Wednesday, September 30, 2009

I just love wednesday

Rabu
Saya mula merasakan hari Rabu selalu menjanjikan sesuatu yang menggembirakan. Ketika sekolah menengah dulu, hari rabu dinanti-nantikan kerana dewan makan akan mensajikan nasik lemak yang sedap. Walaupun kesannya adalah kemengantukan tahap gaban ketika kelas. Ketika rehat sahaja tiada kesan mengantuk. Oh, dan juga bila abang2 Sijil Tinggi Agama pergi perpustakaan, segar bugar mata semua orang - kesan nasik lemak sudah hilang. kehkehkeh.
Masa di Ipoh dulu hari Rabu menjanjikan pasar malam rapat setia baru yang best. Rindu betul nasik kerabu dan laksam dari pasar malam. Young tau fu juga menarik.
Di sini, rupanya hari rabu menjanjikan sesuatu yang menggembirakan juga. Di sini, hari Rabu adalah hari sushi, order melalui email boleh dibuat setiap hari selasa dan hari rabu perlu mengambil sushi di 'bilik Jepun' di skul bahasa. Sudah berkali-kali saya order dan sekarang saya seperti ejen pula, mengorder untuk peminat-peminat sushi seperti Sara, Sue, Fi dan Charlotte. Tapi hari ini, hari Rabu lebih mengujakan. Orang yang menjaga sushi hari ini adalah orang lain dan adalah sangat chomel okessssssssss!

'He is so cute!' saya toleh pada charlotte bila kami keluar dari bangunan.
'I know!!! I'm about to say it to you!'
'From today onwards, we will be the biggest fan of sushi. We must order it every week!'
'Yess!' jawab charlotte dengan semangat, tapi lepas tu dia gelak. Ntah pesal.

Tapi percayalah, bila semangat2 mcm ni, kompom lepas ni depa bagi pakcik/makcik tua yang jaga sushi. T^T ----> muka nangis sambil moncong mulut.

Kitorang lepak makan sushi kat tea room sambil mengover lagi pasal mamat jepun tuh.

'I should ask him to be my personal japanese language tutor' saya mengover sambil mempropa sambil makan sushi.
Tetiba muncul encik bos dan dia nak join kitorang makan.
Kitorg terdiam dan dia tanya apa yg kitorg sembangkan.
Charlotte mcm kaver2 dengan encik bos, dia kata kitorg sembang pasal bahasa asing.
Ratu propa terus mempropa

'We bought sushi and the japanese guy there is so cute! Thinking of asking him to be my personal japanese language tutor'
'Typical woman! dia gelak dua dekah, tapi buat muka keji. We are not an object'.
Kitorang pecah gelak. Sib baik tak mati tercekik sushi.
Eleh, not an object la kan? Hari tuh encik bos yang cakap pasal duit la, kereta la kan..Agaknya konsep muka comel tak boleh diterima, tapi konsep materialistik diterima pakai.

Series okeh comel *kipas2 muka*. Kalau mekap, mesti muka mcm TOP.
Okeh, itu propa sebab tak ingat dah muka dia mcmana. Tapi series hot. Anggap je lah muka dia mcm TOP, boleh?









*kejang, pengsan, mulut berbuih, hidung darah*

Ok, semua nih propa, sebenarnya lega hari ni sebab treatment eksperimen dah habis. Tapi sampling masih ada. Tapi series lega, boleh balik umah awal mulai esok. Boleh beli baldi baru sebab baldi hilang ditiup angin kuat. Boleh beli beras yang dah habis.
Walaupun sedikit down sebab pintu oven ketat dan bila bukak dengan sekuat tenaga, tray yang mengandungi 2 sampel terbalik dan menyebabkan sampel bercampuran dan tak mampu diselamatkan, ada jugak yang menggembirakan. Tammo stress pasal sampel. Kalau bos suruh repeat, saya repeat je lah...

Tuesday, September 29, 2009

Emosi

1. Geram. Yahudi zionis beribadat di perkarangan al-aqsa, dan ada yang cuba masuk dalam masjid al-aqsa. Kesan dan akibatnya, 150 penduduk palestin membaling batu dan dileraikan oleh polis israel. Pasti, ini jadi alasan untuk yahudi zionis untuk membuat serangan balas yang lebih besar. Sampai kimat pon tak habis-habis yahudi zionis israel nih. Sumber sini.

2. Sebak. Tengah sibuk buat kerja, tetiba TERdengar suara orang menangis. Jenuh menahan diri untuk tidak kepochi, akhirnya selepas 15 minit saya tewas dengan kekepochian diri sendiri. Saya pergi pada dia dan terus peluk dia. Dia yang dah berenti nangis, nangis balik bila saya peluk dia. Dia tak cakap apa2. Dia cuma kata 'I'm just being silly'. Tapi saya tau dia tgh stress dengan eksperimen. Saya tau dia tengah frust. Saya tau dia tengah susah hati sebab things didnt work out as it should be, didnt turn out as we expect it to be. Saya pon dah mula stress balik, especially bila dapat email dari encik bos. Saya kena tunjuk dah literature review yang tak bersentuh berbulan lamanya. Mcm nak muntah - eksperimen tak habis lagi, kena analisis, kena tulis report, kena plan untuk next eksperimen, kene prepare untuk confirmation. Semua nih dateline menjelang meeting seterusnya. I bet you encik bos akan buat miting tengah bulan depan. *pengsan*

3. Gembira. Dengan Lily, anak pensyarah yang bercekak pinggang kat belakang. Pensyarah tuh student PhD pertama encik bos, dan dia datang untuk menjenguk kami2 anak2 encik bos yang baru. Bulan depan dia masuk kerja lepas cuti bersalin. Dia pesan supaya kami jaga diri, walaupun stress. Dia kata lepas hantar thesis baru tak stress, hiks. Agaknya muka sensorang dalam lab kitorang mcm jerangkung dah sebab dia macam agak risau. Or maybe dia memang jenis keibuan. Entah.

4. Susah hati. Saya akan start kerja minggu depan. Dah dibawa mengadap orang-orang berkenaan. Entahla, tataula mampu ke tak sebenarnya sebab sekarang pon dah kelam kelibut. Harapnya bila eksperimen ni dah setel, bolehla juggle between kerja dan analisis serta tulis repot. I cant reduce blogging sebab ni adalah untuk survival.

5. Kagum. Kagum dengan Hottest international yang gigih kumpul duit untuk memastikan kapal terbang kecil boleh terbangkan banner kat Seattle yang bertulis 'J, what time is it now?'.
Ini adalah cubaan untuk Hottest pujuk balik Jay balik ke Korean dan masuk balik 2pm. Depa jugak gigih buat persamaan matematik 7-1=0, melambangkan tanpa sorang ahli, kumpulan tu tak bermakna lagi. Tapi adik2 sekalian, jangan guna konsep ni dalam ujian matematik. Sah-sah salah. 7-1=6, tapi untuk 2pm 7-1=0. Kena paham konsep yer..

Doakan, selamat semua =). Amin.

Selamat =)

Gambar yang dinanti2kan di bulan september. Akhirnya, dapat jugak tatap gambar majlis pertunangan adik lelaki. Yer, yang lelaki tu adik kandung sedarah sedaging seibu sebapa dengan saya. Kalau dilihat pada ciri fizikal seperti warna kulit, ketinggian, kebesaran mata, dan bukaan mulut, kami berbeda. Tapi yang nyata, kitorang adik beradik.
So, from left is adik lelaki, mak, opah dan tunang adik. Gigih opah ngan mak interfrem duduk tengah2 - tammo bagi adik bergambo dekat2 ngan tunang la tuhhhh..kekekeke.
I am sooooo happy for them. Saya doakan hubungan mereka diberkati Allah dan dipermudahkan urusan dalam membina masjid...*gituhhhh*. Cepat cakap amin semua orang..Amin...
Seronoknya bila pikir2 nanti dapat 4 adik ipar pompuan. Leh lepak2 layan youtube sambil supervise adik2 ipar buat kerja rumah. Aci tak? kekeke

~Feeling2 menaip entry sambil mendengar lagu jiwang yang best. Lagu apekah? Anda akan tahu juga nanti. Yang pasti, bukan lagu Yamapi. Tungguuuuu!

Monday, September 28, 2009

Skip tajuk

1. Sara sentiasa jadik wirawati penyelamat bumi. Muncul sebelum 9.30 pagi dengan aluminium cups berjumlah 200 di tangan, walaupun hari ni dia cuti sebenarnya. Lega. Alhamdulillah. Seminggu je lagi. Lepas tu boleh balik asrama awal, insyaAllah.

2. AI semalam


Nathan



Hayley


3. Dapat notification Yamapi akan release lagu baru bulan november. Mintak-mintakla sedap. =)

Sunday, September 27, 2009

I need to write, so please bear with me

1. Cuaca
Hari Ahad. Cuaca teruk lagi. Angin kuat. Sejuk. Tangan kebas2 sepanjang perjalanan ke skul. Semoga lepas nih cuaca bertambah baik. Tak larat meredah sejuk. Konsep lautan api sanggup kurenangi tu memang saya bidas dengan sesungguhnya. Exaggeration yang tak masuk akal. *ooops, teremo pulak, hehehe*.

2. Eksperimen
Tak, eksperimen belum gagal. Tapi honestly saya tak puas hati dengan eksperimen kali nih. Kelam kabut tahap gaban. As always, design untuk eksperimen (sample collection) difinalisedkan pada hari eksperimen dijalankan. Tak perasan pulak lah bila ada sikit perubahan dilakukan atas kertas, besar kesannya bila melaksanakannya. Berat mata memandang kertas, berat lagi tangan yang melaksanakannya *gituh*. Bendanya simple je - aluminium cups (mcm cupcakes punya cups) tak cukup untuk eksperimen esok. Koman2 nak guna seratus lagik. So, walaupun hari ini adalah hari Ahad yang terkenal dengan hari tiada bas, saya gigih jugak ke bandar dengan teksi. Plan hari ni tukar - skip satu group untuk recovery, pegi bandar cari cups, balik sini sambung keje, balik asrama awal sebab takde bas malam. Alkisahnya, pergi ke 2 supermarket dan satu kedai yang lain, semua cups dah habis. Konpius tahap gaban, sebab selama nih nampak je bergelimpangan. Bila memerlukan, takde pulak. Teksi pergi balik dah cecah aud32 dollar ye kawan-kawan sekalian. Tapi hasilnya nan ado. Kol sara untuk diskas ngan dia dan dia kata dia akan belikan esok *kalau kedai tu ada jual*. So, malam ni mode berdoa supaya ada cup2 tu esok menjelang pukul 10 pagi. Dah cuba buat sendiri cup tu dengan aluminium foil tapi sangat tak ekonomi sebab foil tu nipis, so kena lipat banyak kali. Bila nipis, nanti bubuh dalam oven 80 darjah selsius dia jadik tak stabil. Plan B? Takde. Ingat nak guna petri dish tapi tataula idea nih boleh pakai ke dak. Esok kena rujuk mem besar. Mintak2 la encik bos mood ok esok. Tak pepasal kena ceramah pasal 'fail to plan is planning to fail' huks.

3. Kurus
Tadik disergah wanita Iraq di supermarket. Dia kata dia nak pi Malaysia bulan depan, seronok mendengarnya. Yang tak seronok mendengarnya bila dia kata dia nampak saya makin kurus sejak berbuka puasa sama hari tu. Biar betik? Hari tu pon dah kurus, ni kurus lagi ke? Tulang berjalankah? Saya makan hokeh. Sapa tau makan apa leh jadik debab sikit? Takmau petua pelik2 mcm minum air nasik yang sedang ditanak ye. Dah pernah buat, sampai nak termuntah, kekek.

4. Straight
Saya sangat bersyukur sebab saya kini konpiden saya straight *statement terbaik*. Honestly saya agak takut jugaklah kalau tersimpang atau menyimpang atau disimpang dalam soal hati dan perasaan ini. Tambah lagik saya dari sekolah semua perempuan dan saya nih jenis suka berjalan berpautan tangan dengan teman sebelah sejak dulu lagi. Prema kat Ipoh nun pon suka pegang2 tangan, lega. Tapi bila mai sini asik kena tegur sebab suka paut tangan orang. Merah2 muka wijdan, sentap charlotte. Ini namanya mengekspresikan budaya berkasih sayang ye adik2, bukan budaya songsang. Then, saya nih memang suka carik pasal tanpa disengajakan dengan budak lelaki dari dulu sampai sekarang.
So, sekarang saya tammo pikir benda bukan-bukan macam selalu. Saya hanya bersyukur sebab saya adalah straight *sambil terngiang2 lagu straight through my heart BSB*. Doakanlah saya kuat semangat dan dikurniakan kemampuan untuk mengawal emosi, walaupun mungkin bakal kecewa, walau mungkin dilanda derita *gituh*. Takyah speku, buang masa, keke. Mak, takde apa nih. Saja bikin propa bagi nampak mcm artis sikit.

4. Australian Idol
Ok, memang sebenarnya AI tak berapa best. Rating pun teruk dengarnya. Tapi dek kerana saya takde benda lain yang lebih relaks untuk dilakukan, saya layan AI. Better dari layan Farmers wants a wife saya rasa. Sara ugut nak amik balik tv bila dengar saya layan cerita2 hampeh yang orang aussie sendiri tak layan. I am very bored and lonely lah. Tatau nak buat apa. Nak sembang tapi tatau ngan sapa =(.
Tapi ok lah AI mlm ni. Pompuan yang rosakkan lagu Earth Song Michael Jackson dan Numb Linkin Park terkeluar. Rasa berbulu telinga dengar dia rosakkan lagu2 yang best.Dan Nathan si adik ikan bottom 3. Agak sentap. Mungkin ada kena mengena bila last week sorang judge komen yang mamat nih kontrol jadik jantan kat stage, padahal agak 'sesuatuh'. So, judge cakap takpe sesuatuh sebab akan membantu..takyah menjantan over-over. I sentap. Am, bullseye - SESUATUH.keke. Bila judge ckp mcm tu terus teringat statement hang..kehkehkeh.
And Hayley rock as always. Love her! Oopps, I straight okeh?

Good nite! =)

Hottest



Fangirls meroyan kat Korea pasal 2pm

Saturday, September 26, 2009

Semerah baju yamapi dalam entry sebelum ini

Hari ni cuaca teruk.
Analoginya macam pompuan PMS yang kepenatan membuat eksperimen di dalam lab, kemudian bertembung pulak dengan orang yang kurang digemari, dan orang yang kurang digemari itu membuat muka arrogant nak mampus sebab dia anti india dan pompuan itu berciri keindiaan kerana datuknya dari india. Maka, keadaan pompuan itu bukan lagi seperti akan bertukar menjadi hijau ye anak-anak sekalian, tapi bertukar kepada merah.
Merah.
Yer, merah.
Semerah debu-debu yang berterbangan di NSW hari ini.
Semerah bulu muka bebiri yang terlekat debu-debu yang menggila.
Semerah sekeping hati yang tiba-tiba rasa seperti ditoreh-toreh sendiri, mengalirkan darah berwarna merah.
Pedihnya bila kita tahu kita tak mampu mengawal kesemuanya.
Tak mampu mengawal cuaca.
Tak mampu mengawal PMS.
Tak mampu mengawal perasaan.
Tak mampu mengawal royanan.
*sigh*

'Take care. Be careful of the storm, ok?'

Hak hak hak I loike!

Friday, September 25, 2009

Supergirl

Nampaknya saya tak dilahirkan sebagai Supergirl.
Hari ni deposition day. Kerja dari kul 7 pagi, kul 2 ptg dah pancit. Tapi kena stay sampai pukul 8 mlm. Camno nih?
Kesan dan akibatnya, tak buat recovery langsung hari nih. huks.
Esoklah buat terus untuk 2 batch.
Ada lagi 10 batch. huks.
Taik bebiri banyak dapat hari ni tapi sebab skang asik ujan, rumput semua menghijau, air terlebih pulak dalam rumput. So, sememeh je taik bebiri. Tensen betul.
Encik bos takde pulak hari ni. Tapi dia dah pesan suruh guna je apa yg ada.
So, sehabis baik memilih taik bebiri yang berkualiti tinggi.
Hasilnya, jumlah yang dibubuh kat container adalah lebih sedikit dari eksperimen lepas. Terpaksa buat plab B last minit tadi sebab memang tak cukup taik bebiri yang cantik molek. Beza 2 gram/container, hope taklah menjejaskan sangat result nanti.

Oh, Supergirl version Korea dah keluar, pejam mata je lah time Jessica muncul yer?



Untuk yang tak bleh tgk youtube, tataplah

Henry

Ryeowook

Siwon

Donghae

Zhou Mi

Hangeng

Kyuhyun

Thursday, September 24, 2009

Encik bos, sila jangan cabar saya

Berjalan merentasi lempat letak kereta, menuju ke lab dari kandang.
'Thats a good boyfriend material!' kata encik bos sambil melihat ke arah lelaki berstatus adik ikan yang segak menaiki kereta mewah.
'Has a car, one of the important things in life' dia sambung lagi bila saya senyap.
'Sounds materialistic!' saya melirikkan mata ke arah encik bos yang berjalan di sisi kanan.
'He might have a good heart deep inside as well'
PROPA!!!!Saya gelak, tapi terus diam. Taik bebiri dalam plastik adalah berat. 2 kilo lebih!

Huh encik bos nih, semangat nak memastikan kitorang nih berboypren segala. Kang, I goda adik ikan itew, encik bos jugak yang sentap kan?

=)



Busy. Catch you later!

Wednesday, September 23, 2009

Hari ini saya rasa mcm artis

Cuaca hari ini buruk. Klik sini. Habis muka biri-biri jadik merah. Tadi tak sempat ambil gambar sebab angin kuat dan sibuk bubuh plastik kat bontot bebiri. Series, minggu ni cuaca memang buruk. Tiba-tiba jadik sangat sejuk dan berangin. Mcm alam dilanda PMS, tiada amaran, terus mengamuk..mcm tu lah analoginya.

*berenti sekejap menaip, mendengar bunyi angin kuat*
*ok, angin masih kuat, sambung menulis*

Alkisahnya hari ini adalah hari yang bagaikan seorang artis. Sebab cuaca buruk *alasan yang benar*, saya bangun lambat dan tiba lewat di lokasi lab. Sib baik ada charlotte dan dia teman saya dengan gigihnya menghadapi angin yang kuat. Keadaan sekeliling diselaputi habuk kemerahan. Balik ke lab, teman charlotte pegi morning tea sambil beramah mesra dengan peminat2 orang-orang jabatan. Bergossip sakan dengan ramai orang kecuali dengan manusia yang sentiasa membuatkan saya rimas, saya buat tatau bila dia cakap..Tak reti nak berlakon senyum. Tak reti nak berlakon menumpukan perhatian. Bila dia cakap, saya sembang ngan orang lain. Dia pandang saya, saya terus pandang orang lain. Terasa mcm artis veteran yang kurang gemar pada artis segera yang perasan hebat *analogi tak bleh blah*. Bila kawan-kawan blah, depa kata mamat tu arrogant.
'Baru la hangpa tau kan pasaipa I buat donno kat dia dik non2 sekalian...' translation ke bahasa ibunda.

Berjumpa dengan encik bos untuk bagi banyak updates. Dan akhirnya jadi sesi luahan perasaan pasal saya dapat kerja dengan encik bos kedua. Encik bos pertama bgtau yang dia harap saya dapat bahagikan masa dengan penuh bijak supaya eksperimen utama saya tak terjejas. Saya cuba lah. Mungkin kena kurangkan bergossip dan bermalas-malasan. Kena start fokus balik. Lepas demam hari tu produktiviti menurun 50%. Encik bos pon perasan saya sedikit slow lepas raya baru ni. Kena kembali bersemangat! Terasa mcm artis yang ditegur oleh pengurus, demi memastikan kerja yang dilakukan adalah berkualiti. Yelah, kang peminat lari kan? so, start esok kena lebih rajin dan bersemangat sebab encik bos cakap baaanyak lagi benda kena buat lepas nih.

Cuaca buruk. Airport sydney tutup. Flight dari sini tunda ke esok. Ingat amoi dari Malaysia yang planned balik hari ni? Dia tak jadi balik. So, dia tumpang umah saya. Kesian dia, semangat nak balik..sebab cuaca buruk kena tunda balik esok. Tapi itulah, bergossipan sakan dalam BM. Heaven!!

'Lelaki semalam yang makan dengan kita tu dari negara mana?'
'Peru'
'Dia nanti nak balik negara dia ke untuk kerja?'
'Tak kot. Dia cakap tammo balik negara dia'
'Ok lah..kalau tak, mati la you nak ikut dia pegi Peru'
*terdiam 2 saat* 'Errrr, dia bukan boyfriend I'
'Oh...'

Terasa mcm artis diterjah wartawan hiburan ketika ditemuramah.

Tengah dinner dengan venessa, dapat kol pulak dari hamba allah sorang ni

'Sejak bila you rapat ngan Peter?'
'Ha? manader rapat'
'Tadi nampak kemain mesra sembang ngan Peter'
'Ha? mesra? manader mesra. Sembang mcm biasa je'
'Nampaknya mcm ada sesuatu yang akan berlaku. I doakan'
'Uhhhh, please lah! takde apa!'

Tetiba feeling-feeling mcm artis yang jadi masa gossip oleh wartawan tabloid. Oh..donia..

Mobileg


Cuaca teruk.sigh

Tuesday, September 22, 2009

Toksah klik. Takde entry, hanya embed youtube performance Aus Idol..hihi


Nathan



Hayley

I can't breathe

Pagi-pagi ke uni bersemangat waja pakai baju kurung. Sebab dah janji ngan pokcik Sam tuh nak pakai seminggu baju kurung sampai bertembung ngan dia *nak tayang baju kurung punya pasal*, maka pakailah baju kurung lip lap walaupun dalam hujan. Hujan lebat pulak tuh ye kawan2. Dari peha ke bawah memang basah dah kena hujan. Air masuk kasut keperempuanan pulak. cis. Payung pulak memang dah tercabut. Saya cakap kat FB patah kan? sebenarnya bukan patah dua, tercabut kain dari batang besi. Tatau nak guna perkataan apa, I tulis patah..keke. Barang murah dari china, selalu gituhla. Lepas nih nak carik payung buatan jepon lah berwajah yamapi. hiks.
Masuk opis, salin stokin n kasut. Buat kerja sampai kul 12. Baru teringat yang ada budak malaysia nama venessa nak jumpa. Dia mai sini sebagai external student, datang 3 minggu untuk ambil exam sem ni. Bergossip sakan ngan amoi nih, moncol lah pokcik sam nun tah dari mana. Elok je duduk sebelah kitorg. Bila dah ada bangsa asing dok sebelah kitorg, otometik kitorg spiking englishlah, ala2 menghormati orang sebelah kan? Pucuk dicita, ulam mendatang bila Sam suruh kitorg cakap dalam BM sebab dia nak dengar. Sebelum ni dia suruh saya cakap BM sensorg saya tammo sebab rasa mcm pelik cakap BM sorg2 sambil org perati. Mcm gila pulak. So, tadik bergosip sakan dalam BM sambil lupa Sam kat sebelah..haha.hamikkkk! Terkebil2 kekaguman dia tengok muka kitorg bercakap laju dan dengan penuh perasaan dan kemeroyanan. So, perjanjian dah selesai sebab dah tayang baju kurung kat orang2 tertentu - wijdan n one, bebudak lab - gareth, fiona, charlotte, kawan2 - dharma, peter, sam. Esok leh pakai jeans balik.
Tapi......semua orang puji I kelihatan menarik dengan baju kurung..kecuali 2 orang. Peter dan gareth. kenapakah? Depa dedua senyum dan tunduk sajer. Terkena panahan kecomelan kah? Orang lain gigih siap tarik tangan saya untuk diperagakan kat orang lain. Tapi dua orang nih mcm tak berperasaan taw. Mencik! *emo*
Oh, tadi encik bos kedua datang jumpa saya. Dia kata dia amik saya kerja. Alhamdulillah. So, officially start bila dah setel eksperimen. Tapi dia kata part yang dia bagi saya nih susah dan banyak kerja. *gulps*. Nampaknya takleh buang masa dah. Kena pulun bagi eksperimen siap. Pastu boleh kerja! =)
Doakah ye?

---------------------------

'You look feminine with this *sambil menunding ke arah baju kurung*.'
'Oh, thank you' *senyum bebiri*
'With your normal wear, t-shirt and jeans, you dont look feminine AT ALL'
Sentap 5 saat, kecikkan mata, pandang tepat ke mukanya
'I hate you!'
'Haha, I know you will hate me!'

---------------------------

MV baru G-Dragon lagi tajuk Breathe. Tapi saya malas embed sebab MV tu tak best. Tapi mcm lawak sebab konsepnya banyak salin baju mcm citer hindustan.










**Gambar last paling tak bleh blah. Warna warni alam kekdahnya!

Sunday, September 20, 2009

1 syawal

Takde orang online. Segan je bila ada diri sendiri je yang online..*agak keji kan add diri sendiri?*
Saya tak sambut raya tahun ni dalam erti kata yang sebenar. Melalui hari seperti hari-hari yang biasa. Bezanya saya makan di siang hari, dan bezanya saya tak terkocoh2 dan stay lama kat lab hari ni.
Saya tak pegi solat aidilfitri hari ni *sigh*. Alasan tak kukuh yang tak dapat dijelaskan. Budak2 taayah yang boleh agak kenapa, sila dok dendiam.

Pergi ke skul pakai baju kurung dan ternyata silap ye kawan2 bila mengambil keputusan untuk check air bebiri di padang ragut. Selalu main panjat2 pagar, tapi dek kerana pakai baju kurung songket tiruan, terasa sangat lembab bergerak bukak tutup pintu kandang. Banyak pulak tu kena bukak tutup - yang mana kalau panjat pagar hanya 2-3 kali panjat, kalau bukak tutup mau 5-6 kali *pagar-pagar yang berbeza*. Baju pulak tersangkut kat dawai besi kat pagar. Haish, semangat lagi kan pakai baju raya pegi nengok bebiri.
Buat kerja tak sampai 3 jam, terus balik rumah. Masak lunch - rupanya meracun diri sendiri sebab pedas ya amat.kekeke.

Hari ni bebudak syiah tak raya lagi - ala2 tak lengkapla pulak hidup sambutan raya sebab saya lebih rapat ngan bebudak syiah. Bebudak sunni je yang beraya hari ni. Esok harapnya meriah sikit bila jumpa bebudak syiah *jeling peter yang dirindui setelah sebulan kami menjauhkan diri dari dosa mata dan telinga - (ini propa)*.
Sebab saya tak pegi rumah2 terbuka hari ni, tiada gambar. Saya gantikan dengan gambar TOP. keke
Selamat Hari Raya.


*TOP, bunuhlah dirikuuuuuuuuuuuuuu*

Saya bagi jawapan siap2 bagi soalan2 yang mungkin akan ditanya kat ym..hiks. Sila baca sebelum tanya ok. Fenat nak jawab banyak kali.

Mcmana raya?
Ok je.

Best tak raya kat sana?
Ok je.

Ada lemang, ketupat, rendang, sate, lontong tak?
Ada, tapi bukan kat Armidale *jawapan sakit hati*.

Dapat duit raya tak?
TAK DAPAT.

Pegi solat raya?
Tak.

Pegi jamuan raya?
Tak.

Apa makanan yang best?
Tak tau.

Buat apa hari nih?
Pegi lab, topap air bebiri, main game facebook, tggu australian idol sambil kibar banner HAYLEY WARNER tinggi2, key in data.

Bad mood ke hari nih?
Entah, rasa nak hempuk orang..hiks.

-------------------------

Untuk x-student sekolahrajaperempuantaayahipoh, ketua umum kita *firdaus anak ustazah rotipah & ustaz tahir* akan menamatkan zaman solo beliau dengan kekasih hati pada 5 syawal ini. Marilah doakan semoga ikatan ini berkekalan selagi hayat dikandung badan. Asma' Abu Bakar juga dengarnya sedang sarat membawa perut. Uih, takleh imejin dia yang kecik molek tu menonong bawak perut..kekekek. Marilah doakan juga keselamatan beliau. Amin.

Kisah hari Sabtu

Hari ini adalah hari spontanious - semua benda yang saya lakukan adalah tanpa perancangan yang rapi.

1. Pergi ke skul bila sudah tengahari kerana kebosanan duduk di flat. Agak best bila dapat menikmati bangun lambat, basuh baju dengan gerakan perlahan ke mesin basuh, mencuci pinggan mangkuk dengan lembabbersopan santun dan mengemas peti ais yang dah lama tak berkemas.
2. Berhenti buat kerja di lab selepas 3 jam *hiks* dan terus terfikir nak ziarah kawan yang sudah sekian lama ajak ke rumah barunya.
3. Mengambil teksi dari bandar kerana tak bawak peta untuk ke rumah kawan tersebut. Dan seperti biasa bersembang sakan ngan pakcik teksi..hiks.
4. Bersembang sakan dengan kawan saya sehinggakan beliau konpius saya berpuasa tapi sangat bersemangat waja bergossip tanpa selingan minum. Terus jadik sesi soal jawab ramadhan.
5. Balik jalan kaki dekat sejam - sepatutnya tembus kawasan asrama, tapi menonong mcmana tah sesat sampai jumpa pusat membeli belah..kekeke. Harus singgah, padahal sebelum pegi umah kawan dah singgah.
6. Beli ayam. Sejak ramadhan ayam yang jenama halal *baiada* dah takde. Ingatkan kampeni tu bagi cuti kat pekerja dia sepanjang bulan ramadhan. Tapi tadik semangat tanya kat budak yang jaga bahagian daging tu, rupanya kampeni tu beli kampeni lain dan tukar nama. Patutlah nampak pak arab borong ayam berjenama baru. Sama je rupanya. So, beli ayam setelah sebulan tak beli ayam mentah dan beli makanan repekan yang lain. Oh, dan beli dvd jugak. Tiga pulak tuh. Dush dush dush.
7. Bas stop perkhidmatan pukul 4.50. Pukul 6.50 baru dia resume. Terlupa ada majlis bukak poser kat bandar. Kalau teringat, memang tak kalut amik teksi balik asrama. Tapi kalau join berbuka pon sure tak senang duduk sebab ayam tak bubuh dalam cooler bag.
8. Lepas berbuka dan kemas bilik, layan 2 DVD secara marathon - PS I Love You dan Made of Honour. Lepas habis tengok DVD kedua baru terpikir - eh, esok raya?
9. Dapat sms dari Kak Ija Sydney, bgtau esok raya. Terus sapu-sapu bilik dan iron baju.
10. Mcm tak cayer je esok raya. Serius. Orang2 lab especially encik bos, serta One yang terlebih gembira esok raya. Sebab depa nak tengok saya makan mggu depan. Sentap.

Saturday, September 19, 2009

Tangisan di penghujung ramadhan

Lima bulan di sini agak mengujakan walaupun kalau dinilai berdasarkan entry blog, penuh dengan tekanan dan kemeroyanan.
Bos kata dia nampak saya ok sikit dari dulu dari segi pengawalan stress. Dulu, incubator teroff dan bacaan terpadam pon saya dah nangis tersedu sedan nak berenti sambung belajar *sangat malu sambil menaip, hihihi*.
Being me yang very expressive *disahkan oleh ahli jawatankuasa lab*, agak susahlah untuk menjadi cool. Semua orang akan tau kalau saya sedang berpikir sebab mulut akan berenti bergerak. Saya terdengar encik bos pertama cakap pada encik bos kedua - saya ini student yang senang untuk dibaca, senang untuk ditebak perasaannya. Kalau diam, mesti ada yang tak kena. Kalau tarik napas panjang2, pasti ada method yang difikirkannya. Agak malu di situ tapi bila saya tahu yang encik bos perasan otak saya sudah boleh berfungsi ketika stress, saya lega. Lepas 27 tahun, baru jumpa suis agaknya.
Dulu, kalau encik bos tanya apa2 ketika dalam fasa stress/sentap, saya akan kebil2kan mata yang berat dek kerana basahnya bulu mata. Saya akan menarik napas panjang2 dan suara akan bergetar. Saya blank - membiarkan supervisor yang bagi idea. Tapi as time goes by, saya dah mula berhenti sejenak dari kesedihan dan latih otak untuk berfikir. Dan tadi saya sedikit lega. Lega sebab otak saya boleh berfungsi ketika saya sedang diragut kesedihan. Berfungsi ketika saya menjana pilihan untuk balik kampung secara tiba2, melarikan diri dari tanggungjawab. Saya sedih bukan apa, sebab eksperimen sedang berjalan. Kalau eksperimen baru nak bermula takpe lagi. Bila dah tengah-tengah ni, bila ada masalah jawabnya semua yang kita lakukan perlu direpeat. Tapi alhamdulillah, bila fikirkan 'things could go worst' saya bersyukur pada Allah sebab masih kasihankan saya. Alhamdulillah bebiri masih hidup.
Alhamdulillah encik bos sedikit sejuk hati bila saya cuba jawab terjahan2 dia pasal plan B sambil tengok muka dia. Kalau dulu, mesti tunduk sambil rasa nak tidopengsan. Plan B nya, buat semula hari Selasa.

'Berapa berat?'
'720g'
'Apa plan? Boleh teruskan?'
'Boleh, tapi hanya 10-15 ketul taik bebiri untuk satu container. Eksperimen lepas 34-44 ketul satu container. Obviously sangat berbeza, so takleh nak kata same condition dengan eksperimen lepas'. Nasib baik tengah sedih2 tu sempat timbang2 ketul2 taik bebiri sebab dah agak bos akan tanya benda2 secara kuantitatif.
'Jadi? Nak teruskan ke tak?'
'Minggu depan, selasa mula. jumaat deposition'
'Container dalam incubator tu?'
'Buang keluar yang dah dapat treatment'
'Tapi you mulakan eksperimen dengan 10% kelembapan kan'
Tersentap kejap. Lepas 3 saat baru reply. 'Yes'
'Kena bawak keluar semua, nyahkuman balik. Bekap untuk bebiri, bubuh jugak plastik hari rabu. Kotla depa tammo berak lagi. So, kompol dua hari secara berasingan'
'Ok'
'Kat sini kita tak buat teknik canggih. Kita tak guna teknologi canggih. Yang penting bukan eksperimen you, tapi kekuatan mental you sebab berfikir ketika stress adalah yang paling penting. Plan B adalah penting. Next time bila buat eksperimen kena sentiasa ada bekap. What if depa tak berak? what if watering jar tetiba tak ok? semua kena pikir'
Tarik napas, hembus.
Walau saya jauh di mata anda semua especially ahli keluarga yang dichintai, saya rasa puas hati. Puas hati sebab setakat 5 bulan ni saya cuba untuk tak sia-siakan hidup saya. Compared to my life masa di Tanah Melayu dulu, saya rasa saya tak live my life to the fullest. Mungkin lepas kita hilang segalanya baru kita akan berdiri dengan kaki sendiri. Zakat fitrah pon dah bayar (10aud), walau dalam keadaan jiwa sedikit kacau, alhamdulillah.
Tanpa sayu-sayan dan sedu sedan, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

----------
'Orang nangis sebab ramadhan nak habis, dia nangis sebab bebiri tammo berak. haish.'

Friday, September 18, 2009

Kisahnya

Terkedek-kedek ke padang ragut untuk amik plastik bag yang disangkut belakang bebiri.
Hampa.
Hampa bila sampel yang dikumpul adalah sedikit. Sangat sedikit.
Timbang, hanya dapat 700g dari 4 ekor.
Hari tu dari dua ekor dapat sekilo lebih.
Terus sms encik bos, sambil cuba menenangkan diri. Sambil2 tu cuba kira-kira berapa pellet yang mampu dibubuh dalam setiap container.
Dasat, 3 gram je berbanding 14 gram.
10 pellet berbanding 44 pellet hari tuh.
Bos kol.
Suara dia mcm tegas. Dia sentap tetiba jadik mcm nih.
Saya blur.
Lebih blur n sedih bila dengar suara encik bos mcm frust.
Lepas letak tepon pergi ke padang ragut.
Angin kuat.
Air mata dah mengalir tanpa henti.
'Kenapa la korang tammo berak wahai bebiri' ucap saya dalam hati sambil kesat air mata.

Bos kol, dia dah sampai lab.
Saya terkedek2 ke lab.
Bos brainstorm, dia suspect padang ragut yang saya locate animals tu tak cukup rumput. Suppose saya lebih alert dengan komposisi rumput hijau.
Mungkin juga faecal ring dah lari allignment, menyebabkan tinja tak ditadah dengan jayanya.
Pergi ke padang ragut bersama-sama.
Encik bos tengok rumput ok.
Tengok ring ok.
Saya lega.
Rupanya sebab stress tukar tempat makan.
Hari rabu saya pindahkan dari padang ragut besar ke kawasan yard.
Rupanya depa stress - mogok lapar.
Suppose kena letak seminggu sebelum.
Saya tak terfikir.
Maka, 200 container sudah dikeluarkan dari incubator.
Tanah sudah dikeluarkan, kembali dihantar untuk nyahkuman + kering.
Takpelah, at least dapat beraya ahad ni. Taklah terkejar2 ke lab pepagi raya.
Kesimpulan, minggu depan baru buat semua balik.

-------

'Don't be sad' kata encik bos bila nampak bulu mata saya basah.
Sapa tak sedih kan?

Kisahnya

Terkedek-kedek ke padang ragut untuk amik plastik bag yang disangkut belakang bebiri.
Hampa.
Hampa bila sampel yang dikumpul adalah sedikit. Sangat sedikit.
Timbang, hanya dapat 700g dari 4 ekor.
Hari tu dari dua ekor dapat sekilo lebih.
Terus sms encik bos, sambil cuba menenangkan diri. Sambil2 tu cuba kira-kira berapa pellet yang mampu dibubuh dalam setiap container.
Dasat, 3 gram je berbanding 14 gram.
10 pellet berbanding 44 pellet hari tuh.
Bos kol.
Suara dia mcm tegas. Dia sentap tetiba jadik mcm nih.
Saya blur.
Lebih blur n sedih bila dengar suara encik bos mcm frust.
Lepas letak tepon pergi ke padang ragut.
Angin kuat.
Air mata dah mengalir tanpa henti.
'Kenapa la korang tammo berak wahai bebiri' ucap saya dalam hati sambil kesat air mata.

Bos kol, dia dah sampai lab.
Saya terkedek2 ke lab.
Bos brainstorm, dia suspect padang ragut yang saya locate animals tu tak cukup rumput. Suppose saya lebih alert dengan komposisi rumput hijau.
Mungkin juga faecal ring dah lari allignment, menyebabkan tinja tak ditadah dengan jayanya.
Pergi ke padang ragut bersama-sama.
Encik bos tengok rumput ok.
Tengok ring ok.
Saya lega.
Rupanya sebab stress tukar tempat makan.
Hari rabu saya pindahkan dari padang ragut besar ke kawasan yard.
Rupanya depa stress - mogok lapar.
Suppose kena letak seminggu sebelum.
Saya tak terfikir.
Maka, 200 container sudah dikeluarkan dari incubator.
Tanah sudah dikeluarkan, kembali dihantar untuk nyahkuman + kering.
Takpelah, at least dapat beraya ahad ni. Taklah terkejar2 ke lab pepagi raya.
Kesimpulan, minggu depan baru buat semua balik.

-------

'Don't be sad' kata encik bos bila nampak bulu mata saya basah.
Sapa tak sedih kan?

Mobile update


Kachiwa.bebiri x berak banyak.x sangka pulak jd mcm ni.tgh tggu encik bos mai.x reti nk buat plan b.huks.

Thursday, September 17, 2009

Bebiriku lari gagah berani

Semakin sihat.
Banyak nak cerita, tapi sebab penat saya hanya bubuh video bebiriku lari gagah berani. Diambil pagi tadi, lepas bubuh plastik.


Wednesday, September 16, 2009

Update sebelum tido

Hari ni birthday adik yang nombor 3 - Aman. Selamat Hari Lahir yang ke doploh satu. Semoga belajar rajin2 dan sila kurangkan dera awek.

Semalam anniversary NEWS yang ke-6. Omedetou!

Buenas noches! Semoga sihat esok. yoshhhhhhhh!

Heartbreaker

Hari ini bukanlah hari yang mengujakan sangat. Hari yang membuatkan saya banyak termenung sebenarnya.

1. Sakit kepala - bangun lambat - baru teringat yang kena jumpa maikel untuk 'halau' bebiri dari paddock ke yard.

2. Sib baik Sara free, pegi halau bebiri guna pikap. Tapi tetiba pikap takleh naik kawasan padang ragut sebab tanah lembut. Last2 kena berlari-larian mengejar bebiri di tengah panas terik. Sara lari sangat laju. Kagum.

3. Sara double cek species differentiation yang saya buat. Dia kata dia nampak banyak free living larvae. Saya perasan, dan saya tak kira masa buat differential. Dalam differential memang obvious sebab bila compare dengan larvae infectiv, free living sangat obvious kecik dan gemuk. Tapi tetiba, terfikir. Yang sampel banyak2 yang saya kira sampai tido dalam lab tu, saya kira semua cacing yang tak cukup sifat dan kategorikan sebagai larva tak infektif. Masalahnya sekarang, saya tak leh bezakan larva tak infektif dengan free living lah maknanya - sebab saya tak konpius pon masa mengira. hukkks. So sekarang apa kata survey? kira balik semua sampel yang sudah hampir hancur? atau berdasarkan percentage yang dikira dalam differential, convert nilai yang dikira dalam sampel banyak2 tu berdasarkan percentage. Kat Malaysia dulu memang boleh kira berapa kali je boleh dapat free living larvae. Sebab biasanya dia dtg dari tanah. Masalahnya, sampel ni amik direct dari bebiri. Takde kontaminasi tanah. Tanah yang digunakan dalam eksperimen pon dan steam sterile. Uh, esok kena jumpa sv.

2. Lepas buat water treatment, baru perasan dua jar yang saya guna tak ditebuk tepinya, so, water takkan drain. Kesannya, air dah bertakung. Saya sedut air bawak keluar tapi still ada air berlebihan. Ini akan interfere dengan kandungan kelembapan secara keseluruhan dan mungkin akan jejaskan result. Dah bubuh note. So, bila analyse data akan note benda ni dalam kepala.

3. Hari ni start buat recovery. There are things yang saya tak berapa suka dengan method yang saya dah validatekan. Since sampel ada seratus, saya plan nak proses 10 sehari. Masalahnya, bila saya float dua kali, saya kena baca 4 kali - 2 kali lepas setiap 1 float. Saya plan nak float 2 kali, pastu combine hasil dedua floatation dan sedimentkan. Lepas tu baca 2 kali sajer. Masalahnya saya lupa saya floatkan tu guna potassium iodide. Since fungsinya mengapungkan, bila saya kompolkan kedua2 hasil float ke test tube dan spin lepas campur dengan air, mungkin tak semua larva akan mendap sebab kandungan potassium iodide dah jadik sekali ganda. Lepas spin baru perasan. So, mebi saya kena suck out supernatan dan spin balik - just to make sure takde larva tersesat.

4. KangIn Suju kena tangkap. Sorry, kali ni memang tak sokong KangIn. Dia memang ada gaya samseng. Tak bermakna dia glemer dia boleh buat sukahati dia je kat tempat awam. Kalau Eunhyuk, I akan bekap sebab dia takde gaya samseng..keke

5. Okes, kepala dah panas. Asik beresin. Mcm nak dapat flu. Till then, tata.

Doakanlah semua ok esok. Esok nak sambung buat recovery n bubuh plastic kat gelung yang dilekat kat bontot bebiri. Lusa adalah hari faecal deposition.
Tetiba rasa penat, kurang senaman kot.

Tuesday, September 15, 2009

Sensor dah berbunyi

'Eh, nama anak you apa?Terlupa'
'Khun'
'Hiks *gelak gatal*, sori. Tetiba pulak I teringat sorang artis korea nama lebih kurang'
'Nichkhun?'
'Heh, you kenal?'
'Mestilah! die penah buat performance kat Thailand. Glemer jugak'
'Ahaksssssss'
'I mcm nak tukar nama anak I jadik Nichkhun lah'
'over!'

Nampaknya sensor telah berbunyi..berjaya jumpa rakan sefangirlan! =)

10 sebab

10 sebab saya decide tammo embed MV Suju M kat blog ni

1. Lagunya agak catchy tapi since depa nyanyi dalam bahasa cina, otak saya gagal beradaptasi. Waiting for the song in korean.

2. Ada Jessica SNSD.
Dia gedik.

3. Ada Jessica SNSD.
Tak suka dia.

4. Ada Jessica SNSD.
Takde org lain ke?

5. Ada Jessica SNSD.
Menyampah.

6. Ada Jessica SNSD.
Perluke buat aksi gatal mcm tu? *pukul2 belon kat Hankyung*

7. Ada Jessica SNSD.
Kampeni depa plan nak pasarkan SNSD ke china ke? Dream on! Setakat SNSD.... *rolleyes*

8. Ada Jessica SNSD.
Konon nak bikin lagu ni laris la kan, tu sebab boh Jessica. The fact is, lagi terjejas rasanye. Kan tak pepasal sorang fangirl dah tammo embed kat blog..berkurang 50 kali play *assuming reader semua tekan play/pengembed tekan play banyak kali, muahaha*

9. Ada Jessica SNSD.
Isk, takde fangirl nak buat silent protest depan SM Entertainment ke? Bab nih memang salute pada JE Jepon. Kalau perasan MV artis jepon takde pon menampilkan selebriti pompuan, apatah yang tergedik2 mcm Jessica SNSD.

10. Walaupun ada Shiwon yang hensem, Hankyung yang hot, Donghae yang digelar fishy oppa *kenapa eh?*, Kyuhyun yang suara sedap, Ryeowook yang comel, Henry yang jambu dan Zhou Mi yang muka mcm Lee Teuk, tapi sebab ada Jessica SNSD, hilang selera.

Mobile update.


Bru selesai bubuh tanah.time for treatment.

Scheduled entry untuk fangirls

Ni scheduled entry untuk fangirls

Good news: hari ni full MV Shuper (Super) Girl - Super Junior M. Ketika entry ini ditulis, full MV masih belum keluar.

Good nes: Daesung dah kembali lepas eksiden.

Bad news: Chaos pasal isu Jay 2 pm masih belum reda. Ahli2 dipercayai sedang gigih cope with mental and emotional stress bila Jay tinggalkan depa. The latest one, Nichkhun tarik diri untuk rakaman Star King, manakala Taecyoen dan Wooyoung mungkin dah tak jadi MC SBS Inkigayo. Dan mungkin kah JYP akan disband depa? Mungkin 2pm akan berkubur mcm tu je.

'Four years, the time it took to change him from Jay Park to Park JAEBEOM
Four days, the time it took to destroy his dream. '

ni salah satu ucapan kain rentang masa tunjuk perasan senyap2 depan JYP. I dont know why...tapi bila membacanya, saya jadik sayu. Teremo pulak.

Naib baik lah Jay yang kena nih, masih boleh kawal kesayuan.
Kalau yamapi?
kalau top?
kalau sho?
kalau taecyoen?
kalau heechul?
kalau eunhyuk?
kalau shiwon?
kalau leeteuk?
harus i sign petition.

segala info dicedok dari allkpop.com

Monday, September 14, 2009

Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammin bilkhair

Esok saya mulakan eksperimen. Ada satu benda yang tak setel tapi saya mahu memilih untuk diamkan saje dan harap esok takde masalah yang ketara. Saya tak boleh nak memastikan semua sempurna 'The best you can do' kata encik bos yang terngiang2 sebelum saya mulakan eksperimen itu hari. Saya mahu air menitis dari ketujuh2 lubang secara berganti2 tapi kurang berjaya.
Banyak benda yang saya gagal capai dalam eksperimen yang lepas. Tapi encik bos yang sudah memahami anak muridnya ini berkata 'if you are doing the experiments perfectly, u are no more different from us - the supervisors'. Yer, encik2 bos mahu banyak benda boleh diperbaiki supaya bila habis study, kita boleh nampak perubahan. So, depa lagi suka bebudak yang mai buat PhD ni hapah pon tatau, kelam kelibut, tatau statistical analisis, tak reti buat experimental design, tak reti method tu dan method ni, so depa leh ajar mcmana nak improve. Kalau dah hebat, elok jadik sv *ikut pandangan encik bos*..kehkehkeh
So, kalau saya selalu down dan cakap
'but I dont know that/I have no experience on that/my basic is poor' sambil buat muka mcm kucing lapar, encik bos akan jawab
'We already know that/thats the reason you are here'
Terus mcm kerasukan, bersemangat waja untuk pulun bekerja. haha.
'In the end of the day, we want you to lead us. We want you to correct us. We want you to take over the discussion' terngiang2 kata2 encik bos. Dia selalu cakap mcm ni, sebab dia tau saya selalu tak konfiden dengan diri sendiri.

Tak keterlaluan kalau saya katakan saya terasa mcm masuk Australian/American Idol. keke. Mereka bertiga adalah juri saya. Encik bos pertama adalah mcm pompuan kulit hitam tuh/Paula, sangat suka bagi semangat dan pujian2. Encik bos kedua mcm Kyle/Simon yang paling susah nak dipuaskan hatinya, sebab dia adalah senior dan banyak pengalaman. Encik bos ketiga adalah mamat botak yang saya tatau nama/Randy, sempoi tapi depa ada high expectation. Sara adalah konon2 guru vokal. So, bulan depan saya akan tengok saya masuk ke top 12 ke tak..hahaha (confirmation of candidature).

Esok, bermulalah satu eksperimen lagi. Dijadualkan berlangsung *to be conducted* (?) hingga ke hujung september. Semoga semua urusan dipermudahkan. Eksperimen ini lebih 'direct' tapi boleh mengelirukan sebab sampling dilakukan setiap hari tapi dalam jumlah yang boleh ditoleransi *tolerate* (?) berbanding eksperimen lepas. Habis eksperimen kali ni bermakna habis, bukan mcm eksperimen lepas yang masih belum habis pemprosesan sampelnya.

And for Australian Idol, these 2 are definitely my fav. Kate Cook punya performance sudah tidak konsisten, hanya mereka berdua yang saya rasa betul2 konsisten - Nathan Brake si adik ikan dan Hayley Warner si wanita rock!





ps: (?) menandakan betapa hancurnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu saya. Sudah tidak mampu berfikir.

Sunday, September 13, 2009

Update


Bjaya recovery validation!90%!rasa nk cium seme org!alhamdulillah!

Saturday, September 12, 2009

Entry sebelum berlepas ke eksperimen seterusnya..hihihi

Inilah bahananya bila dah lepas part yang mengkelam-kelibutkan. Bila berjaya sudahkan sampel untuk 2 part - membalikkan diri awal *awal lagi dr encik bos..hahah* dari opis sebab nak shopping2 groceries yang dah kekurangan stok. Pagi tadi pulak bermalas-malasan bangun lambat dan basuh kain - separuh dari stok baju untuk dua minggu. Esok mcm kena basuh lagi separuh. Kat lab, pace dah slow. Tak sampai separuh sampel yang selesai dicamkan dan dikira. Pengecaman basic je sebenarnya, tapi slow jugak. Ntah kenapa. (contoh untuk orang ento - ala2 pengecaman Aedes albopictus dan A. aegypti, kalau terer - laju. Tapi ni senang sikit dr camkan nyamuk..hihihihi). Balik rumah pon awal, sebab semangat nak guna serbuk tomyam yang kak yan bagi =). So berbuka hari ni makan tomyam dan telur dadar. Alhamdulillah.

Harapnya esok dah on track balik. Kalau masih 'mood' layu mcm nih..susahlah. Eksperimen seterusnya adalah pada hari selasa. Khamis bubuh bag kat animal, jumaat adalah hari kelam kelibut sebab sampel dah digandakan jadi 200 kali nih. So, by 7.30pg dah kena pegi amik plastik kat bebiri dan distribute kat 200 container.

Lagi seminggu je lagi tinggal ramadhan nih. Tahun ni mcm ok sikit in terms of pengawalan percakapan since ada hari2 yang kalut dan tak dan bergossip. Tapi tak merasa lah maghrib, terawih n tadarus jemaah. Even untuk majlis iftar, lelaki je yg jemaah. Pompuan solat sendiri2. Dan sebenarnya dr segi environment tak terasa sangat dalam bulan ramadhan - kiri kanan depan belakang semua tak puasa, sejuk pulak tu. Bebudak muslim pulak jarang gila nampak muka, termasuklah peter. Depa dok pulun beribadat dan sibuk buat eksperimen kot kan. So, takdelah sembang2 puasa sangat.. Harapnya adelah peluang lagi untuk ramadhan tahun depan. Masa tuh insyaAllah takde eksperimen dalam lab dah. Er..harapnya lah.

So, memandangkan mulai esok saya akan cuba fokus kat eksperimen baru di sampling cuba2 mengmultitaskingkan diri membuat analisis dan repot untuk eksperimen yang lepas *encik bos dah tanya pasal data analisis, padahal baru je habis kira...uhukssss*, dan setup eksperimen untuk isnin dan melaksanakannya, serta menyambung sample processing untuk recovery, otak saya mungkin tak mampu berfungsi dengan baik untuk menulis entry sekerap 3 kali sehari..hahaha.

Jauh di mata dekat di hati, ok?

Saya mengambil kesempatan ini untuk membuat wish - walau sibuk2 buat kuih raya, jangan lupalah malam2 terakhir di bulan ramadhan ini *ucapan dengki sebab takdan buat kuih raya*. Marilah sama-sama doakan semoga ditetapkan iman, teguh di landasan, dipermudahkan urusan dan kurang meroyan..hiks.

Buat adik yang telah dengan jayanya kembali ke tanahair selepas berhempas pulas di negara jiran, welcome home! Kurangkanlah bermain internet, jalankanlah amanah sebagai anak yang baik dengan melaksanakan tugas2 pembantu rumah tanpa mengharapkan bayaran..keke. Yang oenting, jadilah rakyat Malaysia yang penuh sopan santun dan tatasusila. Budaya samseng, dibawa jangan.hehe

Buat adik yang ke Jordan untuk menyambung pengajian *angah, yang tumbuk angah kat perut masa dia kecik*, semoga belajar rajin2 dan tolong carikan bakal abang ipar yang hemsems dan soleh .

Buat fangirls - marilah tangguhkan dulu kemeroyanan..kekeke. Oh, update sekupang - G-Dragon dah keluarkan single baru tajuk Heartbreaker dan jadik pilihan ramai kat MBank *Suju pon penah menang*. Dia release masa awal bulan puasa hari tu tapi I tak embed sini sebab ingat nak bermode fangirl lepas setel semua kerja *lepas raya nanti*.
Dan Super Junior M akan keluarkan MV baru in few days time. Toksahla tggu sampai tak buat keje apa..kekeke. Nanti lepas raya sure dah melambak version kat tenet, siap dengan translation dan parody dari fangirls dan antis.

Ni teaser



*yer, besar dugaan bulan puasa - kipas2 muka*

Good Nite 1Malaysia

Friday, September 11, 2009

Jay 2 pm updates

Yang buat onar meroyan gigih dok sebar msg komen myspace Jay tuh budak pompuan umur 14 tahun. Dia bengang sebab kumpulan pojaannya Shinee ala2 kurang bersinar dari 2pm. Kan dah kata? kekeke. Budak pompuan tu dah mintak maaf kat page Daum *bahasa korea* tapi fangirls masih panas hati.

Sumber
sumber lagi

dan dah agak..yang JYP mcm sesuatuh..tak gagah mcm JE kat jepon. So hottest2 pakat nak buat tunjuk perasaan dan nak hantar petition kat JYP. Depa nak boikot segala benda yang ada kaitan ngan JYP selagi Jay tak masuk balik 2pm..kekeke

sumber
sumber

lebih menambahkan kemeroyanan fangirls bila ada org tak menyempat2 nak crop gambo jay kat poster neh:

poster lama (DBSK ngan Jay ada)

poster baru - dah crop gambar DBSK (masalah ngan SM Ent pasal gaji) ngan gambar Jay. Nangis hottest2, ada sampai 3 hari 3 malam. sentap. *fangirls gelarkan diri depa hottest, hiks*
cilok poster dari koreaprecious.blogspot

Menggigil

Bila manusia
sengaja keluar dari landasan,
memberi 1001 alasan,
menunding jari belakang ke depan,
ke kiri dan kanan,
berdiri statik tapi mengharap berlaku keajaiban,
mempertikaikan isi2 suara yang aku lontarkan,
aku rasa, khidmat aku sudah tidak lagi dipedulikan.

aku rasa, aku hanya perempuan tua yang bercakap menggegarkan alam.
tapi impaknya tiada pada isi perut bumi.
aku rasa, aku hanya perlu risaukan diri sendiri.
dan mungkin juga haiwan-haiwan yang tiada akal dan tak mampu berfikir sendiri.
manusia dengan akal, biarkan mereka jalankan hidup mereka sendiri =).

Thursday, September 10, 2009

Entry emosi bukan sebab artis korea

Habis proses sample pukul 8.30 malam.
Alhamdulillah, lega sangat.
Balik pulak Deepani hantar ke asrama, since dia memang lalu asrama bila nak balik ke smith house. Alhamdulillah lagi =).
Today is wayyy better sebab malam tadi cukup rehat. So, lebih cergas dan ceria.

'Semalam muka mcm zombie' kata encik bos.

Haruslah mcm zombie, sebab kelmarin habis keje pukul 1.30, kendian sebab bantai minum minuman bercaffien, takleh tido. Sembang ngan Kak Yan kejap, pastu tunggu Subuh. Lepas Subuh tido kejap then sambung keje kat lab. Tapi hazabnye bila kesan caffein dah hilang, asik terhantuk kat mikroskop sebab ngantuk. Stop mengira, sambung tido lagi setengah jam. Sampai pukul 9 malam, paksa diri berenti sebab dah nampak objek dalam slide mengembang. So, sepanjang semalam rasa busuk ya amat, selekeh tak hengat. Tak mandi, setakat cuci muka je bila masuk lab. Tudung pun dah senget benget. Tak sempat lak cek ada taik mata atau kesan air liur basi kat muka. Takde cermin. hiks.

Perasaan sekarang bagaikan seekor kerbau di dalam lumpur, tenang dan nyaman. Walaupun bersifat sementara sebab esok kena buat pengecaman spesis cacing yang dah ditetaskan. Ada 25 jar yang nak kena camkan, kira dan rekod. Then kena amik gambar dari sampel yang dikira mcm nak gila tuh sebelum tergredasi. Kemudian kena start validation untuk recovery. So, weekends nih still takleh burgumbira sakan.

Semalam, dalam keadaan zombie, datang seorang hamba Allah ke opis, ketika saya pulang sekejap ke opis. Kisahnya begini...jeng jeng jeng..
Saya dalam proses untuk memohon kerja sambilan. Tapi setakat sembang2 dalam lab dengan Sara dan Fi, since depa dua org memang buat kerja sambilan jugak. So, cadangnya, bila dah settle eksperimen, saya nak buat keje part-time. Rupanya Fi dah maklumkan pada seorang pensyarah pasal saya yang mencari kerja sambilan, memandangkan dia memang memerlukan kaki dan tangan yang lebih untuk eksperimen anjingnya. Ada hamba Allah yang dapat tahu pasal hal ini, memaklumkan pada pensyarah tersebut bahawa saya akan ada masalah bekerja dengan anjing sebab saya adalah muslim. Maka, berdasarkan pengakuan yang didengar dari mulut hamba Allah ni sendiri, yang saya paham, pensyarah tersebut takkan amik saya kerja.
Saya diam.
Hamba Allah ini minta maaf, sebab dia tahu bila saya diam maknanya saya offended. Tetiba dia kata dia sanggup tarik balik kata2 dia kat pensyarah tu.
Saya kata takpelah, saya akan tanya encik bos kedua sebab eksperimen ayamnya juga perlukan orang. Lagipon bukan saya yang officially mintak kat pensyarah tu. Fi yang sangat baik hati fikirkan saya dan tolong tanyakan.
Hamba Allah ni bagi lagi dalil lain kenapa dia rasa saya tak sesuai kerja dengan anjing.
Katanya saya takde kereta. Saya terima.
Katanya susah. Juga saya terima sebab saya memang tak pernah handle anjing.
Semua saya terima, kecuali satu - alasan yang mula-mula dia bagi. Alasan yang menyebabkan pensyarah tu bersetuju tak ambik saya. Alasan yang membabi buta. Saya muslim. Hanya sebab saya muslim.
Saya memang emosi bab nih. Saya boleh terima 1001 alasan. Cakaplah saya tak cukup ketinggian untuk handle anjing besar, cakaplah badan saya kurus kering takde isi sampai boleh mengundang bahaya bila anjing ingat itu makanan, cakaplah anjing tu bakal gigit saya kerana boleh sense saya takut, cakaplah saya ni kelam kabut buat kerja dan tak sesuai kerja dengan anjing. Cakaplah apa sahaja tapi tolong cakap saya tak boleh kerja dengan anjing sebab saya muslim, dan saya ada issue dengan anjing. Apa isunya?
Saya mengigil tahan marah bila dia bagi alasan2 lain untuk menyokong tindakan dia menyarankan pensyarah tu tak ambil saya. Saya ketap gigi tahan lidah dari bergerak, kerana saya tahu, kalau saya bersuara, saya mesti akan menangis sebab geram.
Ini bukan soal duit. Langsung bukan. Kalau pasal duit, baik saya kerja kat rumah orang tua.
Ini soal maruah pada saya.
Saya tak mahu orang tak boleh bekerja dengan saya kerana agama saya.
Saya meminta position penghidang arak kah di kelab malam? Kalau itu yang saya buat, wajarlah orang nak mempertikaikan.
Ini penyelidikan untuk kemaslahatan anjing.
Anjing pon makhluk Allah kan?
Dia berlalu pergi lepas saya masih diam membatu dan elakkan bertentang mata.
One pandang saya.
Air mata jernih dah bertakung kat kelopak mata.
One pegang saya. Dia kata dia pon sentap bila terdengar conversation kitorg. See? bukan saya je emo tak hengat.
Series saya geram.
Kalau tak tahu apa2, boleh tak jangan cakap satu apa pun? Biar pensyarah tu yang tanya saya sendiri. Biar saya sendiri yang jawab. Ada isu atau tidak, itu antara saya dengan pensyarah tu.
Dalam etika kerja kehaiwanan saya, saya tak pernah bagi alasan agama untuk tidak melakukan sesuatu. Sebab bagi saya, kita yang buatkan benda jadi susah. Kita yang suka melebih-lebihkan. Pernah di smith house saya tengok sorang muslim sedang menyamak seluar yang terkena air liur anjing. Yang meruntun hati, dia menjerit 'stupid dog!' berulang kali sambil menyamak. Menyamak diam-diam takleh?
Allah kata samak dengan air tanah, bukan dengan air sungai gangga yang susah nak amik! Saya tammo orang menganggap agama islam mencacatkan kerja sehari-hari.
Kisah ini sampai ke telinga Sara. Kebetulan Sara pon kerja part-time ngan pensyarah tu dan dia sememangnya sentap bila isu ni timbul. Sara pon tumpang bengang sekali *dia memang rakan sepengoveran* dan suruh saya jumpa sendiri pensyarah tu kalau betul nak kerja.
Saya kata saya nak tanya encik bos kedua dulu sebab saya mcm lagi selesa ngan team encik bos kedua.. Kalau tetiba saya berminat nak join research anjing tu, baru lah saya jumpa lecturer tu. Dan bila saya dah tenang, saya nak confront hamba Allah ni elok2. Sebab sebelum ni pon dia penah buat statement 'bestnya ramadhan kat Malaysia, mesti takyah kerja sebab negara Islam'. Kalau yang dengar ni orang asing yang percaya pada dia? Tak ke menggambarkan puasa nih menyebabkan lemah gemalai terkulai layu di tasik madu sampai takde keje pon boleh buat.
Jangan biarkan orang ingat kita anut Islam sebab terpaksa, islam baka. Itulah anugerah terindah bagi menjamin kita dihormati dan menghormati, dikasihi dan mengasihi, dibahagiakan dan membahagiakan, ditenangkan dan menenangkan.

Wednesday, September 9, 2009

Royanan fangirl

Hari ni balik awal sebab nak tidur n rehat. Hope esok leh siap, ada 26 sampel lagik.
-----

Penulisan seterusnya adalah royanan fangirl 2pm. Bukan fangirls kumpulan korea takyah baca. Kang termenyampah pulak kan di bulan yang mulia nih.
Kinah and Ayang, thanks sebab btau pasal Jay dah quit terus dari 2pm dan dah balik US. Sentap okeh! 2pm will not be the same, percaya lah.
Tapi honestly, kalau orang dari budaya lain *nak2 lagi dari US*, mai ke Korea/Jepon jadik artist pastu kena mekap segala, cukur kening, pakai seluar ketat, taklehla nak blame dia bila dia buat kenyataan tak rasmi 'Koreans are gay'. Lagipon dia buat komen tu masa dia jadik trainee, sah2 masa tuh tengah teruk gila training/stressed out. And....komen tu 4 tahun lepas punya cerita (he was like..18?) dalam myspace pulak tuh. Peliklah antis dr Korea nih, gigih nak jatuhkan populariti orang sampai jenuh korek2 myspace orang carik benda zaman tok kaduk. Mengerikan sungguh.
Penah masuk web anti Superjunior, hazab sangat sebab depa buat kutukan2 tak berasas, sampai ayah Donghae yang dah meninggal pon leh jadik bahan kutukan. Lainlah anti SNSD (STAND) lebih bijak berbanding anti Suju atau anti 2pm yang emosi kalahkan org PMS. STAND kalau kutuk berasaskan fakta, jualan album, lagu etc2 bukan hal tak semenggah mcm ni.
Tapi on the other side of the coin, mebila kan Koreans ni semangat patriotisma dia tggi menggunung, so, bila org kata Koreans are gay, semualah gigih meroyan untuk mempertahankan kedaulatan negara. Masalahnya yang meroyan ni rasanya ramai pompuan (fangirls n antis ni kan banyak pompuan). Bab lain depa kuat meroyan ke ha? Mcm pasal artis je rajin meroyan.
Damage already done. Jay dah balik US lepas dia mintak maaf. Tapi mcm kejap gila semua ni jadik - ada dalam seminggu kan? mcm tak percaya je. Eeeei, rasa nak maki je puak2 antis nih *urut2 dada*. Takde keje lain ke nak buat? Siap buat petition suruh Jay bunuh diri, ape ke motipnya?
Pesanan untuk antis: get a life! meh tolong aku kira cacing lagi berpaedah dari hancurkan masa depan orang.
Jay, fighting! ko terer akrobat, suara sedap. We will never know what will happen in the future kan. Skang pon ramai orang tgh sain petition untuk Jay kembali..Tengok je lah..


Farewell Jay. Sapalah agaknya jadi leader..Mcm takde sapa pon yang layak =(. I hope Taechyoen ganti. Junho mcm takde aura leader (rumours kata Junho, huks)..

Off to bed!

Ada orang yang lebih susah

Pukul 1.30 pagi, opis. Permintaan buat mak tercinta, jangan risau dan jangan marah, nanti i stress..hihih.
I'm doing fine. Malam ni pulun buat kerja dalam lab. Kawan pon ada, termasuk dharma. Dah habiskan 44 sampel, tinggal lagi 56 sampel..=). Oh, mak jangan risau. Hari ni berbuka dengan sangat mewah. Ke bandar sekejap beli roti berinti kebab, beli pulak pasta seafood yang ada sayur-sayuran segar dan juga beli ayam bakar dan kentang goreng. Wah, over kan? Sebab tau malam nih kena kerja keras, hihi. Saya perlu makanan berzat untuk sihat dah kuat =).
Tadi salah sorang kawan datang lab masa saya tengah mengira. Dia komplen penat. Haruslah penat kan kalau kena kerja lepas opis hour sampai memalam buta.
Dia merungut, banyak sampel nak kena proses.
Saya tanya berapa. Dia jawab sampel dari 5 ekor haiwan.
Saya diam.
Dia kata dari seekor haiwan ada 25 ml darah, so kena transfer dalam 5 tube lain. Total sampel ada 25.
Saya senyum, teruskan kiraan.
Dia tanya saya ada berapa sampel, saya jawab 100. Sebab kena kira dua kali, so ala2 dua ratus. Tapi malam ni kira sampai 44 je.
Dia diam.
Dia blah pegi buat kerja.
Pukul 9.30 dia datang, kerja dah habis.
Dia tanya saya bila habis, saya kata target saya untuk siapkan sampai treatment ke enam, so roughly pukul 1.30 pagi.
Dia ingat saya buat lawak kurang kelakar di malam hari.Saya kata betul.Dia diam.
Dia pegi mandi manda *sempat mandi okeh* dan tidur.
Dia cakap esok dia nak balik awal2 pagi dan sambung tido, sebab sampling seterusnya tengahari.
Saya diam.
Dia tanya saya nak balik esok pukul berapa.
Saya kata lepas subuh kena sambung kira balik.
Dia diam dan terus blah.Dia buat muka bersalah pulak..sentap..hahahaDia mungkin ingat saya diam sebab sentap dia komplen2. Sebenarnya tgh khusyuk mengira =p.Saya terus terfikir, dalam pada saya dok cakap busy2 nih *exaggeration je lebih kannn, sempat je hapdet blog ni ha*, pasti ada org lain yang lebih 'susah'.Teringat Fi penah cakap, kawan dia skang buat study pasal bebiri. Memalam buta kena tunggu bebiri mengawan. Lepas mengawan kena cepat2 amik darah. Nak tgk blood counts lepas aktiviti pengawanan. Nak tggu bebiri mengawan satu hal. Nak amik darah satu hal. Kalau hujan ribut petir angin kuat segala, bebiri tak mengawan, hampa lah jawabnya. Dahla kena mengendap2, menyorok supaya bebiri tak perasan..yelah, kang malu pulak, terus tak jadik mengawan...Tulah dia ye kawan2, banyak benda yang kita tak sangka boleh berlaku. hiks.So, saya terfikir lagi..andai kata kalau luahan2 entry saya yang menggambarkan mcm saya sorang je yang busy dalam dunia, harap takde siapa pon terasa hati. Sejak azali saya memang sudah begini. Exaggeration yang lebih. hiks. Setiap orang ada kebusyan masing2. Kalau rasa susah, susahlah. Saya tak berbakat menyanyi atau edit video untuk distract saya dari meroyan akibat ketensenan..Saya juga takde bakat untuk amik gambo2 menarik guna kamera canggih sebagai distraction dari ketensenan. Adik ikan salmon pon tiada..hihihi. So bear with me lah ok? ahaks.
Oh, saya suka bekerja masa boleh puasa sebab bila berhenti untuk solat, otomatik akan rehat sikit. Masa period kalau kerja, makan pon kenkadang TERskip sebab taercarried away. Hikmah berhenti solat tu =).Tapi, kegagalan yang nyata di bulan yang mulia ini adalah saya bakal gagal khatam quran (T_T).Ok, nak siap2 terawih n tido. Semoga sudah terjaga dari bongkangan bila orang mai opis esok..hiks.Aminnn.Ops, nak gossip seposen jap. Ingat tak adik ikan Thai tu? Ake tuh..Dengan rasminya, dia digugurkan dari senarai adik ikan antarabangsa....Sebab?DIA ADALAH SEBAYA I..ahaksss *lahir bulan yang sama okehhhhhhh*. Title dah up jadik Kawan Ikan, mcm Tra...kekeke.
Ini facebook beliau *kesat hidung darah*

Monday, September 7, 2009

Update

'Excellent progress!' kata encik bos lepas saya bagi 1001 update:
incubator lagi satu dah reset, evaporation dah start measure manually, dah start kira2 telur cacing dan anak cacing dalam tinja walau slow, dah siap goyang gerudi tambahan 24 jar beserta polistrin, tanah dah dalam alkohol, tanah dah amik kat kedai dan dah siap nyahkuman, kandungan air dalam 100 tinja dah direkod, pre-validation recovery dah buat.

Agaknya bos nampak saya mcm sotong kering, jadik dia puji untuk bagi semangat. Kalau dia banyak komplen, saya rasa saya akan kejang tang tu jugak..Siap nak buat mulut berbuih bagi menambah effect..kekeke

Lega, sikit.

'Are you losing weight?' bos pandang.
'Yes, this is normal. I'm fine'
'So, I shouldnt worry?'
'Yes, you shouldnt' *senyum mcm heroin citer korea yang berpenyakit - lemah dan tak bermaya, kekeke*

Sekarang dah bleh jadik model iklan produk kuruskan badan. Seluar nih boleh digayakan, menunjukkan konon lepas pakai produk tertentu, perut tidak buncit lagi. Terima kasih tummy trim!

Mata dah mcm panda. Betis dah timbul urat2 halus kaler merah kehitaman. One cakap sebab banyak berdiri. Entah. Risau jugak.

Bos tanya, nak genjakkan eksperimen esok ke tak.
Saya diam.
Memang nak genjak, so saya ada banyak masa nak kira semua telur2 dan anak cacing. Bos cakap takleh biar sampel lebih seminggu nanti semua hancur berkecai, tergredasi. Ni dah seminggu. (T_T)
Tapi kalau genjak, saya akan beraya dalam lab. Seminggu lepas raya baru habis.

Soalan bos dibiarkan meresap dalam udara.
Hilang.
Saya teruskan keje.
Tak berapa lama lepas tuh, dia terjah lagi.
Dia sentap saya dok timbang2 tanah.
'Bukan kita dah setuju ke nak genjak eksperimen?'
Oh, rupanya kat sini pon konsep 'diam tandanya setuju'.hahaha.
Saya diam lagi, pelan2 angkut tanah boh dalam baldi besar.
Keluarkan sampel untuk dikira.
Saya dah sampai tahap penat nak bercakap.
Hanya anggota badan dan mata je yang bergerak.
Tiada bunyi.

So, encik bos monitor saya kira telur cacing. Dilution mcm tak cukup, sampai nak juling2 bila nak baca. Memang pon, satu sampel 15 minit untuk satu kiraan. Kalau buat replikat bacaan dah setengah jam. Sampel ada seratus.
So tadi bos bagi idea suruh dilute lagi.
Dan kena kira semula dari mula *pengsan*.
Tapi oklah sebab bacaan lebih senang. 15 minit untuk 2 replikat kalau tak banyak sampah sarap.

One *opismet thai* datang lab, melepaskan rindu kat saya yang seharian takde kat bilik. Bila bos ada, dia ngadu saya stress. Sentap. Kepochi tak hengat.
'Dia dah hilang banyak berat, dia stress'
'Toksah percaya cakap dia'
'Tau, u sebenarnya lagi stress dari yang dia gambarkan'
Sentap lagik.

'Jangan stress sangat, nanti sakit jenuh I kena kol Malaysia'
'Toksah kol, nanti mak saya datang'
'Mesti dia freaking out kalau tau anak dia sakit'
'Ya'

Malam ni tak jadi tidur lab sebab dharma kensel program dia.
Im so damn tired jadik tak cakap banyak pon ngan dia bila dimaklumkan tak jadi bermalam kat sini.
Malaslah nak tanya lebih2.
So, tadi balik asrama jap, masak telur dadar, makan nasik dengan banyak n lahapnye, siap2, amik bas datang balik opis.
Dilute dan kira beberapa sampel.
Ingat nak stay sampai kul 11, tapi mcm seram sebab ada orang laki masuk kawasan lab - cleaner yang cuci semua lab dan bilik. Better blah dari memperagakan diri..kekeke

Esok akan sambung kira-kira.

Recovery? pre-validation 86%. Bos kata dia puas hati. Haruslah encik bos, kalau encik bos kata tak puas hati, saya akan pura-pura pengsan depan encik bos. So, next step adalah buat validation yang sebenar. Lepas tu baru proses 100 sampel. Ntah bila masa nak buat entah. Lepas habis kira2 menatang ni lah kot.

Sedikit lega bila genjak eksperimen. Maknanya tahun nih, beraya dengan tahi kambing dalam lab..kekeke. Good byelah segala azam nak anyam ketupat segala. So long kuih raya. Groceries pon tak dan nak beli. Baju pon tak dan nak basuh.

Sepatutnya KPT bagi pembantu rumah untuk setiap student. Bahagiaaaaa...kekekeke

-----------------

You didnt cook anything yesterday?
No. Too busy.
Even egg?
Too tired.
What if you have children and husband to feed?
Thats why I'm not yet married. They will starve.
Hahaha!

Selekeh, selekeh


Tak dan basuh baju. *sigh*