Thursday, September 3, 2009

Over confident

Dalam hidup, kita kena yakin.
Tapi jangan sekali-kali terlebih yakin.
Tambah lagi ketika sedang melakukan eksperimen yang melibatkan seratus sampel.
Kerana bila kita terlebih yakin walau hakikatnya kita salah, kita akan menyebabkan berjam2 terbuang kerana terpaksa menjalankan 'pemulihan' terhadap sampel-sampel itu.
Lebih mengharukan bila proses pemulihan itu melibatkan pengiraan beserta formula2 yang kurang kita gemari kerana kita bukan budak math.
Kesannya, kita akan membuang masa, sedangkan masa itu amat-amat berharga - boleh dimanfaatkan untuk melakukan perkara lain, misalnya menyiapkan barang-barang untuk eksperimen minggu depan.
Kita mungkin terpaksa berbuka puasa dengan minum air suling lagi dalam makmal, dikelilingi tinja2 kambing, dan ditemani rangkaian radio tempatan yang mendendangkan suara pemanggil menangis2. Sesi meroyan live barangkali.
Yer kawan-kawan. Kesannya bukan berhenti di situ. Kerana malam mungkin sudah menginjak tua, sambil makan kinders bueno sebagai makanan berbuka puasa, kita mungkin terpaksa menunggu bas untuk pulang bersendirian dalam kesejukan, kesepian dan kesunyian dalam kepekatan malam.
Kalau kita bernasib baik, mungkin presiden persatuan indo menawarkan untuk menumpangkan kita.
Kalau tidak?
Kalau kita bernasib baik lagi, kita mungkin ada kawan untuk diganggu, meneman dan melayan kita bercerita sambil kita memasak hidangan berbuka puasa.
Kalau tidak?

Yer kawan-kawan, kita tak boleh terlebih yakin =p.

--------------------

Selamat bergraduasi buat adik kandung seibu sebapa.
Semoga terus sukses dan boleh belanja kakak. Aminnnnnnn.

3 comments:

  1. Salam.....

    cik dijah sihat ?
    dah tukar alamat patut posmen tak jupe carik blog.....

    ReplyDelete
  2. en hashim..salam. orang glemer kena selalu pindah. sekuriti. kehkehkeh.

    am, pak guard hantar kalau lepas pukul 7. lapo. tak larat nak tggu sampai kul 7.

    ReplyDelete