Wednesday, September 9, 2009

Ada orang yang lebih susah

Pukul 1.30 pagi, opis. Permintaan buat mak tercinta, jangan risau dan jangan marah, nanti i stress..hihih.
I'm doing fine. Malam ni pulun buat kerja dalam lab. Kawan pon ada, termasuk dharma. Dah habiskan 44 sampel, tinggal lagi 56 sampel..=). Oh, mak jangan risau. Hari ni berbuka dengan sangat mewah. Ke bandar sekejap beli roti berinti kebab, beli pulak pasta seafood yang ada sayur-sayuran segar dan juga beli ayam bakar dan kentang goreng. Wah, over kan? Sebab tau malam nih kena kerja keras, hihi. Saya perlu makanan berzat untuk sihat dah kuat =).
Tadi salah sorang kawan datang lab masa saya tengah mengira. Dia komplen penat. Haruslah penat kan kalau kena kerja lepas opis hour sampai memalam buta.
Dia merungut, banyak sampel nak kena proses.
Saya tanya berapa. Dia jawab sampel dari 5 ekor haiwan.
Saya diam.
Dia kata dari seekor haiwan ada 25 ml darah, so kena transfer dalam 5 tube lain. Total sampel ada 25.
Saya senyum, teruskan kiraan.
Dia tanya saya ada berapa sampel, saya jawab 100. Sebab kena kira dua kali, so ala2 dua ratus. Tapi malam ni kira sampai 44 je.
Dia diam.
Dia blah pegi buat kerja.
Pukul 9.30 dia datang, kerja dah habis.
Dia tanya saya bila habis, saya kata target saya untuk siapkan sampai treatment ke enam, so roughly pukul 1.30 pagi.
Dia ingat saya buat lawak kurang kelakar di malam hari.Saya kata betul.Dia diam.
Dia pegi mandi manda *sempat mandi okeh* dan tidur.
Dia cakap esok dia nak balik awal2 pagi dan sambung tido, sebab sampling seterusnya tengahari.
Saya diam.
Dia tanya saya nak balik esok pukul berapa.
Saya kata lepas subuh kena sambung kira balik.
Dia diam dan terus blah.Dia buat muka bersalah pulak..sentap..hahahaDia mungkin ingat saya diam sebab sentap dia komplen2. Sebenarnya tgh khusyuk mengira =p.Saya terus terfikir, dalam pada saya dok cakap busy2 nih *exaggeration je lebih kannn, sempat je hapdet blog ni ha*, pasti ada org lain yang lebih 'susah'.Teringat Fi penah cakap, kawan dia skang buat study pasal bebiri. Memalam buta kena tunggu bebiri mengawan. Lepas mengawan kena cepat2 amik darah. Nak tgk blood counts lepas aktiviti pengawanan. Nak tggu bebiri mengawan satu hal. Nak amik darah satu hal. Kalau hujan ribut petir angin kuat segala, bebiri tak mengawan, hampa lah jawabnya. Dahla kena mengendap2, menyorok supaya bebiri tak perasan..yelah, kang malu pulak, terus tak jadik mengawan...Tulah dia ye kawan2, banyak benda yang kita tak sangka boleh berlaku. hiks.So, saya terfikir lagi..andai kata kalau luahan2 entry saya yang menggambarkan mcm saya sorang je yang busy dalam dunia, harap takde siapa pon terasa hati. Sejak azali saya memang sudah begini. Exaggeration yang lebih. hiks. Setiap orang ada kebusyan masing2. Kalau rasa susah, susahlah. Saya tak berbakat menyanyi atau edit video untuk distract saya dari meroyan akibat ketensenan..Saya juga takde bakat untuk amik gambo2 menarik guna kamera canggih sebagai distraction dari ketensenan. Adik ikan salmon pon tiada..hihihi. So bear with me lah ok? ahaks.
Oh, saya suka bekerja masa boleh puasa sebab bila berhenti untuk solat, otomatik akan rehat sikit. Masa period kalau kerja, makan pon kenkadang TERskip sebab taercarried away. Hikmah berhenti solat tu =).Tapi, kegagalan yang nyata di bulan yang mulia ini adalah saya bakal gagal khatam quran (T_T).Ok, nak siap2 terawih n tido. Semoga sudah terjaga dari bongkangan bila orang mai opis esok..hiks.Aminnn.Ops, nak gossip seposen jap. Ingat tak adik ikan Thai tu? Ake tuh..Dengan rasminya, dia digugurkan dari senarai adik ikan antarabangsa....Sebab?DIA ADALAH SEBAYA I..ahaksss *lahir bulan yang sama okehhhhhhh*. Title dah up jadik Kawan Ikan, mcm Tra...kekeke.
Ini facebook beliau *kesat hidung darah*

4 comments:

  1. wah.
    sentap.
    sempat mengeji tuh.
    keke.

    busy itu subjektif.

    caiyok

    ReplyDelete
  2. acu, ayg copy, paste di word di celah2 report ayg, n tukar saiz font. baca, click link ke fb, usha wajah kwn ikan acu, then turun bwh jerit panggil luqman soh tdo. naik bilik terus save report. buka gmail, attach report pd gmail utk send pd supervisor.

    agak kompius kenapa lama sgt nk attach.

    ayg rasa was2 n baca semula report. nasib baik, nasib baikkk kalo x, ada extra bab dlm report, dgn font extra large. hahaha

    ni mesti sbb ada perkataan 'mengawan' dlm entry tu, ayg jadi pelupa. haha

    ReplyDelete
  3. adik ikan salmon:
    "i tak masuk esok nak buat rteport polis. laptop,kunci kereta dangan wallet kena curi masa bukak puasa"

    otomatis jiwa menjadi sedih.

    ReplyDelete
  4. hahahha buatku tersenyum

    ReplyDelete