Saturday, September 19, 2009

Tangisan di penghujung ramadhan

Lima bulan di sini agak mengujakan walaupun kalau dinilai berdasarkan entry blog, penuh dengan tekanan dan kemeroyanan.
Bos kata dia nampak saya ok sikit dari dulu dari segi pengawalan stress. Dulu, incubator teroff dan bacaan terpadam pon saya dah nangis tersedu sedan nak berenti sambung belajar *sangat malu sambil menaip, hihihi*.
Being me yang very expressive *disahkan oleh ahli jawatankuasa lab*, agak susahlah untuk menjadi cool. Semua orang akan tau kalau saya sedang berpikir sebab mulut akan berenti bergerak. Saya terdengar encik bos pertama cakap pada encik bos kedua - saya ini student yang senang untuk dibaca, senang untuk ditebak perasaannya. Kalau diam, mesti ada yang tak kena. Kalau tarik napas panjang2, pasti ada method yang difikirkannya. Agak malu di situ tapi bila saya tahu yang encik bos perasan otak saya sudah boleh berfungsi ketika stress, saya lega. Lepas 27 tahun, baru jumpa suis agaknya.
Dulu, kalau encik bos tanya apa2 ketika dalam fasa stress/sentap, saya akan kebil2kan mata yang berat dek kerana basahnya bulu mata. Saya akan menarik napas panjang2 dan suara akan bergetar. Saya blank - membiarkan supervisor yang bagi idea. Tapi as time goes by, saya dah mula berhenti sejenak dari kesedihan dan latih otak untuk berfikir. Dan tadi saya sedikit lega. Lega sebab otak saya boleh berfungsi ketika saya sedang diragut kesedihan. Berfungsi ketika saya menjana pilihan untuk balik kampung secara tiba2, melarikan diri dari tanggungjawab. Saya sedih bukan apa, sebab eksperimen sedang berjalan. Kalau eksperimen baru nak bermula takpe lagi. Bila dah tengah-tengah ni, bila ada masalah jawabnya semua yang kita lakukan perlu direpeat. Tapi alhamdulillah, bila fikirkan 'things could go worst' saya bersyukur pada Allah sebab masih kasihankan saya. Alhamdulillah bebiri masih hidup.
Alhamdulillah encik bos sedikit sejuk hati bila saya cuba jawab terjahan2 dia pasal plan B sambil tengok muka dia. Kalau dulu, mesti tunduk sambil rasa nak tidopengsan. Plan B nya, buat semula hari Selasa.

'Berapa berat?'
'720g'
'Apa plan? Boleh teruskan?'
'Boleh, tapi hanya 10-15 ketul taik bebiri untuk satu container. Eksperimen lepas 34-44 ketul satu container. Obviously sangat berbeza, so takleh nak kata same condition dengan eksperimen lepas'. Nasib baik tengah sedih2 tu sempat timbang2 ketul2 taik bebiri sebab dah agak bos akan tanya benda2 secara kuantitatif.
'Jadi? Nak teruskan ke tak?'
'Minggu depan, selasa mula. jumaat deposition'
'Container dalam incubator tu?'
'Buang keluar yang dah dapat treatment'
'Tapi you mulakan eksperimen dengan 10% kelembapan kan'
Tersentap kejap. Lepas 3 saat baru reply. 'Yes'
'Kena bawak keluar semua, nyahkuman balik. Bekap untuk bebiri, bubuh jugak plastik hari rabu. Kotla depa tammo berak lagi. So, kompol dua hari secara berasingan'
'Ok'
'Kat sini kita tak buat teknik canggih. Kita tak guna teknologi canggih. Yang penting bukan eksperimen you, tapi kekuatan mental you sebab berfikir ketika stress adalah yang paling penting. Plan B adalah penting. Next time bila buat eksperimen kena sentiasa ada bekap. What if depa tak berak? what if watering jar tetiba tak ok? semua kena pikir'
Tarik napas, hembus.
Walau saya jauh di mata anda semua especially ahli keluarga yang dichintai, saya rasa puas hati. Puas hati sebab setakat 5 bulan ni saya cuba untuk tak sia-siakan hidup saya. Compared to my life masa di Tanah Melayu dulu, saya rasa saya tak live my life to the fullest. Mungkin lepas kita hilang segalanya baru kita akan berdiri dengan kaki sendiri. Zakat fitrah pon dah bayar (10aud), walau dalam keadaan jiwa sedikit kacau, alhamdulillah.
Tanpa sayu-sayan dan sedu sedan, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

----------
'Orang nangis sebab ramadhan nak habis, dia nangis sebab bebiri tammo berak. haish.'

4 comments:

  1. Selamat beraya bersama bebiri:)

    Kalau lapar rendang, semelih la satu

    ReplyDelete
  2. selamat berhari raya di rantauan..jenuh tengok takde pon gambar jah kuar suratkhabar dlm salam perantau..

    kambing pon bertakbir tau raya nanti..ekeke

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidil fitri..
    smoga gembira di hari raya :)

    ReplyDelete