kensella program hari ni. So, tadi dok perbaik report. Ada lagi part2 yang nak kena repair. Hope esok boleh lah siap. Malam ni kalau ngantuk tak dapat la siapkan. Semalam dah tido lambat..
So, sambil menyambil betulkan report, terperasan yang wijdan asik keluar masuk bilik. Macam ulang alik dari lab ke bilik dengan banyak kali sekali. So, saya pon tanya lah 'are you ok?'. Agaknya saya leka buat report sampai tak perasan yang tetiap kali dia masuk saya tanya gituh. "Why are you asking me every 5 minutes?" wijdan marah sambil cekak pinggang. haha. Dah tu, asik keluar masuk sambil muka stress kan, risau la pulak.haha.
Dan entah kenapa, sambil menyambil betulkan report dan dah nak berenti buat kerja, saya tanya kat wijdan secara tetiba *bila dia dah duduk dendiam*

"I want to improve. What are the things I should improve? To be a better person"

memula wijdan gelak dan buat bodoh je.

Lepas seminit, dia terus pusing dan mata bersinar2. Dia terus bersemangat waja..dia kata.

"You want to improve? Lets change your appearance"

Tergolek saya dalam bilik tu ketawa..Dia terus bersemangat, dari ajar cara cakap lembut, cara berkawan dengan budak laki, sampailah membebel panjang pasal pemakaian saya. Dia tak suka saya pakai makan jantan, katanya. Jantan? Tergolek lagi sekali saya. Hadoila minah ni, lawaklah.

"You are suggesting me to wear skirt?"
"Yes, why not?"
"Feeding the sheep?"
"Why not?"
"Its against the animal house dressing code!" Tergolek sekali lagi saya tergelak.

"Do you have any makeups?"
Saya diam 5 saat.
"I do! I have an eyeliner!"
"An eyeliner? You have only eyeliner and you are happy with you life?"
Hahaha, tergolek lagi saya.

Last-last wijdan givap. Bukan wijdan je, ramai je suruh saya berubah penampilan. I dah habis feminine dah lah kat sini..keke. Takkan nak pakai maskara pegi bagi makan bebiri..kekekeke.

H<3T, H<3tter, H<3ttest

Hot, Hotter, Hottest. Saje gedik ganti hurup o dengan love kat title entry.hehehe. Kalau pembaca tegar sudah boleh agak where this entry will lead to. Hikhikhik.

Hot:
Wah, semalam encik yang dahulunya kurang dikasihi *mahu tukar nick kepada encik mata biru*, maklumkan pada saya yang dia masih gigih berusaha carikan flat untuk saya. Rasa bersyukur sebab dikasihi seluruh pelusuk bumi..heheh. Tapi sebenarnya saya tak berapa suka sebab saya memang tammo pindah lagi. Penat dah cakap, tapi dia buat bodo je. Mencik! Dia kata dia dah bincang ngan sorang makcik ni *jiran tetangga kot*, kendian dia kata makcik tu kenal saya. Wah, sentap! Rupanya, makcik tu pernah sembang ngan saya. Sila rujuk entry ni. Makcik tu yang nampak saya nangis kat bus stop. Malu sehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Sebab entry tu mega panjang saya paste perenggan berkaitan

"Saya tunggu bas. Saya kol Fi. Dengar suara Fi saya nangis. Fi pon nangis. Sebenarnya nak wish christmas. Last2 ntah apa kebenda sya merepek sambil nangis. Ada tiga orang lain kat bus stand, semua sentap. Lantakkan. Dah tak kuasa nak pikir apa yang orang pikir. Kendian sembang ngan depa, saya bagitau yang charlie dah takde. Saya tak terkejut pon bila 2 orang yang kat bus stand tu kenal charlie. Makcik yang sorang lagi tanya kalau saya ada sesiapa untuk bersembang, wah gituh. So, saya bagitau saya ok. Cukup lega bila at least orang lain tumpang sedih. Tumpang rasa sakit"


Hotter:
Panas tahap gaban sampai rasa nak pengsan. Walau dalam site tulis ramalan suhu paling tingi adalah 31 darjah, tapi sebab kelajuan angin hanya 2km/h dan kelembapan hanya sekitar 40%, hazabbbbb sangat rasa. Berpeluh dengan menggila. Kena minum air bebanyaklah nampaknya.

HOTTEST:
2pm release single baru. Sentap! JYP memang guna strategi royanan berterusan untuk fangirls ke? Tak dan nak bertenang, meroyan balik. Tak dan nak minat kumpulan lain, terus 2pm tukar konsep baru yang fresh dan release single baru. In a way suka strategi JYP sebab sangat kreatif. Even persembahan 2pm pon bervariasi. But still JYP, andai kata ini strategi konspirasi untuk melupakan Jay, just forget it lah!

I dont really like the concept berjeket kulit segala. Kalau depa semua pakai aviator sunglasses sekali takpe.. Uh, dan tak suka depa kerintingkan, bubuh minyak dan sepit rambut. Hotla konsep but I just dont like it.



Review lagu:
1. Tik tok? Hadoi la, takde tajuk lain ke? Ni macam tajuk Ke$ha punya lagu mabuk! Semberono je lah depa nih.
2. Suka konsep lagu slow mcm ni. Kesian depa selama nih asik terkinja2 atas stage, mcm nak tercabut nyawa dah tengok sebab banyak sangat performance yang rancak-rancak. Feel lah lagu nih, walau tak jumpa translation lagi.
3. Tak suka konsep ajak pompuan tua mana tah nyanyi sekali. Ape lah masalah JYP nih? Nanti pompuan tu akan perform sekali ke? Oh my, mau kena baling telur tembelang. I dont like!!
4. Oh my, suara Junsu sangat obvious dan memengsankan. Padanlah Jay kata dia jeles dengan suara Junsu. Dalam lagu ni memang jelas kesedapannya. Mode: Golek-golek peluk bantal.
5. Rap Taec ok lah, so-so. Machola jugak sebab tak jerit2 mcm selalu. Laid back gituh. Tapi terbayang dia tak bukak mulut sangat masa rap, terus tergelak.
6. Autotune hanya ada pada chorus, maka, akan selamatlah performance live. Kalau tak jadik hazab mcm lagu Tired of waiting yang memang 100% autotuned. Tapi lagu Tired of waiting sedap. Edit lepas banyak kali dengar. Banyak jugak part autotune dalam lagu Tik Tok ni. hukhuk. Mencik!

ps: Malam tadi mimpi Nichkhun datang umah Ipoh, siap datang bermalam. Wah, sentap dengan mimpi sendiri.

Monday, January 11, 2010

Meroyan

Bodoh la depa nih. Yang pegi serang rumah ibadat tu sapa suruh?
KALAU orang Islam yang buat nih, memangah bodoh bertingkat-tingkat. Adab dalam perang: takleh musnahkan tanaman, ternakan, orang tua, perempuan, kanak-kanak. Kalau orang berlindung dalam rumah ibadat tak boleh musnahkan rumah ibadat. Inikan pulak dalam suasana sekarang. Haishhhhh.
Memang bodoh tak boleh diajar la depa nih!

1Malaysia my a$$ la mcm nih...hish.

Mesti siapkan pembetulan! Fighting!!!

Perjumpaan sekejap dengan encik bos hari ni taklah segerun yang disangka. Kena siapkan pembetulan untuk report, kena finalisekan experimental design untuk hantar kat semua sv. Meeting rasmi 22hb, Jumaat. InsyaAllah.

Dekat lab ada budak baru nama Elly, dari Guyra - 30 minit dr sini. Dia baru 18 tahun, tengah practical kat sini untuk pendedahan sebab dia plan nak buat degree dalam rural science. Seronok betul encik bos nampaknya, terasa dapat anak perempuan baru lah tuh. ceh *dengki*.

So, ni nak mandi dan nak siapkan kerja.

Saya suka fanvid ni, saranan untuk hottest bersama-sama usaha supaya Jay kembali. Oh, saya tak terlibat sangat sebab awal-awal dah melanggar ikrar Hottest supaya tak membeli album 1:59 sampai Jay balik. hehehe. Tapi saya tetap hottest, walau tak berdaftar sebab tak bayar yuran keahlian. hahaha.



Dan suka juga performance nih walaupun saya rasa depa jadi lemah tanpa Jay. Nampak tak bertenaga. Dan I hate konsep baru dengan rambut kerintin bersepit! Oh well, April ni depa akan kembali dengan konsep baru. Semoga takde konsep rambut hazab...


Update sebelum jumpa encik bos

Oh my!
Saya tak pernah layan orang yang nyanyi cover lagu korea. Tapi kali nih saya terklik dan saya tersentap dan saya tersuka. Walau tak sejibik sejibun macam suara G-Dragon, tapi sedaplah!



*pengsan* walau tak taste mat saleh.

ps: sempat update sebelum jumpa encik bos..hikhik

Sunday, January 10, 2010

Update dengan jantung berdegup kencang

So, here goes. Mahu menulis walau takde isi.

Tadi, encik bos telefon. Dia tanya perihal asrama - dah setel ke belum isu tingkap pecah, dan dia bagitau esok dia mai opis. Kalau baca between the lines: dia ada esok, so sila masuk awal dan setelkan apa yang patut, dan bersedia untuk dipanggil untuk meeting tak rasmi bila-bila masa.
Saya sudah mula rasa gelabah balik. Tapi deep in my heart saya rasa grateful dapat encik bos yang ambik berat perihal anak-anak murid. Grateful walau selalu rasa tensen, walau selalu rasa kelam kelibut, walau selalu rasa bodoh. Mungkin sebab Tuhan tahu saya di sini sepi dan sendiri *cewah cewah*, maka saya diberikan sv yang sentiasa cek anak murid hidup ke tak. Sebab kalau saya dapat sv yang tak kisah, mungkin saya sudah bunuh diri kerana tensen. Bila pikir balik, biarlah tensen awal2 dari tensen kemudian hari *mode nak sedapkan hati sendiri*.

Sebenarnya menulis sebab rasa jantung berdegup kencang balik. Saya masih gagal planning untuk next eksperimen T_T. Lepas kes pemergian mengejut charlie, esok kiranya bermulalah hari resume balik kerja secara serius, untuk warga-warga lab kecuali tech officers. Ayah Sara kena kanser dan dia tunda balik sini ke 18hb sebab nak teman ayah dia pi 1st kimo. Michael tetiba lanjutkan cuti sebab ada masalah keluarga. Gareth dan Fi dah masuk keje. Saya harap lepas nih walau apa pun yang mendatang saya kena kuatkan semangat.

Terima kasih buat yang selalu ada, yang selalu doa dalam diam. Kalau saya selalu tulis saya alone, tidaklah bermakna saya tidak mahu mengiktiraf kehadiran anda semua di dalam hati saya. Itu namanya meroyan peringkat over yang hanya menumpukan kepada kehadiran jasad semata-mata.

Oh, budak sebelah bilik saya nih berani orangnya. Dia pi tegur budak-budak lain depan-depan perihal sampah dan dapur yang dah macam kandang babi. Saya nih, malas dan penakut nak cakap. Konon guna reverse psikologi, tapi gagal sebab depa mcm tak rasa apa2 pun bila kitorang dua kemaskan dapur toilet dapur semua. Bersepah balik sekelip mata. So, dengan keberanian jiran sebelah bilik harapnya lepas nih flat nih akan rupa seperti tempat tinggal manusia. Amin.

"Baguslah you berani..hihih. I penakut"
"Ni dah sampai limit"

Semoga idea untuk next experimen muncul dalam mimpi!!!!!

=(

Hari ni adalah hari cramp sedunia.
Bangun pagi lambat. Pinggang ke bawah cramp, rasa nak menangis. Tergerak nak kol animal house manager, nak mintak orang animal house bagi makan jaybommies. Series tak larat.
Lepas mandi, rasa ok sikit. Jalan pelan-pelan ke skul dan bila start je bagi makan, cramp balik. Peluh sejuk dah keluar. Bibir rasa kering. Tapi sebab tak kebas bibir, saya rasa saya ok lagi. Bagi makan 90 ekor bebiri rasa mcm lama, rasa mcm susah. Bila kena angkat guni makanan 50 kilo (25-25) masuk dalam troli rasa mcm pinggang kena pulas ke belakang. hehehe *dramatik sangat*. Bila kena angkut 50 kilo lagi dengan troli ke animal house satu lagi dan angkat pulak 25 kilo dalam troli, rasa mcm nak pengsan.

Tapi alhamdulillah saya berjaya melaluinya tanpa kemalangan.
Sebab tak larat nak jalan kaki doploh minit balik asrama, saya mintak sorang postgrad ni hantarkan saya balik naik kereta. Kalau saya larat sure saya tak gedik-gedik mintak. Sayu hati bila orang tu kata dia baru sampai opis. Jadi I understood that as NO lah. Bila menapak balik ke asrama, rasa rindu pada charlie. Dia selalu ambik berat pada semua orang. Kalau kitorang nak ke bandar, kalau dia nampak orang yang muka dikenali tunggu bas - tak kiralah orang tu rapat ngan dia ke tak, dia akan offer a lift, hantar ke mana saja. Hantar ke rumah pun sanggup. And I just know it, susah nak jumpa orang yang hatinya macam charlie. She was always there untuk sesiapa pun.

Charlie, I told you kan I will be alone after you left?

Listen to my heartbeat!

Jantung berdegup kencang, kencang yang teramat. Sebelum tidur malam tadi saya dapat mesej dekat Facebook, ingatkan dari rakan-rakan yang selalu mengirim mesej di Facebook, rupanya dari kawan non-muslim yang dulunya sama-sama di Armidale. Selalunya berbalas-balas komen di wall, tapi kali ni dia bagi mesej di facebook.

"Hey leng nui, I am sure that you must be knowing what happening recently in Malaysia. So, just wonder what do you think about the word of "ALLAH" been used in Bibble, Malay version from Indonesia? Nothing personal, just would like to know more about the case........

best regards...."

Dua minit saya terdiam, dua minit. Saya kalau boleh nak mengelak berbincang pasal ni sebab ilmu saya bagai kail yang panjang sejengkal, mana mungkin boleh menduga lautan yang dalam *cewah, ayat...hehehe*. Itulah sebabnya bila ramai orang menulis di dalam blog berkenaan isu ini, saya memilih untuk diam, memilih untuk menulis pasal jo kwon..hehehe.

Namun, inilah kehidupan. Bila mahu lari, mahu diam-diam, muncullah ruang keterpaksaan. Saya tiada pilihan. Dengan jantung yang sangat kencang, saya mula menulis. Mulanya saya mahu menulis

"Sorry lengchai, you better ask other people" tapi saya batalkan. Saya batalkan kerana saya malu, malu mengaku Islam tapi tak mampu memberi pandangan berkaitan agama warisan nenek moyang. Maknanya saya mewarisi Islam, tapi tatau apa-apa. Sedih.

Maka saya harap apa yang saya tulis pada kawan saya ini dapat menjelaskan serba sedikit. Mind you, apa yang saya tulis ini tak boleh jadi rujukan. Ini pandangan peribadi. Rujuklah orang yang lebih arif.

Cuma asasnya, Allah itu Tuhan semua. Allah Tuhan saya, Tuhan kamu, Tuhan dia. Pencipta. Yang ciptakan saya, kamu, dia, Yamapi, Jay, TOP dan seluruh isi bumi.
Saya tak belajar bahasa Arab dengan detail, tapi apa yang saya tahu Tuhan dalam bahasa arab adalah Ilah.

La ilaha illa Allah - Tiada Tuhan melainkan Allah. Atas justifikasi itu saya katakan Allah itu bagaikan kata nama khas.

Tiada larangan dalam Quran untuk orang bukan Islam guna perkataan Allah, namun ada larangan keras untuk mengatakan Allah itu satu dari tiga. Memandangkan permohonan penggunaan nama Allah ini untuk konsep keagamaan yang sudah pastinya melibatkan konsep trinity, pada hemat saya, lebih baiklah minta depa guna perkataan Tuhan sahaja. Takpayah guna perkataan Allah.

----

hey leng chai..personally, sebenarnya ramai orang jadi sedikit hairan kenapa nak guna Allah sedangkan boleh guna Tuhan as translation to God. Allah ni mcm kata nama khas, macam Jewish panggil Tuhan depa Yahweh. Kalau bukak kamus dewan bahasa, Allah tu maksud tuhan yang esa.

Even dalam bible dan dalam quran pendifinisian Tuhan tu tak sama,

Ayat dari Bible (I tataula ini betul ke tak, cuba you confirmkan boleh?)

'2 John 1:9 Whosoever transgresseth, and abideth not in the doctrine of Christ, hath not God. He that abideth in the doctrine of Christ, he hath both the Father and the Son'.

Surah 19:88 They say: "(Allah) Most Gracious has begotten a son!" 89 Indeed ye have put forth a thing most monstrous!"

- Yang bermaksud - 'Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.'

For us, Allah itu satu, takde anak. For kristian, ada konsep trinity kan? Kami tak boleh mengakui Tuhan itu ada anak.

Di Indonesia pada tahun 1972, The Theological Educational Fund yang didanai World Council of Churces menerbitkan laporan Ministry in Context iaitu bagaimana melakukan proses penyebaran agama: Paderi James o Buswell pada volume VI menghuraikan caranya dengan, 'to make gospel intelligible in the idiom of the language and culture of the receiver.' (ni I ambil dr blog)

So, di Indonesia depa guna Allah untuk translate God. Mind you, di Indonesia sedikit longgar. Tapi kat Malaysia, orang-orang agama ni strict. Since dalam Quran kata tak boleh kata Allah tu ada anak, so tak dibenarkanlah guna kat Malaysia.

Kesimpulannya, sebab Allah tu adalah bukan semata-mata 'God' bagi kami, ia adalah Tuhan yang satu yang tiada anak, jadi sebab tu lah kami rasa tak boleh nama Allah tu digunapakai sewenang-wenangnya. But we do respect Christians, kami percaya Jesus, cuma tak kata dia anak tuhan.

No problem with 'Allah tuhan semua, Allah pencipta langit dan bumi, kerana Allah kita wujud, dengan izin Allah kita akan jumpa lagi', semua nih takde masalah sapa-sapa nak guna. Just on the trinity concept je tak boleh guna.

But lately kat Malaysia semua jadi isu politik. I tak suka orang politikkan benda. Bila politik, jadi racist, bila racist jadi huru-hara. Itu je lah setakat yang I faham.

This is more on sensitiviti, macam pernah kes wartawan majalah agama menyamar jadi kristian, masuk church sebab nak korek berita ada tak budak melayu masuk kristian. I'm totally against that sebab tu namanya tak menghormati agama lain. Itu sensitif. Mcm tu jugak dengan isu nama Allah nih.
I only wish generasi akan datang lebih matang dan lebih duduk2 sembang untuk lebih memahami satu sama lain. =)

Kredit: Sila rujuk blog faisal tehrani, saiful islam dan Dr. Maza untuk pemahaman yang lebih jelas.

"Katakanlah, dialah Allah yang satu. Allah tempat meminta segala sesuatu. Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya." Al-Ikhlas.

Saturday, January 9, 2010

We Got Married

Oh my! *kipas kipas muka*

Dek kerana dapat tau Jo Kwon dari 2am (adik beradik 2pm dalam entertainment) terlibat dalam We Got Married (WGM) dipasangkan dengan GaIn dari Brown Eyed Girls (BEG), saya pon teruja mendload WGM, dan masih ternanti-nanti episode seterusnya.
Ini rancangan realiti kat Korea, memasangkan artis untuk kawin olok2, ala2 untuk depa mengetahui tanggungjawab lepas kawin.
I am sure Kwonnie dan GaIn adalah pasangan yang paling digemari based on royanan fangirls kat forum dan youtube. As for me, memang sangat suka depa tapi takleh nak compare ngan sesapa sebab tak pernah tengok WGM pasangan lain.
Kwonnie agak kepondanan dan Gain ala2 lemah lembut tapi sedikit kasar (pandai bertukang), even lagu BEG rasanya takde yang berkonsep comel2 melompat mengeliat mcm pacat, semua konsep macho ganas sempoiii.

Kalau nak cerita pasal episode2 WGM Kwonnie ngan GaIn ni memang sampai berpuluh2 entry berantai la jawabnya - jadi entry syok sendiri. hihih. Kesimpulannya memang lawak dan best dan comel sangat.

Dalam satu episode, depa nyanyikan lagu ciptaan khas oleh composer dan lyricist BEG, dan tadaaaaa~ muncullah lagu yang cute miut ini : We fell in love.



Di minit 1:35, Kwonnie tunjuk jari Gain yang berconteng - dalam satu episode depa saling melukis couple ring. hehehe.

Di minit 1:45, nampak kat tangan Kwonnie pon ada couple ring lukisan.kekeke.

2:19, Fangirls menjerit bila Kwonnie peluk bahu GaIn sebab dalam WGM, usaha Kwonnie untuk mengambil kesempatan atas GaIn sentiasa gagal. hahaha. (GaIn kadang2 superior sebab tua 2 tahun)

3:10 GaIn sempat siku Kwonnie sebab lambat angkat tangan buat simbol LOVE..hahaha. COMEL GILA. Dengar Kwonnie tergelak.

Sepanjang tengok clip ni asik sengih je....hikhik *pengsan*

I just love this couple. GaIn la satu2nya artis pompuan yang tak sampai hati I nak pangkah muka. Yoona SNSD akan dipangkah muka dalam entry akan datang sebab menggatal dengan Taec! I HATE YOONA.

Jumaat yang menggelabahkan

Hari ni ke padang ragut, nak settlekan hal irrigator. Plan hari ni nak sukat brape banyak air yang terkumpul (kononnya air dari irrigator tu mewakili hujan) dalam tempoh masa tertentu. So, Fi teman saya drive ke padang ragut. Sampai padang ragut, bila dah siap angkut irrigator semua, tak jumpa water hose yang selalu guna tu. Carik kat bangunan simpan barang, pon takde. Tetiba teringat encik bos kata ada orang pinjam static irrigator/hose sebelum krismas dulu sebab nak airkan tanaman eksperimen. Cis, tadi baru teringat. So, lepas dekat sejam berhempas pulas tapi hasilnya nan ado, balik hampa. Hampa sampaikan lima kali mati enjin. Sib baik tak bertembung ngan truck beso. Dahla memang semulajadi gelabah..Bayangkan, jalan kaki pon kelam kelibut, ni kan pulak nak bawak kenderaan manual sambil bergossipan dan meroyan. Segala cermin sisi dan pandang belakang langsung tak tengok..keke Penat otak nak coordinate anggota semua serentak. hahaha. Sian Fi, muka gelabah. Masa bawak ngan budak laki saya sopan sikit sebab asik kena marah, hahaha. Dengan encik bos saya paling sopan, langsung tak mati enjin.

Balik bagi makan jaybommies, dapat email dari pengurusan asrama. Katanya kalau 1300 aud tak dibayo by isnin, tak secure asrama. Saya email balik sebab statement yang depa bagi kata jumlah yang perlu dibayar adalah 0.00. hahaha. Purak purak bodoh pulak nampakknya diri ini. Depa kata abaikan 0.00 aud tu, bayar 1300 aud. So, pegilah ke bahagian bendahari....
On the way, singgah IT service, bagitau yang ada problem ngan webpage sebab tak jumpa borang replacement ID card. Jenuh kitorang surf ikut arahan yang diberikan security, tak berjaya jugak. Kakak ni kol security, dan dapat tau yang since dah upgrade webpage, link tu broken ke hapa tah...haish. So, dia suruh saya bayo 10 aud ke bendahari dan bawak resit je kat security, takyah isi borang dari webpage *manader borang pon, kekeke*.
So, semangat la menapak ke pejabat bendahari...
sekalik...JAB BENDAHARI SUDAH BERPINDAH! Masa ni lah nak berpindahnya..sentap!
Kat notis tulis bendahari pindah dekat2 kedai buku and bank. Tanya orang lalu lalang, depa tatau. Nampak kedai buku, meluru masuk. Saya yang kekalutan terjah org kaunter tanya mana finance, org kaunter tunjuk area buku finance. Sekali lagi saya tersentap, tapi tergelak.hahaha.
Jenuh mintak maap, merah muka kakak yang jaga kaunter, sian. Tapi sapa pon tatau mana pejabat bendahari. Bengong betul la main sorok2 di saat2 genting nih. Hishhhhhhhhhhhhhhh!
Mundar mandir macam orang gila, terus terjah bank, nak tanya orang kaunter. Sekalik rupanya finance dah pindah DALAM bank. Tercotek situh comel2, satu kaunter kecik. Dengan takde papan tanda kat luar, depa ingat org tau ke? So, walau frust, tapi dek kerana lega jugak sebab jumpa, terus berurusan dengan kaunter. Kad ATM baru yang dapat tadi takleh dibaca, walau dah activate. Makcik kaunter kata mebi sebab ada withdrawal limit . Cis. Dia suruh bayar kat pejabat pos, masalahnya kad kredit sudah tiada.....tgh tggu kad baru yang belum kunjung tiba.hukhuk. Bila nak bayar denda 10 dollar kat security pon, takleh. So, bukan withdrawal limit la isunya. Kad belom boleh pakai. Berdesup ke bandar amik bas untuk ke bank.

Makcik kat bank dah kenal sebab selalu sangat pegi bank..hahaha.So, buat cek dan setelkan problem ATM. Rupanya pin number tak sampai lagi..semangat nih walau tak dapat nombor pin lagi kan.
So, selesai dua perkara hari ni, activatekad ATM baru dan buat cek untuk secure asrama sem depan.
I'm broke lepas bayar duit untuk asrama. So, mcm tak jadi je beli kereta. *sigh*

ps: budak bilik sebelah rajin semayang lepas kes tingkap kena pecah..hehehe.

Meroyan strikes back

Selain keluarga, kawan-kawan adalah manusia yang beri saya kekuatan. Kekuatan untuk mengharungi hidup yang saya rasakan susah. Hidup ini sebenarnya taklah susah mana, tapi bagi saya yang mega lemah ini, saya rasa susah. Dan alhamdulillah kerana saya sentiasa dirahmati Allah, dikelilingi manusia hebat yang sentiasa beri saya semangat.
Namun, kadangkala saya silap membuat percaturan. Saya selalu rasakan orang yang rapat dengan saya adalah orang yang paling memahami saya. Maka, apabila orang-orang rapat yang saya kasihi mengeluarkan kata-kata mengguris hati, saya terfikir.."kenapa dia tak paham aku?". Ya, rapat atau kenal lama bukan kayu ukur untuk jadi memahami, untuk jadi sama frekuensi.

We tend to hurt our loved the ones the most. Beginilah lebih kurang kata-kata Kak Nur. Begitukah aturannya? Entah.

Saya boleh terima banyak benda dalam hidup - er, saya rasalah. Tapi yang membuatkan saya terguris hati apabila keluarga atau sahabat-sahabat yang saya kasihi, yang saya yakin akan sentiasa faham situasi saya, yang saya pasti akan berdiri untuk saya, yang saya percaya akan sentiasa sokong saya - akhirnya membuat kesimpulan membuta tuli, menyebabkan saya keliru. Mereka salah membuat kesimpulan atau saya sebenarnya tidak perasan kekurangan diri?

Oh, mungkin juga ini pembalasan Tuhan. Saya pernah betray kawan-kawan masa di sekolah menengah. Ini semua pembalasan.

Saya sudah tak boleh nak kata 'you dont know me, so you cant judge me because your judgement might be wrong', sebab hakikatnya orang yang sudah kenal rapat dengan kita pun suka menilai, suka membuat kesimpulan membuta tuli.

Saya menangis lagi, bukan kerana rindukan charlie, bukan kerana teringatkan purse yang 'mungkin' dicuri, tapi kerana pedih hati.

Serik dah.

Thursday, January 7, 2010

Penat

1. Malam-malam masih seram, susah tidur malam. Lepas pukul 12.30 baru la rasa nak tidur, sebab teringat kejadian lepas yang berlaku around 12.30 malam.

2. Mak cakap JPJ nak laporan polis mengesahkan lesen memandu kena curi. So, tadi telefon pejabat polis untuk amik event number untuk bubuh atas kad yang abang polis hensem bagi semalam *bukti yang laporan dah dibuat*, kendian sambil2 tu tanya pasal salinan laporan. Depa bgtau boleh request laporan. Belek website, kena bayo 73 dollar untuk fees. *pengsan*. So, tadi dah pi bank dan buat cek dialamatkan kepada Balai Polis NSW.

3. Mengantuk.

4. Mulai 10 January 2pm akan behibernasi, dan akan buat comeback March/April. Sesuai pulak ngan jadual I, memang kena start fokus experimen nih. Sama-sama dengan 2pm nampaknya behibernasi.

5. Still working out on the experimental design. Nasib baik catat apa yang encik bos cakap dalam kereta hari tuh. Sebab saya cuba recall perbincangan tanpa rujuk notes dan lepas beberapa hari, bila cek balik notes tu, banyak benda yang tertinggal. Haish. Kuasa otak masih belum mencukupi, kan?

6. Time to self study kana dan kanji (tulisan jepun). Awal bulan doblas hari tu oder buku latihan untuk self study, sebab entah tetiba rasa rugi kalau tak practice. So, bila hari ni buku sampai sentap sendiri sebab terlupa ada oder buku ni. Ada ke masa ni? keke Suka buat tindakan tanpa pikir mendalam kan? hahaha. Dulu masa belajar, guna buku untuk kekanak. Buku mcm tu lagi best saya rasa. Ni pon ok jugak, tapi kena rajin lah.


7. Kena buat kerja. Kena buat kerja. Kena buat kerja. Kena buat kerja.

8. Tiada drama hari ni =).

Wednesday, January 6, 2010

Iman yang diuji

Berpuasa di waktu summer sedikit menguji keimanan kerana terasa masa siang terlalu panjang. Pukul 4 pagi dah masuk subuh dan pukul 8 malam baru masuk maghrib.
Ketika berpuasa, saya rasakan ujian keimanan diberi bertubi-tubi. Tapi saya perlu banyak beristighfar kerana saya tahu semua ini adalah ujian, kerana saya banyak dosa.

1. Encik-encik Botswana dan Papua New Guinea datang bertandang ke opis untuk ajak saya lunch sesama. hikhik. Depa lepak2 sembang kat opis dan bila saya bgtau perihal tingkap dipecah *tektik mendapat simpati ramai*, mereka ajak saya pindah masuk rumah depa. kehkehkeh. Saya dengar, tapi buat-buat tak dengar..Tahu, depa bergurau *bidas azrullokman sesiap sebelum kena lazer* tapi sajelah nak perasan jugak. hikhik. Dugaan, dugaan.

2. Peter datang bilik dan nak garam. Sib baik dalam bilik ada garam. So, tergedik-gedik sikit dalam hati sebab punyalah banyak bilik lain, gigih bertandang ke bilik I yang jauh di mata demi garam..Oh garam...kekekeke

3. Encik yang kurang dikasihi satu ketika dahulu *kini sudah agak kasih kerana sudah paham kemoodyannya* dapat tau dari Tech Officers pasal tingkap saya kena pecah, dan dia telah temuramah saya sementara tunggu bas. Dia suggest saya pindah dekat-dekat dengan umah dia *pengsan*. Penat I bagi alasan tammo, dia gigih jugak beri hujah untuk menyokong pendirian dia. hikhik. Masa dalam bas, dia bawak keluar kad dan tunjuk kad krismas yang anak sedara dia bagi, ada gambar. So kiut miut! Dari sembang pasal anak sedara terus bersembang pasal bab kawin *pengsan*. Saya menghentikan perbincangan dengan memberi saranan jangan fikir *konon kannnnn.....kekekek*. Tapi memang rasa panas pulak sembang-sembang dengan dia tadi *kipas-kipas muka*. Jarang sembang dengan dia sebab dulu tak suka, sekalik sembang tanya pasal kawin. MODE PERASAN HOT: ON. Am, you expected this to happen few month back. cis. cis. =p.

4. Abang polis yang hensem di kaunter kelihatan bertambah hensem bila membantu saya selesaikan satu masalah. Lesen saya kan tak jumpa sebab dalam purse yang hilang, so saya takleh drive. Saya kol JPJ aussie (kat sini depa panggil RTA) dan macam biasalah strict mak nenek. Depa cakap takleh tolong apa-apa sebab tu lesen Malaysia. Depa just cakap langsung takleh drive, takde pun bagi jalan mcmana nak membolehkan saya drive sementara dapat lesen baru. Sib baik saya tekad ke balai polis, dan abang polis bagi saya satu kad. Esok kena kol pejabat polis satu lagi dan lapor kehilangan dan depa akan bagi nombor. So, akan tulis nombor aduan kat kad dan boleh drive macam biasa. Abang polis cakap kalau kena tahan ngan polis trafik, leh tunjuk je kad tu. Wah, I lap you lah abang polis. Memang kalau kita lega dan gembira kita akan nampak orang jadi hensem kan?


Lambatnya masuk maghrib =(


Scheduled entry

Scheduled entry. Sudah kena mula fokus dan progress. Semoga semua baik-baik saja, amin.

Artis naungan, ni lagu yang fangirl cakap best tu - memang best lah! tapi i bubuh klip yang jo kwon nyanyi sorang sebab suka suara dia. Tekan play sampai 0:39 je, yang lain tu merepek...kekekeke.
Lagu penuh: Confession of a friend
Penyanyi: 2am *adik beradik 2pm di alam industri hiburan*
Sila cari kat www.aimini.net. hehe.

Tuesday, January 5, 2010

Update walau mengantuk

1. Masih seram sejuk bila nak tido malam. Dah jauhkan katil dr tingkap. Dah tukar posisi kepala. Berdoa dan berdoa dan berdoa semoga takde insiden pelik-pelik lagi.

2. Dapat email dr sorang budak malaysia. Dia nak mai study sini bulan depan, angkut laki sekali. Sikit eksaited, ada jugak malaysian. Harapnya boleh ngam lah.

3. Masih lagi menggila ngan 2pm. Saya mahu ucapkan tahniah pada JYP. Tektik pemasaran JYP sangat berjaya. Saya harap lepas nih takdelah kes bebudak 2pm overwork sampai kidney failure dan gastritis macam Hankyung Super Junior.



Skang turn lagu ni pulak untuk dipromosikan. Kan dah cakap awal-awal, takyah banyak sangat autotune, kalau SNSD takpela. 2pm kan suka live, so bila dalam album autotune cam robot, then tetiba kena live, kesian depa. Chansung mcm semput. Semua orang macam penat. Junsu FTW. Woo Young mcm comel, hiks. I hate Taec's hair, tapi I LOVE his rap part, sangat menggetarkan jiwa. Konsep untuk lagu ni ala2 keseksian tetapi rambut keserabaian. Semua orang speku lagu ni ditujukan kat Jay : Tired of Waiting. Tapi saya kurang gemar sebab nampak sangat depa menyanyi dengan susah payah. Koreografi memang out. Mebi lepas banyak kali perform ok kot.

My hope sebelum ni : Jay will come back lepas April (lepas saya habis kira cacing). Dalam entry ini point number 4. Dan semalam baca kat forum, angin bertiup kencang mengatakan he will come back March or April. Just wait and see. dup dap, dup dap. Mungkin dia akan buat comeback masa saya tengah kira cacing *encik bos kata masa yang sangat lama akan diambil untuk kira cacing dari berpuluh-puluh host*. Honsetly skang dah rasa tak kisah dah. Kalau nak balik, balikla Jay oi..kalau tammo, sudahhhh.

ps: 2pm menang Song of the year 2009: Again and Again kat KBS Gayo Daejun. =)

Kisah memorial dan funeral (entry mega panjang)

Hari Rabu lepas bagi makan bebiri, kitorang (saya, en bos dan Alex) bergilir-gilir bagi artificial infection (sumbat 2 jenis anak cacing) pada the 64 jaybommies. Proses kurang memenatkan sebab gilir-gilir dan kendian bersiap2 bertolak dalam pukul 11 am, terlambat setengah jam dari jangkaan sebab cacing-cacing yang kitorang dapat tu sangat diluted *cacing dalam 1 ml sangat sikit*, jadi kami takde cara lain selain buat dua application, first sumbat satu spesis cacing, second round sumbat spesis yang lain pulak.

Travelling masa summer agak best sebab waktu siang panjang. Sepanjang perjalanan banyak benda lah yang dibualkan dengan encik bos, tapi yang menyentapkan dan menyebabkan saya nak mencari butang eject untuk eject diri sendiri adalah bila encik bos tanya pasal next experimen

"Dah plan untuk next experimen?"
"Tak secara mendalam"
"Ni ada banyak masa, plan sekarang. Plan sambil bercakap kuat-kuat"

Hazabbbbbbb sangat rasa masa tu. Dahtu pulak encik bos nih memang suka tanya. Banyak kali jugak termenung sebab tatau jawab. Sampai satu part kena salin apa yg encik bos brainstormkan sebab saya tak paham. hukhukhuk

Kitorang sampai awal, belum maghrib pun lagi.

Esoknya, pepagi dah keluar lepas bfast sebab nak cari florist. Jenuh cari guna google map kat fon *terima kasih teknologi!* dan sebab takde bunga hidup yang best, kami just beli 2 tangkai bunga ros - merah dan putih. Konsep 2 orang kongsi satu tangkai. Fi dan Sara sesama kontek encik bos dan bertemulah kami di motel. Peluk je, nangis. Peluk je, nangis. Encik bos diam je tengok wanita-wanita nangis.

Lepas encik bos bersalin kepada suit, kitorang berkonvoi ke church St. Barnabas di Bathurst. As expected, majority pakai hitam, tapi ade je makcik yang pakai pink bunga2 yang menyerlah. Tapi yang nyata lelaki semua pakai suit. Fi pesan kat saya supaya jangan pakai jeans, jangan pakai bling-bling. Kesimpulannya, jangan pakai mcm nak pi kenduri kawin. Simple but sweet je lah kot konsepnya. So, saya pakai kargo pants, blouse fesyen orang mengandung, tudung kat profile facebook *heheh*, kasut ballerina. Saya rasa saya ok je, tapi entah kenapa encik bos tetiba tanya saya "First time ke masuk church?". Tataula muka saya jakun ke / gelabah ke kan. Saya rasa saya ok je. So, diapit oleh encik bos dan Fi. Encik bos kata kena dok sesama untuk rasa lebih selesa dan kuat semangat. Sib baik la tak duk sebelah Sara sebab memang dia tak berhenti-henti nangis dalam church, walau pada hakikatnya saya lagi suka duduk sebelah Sara di hari-hari biasa. Dalam church saya langsung tak nangis. Bila godmother charlie, kawan sepermainan charlie dari kecik, kawan sekolah menengah, kawan dari degree bagi ucapan dan mengimbas kebaikan-kebaikan charlie, saya diam je. Ramai orang nangis, orang belakang saya nangis tersedu-sedu. Tapi bila encik bos bagi ucapan, terus saya nangis walau saya dah baca awal-awal skrip ucapan tu. Lepas habis upacara mengenang kebaikan charlie semua pakat semangat nyanyi lagu dalam church dan berdoa segala. Saya perasan encik bos diam, dan dia pon perasan saya diam, hehe. So, kitorang dua orang je lah kot yang tak menyumbangkan suara yang memang sumbang.
Selesai je, family ikut keranda keluar dari church dan semua orang akan berjumpa dengan keluarga untuk berpeluk-pelukan.

Encik bos ajak kitorang jumpa family dia, dan kami berarak mcm anak itik belakang bapak. Sampai turn saya salam adik dia, adik dia seru nama saya. Opkoslah I terus nangis. Tak pernah pon jumpa Rachel di alam nyata, dan kami hanya kenal melalui cerita-cerita charlie. Berenti nangis. Kendian salam mak dia, mak dia pon seru nama saya, nangis lagi. Mak dia kata charlie banyak sembang pasal saya, nangis lagi. Berenti nangis, jumpa ayah dia. Ayah dia sebut nama saya, dan kata dia banyak dengar charlie sebut pasal saya. Nangis lagi. Lagi teruk nangis bila ayah dia sambung, charlie cakap benda baik-baik je. Itulah charlie u ols, sentiasa cerita yang baik-baik je pasal orang, walau kitorang suka keji mengeji.

Lepas air mata diseka *hehe* dan ucap babai kat Fi yang kena bergerak balik, kami berarak ke property family depa sebab charlia akan dikebumikan kat kawasan farm. Memang tempat yang family dia pilih sangat unik, hanya dengar bunyi angin dan kicauan burung. Mak charlie baja sajak sebelum upacara tabur bunga. Encik bos ngan Sara nangis dengan menggila masa ni tapi saya tak nangis sebab tak dengar sangat sajak mak dia, hehe. Lepas tu semua orang beratur dengan segenggam kelopak bunga mawar. Semua nangis. Semua.

Ada kelopak balance, dan paderi suruh family dia tabur. Lepas family dia tabur, ayah dia datang dekat saya, suruh tabur kelopak yang last. Saya decline sebab saya tau, mesti jadik drama. Kendian mak dia datang tanpa banyak tanya, terus letak kelopak2 last atas tangan saya dan suruh tabur. Dengan berat hati saya pergi tapi saya tatau kenapa masa tabur tu, kelopak macam terlekat kat tapak tangan. Kelopak just tercerai dari tangan saya satu-satu. Lambat-lambat. Dan terus saya nangis. Saya nangis sampai terduduk, nangis sampai terduduk masa tabur kelopak terakhir untuk charlie. Bila saya bangun, godmother charlie terus terpa ke arah saya dan saya terus nangis dengan menggila. Bila dah surut menangis, rasa malu ya amat sebab berpuluh-puluh orang sedang menyaksikan drama. Saya masih kaku dalam pelukan godmother charlie. Saya tunggu beberapa minit baru lepaskan diri dari pelukan. Sebab malu. hehehe.

So, ramailah makcik-makcik yang tak dikenali menghampiri saya memberi pelukan dan kucupan mesra. Konpius kejap tetiba jadik glemer kan. Family dia tak nangis sangat, dah takde air mata saya rasa. Kendian dalam mode berpeluk-pelukan dengan sara menuju ke rumah family charlie.
Kitorang tinggalkan kubur mcm tu, tanpa ditimbus tanah sebab ayah dia nak timbus sendiri.

Sampai kat rumah, godmother charlie tarik saya masuk bilik tidur charlie, the spot where she was found dead on 22nd December 2009. Kebetulan kan masa tu jari saya luka. Kemudian dia bawak saya masuk ruang makan tempat depa selalu makan ramai-ramai dan charlie akan hidangkan makanan yang dia masak. Kemudian dia seret saya untuk tengok semua gambar charlie dari kecik sampai besar. Semua gambar charlie dari kecik sampai beso dikeluarkan dari album dan yang mana dalam frame diletak kat ruang tamu. Yang dalam pc pon semua didevelop.

Saya tinggalkan Bathurst dengan perasaan lega. Lega bila tau Charlie pergi meninggalkan memori yang indah untuk semua orang. Kasih sayang pada keluarga, abang-abang yang lain mak, rakan-rakan dan haiwan-haiwan.

Hidup ni sekejap je. Its up to us how to live our lives to the fullest.

I guess its time to move on =), mcm yang Jay cakap dalam intro seminit lebih ni. Ni suara Jay. Sila tekan play *pengsan*


Monday, January 4, 2010

Update dari flat no 13, bilik no 5, tingkap dah ganti baru

1. No worries lah mak adik kakak abang semua. Dah repot polis dah, One teman lepas mengerahkan mamat thai yang ada kereta untuk bawak kitorang pegi town. hikhik. Dah keluarkan duit guna paspot. Semangat terus bila mamat thai teman..hehehe. Tingkap pon orang asrama dah ganti kaca, cekap betul! Encik bos dan alex pon datang tadi, sama-sama tawaf carik purse tapi tak jumpa. Takpelah, lesen je lah yang merunsingkan. Yang lain dah setel la kot.

2. Selepas sebulan nampak Peter, dia dah balik dari bercuti sebulan kat Iran. Dengan potongan rambut pendek, Peter kelihatan hensem dan menawan! ekekeke.

3. And yes, ini lagu kegemaran encik bos. Traveling 14 jam dengan encik bos, mendengar encik bos memutarkan lagu-lagu feveret dia membuat saya terpikir betapa selama ni saya tak rasa encik bos macam manusia yang normal. Oh, encik bos normal jugak rupanya..hehehe



4. Finally the internet is okay. Phew!

Welcome 2010

"I hope no tragedy in 2010" Kata encik bos setelah mengucapkan selamat tahun baru pada saya. Kami sampai dekat pukul 11 malam dari Bathurst, selepas pengebumian Charlotte on 31st December. I'm not going to write about the funeral yet, tapi nak bercakap pasal tragedi.

So, alhamdulillah lepas menghadiri memorial dan funeral, saya rasa lapang dada. Rasa mcm satu bebanan berat dar bahu diangkat, sama-sama disemadikan bersama Charlotte. But I cant update my blog, sebab internet uni yang begitu hampeh sekali. Bayangkan tidak dapat guna tenet dari hari jumaat. So tensed.

But last night, ada tragedi. NOTE: MAK, JANGAN RISAU. SEMUA OK.
Masa tengah bersembang-sembangan dalam telefon dengan artis yang dot dot dot, tetiba saya ikejutkan dengan bunyi yang kuat. Saya ambil masa beberapa saat juga untuk refleks. Saya nampak kaca bertaburan atas katil. Dan saya nampak ada pakaian kecil yang dijatuhkan ke bawah katil. Tapi, saya tak nampak tangan orang. Saya jerit panggil budak bilik sebelah, dan bila saya sudah sikit bertenang, saya cuba lihat apa kepelikan yang berlaku - tingkap saya dipecahkan oleh seseorang dengan menggunakan batu bata yang ukurannya tiga kali ganda tapak tangan saya. Saya terus kol security dalam keadaan seram sejuk. Abang security datang, dan dia kol police. Police datang, dan saya bagi keterangan. Abang polis cakap memang nasib baikla bata tak kena kepala. Kalau kena, memang terus gol dah. Yang buatkan saya lega adalah bang-abang polis yang hensem dan cool. So, taklah rasa takut sangat berdepan dengan situasi ni. Kalau polis poyo2 mungkin kita lagi takut.
We found out ada sepasang kasut sport lusuh berjenama adidas berwarna merah kat luar tingkap bilik saya. Kasut lelaki lah kot, sebab panjang. So, malam tadi tidur di bilik sebelah sebab saya seram tidur di bilik dengan tingkap berlubang.
Pagi tadi saya perasan purse hilang. So, jenuh geledah bilik sendiri tapi tak jumpa. Sudah maklumkan security, sudah kensel atm, sudah kensel kad kredit.
Satgi akan ke bank dan ke balai polis.
Apa encik bos wish hari tu? Semoga takde tragedy? kehkehkeh.

2009 ended with tragedy and started with tragedy. And I hope it will be better =)

I might write about charlotte's funeral later. Tengah berpikir-pikir. I might privatekan my blog dan hanya orang yang nak baca saja boleh baca. Atau saya akan pindah lagi blog dan hanya hebahkan pada orang yang tertentu.