Monday, August 31, 2009

1 september

1 september

hari pengumpulan sampel dan pemprosesan.
akan bekerja keras di lab.
semoga urusan dijah dipermudahkan allah.
semoga encik bos terus sabar dan tidak bad mood.
semoga tiada drama.
semoga dijah fokus dan tidak careless dalam lab.

rabbi yassir wala tu'assir.
tuhanku, permudahkanlah dan jangan kau susahkan.

Amin.

10 tahun - entry bebudak serata

Sepuluh tahun dahulu kita sedang di usia si manis 17 *mata kedip-kedip*.

Surat yang terpapar dalam majalah BAKTI 99 yang dipublishkan semula oleh angah dalam
entrynya membuatkan saya geli hati dan tersentuh. Majalah sekolah saya dah hilang.

'Cikgu ingat tak Jamilah ada membela katak plastik yang diletakkan di atas rak buku sewaktu di kelas dulu?'
Jamilah dulu ada katak plastik atas rak buku. Dia sangat takutkan kucing. Skang Jamilah dah membesar bagaikan juara. Dah ada anak sorang. =)

'Si Nor Aqidah pula bekerja di Pusat Sains Negara bersama Siti Hawa. Asyik berkepit dengan alat-alatan canggih yang kebanyakkannya lebih besar daripada mereka. Sekarang agak sibuk untuk persediaan melawat bulan.'
Aqidah ngan HAwa dulu pandai sabjek sains, tu yang depa ramalkan kehe kat Pusat Sains Negara. over okeh melawat bulan!

'Makanan pula ditaja oleh Nor Harlinawati. Dia buka Restoran ALJO Sdn Bhd.' Konpius jap. Ni ada kena mengena dengan gosip dewan makan ke? Jo tu bukan nama abang STA ke? Konpius.

'Rupanya dia dah jadi isteri Datuk Mufti.' Azree ni solehah. So, diramalkan kawin ngan datuk mufti. Sentap! Tapi azree dah kawin ngan Tuan Amri. Wataniah ke eh?

Surat lengkap klik sini.

Cikgu Chee, kami rindu. =(
SERATA SPM 99, jom reunion!

Kecewa

Warning: Ini entry royanan. Keke. Sila tutup browser kalau tak suka benda-benda berunsur royanan.

Bad news: Recovery problem, result berubah-ubah. SEMUA org dalam lab tu dah tau yang saya ada problem dengan recovery. Bila pagi tadi gareth tanya pasal recovery, saya sentap. Maknanya semua orang dah tau yang recovery hancus, padahal esok dah kena proses 100 sampel.

Good news: Sebab esok kena proses 100 sampel dan sampai hari ni masih hancus, sepanjang hari encik bos dok bersama-sama buat recovery dalam lab. Tengok? betapa teruknya anak murid sampai encik bos terheret sekali buat method. I was so stressed dengan method ni sampai encik bos sound 'you should smile'. Tetiba teringat pada ayah. Ayah pon suruh senyum selalu. Agaknya terlalu sibuk memikir sampai muka dah macam cencurut dalam longkang. Since encik bos seharian bersama saya melakukan method ni step by step, banyak benda yang dia fikirkan dalam otak. Esok akan sit down ngan dia and bincang mcmana. Tadi dia kena balik awal so, tak dan buat kesimpulan menyeluruh. Sedikit lega sebab at least encik bos tahu apa yang saya tonggang tonggengkan selama nih. Result tadi sangat funny, jadi kena bawak mengadap esok. Ini betul2 kerja gila, esok nak proses sampel, hari ni method tak validate lagik. Kena bersedia untuk repeat the whole eksperimen.

Good news: Ujung minggu lepas dapat tau member pon nak pegi tengok sopopera. Since saya ada plan ziarah Elodi *kawan french*, saya plan akan maklumkan kalau saya nak pegi sama-sama. TAK JANJI PON NAK PEGI SAMA. Saya sesat 2 jam carik umah Elodi, dan saya habis melepak umah dia pukul 7. Sopopera kol 7.30. So, decide tak pegi sebab dah lewat, dan bila saya kol, member tak angkat. Tak rasa apa pon tak jadi pi tgk. Lega sebab at least saya make full use of hari sabtu tu bersama Elodi sebab kitorang ada benda penting yang dimesyuaratkan *gituh*.

Bad news: Hari ni member berhubungan dengan saya dan mintak maaf sebab fon tertinggal masa saya kol tu, tapi sebab saya memang tak bernafsu sangat nak pegi, saya series tak rasa apa. Saya ok je. Saya kata saya ok, lagipun sebab sesat 2 jam carik umah, dan berlepakan salan kat rumah Elodi. Tiba2, jadik isu pulak saya pergi umah Elodi. Sampai terpaksa bersoal jawab mcmana pulak saya boleh rapat dengan minah tu. Kenapa saya pegi umah dia. Kenapa tak bgtau dia saya kawan ngan minah tu. So, kiranya dalam dunia ni saya ada ramai lagi kawan yang saya tatau selain dia, and I didnt bother untuk maklumkan dia. Huks, saya ni kan...baran orangnya. So, tadi sib baik saya tak mengamuk bila diasak dan diperli2 dengan soalan menghunus jiwa sebab azam saya nak kontrol kebaranan.

'I'm giving you space, and you should too'
dia diam
'Since when?'
Haiyohhhhhhhhhhhhh.....'kenapa cemburu buta tak tentu hala nih? I awek u ke?'
ok, saya tak jawab mcm tu sebab saya tatau cemburu buta tak tentu hala apa dalam bahasa inggeris, *jealous blindly without knowing where to go?*
Saya jawab dengan sedikit kemarahan yang terkawal.

So, benda nih jadik meleret dan penuh emosi. Gosh. Sampai last sekali keluar ayat dia.
'I hope that in your list of friends, my name is on it, even as the last one'
Saya jawab dengan lawak, tapi lawak kasar. Sebab series, saya tatau nak cakap apa.

Tarik napas, hembus.

Ada benda yang kita komplekskan keadaannya. Mcm isu recovery saya admit yang saya komplekskan keadaan sebab 'I'm not a true labperson'. Saya nih orang ladang or in other words kerja teliti2 dalam lab mcm main pipet, DNA etc, etc memang saya hancus. Bila ada dateline, lagilah. Dulu, masa buat masters, satu method yang renyah, sv buang dari masters saya sebab mcm ni lah, asik gagal validate. Padahal orang lain boleh buat. Tapi nampaknya encik bos nih bukan jenis buang2 benda dari perancangan selagi tak muntah membuatnya. Tengoklah esok apa kata survey bos.

Dalam isu yang kedua pulak, saya rasa saya tak komplekskan keadaan pon. Saya beri orang lain space, dan saya mahu orang bagi saya space. Saya nih kalau letih, sangat cepat annoyed walau pada hakikatnya saya suka annoy orang. Saya kurang selesa bila orang jeles tak tentu hala nih. Err, tapi saya kuat cemburu sebenarnya..hahaha. Semua orang kena sedar, saya adalah milik seluruh penduduk bumi *statement mcm angelina jolie pulak rasa*. Saya tak suka bagi repot segala tindak tanduk saya kalau saya rasa tak perlu. Dengan kawan2 baik/keluarga, memang saya akan cerita semua dengan penuh detail sampai nak termuntah orang mendengarnya. Tapi untuk orang yang baru dikenali hati budinya *gituh*, saya belumlah terfikir nak cerita semua benda - buat apa, kawan ngan sapa, balik umah kul berapa. Lepas nih kalau jadik isu lagi, saya suruh dia bawak saya pegi klinik haiwan dan bubuh mikrocip. Bersyukur pada tuhan kerana belum menjadi awek orang. Pasti meroyan gila kalau kena repot semua benda kat pakwe.Suami lain yer, sorga bawah tapak kaki suami *gituh*. Suara kecil dari hati: belum kawin cakaplah gini kannnnnn? kekeke

Tra, Azrul, Nik, Encik Spin, Abang S: percaya sudah saya adalah hot? Percaya? *tetiba*

Oklah, going back. Bas last kul 7.. tata

------------------

'A student shouldnt drag the supervisor to her bench' *muka mcm cencurut dalam longkang*
'Whats the purpose of taking students if I dont want to work with them?'
*diam*
'Its like having children and not playing with them' *bos senyum*
'Yeah, i guess you are right' *saya senyum*

Salam 31 Ogos



Salam 31 Ogos.
Semoga kita merdeka dalam erti kata yang sebenar.
Bersatulah.
Kami sayang Malaysia, walau takde sorang pon antara kami ada bendera Malaysia. hiks.

Salam 31 Ogos



Salam 31 Ogos.
Semoga kita merdeka dalam erti kata yang sebenar.
Bersatulah.
Kami sayang Malaysia, walau takde sorang pon antara kami ada bendera Malaysia. hiks.

Saturday, August 29, 2009

Kami

'You want coke or wine?'
'Coke please, i dont take wine'
'You dont take wine because its ramadhan?'
'No. You will have no idea what will happen if I'm drunk. Thats why I should follow my religion's rule - not to take any drink that could make you drunk'
'Fair enough, I cant imagine if you are drunk! You will go crazy!'

Masa di sekolahrajaperempuantaayah dulu, saya selalu gagal tahan mata bila kelas thanawi. Kesannya, buku dipenuhi dengan awan larat kesan sifat artistik tanpa sedar yang menggerakkan pen. Dan saya kira, saya tercampak ke sini kerana tuhan mahu saya terus menimba ilmu tanpa jemu - kifarah sebab tak penah jaga dalam kelas thanawi selama tiga tahun, hiks.

Armidale. 2009. Populasi muslim yang tak ramai, masjid yang hanya menampung 20 orang untuk solat jumaat pada satu-satu masa menyebabkan islam adalah agama yang agak asing. Lebih asing mereka rasakan bila warga muslim yang berkeluarga biasanya menghabiskan masa sesama mereka dan bercampur gaul dengan rakan sebangsa dan seagama.

Mencuri kena potong tangan, lelaki boleh kawin banyak sampai empat, tak boleh pegang anjing. Ramai manusia di sini masih tak faham islam, tapi mahu lebih memahami. Tak perlu konsep 1Australia atau 1Armidale, mereka sangat bersemangat untuk lebih kenal-mengenal agar lebih memahami.

Menganut islam secara baka menyebabkan kita selalu terlepas pandang atau amik mudah tentang semua perkara, terutama tentang hikmah dan fadhilat tentang sesuatu perkara. Sungguh, saya sangat kagum kepada saudara2 kita yang mengenal islam dari hati dan buat keputusan untuk menganutnya dengan penuh keyakinan, berbanding kita yang mewarisinya secara turun temurun.

Saya pernah terdengar soalan seseorang pada seorang sahabat
'kenapa muslim takleh makan babi?'
jawab kawan saya 'because God said so'
'Kenapa takleh makan daging yang tak sembelih secara halal?'
'Because God said so'

Bagi saya itu terlalu play safe sehinggakan orang yang ingin lebih memahami tak mendapat penjelasan. Mati terus di situ.

Betul, bab agama bukan boleh guna logik akal semuanya, kerana takut tersasar. Tapi bagi saya ada benda yang boleh kita terangkan secara hikmah supaya orang nampak islam itu adalah satu pegagangan yang membuatkan kita jadi manusia yang lebih mulia, yang memahami fitrah manusia dan menyalurkannya pada benda yang hak.

Saya sedikit lega sebab saya rasa ramai rakan sepenggosipan suka bertanya pasal islam. Tadi ada yang bertanya pasal keuzuran yang menghalang seseorang berpuasa, memandangkan dia tahu saya tak berpuasa. Dia sangat teruja bila dia berpendapat orang yang baru lepas bersalin pon tak boleh berpuasa dan saya kata 'bagus, tepat!'. Mata dia bersinar kegembiraan sebab dia sudah paham konsep. Saya juga lega kerana lately dia selalu tanya banyak soalan, tanda dia mahu lebih mengenal kita.

Kelmarin manager animal house tanya saya pasal berpuasa kerana mereka ingat kita langsung tak makan sebulan, dan akhirnya selepas penjelasan siap dengan gaya bagi menggambarkan matahari terbit dan terbenam, dia memahami dan wajahnya mcm lega. Lega kerana ia taklah seteruk yang disangkakan. Mereka sangkakan kita berlapar dahaga selama 30 hari 30 malam. Superman pon boleh pengsan kalau mcm tu. Saya perasan ga*reth tumpang dengar dengan khusyuk. Terasa mcm forum hal ehwal perdana pula.

Dan One juga makin lega sebab dah paham kenapa wanita2 muslim berkampung senyap-senyap dalam bilik saya, makan lunch ketika bulan puasa. Dia kata dia begitu konpius kenapa pompuan-pompuan ni tak puasa sedangkan ini bulan Ramadhan. Kalau tak dimaklumkan, dia ingat kita semua kena puasa tanpa mengira apa jua yang berlaku. Barulah terfikir di logik akalnya, kalau period pasti lemah2 badan dan tak larat nak berpuasa. 'Fair enough!' katanya.

Dan hari tu Sam tanya pasal daging halal *kedip2 mata*. Dan dia kata dia tatau apa2 pon pasal islam sebab mamat2 arab tak kawan ngan dia, hanya bercampur sesama depa alalalala, comelnya ngadu. Dan dia macam mengkagumi islam yang menitikberatkan kebersihan dan keadilan pada binatang. Islam sangat asing bagi dia dari Peru yang populasi muslimnya kurang dari 0.002%.

'Research have been done on muslim slaughterings. Animals will feel less pain because you use very sharp knife and u kill it really fast. So, its ok if you dont want to use captive bolt first'. kata encik bos kedua.
Update, since Am tanya pasal paper, I found this old research paper Wilhelm Schulze yang diterjemah dari bahasa Jerman tentang sembelihan halal nih. Klik sini
. Rumusan, klik sini. However, ni adalah paper lama, sebelum kita dilahirkan lagi (1978). Encik bos mungkin maksudkan paper nih, sebab tak jumpa pulak paper terkini dan tersensasi pasal nih. I will try to ask from him later.

Kesimpulannya, rakan-rakan di sini semangat nak tahu pasal islam, sebab depa dengar yang buruk-buruk saja tapi bila depa jumpa I, nampak vok pulak.hahaha. Dan saya tersenyum sentap bila ada yang dah terikut2 cakap insyaAllah dan bagi salam.

Semoga allah tetapkan iman dan bantu kami untuk menjelaskan apa yang kabur. Amin.

-------

Are you fasting? *motif budak lelaki muslim suka tanya pompuan muslim posa ke dak?*
This is Ramadhan! *saya jawab sambil senyum*
Kawan dia menyiku, 'Of course she is fasting, she is a muslim!'
Saya senyum dan berlalu sambil beri lambaian ratu.

You can do it!

Ada orang mengirim email kepada saya memberi luahan perasaan tentang percaturan tuhan. Saya mengambil kesempatan ini untuk publish satu entry.

Bila kecewa kerana gagal mendapat apa yang diimpi, kita akan jadik down dan ada antara kita yang mempertikaikan kenapa benda ni terjadi pada kita. Kita semua lemah, itu hakikat. Keyakinan kita pada tuhan yang memberikan kita kekuatan. Kita rasa tuhan tak sayang kita, kita rasa kita banyak dosa jadi tuhan mahu hukum kita, kita rasa dunia tak adil pada kita, kita rasa semuanya tak kena, kita rasa pasti ada orang sihirkan kita, kita rasa kita kena jumpa mak esah untuk buang badi dengan mandi bunga .

Bila kita sangsi dengan tuhan, hidup kita akan penuh dengan kemuraman dan kelesuan, kita rasa kita bawak malang, kita akan buat tindakan seperti cuba amik nyawa sendiri atau jumpa tukang tilik untuk tahu masa depan kita - *malang lagikah atau berubah jadi lebih baik?*.

Tra pernah cakap dalam entry dia - kita selalu kata 'time will heal' walau hakikatnya bukan masa yang menyembuhkan, kita sendiri yang bertanggungjawab menyembuhkannya.

"walau kita dalam kesedihan dan berharap agar masa cepat berlalu supaya kita boleh tidur dan untuk seketika melupakan semuanya, masa tidak pernah terhenti. kita tertutup dengan ruang lingkup masa. maka sepanjang kita berada dalam kesedihan, luka tidak akan pernah sembuh selagi kita melihatnya daripada tanda aras kesedihan. selagi kita tidak letakkan diri dalam tanda aras normal atau gembira, selagi itu masa akan bergerak terlalu perlahan (Tra, 2009)."

Dulu masa putus cinta, saya rasa hidup saya sudah gelap. Lebih gelap dari kulit sendiri. Bila direjek pula oleh lelaki yang diperkenalkan oleh seorang pakcik yang saya hormati, saya lebih rasa sedih. Bukan sedih kerana terfikir akan hidup sorang sampai tua di rumah orang tua, hanya ditemani kucing peliharaan. Tapi sedih dan kecewa sebab saya rasa saya sentiasa gagal bahagiakan kedua orang tua. Sentiasa merisaukan mereka dari lahir ke dunia hingga kini. Dari soal kesihatan, pendidikan, pekerjaan, hinggalah ke soal peribadi seperti kekasih hati.

Bagai jatuh ditimpa tangga bila pemergian ke jepun ditentang oleh ketua bahagian di universiti dan juga KPT, menyebabkan saya menahan tangis bila diasak dalam telefon dengan soalan bertubi2 oleh pensyarah jepun yang hairan kenapa saya tak dapat sambung pengajian ke sana. Saya adalah sensitif dan memang ada masalah inferiority kompleks. Maka bila 2 perkara besar ini berlaku dalam hidup saya, kesannya lebih besar dari kesan kepada insan2 tabah seperti anda, anda dan anda semua.

Hari ini, saya boleh menarik nafas lega bila saya fikir tentang 2 perkara di atas. Saya sangat berterima kasih pada tuhan kerana mentakdirkan saya tak berkahwin dalam usia yang muda kena saya baru sedar yang saya sedang menuju kematangan di usia 27 tahun. Saya sangat berterima kasih kerana mentakdirkan saya tidak ke jepun untuk PhD yang mana saya yakin, masa saya hanya akan dipenuhi dengan mengunjungi konsert-konsert mamat jepun yang mendarahkan hidung, atau lebih meroyan kerana masalah bahasa yang ketara, dan juga kerana ilmu perikanan yang masih belum cukup di dada. Saya berterima kasih kepada tuhan kerana mentakdirkan saya menjejakkan kaki ke armidale, kampung yang sangat aman tenteram, bergelumang dengan kecintaan saya dari dulu - *bebiri,* dikelilingi lelaki2 hot yang sangat gentleman yang terkejar2 saya yang single *ahaks*, dan dikelilingi manusia2 yang sangat baik hati dan suka bergossip. Kalau 3 tahun dulu saya sudah berkahwin dengan kekasih hati, saya mungkin tidak jejak kaki ke sini. Dan mungkin takkan menulis entry ini hari ini. Dan kalau 3 tahun dulu kekasih hati sudah berkawin dengan saya, pasti dia tak kecapi bahagia seperti hari ini - isteri yang cantik dan memahami yang tak meroyan time PMS dan anak yang sangat comel.

Maka kawan, kuatkan semangat. Usahlah bersangka buruk pada tuhan. Kita ingkar banyak suruhanNya, kita buat banyak laranganNya. Tapi tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang. Dia tetap beri yang terbaik buat hambaNya. Sama-sama lah kita berterima kasih dengan tuhan dengan cara hampir dengannya selalu. Suatu hari nanti pasti kamu akan tersenyum puas hati, bila berjaya melepasi fasa gila ini. Sehingga masa itu tiba, kuatkan semangat, doa selalu dan jangan berdendam. Dendam itu akan membuatkan hidup kita jadik suram.

Take care! You can do it! =)

Friday, August 28, 2009

Bau

Benda yang menenangkan dan mendamaikan ada macam-macam.
Ada orang suka bau tanah dan rumput selepas hujan.
Ada orang suka bau buku lama.
Ada orang suka bau duit.
Dan saya, masih sukakan bau bebiri.
Sungguh.
Kerana ia amat mendamaikan. =)
Aroma yang masuk ke dalam dada, meresap ke segenap ruang dalam paru-paru.
Mengasyikkan.

Sebut pasal bau, teringat pasal baulu ikan.
Sebut pasal ikan, teringat adik-adik ikan.
Sihatkah mereka semua?
Hidup sangat bosan tanpa onar dan semprengan mereka.
Kena ikat barang kali.

Thursday, August 27, 2009

Merepek sebab tak boleh tidur

Selalu sunyi
selalu sepi
selalu sendiri

Selalu,
sampai
sudah
sebu.

=)

1. Esok, nak tak nak kena repeat sampai muntah. Tapi kena repeat dengan penuh berakal. Cuba buat balik mcm yang dibuat hari Rabu tuh. Seriau kalau encik bos ada esok. Dup dap dup dap. mcmana nak ckp kat dia nih?

2. Terima kasih daun keladi buat dutch lady yang telah berkongsi cerita, bergelak ketawa dan memberi saya nasihat yang berguna dalam menghadapi hari-hari mendatang.

'Sister, please go back and check your relationship with Allah'
kalau orang kata kat kita mcm ni mesti kita sentap kan? sentap-sentap pon, kena pikir jugak kan?


I should meroyan less, dan bertenang more.
I should complain less and berdoa more.
I should sigh less and usaha more.
I should sentap less and berfikir more.
Tetiba teringat chipsmore, apekah?

Semoga semua ok. Amin.
Rindulah kat semua orang. Semakin sunyi hari demi hari.

=)

1. Esok, nak tak nak kena repeat sampai muntah. Tapi kena repeat dengan penuh berakal. Cuba buat balik mcm yang dibuat hari Rabu tuh. Seriau kalau encik bos ada esok. Dup dap dup dap. mcmana nak ckp kat dia nih?

2. Terima kasih daun keladi buat dutch lady yang telah berkongsi cerita, bergelak ketawa dan memberi saya nasihat yang berguna dalam menghadapi hari-hari mendatang.

'Sister, please go back and check your relationship with Allah'
kalau orang kata kat kita mcm ni mesti kita sentap kan? sentap-sentap pon, kena pikir jugak kan?


I should meroyan less, dan bertenang more.
I should complain less and berdoa more.
I should sigh less and usaha more.
I should sentap less and berfikir more.
Tetiba teringat chipsmore, apekah?

Semoga semua ok. Amin.
Rindulah kat semua orang. Semakin sunyi hari demi hari.

Update lipas kudung

Dua benda saje yang bila teringat buat saya tersenyum.

1. Dapat parcel berunsur makanan segera dari misbumblebee. =D Will update on the story dan gambar. hiks. Please stay tuned ok. Jadik kepada sesapa yang nak kirim makanan segera kepada diriku ini, i will listkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh berdasarkan pemerimaan parcel hari ini. Ada drama sikit, as always. hiks. Akan dimaklumkan kelak.

2. Dapat sms berbunyi - 'Its always fun talking to you! XXXXX ;)' (xxxxx merupakan benda yang tak boleh didedahkan kepada umum kerana takut menimbulkan fitnah di bulan yang molia ini, note: tiada unsur bahasa kesat atau melucah, harap maklum.). Pengirim: biarlah rahsiaaaaaaaaaaaa~

Ok, dua benda ni saje yang buat saya senyum hari ni kerana....saya repeat recovery dan hanya 20% saja cintaku. So damn frustrated. Rasa mahu menjerit brengsekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

Update: the highest percentage was 22% sajer. sentap kan? i modified sikit sebab yang 101% tu, agak kotor, so susah nak kira. Jadik hari nih modify konon nak bagi tak kotor, pastu yang menggoncang sambil mencedok adalah diri sendiri. Hari tu saya goncang sara cedok. Air mata dah mengalir dah ni, benci tau. Baru nak lega, ingat nak pokus benda lain. Bila jadik gini memang susahla nak start eksperimen baru.. Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Mahu balik awal, dan tido. Tammo sembang ngan sesapa. Tammo balas sms sesapa.
Sob, sob.

Wednesday, August 26, 2009

Rabu yang penuh keoveran

Rabu.

1. Join penyucian isi perut bebiri ga*reth untuk kumpul cacing. We had fun. And I just realized yang orang-orang lab jarang mengeji saya lately sebab tammo menambah tekanan emosi saya sebab isu recovery. Itu pon sebab encik bos bgtau tadi. Agak rasa bersalah menjadi sangat ekspresif sebab kesannya orang sangat berhati2 bila nak bercakap dengan kita. Encik bos nih observer rupanya. Patutla dia mcm tak komunikasi sangat lately dengan saya. Dia biar saya buat kerja sendiri, meroyan sendiri. Encik bos kedua juga. Sebab encik bos kedua cakap muka saya lebih ceria lepas recovery menjadi semakin ok. Wah, obvious kah? Mcm dengan depa saya sentiasa biasa jer. Dengan rakan2 sepenggosipan tu yelah, sering ekspresif dan diskriptif gituh.

2. Encik bos sms saya semalam. Saya balas. Dia tak balas. Tadi dia bgtau dia tak paham sebab sms saya guna short form, tu sebab dia tak balas. Oh, jangan salah paham, sms pasal recovery okeh *sangat semangat okeh encik bos*. Jenuh dia berbincang dengan anak dia yang umur 14 tahun untuk break the codes. Saya dan sara batai gelak bila dia kata yang dia berjaya pecahkan kod adalah tq=thank you. kehkehkeh. Oh, ini berlaku juga pada bos lama di tempat kerja di ipoh. Tapi encik2 bos saya kebetulan semuanya bersemangat mahu improve. Tadi encik bos ckp dia nak belajar short2 form ni semua. Bagus2, semangat ini yang kita cari.haha. Lepas nih sila sms lagi ye.

3. Since depa perasan emosi saya dah stabil, depa buli saya habis-habisan. Gareth bantai gelak. Encik bos tammo panggil saya DJ dah. Dia kata dia nak tukar panggil DQ (Drama Queen) sebab saya sentiasa ekspresikan diri secara berlebihan. Depa siap cucuk pinggang saya senyap2 dengan tiub getah untuk melihat refleks. Haruslah I tersentap! Sara pulak kata satu-satu kebergunaan saya adalah tangan yang kecik untuk seluk masuk dalam jar kecik supaya leh cuci bahagian dalamnya sebab dia tak bawak berus. Cis! Encik bos kedua pulak ternanti2 saat saya rupturekan isi perut bebiri sebab dia nak bantai. Bebiri pertama yang saya proses cantik je usus2 semua, so dia nak saya buat silap sebab nak bantai. Doa termakbul, saya dapat bebiri kedua yang mempunyai dinding usus sangat nipis, kesannya, asik rupture sajer dan terus kena keji ngan Sara. Cis. Cis. Cis. Depa suruh saya balik lepas lunch sebab ganti dengan Fi. Tapi sebab esok memang saya takleh nak tolong depa sebab nak bertapa dalam lab nak buat recovery, saya decide mai balik lepas lunch. 'U r very difficult to sack! Why are you coming back?'. Sentap okeh bila encik bos cekak pinggang. Terus pegi tepi sara dan buat nada sedih, kata takde benda nak buat hari ni. Baru depa gelak n semua pakat nak balik sebab dah lebih orang kononnya. Tapi kerana tak percayakan kitorg kononnya, encik bos kata dia terpaksa supervise kitorg demi memastikan kemaslahatan PhD ga*reth..sengih lebo ga*reth.hahahaha

4. Hubungan dengan wan makin bagus. Encik bos kedua pon bagi pujian melambung kat dia *we share the same sv* sebab dia ni communicative dan semangat belajar yang tinggi. Tumpang kembang hidung sambil cakap kat bos 'she is my opismet' - dasarrrr nak tumpang glemer!
Petang tadi shopping dengan Wan dan tiba-tiba ada orang tarik baju saya mcm gaya budak kecik tarik. Sapa lah yang comel sangat menarik baju saya nih? Bila saya pusing...........*pengsan* sedar *pengsan balik*. Timun depan mata dah nampak mcm pohon sakura yang penuh dengan bunga yang kembang mekar. Di bahagian sayur-sayuran itu, semua manusia bertukar menjadi debu. Hanya saya dan dia sahaja. Bumi berhenti berputar selama beberapa minit.
...
Habis sesi penggedikan secara solehah.

'He is gorgeous!' wan dah mula kepochi. Exaggeration di situ. Taklah gojes di mata saya. Comel tu ye lah kot. Tapi gojes *tegakkan jari telunjuk ke atas dan gerakkan ke kiri dan kanan*..hanya utk yamapi dan TOP dan heechul dan sho. ahaks
'He is looking at you!' wan dah jadik makin over, siap siku2 saya dan bisik. Penat okeh tahan gelak. Best jugak jadik single nih kan. Jadik bahan gosip pulak..haha

Takde apa2 sebenarnya, wan je dah jadik kepochi. Tapi kitorg tersengeh2 sampai lepas kaunter bayaran. Ahaks. Saya sengih tengok gelagat wan yang asik perati dan tercari2 manusia tuh. Wan pulak sengih sebab ingat ada apa2 antara saya dan orang itu. Takde apa ok, takde apa. Doakanlah yang baik-baik saje untuk saya, ok?

'Dont faint dijah, be strong!'
'I'm happy for you'

Boleh tak nak buat kesimpulan sekarang...kawan2 saya semua dah jadik over!!! *menaip sambil gelak*

Rakaman

Rakaman siang tadi. Ada abang Ga*reth dan encik bos kedua. Abaikan english saya yang tunggang langgang.


Edited sebab Am tanya.
1. Lelaki belah kiri: Ga*reth.
2. Lelaki belah kanan: encik bos kedua.
3. Lelaki comel dekat tempat penyembelihan: tatau sapa, tetiba wujud.
4. Lelaki belah kanan di tempat penyembelihan yang menunjukkan pistol segala: Manager animal house.
5. Pompuan pegang coke: awek mamat comel yang disangsikan kewujudannya (3). Coke tu sah2 untuk balak dia yang comel itu.

Depa memang semelih tak ikut syarak sebab depa nak makan, so, kerat leher sebab nak buang darah semua. Nanti kalau i teringin daging kambing i akan offer diri semelihkan lepas depa tembak kepala. Baca bismillah dengan putuskan urat merih kan? Patu kompom demam seminggu ahaks.

Fish Brother Alert!

Updated: video yang saya upload sebelum ni takleh diview orang luar Aussie rupanya. Terus bersemangat msg adendvw kat utube mintak tolong upload. Thanks adendvw! =D.
Am, inilah semangat fangirl, boleh buat benda yang tak mahu dibuat oleh rakyat marhaen yang lain..kihkihkih.



Nathan Brake! Ahkak sentap!! Fangirl mode: ON!

Tuesday, August 25, 2009

Attention seeker

Selasa.
Bangun lambat.
Kesakitan pinggang amat meresahkan, menggigit-gigit sampai ke tulang belakang. Kalau ikut rasa hati, tammo pergi ke skul. Tapi dek kerana banyak yang perlu diselesaikan, kugigihkan jua.
Silap tengok jam, terlepas bas dalam tempoh lima minit. Berjalan ikut short cut, jimat 5 minit.
Ingatkan penyembelihan haiwan2 eksperimen ga*reth hari ni. Rupanya esok dan lusa.
Sedikit lega sebab esok leh join. Lusa takleh join sebab nak kena repeat recovery. Lagi.
Dalam lab jalan mcm nenek kebayan, sebab sakit pinggang. Sara suruh amik painkiller. Fi suruh amik painkiller. Last-last amik painkiller. Lega, sikit. Tapi ni dah sakit balik. Sakit sampai rasa nak pakai korset bengkung.
Tiba-tiba encik bos muncul mcm pari-pari. Dia berdiri tepi saya selama 30 saat. Saya diam, dia diam. As expected, dia tanya pasal recovery. Saya tarik napas panjangggggggg selama 10 saat sebelum menjawab *drama queen sangat kan*. Lepas saya eksplain kegagalan demi kegagalan, dia balik bilik dan print out method reference. Dia check step by step, sama tak mcm apa yang saya ceritakan. *haruslah sama encik bos, saya kan anak murid yang skema patuh!*
Sue officer lab sebelah datang, hulurkan pipet untuk dimodify.
Fi datang, bagi idea supaya guna vial dia sebagai scoop.
Sara datang, tolong modify pipet dan vial.
Encik bos angkut keluar mesin bergetar2 tu. *Sha, apa nama mesin yang letak benda pastu dia shake tu? Shaker ke eh?*
Wah, menjadi centre of attention pulak tetiba. Semua bagi idea. Semua tolong berfikir.
Dan akhirnya, recovery adalah 101%. Sentap!
Oh, musykil kenapa lebih 100%? Kerana masa kita bubuh anak cacing awal2 pada tanah, kita just buat estimation sahaja. Kita bukan kira sekor2. Dalam 50 mikroliter ada 90 anak cacing, so, bila kita boh 5 ml larutan yg ada anak cacing, kita anggarkan ada 9000 anak cacing yang telah didispense. Hakikatnya, mungkin lebih atau kurang, tapi takla banyak sangat beza. 1% lebih masih boleh diterima sebab ada baca dalam paper, orang tu penah dapat 106% recovery.
Method lama telah dimodify. Akan repeat betul2 lusa. Esok nak pi tolong ga*reth! =)
Terima kasih semua kerana doakan saya.
Hope percentage recovery lusa ni pon bagus. Amin.
Selesai buat recovery, bos kedua masuk.

'Ada masalah dengan radas2 yang digunakan ke?' *uh, sapa lak kepochi pi bgtau kat encik bos kedua?*
'Haah, recovery jadik sangat rendah'
'So, tak berjaya dapat recovery mcm yang budak dulu buat?' *sentiasalah ada perbandingan saya dan dirinya, uhuks*
'Tak. Tapi hari ni dah agak berjaya. Atas 95%. Dahla sekarang ni masa kecemasan sebab kena proses 100 sampel nun *memuncungkan mulut ke arah incubator* 1 september. Fuhhhh.'
'Fuh, nasib baik' *sambil mengeluh dan geleng kepala*

Tarik napas, hembus. Alhamdulillah. Tapi entah, tak bagitau encik bos lagi berapa result hari ni. He is very unpredictable. Terasa mcm ada lagi benda yang dia nak suruh modify.

Berantakan sungguh benchku. Snap ketika sedang kecoh dalam lab.

----------------

Ntah pesal, air mata bertakung, kesat mata. *air mata kegembiraankah? drama!*. Agaknya tangan kotor, mata terus bengkak dan merah. Cuci mata, tak pulih jugak. Opismet dharma perasan mata saya merah, dia tulis nama ubat kat kertas dan bagi. Huks, bila masa saya nak pegi farmasi? Saya pakai spek mata hitam. Bertembung dengan maikel, dia pelik saya pakai spek mata hitam dalam bangunan. Saya tunjuk mata sakit. Dia bagi nasihat dan saranan, siap risau saya konjunktivitis / ketumbit. Dedua pon bukan lah, alergi nih. Masuk lab wij*dan sebab nak mintak polisterin dari officer lab dia. Depa pelik saya pakai spek mata hitam *mcm buang tebiat pakai spek mata hitam dalam lab kan?*. Teruslah bukak spek. Wah, menjadi insan yang menagih perhatian dan kasih sayang pulak rasa. Officer tu siap amik buffered saline suruh cuci mata. Wij*dan pulak dok membebel suruh pegi medical center. Balik lab, Fi pulak suruh tidur and rehat secukupnya sebab mata jadik sembab mcm baru lepas nangis/tak cukup tido. Hakikatnya mata gatal-gatal sebab tangan kotor pi lap mata. Sue pulak dok mengesound supaya jangan pegang mata lagi. Ga*reth je yang cool, dia ckp 'Nasty'. Itu sajer!! Sib baik masa tu Sa*ra dan encik bos dah balik. Kalau tak, lagi banyak kena bebel..keke. Masih sembab, hope esok makin ok.

Mahu tidur awal, the pain is killing me!

Monday, August 24, 2009

Skip bahagian tajuk, boleh?

1.
Sa*ra sudah balik! Dikerumuni encik bos dan anak2 muridnya awal-awal pagi. Semua tergedik2 nak bagi updates tentang apa yang berlaku sepanjang dia tiada. Dan after 3 weeks, dengar balik perkataan 'SLACK' disebut2. Saya perasan tu ayat faveret dia, selain 'bugger'. hiks. Eh, 'bugger' = 'baka' dalam bahasa jepun. Maknanya juga hampir sama. Impressed. So, lab dah jadik kecoh dan bising. Bergelak ketawa sambil buat kerja. Walaupun sebenarnya dalam hati saya dan Fi, sedang down sedikit.

2.
Cuaca semakin panas dan I'm loving it. Nampaknya hanya saya dan One *opismet dari thai* yang suka cuaca mcm ni. Sekarang 24 darjah. Depa kat sini lega makin panas tapi depa risau sebab mcm panas sangat. Panas sangat? This is lovely! Takyah pakai heater, takyah pakai glove, takyah pakai thermal, takyah pakai jumper, takyah pakai boots. Takyah, takyah, takyah. hiks.

3.
'Drama queen' respond Sa*ra pada updates yang saya bagi. Helo, haruslah luahan perasaan (tentang kes experimen tak menjadi dan recovery yang asik kena repeat) dilakukan dengan penuh perasaan dan ayat2 exaggeration seperti
'I'm dying'
'Why the previous student can do it and I cant?'
'I guess I'm not suitable doing this kind of research'..hahah.
Itu emo okeh. Saja nak mengemokan diri kat Sa*ra. Almaklumlah, melepas rindu. Haha. Dan Fi juga luahkan perasaan, method dia kat lab kimia nun asik tak jadik. Dan student lain buat ok, tapi bila dia buat tak ok. Tapi Fi bukan ratu. Jadik dia hanya guna nada frust, bukan ayat drama mcm saya..haha. Sara nak angkut saya pegi farm minggu depan, saya kata kalau berjaya recovery, saya leh ikut. So, kena doakan. Terus dia doa tang tu jugak siap pejam2 mata..haha.

4.
Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, hari ni saya 'bersahur lambat dan berbuka sangat awal'. Kalau anda berada di bawah lima belas tahun, tak payahla paham. So, masa break, mcm penyamun dok panaskan makanan. Dahla common room tu jauh, siap kena lalu depan bilik Peter! One perasan saya mcm penyamun dan dia offer nak tolong panaskan makanan. Saya panaskan jugak sendiri sebab malas nak over2. Sapa banyak tanya nanti saya cocok mata ngan garpu! kehkeh.
Line clear. Balik bilik, lega. Berbuka awal. Tengah bersemangat berbuka awal, ada ketukan di pintu. Saya tak sempat telan apa yang saya makan okeh. One pandang saya. Saya pandang One. One suruh telan cepat, baru dia nak bukak pintu. Bila dia bukak pintu......................
ok, bukan Peter. Tapi, mamat Arab muslim yang hensem yang keje chef kat asrama sini yang dah berkawin ngan minah saleh. Saya sentap. Dia sentap. Ok, saya tataula saya comot ke tak. Saya tataula bilik berbau ke tak. Tapi saya tak pandang muka dia. Saya pandang telinga dia. Tak sanggup nak tgk muka dia. Dia tanya mana wij*dan. Saya kata kat lab. Dia tanya pulak lab mana. Hadoila....orang tammo conversation meleret2 nih sebab dah tak keruan. Last2 dia letakkan barang kat meja wijdan dan blah.
Lepas dia tutup pintu saya pandang One. He is a muslim! *pekup muka malu*. One gelak. Dia terkejut mamat tu muslim sebab muka mat saleh..Bila wijdan masuk bilik, cerita kat dia. Dia jerit 'Nooooooo!' sambil gelakkan saya bila tau mamat tu mai bila saya tgh berbuka awal. See? bukan saya sorang je drama okeh. Makcik ni pon sama..haha.

5.
Opismet baru yang bernama One nih sangat sempoi dan baik. Apa benda yang dia perasan, dia akan tanya. Pasal solat, pasal puasa. So, sebelum ni dia dah ingatkan saya pasal solat zohor. sebab terleka berinternet sakan time lunch. Sentap bila dia tanya tak solat ke..haha. Hari ni tanya pasal puasa dan puasa ganti pulak. Semangat ingin tahu dia sangat tinggi. Asian memang mcm tu kot kan? Dan dia juga banyak bagi nasihat tentang kehidupan *gituh*. Sebab dia perasan saya memang asik depan lappie/lab, so tak elok untuk masa depan kehidupan sosial yang gemilang *gituh*. Dia suruh saya bersosial bercampur gaul ngan orang di alam nyata. But so far, ini jelah yang saya mampu. Ini pon sudah cukup. Nanti kalau research semua dan under control, baru plan nak cari keje. Masa tu barulah bersosial segala kan? Dan One teman saya stay kat opis hari Sabtu dan Ahad baru ni. Thanks One!

Off to lab, merepeat recovery buat kali yang ke berapa tah. Enam? Tujuh? Sepuluh? Entah.

Tulah, dulu time geografi tidur....

Carilah mamat orang putih, takpon memana orang Europe. Depa sangat sweet tau. Aku taulah sebab aku dulu dah kawin dengan orang negara aku. Sekarang bila kapel dengan mat saleh ni lain tau. Fair and square. Sentiasa tolong buat kerja rumah.

Luahan perasaan seseorang yang telah diterjemahkan sesedap rasa.

Iran, Jepun, Korea, Peru..takde satupon negara Eropah ke?
Terfikir.
Terfikir.

Sunday, August 23, 2009

No!

Mencengkam jiwa. Tanpa diduga. Tanpa disangka. Terlalu leka sampai tidak menjangka kehadirannya seperti selalu. Tindakbalas meroyan emo seposen rupanya sebagai tanda, tapi diabaikan kerana terleka dengan benda lain.

Kupikir, sakit pinggang sebab salah tidur atau kerja kuat sangat *cececece*.
Kupikir, emo tak tentu hala sebab penat sangat.
Kupikir, sengal-sengal lutut sebab kurang kalsium.
Kupikir, exhausted sebab kerja sepenuh jiwa raga *ngehngehngeh*

Sayu kerana sedang bersemangat.
Takpe lah, hargai masa yang ada sebaiknya. Terima apa yang diberi. Semua di luar bidang kuasa.

Sambil masak spaghetti dengan daging cincang untuk lunch esok, tv dibuka - Kate Cook berjaya masuk top 24 Au Idol. Top 24 semua memang vok lah!

Mahu tidur awal, mahu jumpa Sa*ra dan repeat recovery. Tapi masih menunggu kejian dari manusia yg dijadualkan mengeji lepas berbuka puasa.kehkehkeh.

Mengantuk

Hari ni mengantuk. *menguap* Interkom masih berbunyi pukul 1 pagi. Terus cabut wayar. Memang sah-sah takde sapa nak kol. Depa nih suka betul main kaco-kaco orang di hujung minggu. Semoga malam ni dapat tidur awal. *menguap*
Kerja akan habis awal hari ni, kul 5. Nanti balik umah leh terus panaskan lauk dan makan, insyaAllah. Since recovery repeat esok, saya fokus on benda wajib hari nih. Ingat nak siapkan experimental design untuk experimen bulan 9 ni nak bagi bos tengok. Risau pulak kalau last minit baru perasan benda-benda penting. *menguap*
Esok Sara masuk balik keje. Ga*reth dah remind masa hari Jumaat yang mem besar masuk keje hari isnin, so kena kemas lab. Uh, memang berantakan dan kotor lab! Baru perasan tau. So, tadi masa lepas buat keje dok kemas bench2 especially bench sendiri. At least, bench sendiri kena kemas. Kalau tak, esok Sa*ra bertukar menjadi hijau. Tanah dah habis, alkohol tak cukup. Ni lah padah bila dok mengulang eksperimen recovery yang tak jadi2. So, esok akan mintak Sa*ra orderkan alkohol dan bila free nak ajak dia ke tempat construction, nak beli tanah. Oh, dan esok dapat lagi labmate baru. Pompuan.

Nota kasih sayang dari saya dan Fi

---------------

Hati yang terbentuk tanpa sengaja dari getah rambut.

Seram. Seram bila memikirkan sesuatu yang terbentuk tanpa sengaja.
Tanpa perancangan.
Tanpa alasan.
Biarkan?
atau hancurkan?
Bentuk itu sudah dihancurkan, diletakkan kemas pada rambut, kerana itulah tempatnya yang hakiki.
Itu hati getah rambut.

Hati manusia?
Entah, sendiri tiada jawapannya.
Biarkan?
atau hancurkan?
Kamu rasa?

Saturday, August 22, 2009

Masak

Terasa sedikit lega dengan perubahan diri *kecuali bab emo, obviously*. Sekarang macam kemain semangat masak. Yelah, dah lapar. Kedai kebab jauh di mata dekat di perut. Dan sebab space dapur yang menyelesakan. Kalau kat smithouse dulu, setiap kalik nak masak kena angkut semua barang, sekalik ngan periuk belanga ke kitchen. Dapur pulak selalu kotor and berminyak. Dah share satu floor, gituhla keadaannya. Pernah tertinggal olive oil kat kitchen dan sudah tidak jumpa jumpa lagi sehingga ke hari ini. Kalau dok umah sendiri sensorang lebih heaven rasanya..Boleh berklung klang *sound effect* segala kat dapur. Kalau kat sini lah, kalau kat Malaysia lagi best makan kat luar - NR kat ganu, Raban kat Ipoh dan banyak lagi tempat makan yang best..kekeke.

Setakat nih dah masak ayam masak kicap, ayam masak merah cair, sambal tumis ikan bilis 1 - yang buat dharma mc satu hari, 2 - yang sedap!!!, udang masak butter, ayam sup yang kena buang dalam tong sampah, ayam masak lemak sampai pecah minyak, nasik goreng indon, suun yang disangkakan bihun goreng, sawi goreng, kubis goreng. Yang bakar-bakar saya tak kira. Yang setakat bubuh air mcm miso sup segera/sup mushroom saya tak kira. Sekarang, saya jeling je Indomie goreng yang pernah ingin dijadikan makanan ruji dan asasi di sini. Ngeh ngeh ngeh.

I'm improving, alhamdullah. Tak sangka jugak sebenarnya. Rasa mcm mimpi je. Siap beli hand blender segala. Dulu pernah bertekad tammo beli blender tu sebab kat lab masa kat Ipoh, blender tu digunakan untuk grind taik kambing. Masa blend bebawang ngan cili kering terpikir - 'ish, susah jugak nak hancur. senang lagik taik kambing hancur'. Kemudian tersentap dengan diri sendiri sebab terbuat comparison tak sepatutnya. tsk. tsk.

Dah beli rempah kari lepas jenuh tepon ramai orang tanya apa beza rempah kari ikan dan daging. Akan buat kari ayam suatu hari nanti, insyaAllah. Dan terfikir nak buat bubur jagung. Ahaks. Semoga lepas nih kalau bertembung ngan Sam, dia ulang balik soalan lama dia. Pasti ada jawapan yang konpiden tahap gaban walau tak hebat masak macam Ayu. Nota: Sorry guys, she is taken! *saje nak bikin panas*.

----------------

I dont eat mutton. Dont like the smell and they are too cute to be eaten. I cant imagine eating my experimental animals.
So, in the future, do not kiss and hug sheep.
Eh? They are cute!
No! They are not cute.
They are.
No. They are not.
Ok, they are not cute. They are nasty.
No, they are not nasty. They are animals.
Ok...*sambil buat muka 'yelah, yelah!'*

------------------

Marry me, I will cook for you. I'm a good cook, so you dont have to cook.
It's ok, now I'm a good cook. *jawapan bernada berlagak berunsur propa demi menghentikan gurauan tak berasas*.

Ramadhan 1: Updated

Update: Sudah berbuka puasa! =). Minum air distilled water dalam lab dan makan buah pear je masa berbuka sebab keje tak siap. Kemudian berdesup pegi panaskan makanan. Alhamdulillah, setel dah satu hari puasa. Tanpa gossip. Tanpa keji. Tanpa marah orang. Tanpa mengumpat. hiks.

Recovery gagal lagik. Rasanya sudah tahu kenapa. Terlalu sekejap biar dia mendap. Isnin nak repeat lagik, insyaAllah. Kena tanya bos nak biar mendap semalaman atau proses terus tanpa tapis. Kalau tak tapis takyah mendapkan sebab takde penambahan air. Erm encik bos suruh kol lepas habis proses sebab dia nak tau result. Tapi mcm tak larat nak kol dia, dan kompon tak boleh berpikir masa dia tanya soalan. Skip je lah kan? Jumpa hari Isnin.
--------------
Malam menjelang Ramadhan sudah diuji kesabaran. Tidur yang lena dikejutkan dengan bunyi interkom. Tak sempat nak berdebar-debar sebab terjaga dari tidur terus angkat interkom. Sapa nih? tanya suara pompuan di hujung sana. Sapa nih? Saya balas balik. Oh, sori, silap nombor. Apekah silap nombor pukul satu pagi? Hukhuk. Bergolek-golek untuk kembali pejamkan mata. Lampu tak padam sebab nak bangun sahur kononnya. Baru nak lelap, 'mbeek, mbeek' bunyi bebiri merangkap sms alert. Aduih, bila terlupa nak silent, masa ni lah sms masuk. Bila ternanti-nanti sms/silentkan fon, takde satupon sms yang diterima, hatta sms iklan promosi pun tiada. Adrenalin rush tetiba, membaca sms berbaur luahan perasaan dan gossip bersopan. Saya kol, line pulak takde. Oh, membuat panggilan dari dalam selimut bulu bebiri sedikit sebanyak mempengaruhi coverage rupanya. Telefon lagi. Gagal. Telefon lagi. Berjaya. Mendengar luahan perasaan yang bersopan. Putus. Sambung tido sebab dah tak larat nak kol balik. Hahaha. Kesannya, bila suara yamapi menggerak bangun tidur, saya kenselkan. Dan terlepas sahur. =(.
Bas pulak sekarang asik tukar-tukar jadual sesedap rasa, masuk nih dah dekat 3/4 kali amik jadual baru kat encik driver *urut2 dada untuk menyabarkan diri*. Hari Sabtu pukul 8.50 bas first, kul 9.45 bas second. Keluar umah kul 8.55, alamatnya kena jalan kaki. Terbersiap lambat as always.haha.
Tengah buat kerja, tetiba mendapat satu gambaran dalam kepala pasal eksperimen bulan 9 nih..Ala2 mendapat ilham di bulan yang mulia. Ilham berupa amaran okeh! Selama kitorg design eksperimen nih, kitorg terlepas pandang pasal bilangan watering jar. Sekarang doblas, next experimen kitorg sangkakan 12 jugak, tapi dalam imej yang dijana tu, saya perlukan tiga kali ganda lagi sebenarnya sebab dah ubah design. Ulps. So, satgi nak duduk balik dan kira semula. Esok akan start buat watering jar baru. Fuhh, mcmana boleh tak perasan? Dup dap, dup dap.
Dan hari ni memang confirm dok lab sampai malam. Berbuka di sini lah jawabnya..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

I'm back. Saje je 'air pasang dalam surut pukul lima'. So, kiranya masa pindah blog kejap tu pukul lima - air tengah surut *bak kata mahadi*. Abaikan, tak penting pon kenapa, mengapa, bagaimana, bila mahupun siapa. Tidak apa pun sebenarnya, melainkan refleks sebab sedikit down. Bila down jadik sensitif. Bila sensitif jadik over. Bila over jadi mcm tu lah.hehe.

1. Tercarried away pasal eksperimen yang ter'cacat' tu. Tapi since encik bos hensem good mood dan melemparkan senyuman ceria *tektik dia nak coolkan keadaan* saya dah tamo pikir pasal eksperimen yang cacat *lagu latar - tidakku duga, cacat beginiiiiiiiiiii*. Tengoklah apa yang jadi nanti. Saya selaku anak murid yang taat dan patuh pada encik bos sentiasa bersedia bertindak mengikut arahan.
Hal recovery lain pulak kisahnya. Encik bos siap tepon lepas opis hour, tanya progress pasal recovery. Saya jawab baru nak buat esok sebab kena rendam tanah dalam alkohol 2 hari. Saya kata saya harap kali ni ok sebab saya ganda lima bilangan anak cacing yang dibubuh atas tanah. Dia kata dia pon harap ok. Saya kata doakanlah ok. Dia gelak. Cis. *jeling tra sambil gelak pekop mulut*.

2. Bersemangat ke bandar nak amik drivers knowledge test. Sekalik tak bleh plak sebab dia nak lesen Malaysia diterjemahkan. Pulak dah. Kata hari tu since nak ambik lesen sini takyah buat apa2 ngan lesen Malaysia. Kalau nak kebenaran drive guna lesen Malaysia baru kena translate. Dahtu bila orang tanya nak translate kat mana, jawab tatau pulak. Frust betul, pegi membeli belah! Jumpa BELACAN dan BIHUN. Bihun okeh, BIHUN. BUKAN SUUN. kehkehkeh. Bihun adalah Rice vermicelli. Ingat tau kawan2. kehkeh.
Pasal lesen, sib baik kembar kak delinn jadi wirawati penyelamat bumi. Tadik dah copy semua dokumen yang diperlukan dan dia akan tolong hantar untuk translation sebab dia dok kat sydney. Alhamdulillah. So, isnin ni baru pos kat kak ija.

3. Mengadu kat Fi dan Ga*reth pasal tak dapat buat lesen. Overkah nada? Entah. Tapi abang ga*reth marah benar kat jpj sini sebab memperlakukan adik kesayangannya sedimikian rupa. Ok, tu tipu. Adik kesayangan dia Fi sebab adik dia yang ni sentiasa tak paham apa dia cakap.hahaha. Tapi dia marah kat jpj. Dia kata penjaga kaunter tu bad mood. Dia kata lain kali pegi ngan dia, dia nak ajar sikit. Wah..........*kesat hidung darah sambil mata bersinar-sinar*.

4. Hari ni Wij*dan dan Fi dah selamat confirmation interview, dan SUKSES. Alhamdulillah. Masa sebelum turn Fi tuh, I yang over2 seram sejuk. Encik bos je yang relaks habis dengan machonya bancuh kopi bawak masuk dalam bilik meeting. Saya tak masuk, just tggu dalam opis. Fi habis, dia masuk opis saya dan bgtau semua ok. Fuhhh. Abang ga*reth dengan machonya berdiri kat pintu bilik saya *malu la tu nak masuk kan*, tanya Fi 'So, are you still with us or no?'. Wah, sentap soalan. Bila wij*dan habis and balik opis, terus berpelok cium mesra bahagia sebab dia dah lepas. Over betul, mcm dah lepas viva akhir kaedahnya. Wij*dan pon tetiba jadik over dengan jerit dalam bilik kitorg 'I finished my PhD!'. Sentap kejap. Sejak bila wanita solehah pandai berlakon jadik over nih? hahahaha. Haru betul.

5. Esok Ramadahan. Dah masak dah ayam masak merah cair *terlebih boh air* dan kubis goreng. Esok ada iftar kat bandar. Kalau larat, pegi, kalau tak larat makan je ayam masak merah cair ngan kobis goreng. Mcm akan duduk berkampung kat lab sampai malam. Macam. Tataula mcmana esok.
Selamat berpuasa semua. Kurangkan melazer dan banyakkan beramal *baca ngan nada prof izi*. Doakanlah selamat semua. Kitorg yang muslim kat sini takleh lembik2 layu lemah gemalai time bulan poser nih. Dah dengar dah bunyik2 orang nak perati kitorg larat buat keje ke tak. Depa bajet kitorg tak larat buat apa2 sebab puasa. Sentap tau!

Tarik napas, hembus. Saya harap semua akan ok. =)

Thursday, August 20, 2009

Ini entry macam karangan dengan beribu patah perkataan

1. Beli bihun untuk buat bihun goreng, rupanya suun okeh? Patutla pelik sajer. So, malam tadik masak suun goreng, bukan bihun goreng. Itu pon tau lepas google. Gelaklah, tak heran, keke Sedap je suun goreng I!

2. Pegi opis tertinggal lunchbox yang berisi suun goreng dalam fridge. Uhhhhhhh. Malas nak balik, beli lunch kat cafe.

3. Bila cek shelf dalam incubator baru perasan ada unit takde sample since unit-unit ni adalah terpisah dari treatment yang elok tersusun dalam tray. Darah menyirap naik ke muka. Berderau. Pegi jumpa bos. Kenapa pulak dua unit ni takde sample? Saya terlupa cek lepas orang tolong saya bubuh sample dalam unit-unit tersebut. My biggest mistake sebab tak pesan kat penolong-penolong untuk bawak keluar unit yang terpisah tu. Dan silap jugak sebab tak double cek lepas selesai kerja. I was too exhausted masa tu, tapi I know its not an acceptable excuse. Terus down, rasa resah gelisah sebab obviously I will have problem untuk analyse nanti. Encik bos ajar mcmana nak overcome the problem.

Improvement dari segi refleks kali ni adalah saya tak menangis tersedu-sedan macam kes incubator hari tuh. Saya terlalu penat otak sampai tak terfikir nak nangis. Terlalu letih badan sampai tak larat nak tauk buang semua 100 unit yang saya dah susun dalam incubator. Dan terlalu malas nak cakap apa2. Hanya terkebil2 membuat muka sehabis cool depan encik bos.

'This is not a big drama, next time you need to supervise people who helped you.'

Bagi saya, semua benda dah biasa didramakan. Sama macam entry2 blog yang penuh dengan exaggeration. Nampak tak skang betapa kelam kelibut dan lintang pukangnya saya? Setiap kali eksperimen, adaaaaaaaaaaaaaaaaaa je lah yang tak kena. Yelah kot, balasan mulut takde insurans lah ni kot, hahaha. Takpelah, artis dah moncol balik, kakak ikan dan kembali, i guess kurangla entry emo tak tentu hala *agaknyalah* lepas nih. Trying to be positive. Kalau kena repeat, repeatlah. Tu lah tanggung jawab pelajar kan?

Cuma tadik terbuat perangai masa sekolah menengah masa sembang ngan kawan

'Nak balik'
'Balik mana? Asrama?'
'Ipoh'
'Adehhh'

Hahaha, kegedikan yang nyata di situ. Abaikan tu perasaan biasa bila kita rasa out of place. Rasa terpisah dari experimen. Jasad je kat skul, jiwa dah melayang2 tatau ke mana. Singgah ke jepun pon tak sudi sebab drama yamapi ngan pompuan gedik tu tak habis lagik.

Hari ni tak produktif. Obviously. Duduk depan laptop takde hala tuju. Lepas lunch terus tak masuk lab dah. Masuk sekadar nak menyudahkan benda yang kena buat 6 jam lepas treatment.

Despite all this ketakbestan, tadik sedikit enlighten sebab jumpa Sam kat cafe. Sentiasa berseri2 ceria bahagia pokcik tuh lately. Bila saya tanya kenapa happy sangat, dia kata sebab jumpa saya. *pengsan* Haha, konpius kejap, dia nih baca blog ke? Mana tau kegedikan I yang terselindung nih? Jenuh dah pepura tak nampak dia..hakhak.

dannnnnnnnnnn, Peter pon memberi senyuman bahagia bila saya maklum pasal mcmana nak apply keje dan maklumkan pasal majlis buka puasa.

'You applied?' sambil melemparkan air muka yang cukup menenangkan jiwa yang gundah gulana.
'I will' jawapan konpiden bermotif, hahahhahaha. Eksperimen sah-sah tunggang langgang, bila pokcik tu tanya jawab tanpa satu pon unsur keraguan kannn? Ce kalau orang lain tanya...hahaha. Diskriminasi namanya nih.

Tapi series la, kenapa air muka depa dua orang nih mcm makin berseri2? *lempang muka sendiri dua kali*

Esok nak pegi amik test pc untuk kereta. Doakan.

Wednesday, August 19, 2009

=)

I'm feeling better today. Obviously.

1. Selalu tidur lambat, bangun awal. Pastu penat. Agaknya tu yang emo selalu. Malam tadi tidur lambat sebab penat sangat, tapi tidur dengan lena *takde mimpi*, bangun lambat. Lately nih jarang pi skul lepas kul 9.30, tapi hari ni mai opis lepas pukul 9.30, heavennnn. Pastu bos ckp dah boleh genjak treatment ke pukul sebelas...hakhak.Err, kalau tratment digenjak, boleh mai lambat tapi kena balik lambat - 6 jam lepas treatment. cis.cis.

2. Kerisauan pasal eksperimen dah lega sikit sebab dah lepas 2 bahagian yang penting. Lepas nih just kena buat treatment ikut jadual. Cuma pasal recovery anak cacing tu yang sedikit risau. Sebab kalau fikir logik, kalau kita bubuh seribu anak cacing dalam tanah, kemudian kita proses tanah tu dan dapat recovery 40%-70% mcm lemah je method recovery tu kan? Hari ni proses lain lagik. Tapi bagus jugakla buat banyak kali nih, at least step yang standard tu leh dibiasakan. Sib baik tadik pi jumpa encik bos dia dapat pickup kesilapan yang saya buat. Siap buat demo seround.kehkehke. Thank you encik bos. =). Cuma lemah lutut bila dia tanya:

budak dulu punya recovery berapa?
90%
cuba dapatkan 95%.

Agak dah dia akan ckp mcm ni, tu yang awal2 dah target 95%. Encik bos, I can read your mind now..hahaha

3. Mak kol pagi semalam, Cu *mak sedara* email, sembang ngan kak Yan sejam, sembang ngan kawan kat adelaide 2 jam. Terus rasa lega sangat. Ye lah, I kan lama tak bersembang berhuha bersuka ria ngan orang sebab dah start eksperimen, then artis merangkap rakan sepenggosipan pulak 10 hari backpacking. Sepuluh hari tanpa bergossip dan dengar lagu *kihkihkih* buatkan hidup I sangat sunyi sepi okeh..haha. Sepi lagi bila dok umah sorang dan Sa*ra takde dalam lab. DVD twilight pulak takleh bukak dari kotak. So, kenalah ke shopping kompleks bawak resit seme untuk mintak tlg depa bukakkan kotak tu.

*Ruang tamu yang tak digunakan dan dapur*



4. Saya terfikir nak pegi Sydney masa raya - amik bas, travel 8 jam. Dah sesiap kol org Sydney *kembar kak delinn - sukahati je main terjah2 kembar org* memohon supaya dia bersedia kalau tetiba saya nak turun sana. Sib baik Kak Ija nih sporting mcm kak delinn jugak. Dia kata kalau tetiba rasa nak pi sana, pi je. Pastu dia bawak pergi beraya umah kengkawan dia. Eh, Kak Delinn, Ber*nado tu dah kawin ke eh? kehkehkeh. *sempat lagi menyimpan impian untuk mengskendelkan diri sendiri dengan kosmet Kak Ija..hahaha*

5. Semalam tempah sushi kat pensyarah jepon. Sedap! Lebih sedap bila masa amik sushi tadi, yang bagi sushi tu adalah sorang mamat jepon yang comel. Malangnye mcm tak reti cakap english sebab dari mula sampai akhir saya kat situ, dia kata 'yes' sajer berulang kali sebagai respon kepada segala percakapan saya sambil memberi senyuman yang comel *pengsan*.

6. Esok kena bagi ubat cacing kat bebudak 5 ekor tu - cacing membiak dengan jayanya sampai ada yang dah tak lalu makan, kesan sebab cacing hisap darah dalam badan. Lepas bagi ubat kena pindahkan depa gi padang ragut sebelum nih. Then kena siapkan barang2 untuk experimen bulan 9 ni. Encik-encik bos mahu lihat experimental design soon. Yer missbumblebee, eksperimen saya banyak dateline. Terkejar2 sebab saya ada 5 eksperimen yang wajib. Dah lepas satu yang kecil, tengah buat satu yang sederhana, ada lagi satu yng sederhana, ada 2 yang besar including satu di tanahair tercinta. Dannnnnnn, encik bos nombor 2 bgtau mungkin kena tambah lagi experimen2 bersaiz sederhana, depends on apa hasil yang dapat dan apa lagi information yang tak cukup dan juga apa benda yang jadik interest kita. Terkejar2 masa sebab depa kat sini memang tak galakkan extend, kalau nak extend kena tunjuk sebab segala. Eh, memana pon sama, kan? Since sorang budak seliaan encik2 bos sebelum ni kena extend sebab satu experimen gagal, maka encik2 bos sedikit trauma. So, tu yang skang semua ada dateline.

7. Cuaca sudah makin baik. Sudah tak pakai thermal. Matahari memancar2, bunga dah mula berkembang, rerumput sudah menghijau. Kesannya, tinja bebiri semakin lembik. Haduila, orang nak bulat-bulat seketul, dah jadik lembik2 pulak...

Pokok gonjeng, tapi berbunga.


Aman adikku yang hensem, ni beli masa clearance *kaver siap2 takut kena marah*..hehe. Tak sampai 10 dollar pon. Kebab mahal sikit. =p

Tuesday, August 18, 2009

P.e.n.a.t. = mengantuk

Venue - students common room
2 pm
Heating lunch and making milo

Student: How are you?
Saya: Starving.
Starving?
Yes, havent eat anything since morning. Heaps of work in the lab.
You need to find a husband.
*sentap*. How can that solve the issue? Even if he cooks, I wont be able to eat. Busy in the lab.
He will cook for you and take it here and call you to remind you to eat.
*heh, pekobondo kau merepek nih?*. It wont work, trust me.
You know, obviously I'm getting benefit from my wife.
And I'm getting benefit from being single. Oh, I'm done. Tata!

-------------------

I did homework on you.
*Dup dap dup dap*. Homework? On what?
The guy that annoys you very much, his name start with..........Q.
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah *jeritan frekuensi rendah sambil tangan diletak di kiri dan kanan kepala*
Enough? No more?
Yes, please!

Benci. Benci. Encik bos pon dah siap korek2 rahasia nih. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!!!!!!!!!!!!

Penat tahap gaban. Part 1 settle pukul 2. Tu pon dengan bantuan encik bos dan encik penyelidik. Part 2 sambung lepas lunch, tapi gagal. Since tersengguk2 masa tengah tulis result *mintak2la ga*reth tak nampak - malu taw*, decided untuk balik opis main FB. Esok kena repeat method. Dah 3 kali gagal. Mcmana nih. Memula gagal sebab salah unit. Suppose amik 200 microliter, saya pi amik 20 microliter, padanlah sekor anak cacing je jumpak. Since sample dah buang, taklah repeat. Yang kali ketiga nih sample tak buang lagi, dah detect kesalahan, tapi masihhhhhhhh tak mencapai tahap yang dikehendaki. Percentage recovery yang dikehendaki adalah >95%. Saya dapat average 60%. Soooooooo busuk! Esok nak repeat elok2.

Tolonglah anak2 cacing sekalian, munculkan diri. Jangan gatal2 nak sangkutkan diri kat penapis. Tolonglah..tolonglah.. Penat tau nak repeat banyak2 kali. Dah banyak alkohol n potassium iodide yang habis..Kasihanilah diriku inih.hukhuk.

Mak, tolong doa hembus2 sikit, bagi esok dapat percentage recovery tinggi. Kalau tinggi kiranya boleh rehat sikit. Kalau tak...kena terus berhempas pulas sampai dapat recovery tinggi menjelang 1 sept. So, bila free sikit, leh pegi amik test computer untuk driving, leh start anyam riben buat ketupat, leh update blog selalu, leh study. Doa ye mak? kehkehkeh.

And yes, hari ni sesama pakai baju hitam. Dengan sapa? Biarlah rahasia..kekeke. *pembaca tegar sudah boleh agak siapa, muahahaha*

Monday, August 17, 2009

Menyesal?katakan tidak! Part 1

1. Flatmet takde 3 minggu - pegi practical kat hospital yang jauh dari sini dan tunang dia teman, meninggalkanku kesepian dan kesunyian seorang diri. Walaupun saya suka conquer dapur sensorang, tapi dirasakan hidup amat membosankan dan sangat sunyi tanpa suara flatmet bersembang dan bertengkar sesama sendiri.hihihi. Kak Ron, kita mesti jadi hosmet bila kembali berkhidmat esok. Tak boleh bayangkan kalau duduk sensorg sampai tua. Bosan. Sunyi. Tapi saya tak menyesal pindah ke asrama ini. Walau sunyi, walaupun kedai kebab jauh, walaupun shopping complex jauh, walaupun takde Sam yang comel, walau tercungap-cungap mendaki bukit untuk sampai ke skul, walau komunikasi di hujung mggu adalah hanya dengan orang-orang di alam maya di alam fon, saya tak menyesal. Hidup ini ada priority, dan bila kita tahu dan paham priority kita, kita akan cuba kuat semangat. Bila meletakkan lab dan bebiri sebagai priority, saya pejam mata sebelah. Walau hakikatnya kesunyian dan kesepian melanda jiwa, menyiat-nyiat seketul daging dalam tubuh.

2. Ramai yang masih bertanya 'Malaysian ramai?' 'kenapa pilih tempat takde Malaysian, nasiblah..'. Honestly, memang rasa tak best bila takde Malaysian. Nak tumpang bermanja dengan kakak dan abang senior memang jauh kandang dari bebiri lah (jauh panggang dari api, modified). Nak bergotong royong merealisasikan malam kebudayaan Malaysia, dalam mimpi je boleh. Nak dengar orang cakap Melayu, tepon Malaysia hehehe. Saya kurang bijak bila membuat keputusan, tapi still saya tak menyesal. Saya pilih supervisor yang saya tahu dia masih aktif internationally, tanpa mempertimbangkan komuniti Malaysia ada ke tak. Tapi mungkin, kalau saya mempertimbangkan Malaysian ada ke tak, saya takkan sampai ke sini. Saya takkan jumpa Peter, takkan jumpa encik bos, takkan jumpa Sa*ra, takkan jumpa A*ke, takkan jumpa abang ga*reth.
Minggu lepas abang ga*reth janji nak tolong saya pagi ni. Dia suruh saya panggil dia kat animal house. Tetiba hari ni rasa penat, rasa mcm tammo panggil dia kalau boleh handle sendiri the 5 B's. Malas nak ke animal house panggil dia sebab penat nak jalan. Sedang khusyuk membuka pintu kandang, terdengar suara dari puluhan meter 'dijaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!!~' tu je saya dengar. tak dengar benda apa yang abang ga*reth pekikkan. Pekikkan dia persis Azhar Sulaiman dalam iklan panggilan pulau ke hapa tah nama filem tu. Tapi dia tak jerit 'aku cinta padamu' mcm Azhar sulaiman lepas laung nama Ayu.
Kalau saya tak ke sini, adegan panggilan kandang ini tak berlaku kan?kekeke.

3. Encik bos sekarang makin tegas. Dia mahu otak saya tak lembab sangat. Maka setiap kali jumpa dia saya akan bergenang air mata, jantung berdegup kencang, atau berpeluh. Sekarang sudah tidak bergenang air mata sebab sudah tau dia makin strict. Maka, setiap kali jumpa, akan study sebelum jumpa. Walaupun masih berpeluh masa bersoal jawab, saya makin tak sedih. Sekarang saya baru memahami perasaan student2 final year project/masters/phd bawah prof abu, since persamaan prof abu dan le*wis adalah kehebatan analisis statistik. Soalan terjah analisis statistik seringkali buat saya berpeluh dan gelabah ayam. Tapi I'm catching up. Ini boleh dikategorikan sebagai kaver analisis stat dari degree sampai masters. Padan muka, sapa suruh malas study masa degree!!
Kadang-kadang saya rasa sentap bila student seliaan orang lain mempertikaikan saya sering dipanggil bos untuk menghadap, sering diberi homework untuk baca topic tertentu dalam stat, sering disaran untuk join eksperimen orang lain dan disarankan selesai 3 eksperimen sebelum confirmation. Yer, saya pon sentap sebenarnya sebab saya nih student average yang kadang2 lembab sikit. Tapi takpelah, saya tak menyesal pon pilih encik bos sebagai teman hidup sv. Sebab saya tahu, kalau tak banyak, pasti sikit yang boleh saya perbaiki. Saya nih jenis yang kalau sv laid back, saya pon goyang kaki..ngeh, ngeh. So, saya pekakkan telinga sambil tersenyum saje bila orang hairan kenapa saya menonggeng lebih banyak dari budak lain.

Sunday, August 16, 2009

Emo seposen

Korang nak bergambar muncung2 mulut, bulatkan mata sambil kembungkan pipi bajet2 muka macam katun anime, tu masalah korang.
Korang nak campur aduk hurup besar kecik dalam penulisan komen or status kat FB/Friendster/myspace/ym sambil tulis bahasa pelat, tu masalah korang.
Tapi, boleh tak jangan over sampai guna 'cum' untuk memelatkan 'come'?
Tahu tak apa makna cum tuh? Pegi carik!

Moron!

Friday, August 14, 2009

Persamaan mudah *tiru tajuk entry tra*

Ini bukan entry pasal rumus matematik secara langsung.

1. Pagi tadi gerak keluar dari umah pukul 6.45 lebih kurang. Sejuk ya amat. Pakai glove pon tangan leh kebas. Sebak je rasa. Kalau kebas mcmana nak setup barang2 eksperimen? Teremo di situ ketika bersendirian berjalan menuju ke lab. Tetiba otak menjana wajah abang ga*reth. Pernah bertembung dengan dia awal pagi. Dia menggangkat kedua2 belah tangan gaya doktor yang dah pakai glove and nak masuk bilik pembedahan. Rupanya tangan dia kebas since dia mai skul naik beskal, dan dia kata dia nak basuh ngan air panas. Persamaan di situ...kekebasan tangan. So, dah niat dalam hati kalau kebas lagi bila sampai lab, akan basuh ngan air panas. Tapi akhirnya, kebas hilang, cuaca makin panas.

2. Ada sorang researcher yang berpengalaman datang lab. Tapi gaya dia sedikit aneh. Rupanya dia pernah terlibat dalam kemalangan kereta dan mengalami hentakan kepala yang kuat. Kesannya, for certain type of memory dia akan lupa dalam masa yang singkat. Persamaan cerita ini dengan analogi dalam entry emo saya yang lepas-lepas: kemalangan. Hentakan kepala. Goosebumps tetiba.

3. Salah satu memory yang dia cepat lupa adalah nama orang. Masa tengah kira telur cacing, tetiba saya dengar dia panggil encik bos 'Brian!'. Sentap I, u ols! Terus ketap bibir tahan gelak sebab sangat tak sesuai nama bos dengan Brian, dan teringat entry saya pasal australian idol tu ada tulis pasal Brian westlife...hiks. (persamaan). Cara penyelidik tu sebut nama Brian adalah comel. Hope bos tak perasan saya tahan gelak. Saya harap penyelidik tu panggil saya Diva..hahaha.

4. Bersembang dengan A*ke dalam bas tadi. Research dia nanti adalah berkaitan behaviour anjing. Takde persamaan ngan saya, tapi ada persamaan ngan ratu gossip india tu since supervisor depa jelah satu2nya insan yang buat research pasal anjing kat sini. Tapi memandangkan saya kawan ratu tu, saya nak jugak rasa ada persamaan ngan A*ke.hahahah. Persamaan ngan A*ke ni adalah persamaan yang susah sikit ye. Perlu banyak punca kuasa dua log transform segala. muahahaha.

Cerita pasal eksperimen nanti2lah. Drained.

Thursday, August 13, 2009

Esok mula eksperimen

Lunch break sudah habis. I'm off to the lab. Esok start experimen. Hari selasa pulak start part 'renyah'. Sib baik encik bos kata dia akan tolong esok n selasa. Isnin abang ga*reth sudi menolong. hiks, hiks.
Malam ni saya takkan online. Mahu tidur awal sebab kena sampai lab jam tujuh pagi waktu sini. Sesapa yang sedang bangun bertahajud pukul 5 pagi tu, kenangilah saya yang sedang terhegeh2 jalan kaki panjat bukit..kekeke



Nota semua dalam BM dah. Dah tak boleh tulis notes dalam english. =(

Kalkulator yang dijadikan isu oleh encik-encik bos dalam meeting. Beli sebab harga tak sampai 2 dollar. Saya bukan gila pink, bukan, bukan. Terkebetulan barang banyak pink. Mungkin warna pink menenangkan jiwaku yang penuh sipat amarah yang membuak-buak..kekke

Waktu beginilah selalunya baru selesai kerja dan menunggu bas untuk pulang. Terasa mcm burung pulang ke sarang..cewah.

on my way to school di hujung minggu..hukkkks

Doakan semoga semua ok esok. Harapnya tiada kisah2 aneh yang berlaku. Amin.

Love ya! kiss.kiss.

Wednesday, August 12, 2009

Entry emo tapi agak terkawal

Saya adalah sensitif dan akan berubah menjadi sangat sensitif ketika masa tertentu seperti ketika penat, lapar, out of place dan PMS. Dan hari ini saya memang jadik sensitif dan emo memandangkan kedua-duanya datang dengan pakej. Sensitif bila ada orang mempertikaikan status saya busy. Katanya,

busy apa? Takkan malam pon busy? Ko nih asik busy je.

Tidak cukup dengan itu, meminta saya memberi laporan penuh pula apakah kebizian itu. Takde masa lah saya nak senaraikan apa benda yang nak kena buat. Bila dah status busy tu, tandanya kurang lapang untuk bersembang, kurang senang untuk bergossipan. Mungkin busy memasak *ecececeh* atau mungkin busy bergossipan dengan ratu2 gossip, mungkin busy di lab, mungkin busy main game kat facebook atau buat-buat busy..haha. Kesimpulannya, bila ada status busy tu tandanya ada sesuatu yang perlu diuruskan, dan memohon supaya pembaca status faham situasi di atas dan tidak berkecil hati kalau tiada balasan di ym. Yang susah sangat nak paham kenapa? Sampai berdendam kesumat tak puas hati orang tammo sembang dengan dia nih pesal? Sampai status ymnya 'Busy, tapi boleh pulak online?'. Ini sudah lebih bai.

Heloooooooooooo, lepas tukar status, blah lah. Mcm konsep scan komputer lah. Takkan nak melangut tengok status..Hadoi la...Susah jadik hot nih sebenarnya tau *haha, statement muntah*. Ada je fanman (?) yang terkecil hati bila saya tak memberi respon di ym.
Saya tak suka invi sebab kalau invi, sah2 orang tatau kita online kecuali melayari vizgin.com. Knowing me yang dahagakan kasih sayang, nak jugak appear online walau busy. At least kalau ada org nak bagi resipi sosej *jeling orang itu* atau resipi masak lemak labu *jeling orang itu* atau bergossip pasal transformers *jeling orang itu* atau bergossip ringkas tentang hati dan perasaan *jeling orang itu*, saya boleh baca ketika sedikit free dan boleh turut serta bergossipan ketika sedang take five, eh, 15, eh 30..kekekekke. Kalau anda betul kawan saya, anda akan tegur saja saya tanpa mempertikaikan satu apa pun. Mcm cik pensyarah, mcm misbumblebee, mcm baiti, mcm syaralicious, mcm angah.

Since you yang declared war - telah membuatkan jiwaku tensi ya amat sebab ini kali yang berapa belas entah anda mempertikaikan status kebizian saya, maka saya mengisytiharkan sudah mendelete anda dari list ym saya. Sila lah delete saya juga supaya anda juga tak tensen melihat status busy saya. Orang-orang yang takde masalah dengan status saya, sila jangan delete tau. Nanti I bosan.

Ceh, entry mcm orang itu baca blog. kehkehkeh. Takpe, ini sebagai pedoman di hari muka. Bayangkan status 'standard' yang datang berserta penginstallan ym pon leh jadik isu. Inikan pulak status2 memualkan seperti orang tak cukup umur yang telah kemalangan dan kepalanya terhentak dengan kuat ke objek yang keras. Kesannya, tak boleh mengeja dengan betul dan bercampur aduk hurup besar kecik dan menggunakan bahasa pelat. Kasihan. Orang status mcm nih pon saya delete ye. Sorry.

-------

'I allow romance, but if it interferes with your work, I'll send you home.'

Ceramah ringkas encik bos dengan penuh gaya kebapaan. Gaya macam bapak angkat sudah. Dia cakap kalau kena goda ngan sesapa, then tammo, dia sanggup pi berbincang dengan mamat tuh. Wah sentap. Encik bos tahu nak muridnya hot and spicy?. Penat, so takde mode perasan. Kalau perasan, sure ingat bos ckp mcm tu sebab dia jeles. hakhakhak.

Tuesday, August 11, 2009

Australian Idol

Ok jugak Australian Idol ni. Tak sangka leh layan citer ni hari jumaat hari tuh. Salahkan Brian (ex-westlife yang makin hensem). Dia jadik juri jemputan untuk few states.



Pompuan nih sempoi ja, tapi tengok sedutan untuk episode akan dtg mcm dia takleh perform. So, rasanya dia tak masuk top 24. Suker lah orang suara country2 nih =).

Busy dan kelam kabut

No updates, no phone call, no chatting, no video conferencing until further notice.
Saya akan online tapi most prob takkan ada depan lappie.
Sila jangan terasa hati kalau ym/skype tiada respon.

Mode: berlari ke awan, berguling ke laut, melompat ke langit.

Monday, August 10, 2009

Saya dan Peter penat

Hari ni hari stress, terutama buat Wij*dan dan Fi*ona. Confirmation Fi*ona minggu depan, tapi wij*dan tak sure, around that jugaklah. Kenapa saya tak sure? Sebab saya tak berani tanya. Hari tuh dia dah cakap masa meroyan, tapi saya terlupa. Muka macam nak makan orang, kemudian muka susah hati, kemudian marah printer, takkanlah nak gatal-gatal tanya pulak kan? Kesian betul menengoknya. Dengarnya confirmation of candidature nih dah jadik makin susah. Jadik, cakap2 senior yang mengatakan kacang je confirmation nih, tak boleh dituruti 100%. Dulu lain, sekarang lain kan? Abang ga*reth kata 'not that bad' pada confirmation seminarnya, tapi tetap kena soal bertubi-tubi dari segi analisis statistik. Pergh, berpeluh mendengarnya. Dia hebat, memanglah kata ok. hukhuk. Sekarang nih dah makin susah, makanya kena kerja keras sikitlah. Dulu masa abang bangla punya confirmation seminar, takde power point segala. Sekarang nih agaknya ada lah kot sebab dengar tadi Fi*ona nak buat powerpoint semua.

Wij*dan tengah kalut update buku laporan amali. Pergh *menjeling buku laporan amali yang tak berupdate*. Buku saya tu memang tak berupdate. Saya tulis semua kat logbook sendiri, tapi berserabut lah. Erm, malasnya nak print tampal kat buku lab dan mintak tandatangan bos/sa*ra. Erm, bos kata buku lab tu *siap perlu bertandatangan segala* adalah sebagai bukti kat mahkamah kalau kita claim kita buat benda yang kita tak buat. Atau orang claim buat, tapi sebenarnya kita buat. *ulps*. Mahkamah? Biar betul depa nih pasal research boleh masuk mahkamah segala. Korek bontot bebiri je pon, huks.

Hari ini sedikit ok dari segi mood kerja. I'm having insomnia lately, tak boleh tidur awal. Semata-mata kerana TERminum caffein 2 hari tu, terus takleh tidur lebih awal dari pukul 2. Yer, tau..tak sihat tido lambat. InsyaAllah akan cuba paksa diri tidur awal. Tapi alhamdulillah tadi perbincangan dengan bos ok. Report takde typo error yang bodo-bodo. Encik bos berbincang pasal eksperimen yang akan start hujung minggu nih dan yang akan menyusul lepas tu. Bila saya tak boleh nak follow apa dia cakap, terus dia lukis-lukis. Tak cukup dengan tuh, masuk dalam lab pulak untuk berlakon guna barang dalam lab. Kalau tak paham lagi memang benak lah tu, kena mintak ampun kat orang ramai yang pernah disakiti hati mereka..kekeke.

I'm drained. Tapi sikit lega sebab bos tak komplen pasal eksperimental design. Dia cuba bagi idea penambahbaik. Yes, lega. Experimen hari jumaat nih tak complicated sangat berbanding eksperimen lagi satu yang akan datang lepas nih. So, harapnya semua ok hari jumaat nih. Amin. Tolonglah doakan ye. Sekarang ni asal meeting ngan encik bos je, dok berselawat sakan dalam hati bila tak bercakap. Mintak bos lembut hati, tak bad mood. Sebab stress kalau tengok bos stress. Wah, gaya mcm anak murid yang memahami kannnnns?kehkehkeh.

I'm going back early today. Rasa nak pegi pekan beli barang untuk masak, tapi penatttttttttttt sangat. So, ditangguhkanlah dulu beli belah. So, toksahla tanya makan apa ye wahai pembaca-pembaca sekalian. I fenat nak pi pekan beli barang,bukan I malas masak tau. kehkehkeh.

Penat, dan Peter pon penat, ahaks!! Masa bertembung ngan dia tadi memang dia pon lembik mcm sotong kurita dalam air - jalan slow mo lemah gemalai..kehkehkeh. Tapi tetappp tegur I dan memberi lambaian kasih sayang.

'where are you going?'
'tired' *sambil buat muka sedih.

haiyoh, tak menjawab soalan betul. hahahaha

Sunday, August 9, 2009

Kenapa saya rasa saya tak balik raya?

Saya rasa saya tak balik raya tahun ni.

1. Antara objektif utama adalah untuk menyumbat makanan Malaysia yang sedap. Kalau saya balik menjelang raya, bukannya boleh makan sepanjang masa ketika umat Islam sedang berpuasa kan? Lebih baik saya balik masa bukan bulan puasa.

2. Kalau saya balik menjelang raya, hujung bulan 9 kan? Bulan 10 nanti saya dijadualkan menduduki confirmation seminar. Akan ditemuramah oleh panel2 dalam jabatan untuk memastikan saya layak dan berkemampuan sambung PhD ke tidak. Ada orang kata seminar ni senang je, ada yang kata ok, ada yang kata kena banyak tanya. So, saya risau saya homsik sampai menjejaskan seminar. Ye lah kan, baru balik dari tanah air...perut pon masih gembira bahagia dihidangkan dengan makanan2 enak dan lazat. Tak ke naya kalau tengah terang projek terbayang ikan tilapia goreng cicah sambal kicap? Atau char kuay teow Sani? *lap air liur*

3. Nak simpan duit untuk balik sampling. Bila pikir2 balik *lepas perbincangan dengan artis yang sedang backpacking ke EU*, nak guna duit sendiri lah untuk balik sampling. So, takyah guna duit KPT dulu. Duit tu bekap kalau ada seminar kat Jepun or Korea tempat lain yang best.

4. Peter tak balik raya. Dan dia pon tanya saya balik ke tak. Terus laju jawab tak. Dasar! kehkehkeh.

Entah, rasa mcm tak balik. Tapi mungkin juga balik. Semua bergantung kepada takdir, dan juga bergantung kepada tahap kemeroyanan.

Sekian dimaklumkan.

Alert untuk orang Ipoh!

Sorang amoi Ipoh telah kehilangan anjing jantan (Schnauzer), bernama Popeye pagi tadi. Popeye disyaki dilarikan, tapi entah, mungkin juga pegi mengorat anjing betina. Yang pasti, tuannya sedang risau dan gundah gulana.

So, buat pembaca-pembaca yang berada di Ipoh, andai terjumpa anjing yang hensem ini, sila hubungi Mandy di kosongsatuenam-5315403.
Semoga Ppeye berjaya ditemui semula.

Saturday, August 8, 2009

Cincin

Cincin hilang. Masa dok sibuk2 packing pindah asrama dah perasan hilang. Tapi tak sempat pikir panjang. Tetiba teringat pulak. haish. Mana pegi eh?


Beli kat Giant Ganu, nampak je terus berkenan. Sekarang tangan dan jari jemari kosong. Gonjeng je rasa bila bukak jam.
Dan...berkenan kat cincin Sa*ra yang beekonsep begini. Corak kat cincin tu lain sikit tapi lebih kurang. Not bad kan?

Dan, baru perasan Peter dah tak pakai cincin. hakhak. Isunya cincin, bulan Peter.

Thursday, August 6, 2009

RIP Sam

Bukan, bukan Sam mamat Peru yang comel. Tapi Sam (Samantha), koala di Melbourne yang terselamat dari bushfire Februari lalu.

Sam telah dijangkiti chlamydia di saluran kencing dan saluran peranakan. Jangkitan yang teruk menyebabkan Sam tidak dapat diselamatkan melalui pembedahan dan terpaksa di 'put to sleep'. Berita penuh di sini.
Sam, seekor haiwan betina boleh survive bushfire walau terbakar tangan, asap memenuhi peparu, ada syst dalam ovari, tetap bersemangat meneruskan hidup sampai di'matikan'.
Kita yang ada akal, setakat terbakar hati, sibuk nak membunuh diri?
Lebih baik jadi koala dari jadi manusia yang tidak sayangkan diri.

Ingat Sam dan semangatnya.
Ayuh para wanita, kita bangkit!!!
GIRL POWER! *tetiba*

RIP Samantha.

Run to you


Super Junior H


Big Bang. suara daesung pecah
Performance Suju sangat best! =) *hyukkie~~~*

Wednesday, August 5, 2009

Hari mengGaban

Secara literal, mengGaban bermaksud menjadi space kop gaban. Secara konsep, space kop gaban boleh memberi maksud yang pelbagai. Dalam konteks hari ini, mengGaban bermaksud menjadi space kop gaban dari segi kesibukan sampai tak boleh bergosip di ym atau bermain pet society, mafia wars, restaurant city dan zoo builder di facebook. Dan juga dragonapters. Sumbangan pada masyarakat tiada ye, cuma sibuk ala2 gaban. Eh, bukan mengabang telipot ye warga U*MT sekalian. MenGaban.

Awal pagi sudah keluar rumah dan menapak ke skul sebab bas hanya akan tiba pukul 8.15 pagi. Terkocoh-kocoh print report dan terus berjumpa encik bos. Mengantuk tahap gaban. Tapi masih terkawal. 9.15 selesai perbincangan, terkocoh-kocoh buat pembetulan sebab miting pukul 10.
Terkocoh-kocoh ke bilik bos dan bertembung dengan ga*reth. Translation rekaan sendiri berdasarkan isi penting

'Oih, bebiri hang buat bising lagi. Dok berbaaa baaa, hentak kaki mintak makanan'
'Uhhhh.. Over aih depa tuh. Memang tak bagi makan lagi, ada meeting'
'Merajuk dah tu rasa'
'Makin over lah depa nih. Biarlah. Satgi orang bagi makan'

Encik bos ketiga sudah ada dalam bilik bos. Uh, selalu dia sampai lambat...
'Sorry, I'm late'
'and I'm Jus*tin' *sambil senyum*.
(seolah-olah saya sedang memperkenalkan diri, maka dia memperkenalkan diri dia)
sentap bila buat lawak time org tgh kalut. Dia nih encik bos yang busy tahap gaban sebab juggling antara keje kat uni ngan keje kat kampeni drug yang tersohor. Vok tahap gaban, kan?

Since encik bos pertama dah 3 hari berturut-turut jumpa saya dan betulkan report, hari ini buat pertama kali dalam sejarah di Armidale ini saya tahu apa yang saya terangkan. Walaupun sedikit nervous dan banyak merepek sampai kena gelak ngan encik bos bila saya cakap 'beautiful faecal pellets' untuk menerangkan perihal tahi kambing yang sempurna keadaannya. Mungkin patut guna typical, bukan beautiful.kehkehkeh. Bab bagi report je lah yang ok. Bila masuk bab experimental design, menung balik sambil kebil2.

Dek kerana experimental design saya terlalu komplikated *mesti encik bos rasa nak sekeh2 kepala saya - kehkehkeh* maka telah brainstorm untuk menyimpelkannya. Pada depa simple, tapi pada saya lagi komplikated sebab takkan terpikir nak buat cara mcm tu. Takpelah, kesimpulannya dah sort out generally mcmana nak buat. Habis meeting pukul 1. Berlari ke langitkandang, amik sampel tinja the 5 B's dan potong 'cloth diaper' *sukati je boh nama cloth diaper* yang terlebih kat hujung sebab takut tersangkut, dan bagi depa makan. Memang gaya depa mcm nak terjah keluar kandang bila nampak saya bawak baldi isi makanan. Over sungguh. Bukannya buat keje apa pun, makan kemain banyak!

Berlari pulak ke library sebab ada kelas tanpa peter. Satu satunya saat menenangkan bila bertembung dengan peter dalam perjalanan ke library. Senyumannya yang manis, wool jumpernya yang merah menyala melambangkan keberanian dan kegagahan, sapaannya yang lemah lembut
'Haiii kha*dijahhhh......' suaranya di bawa angin lalu, berlegar-legar di udara dan meresap ke dalam peparu..
Sib baik tak pengsan. Pura-pura macho seolah-olah tak terkesan dengan sapaan lembut 'Oh hai! how are you?'. dan terus berlalu dengan macho tanpa menunggu jawapan..kehkehkeh.

Kelas adalah ok. Tapi saya mengantuk. Kesan sama macam makan nasik lemak dewan makan setiap hari rabu di sekolahrajaperempuantaayah sesi perkolahan 1995-1999. Tapi ni masih terkawal. Kat sekolah dulu sampai mimpi2 dalam kelas add-math..kehkehkeh. *dan semua orang tunding jari pada nasik lemak..haha*
Kalau rajin saya akan buat notes on isi penting dan link kan downloadable notes dari website uni tentang endnote *memuncungkan bibir ke arah blog research journal*.

Ni tengah lunch. Lapo tahap gaban. Ingatkan nak makan sambil mesyuarat tergempar dengan artis. Nampaknya artis dah mula tunjuk belang bila dah ramai fangirl - terus hilang ketika mesyuarat di alam maya perlu dijalankan. kehkehkeh.

Okes, times up. Kena ke lab untuk proses sampel. Esok akan hantar the 5 Bs ke padang ragut. Sayunya..macam hantar anak masuk asrama pulak rasa..hahaha. Tapi in a way lega. Leh bangun lambat lepas nih sebab takyah bagi depa makan dah seminggu. Yay!

Oh, doakan. Terlalu banyak nak dibuat menjelang minggu depan demi memastikan eksperimen berjalan lancar. *pengsan*