Tuesday, December 30, 2008

Mangsa kerakusan

Sireh itu.
Yang tersusun indah dan rapi di atas junjung.
Telah menjadi mangsa kerakusan anak2 dara yang desperet tak jemu2 berusaha.
Sireh itu.
Telah menjadi lambang keoveran dan ketulusan persahabatan.

Gembira tanpa henti.
Bukan sebab dapat sireh curi.
Tapi sebab rasa dihargai.

Frens, forever.

nota kaki 1: cik gee, sepatutnya 'pengantin pompuan' tokleh tau. Awak buat2 tatau je lah ye..kehkehkeh.
nota kaki 2: u memang vok lah haza!ketua perompak sireh..kekeke

Monday, December 29, 2008

Cerita minggu lepas

Mode: qadha'

1. Interview es pi eh
The interview went well. Sejam sepuloh menet kena interview dik non! - ada adik yg tgh tggu turn tlg setkan masa..keke. The interviewers both non muslims. So, basically antara isi penting adalah soalan yg ada kaitan dgn agama dan bangsa. Panas montots.

*Will you go to pig farms for disease investigations if you are asked to?
*Why a lot of people now in gov sector refuse to handle pig samples?
*Do you agree that the new generation is less tolerant in racial and religous issues?
*In your point of view, promotions for officers should be on what basis?
*If we give you a chance to be a vet, will you be one?
*Honestly, if you got this job and do your PhD, will you go to universities and leave the department?

Nilah antara soalan yang ditanya..Menggelegak otak.

2. Gosipan
Keluar je dari bilik interview, quick goss ngan calon2 seterusnya. Terus sms Kak Yan bgtau dah selesai. Otw carik teksi jumpa 2 org junior sekolah rendah dulu, depa interview jugak. Lepas quick hug n kisses, tahan teksi dan menuju ke CM. Sembang2 ngan pakcik teksi sampai CM and suddenly dia cuit lengan.

'Kamu elok2, jgn sembang ngan org yg tak kenal. Sini banyak org pukau'
Serammmmms.

Bergossipan dgn Kak Yan, kat SR *ganu punya SR lagi sedaplah kak..keke*, singgah kat PS beli CD dan lepak pulak kat SB. Berhuha dengan riang gembira sehinggalah suasana jadik agak series bila masuk bab hati..kekeke. Oh well, berejam2 bergoss, suprisingly I can focus. Walau asik menguap *sorry kak yan* sbb penat, I had so much fun. Kita tak pernah sembang live ginih kan?
hiks. Tengs kak.

XOXO

Sunday, December 28, 2008

Azam

Tahun ini takde azam.
Malas nak azam sempena tahun baru.
Saya lebih suka memasang niat untuk melakukan sesuatu atau memperbaiki sesuatu bila ada kejadian merobek jiwa berlaku.
Ala2 dah terhantuk baru terngadah..hehe.
Yup, I'm learning the hard way.
Contohnya kena ban ngan Pak Abu dari amik ujian ento sebab pegi debate, dan kesannya paper ento dapat grade nyawa2 ikan.

'Ko nak buat degree debate ke degree bio?'

So, kesan dari itu saya lebih pokus pada study.
Tenkiu Pak Abu, saya sekarang lebih tau mengurus diri yang semakin kurus.

Still, there are few things yg ingin saya capai tahun ini. Doakan semoga saya berjaya.

*register/start PhD
*umrah
*1 publication in HIF journal
*found 'the person'
*vacation at oz
*new laptop
*watch theatre

note: Will be one year older guys! lets count the wrinkles!kehkehkeh..

Rahsia

Tadaaaaaa *jeling nisa*.
Mau buat secret entry jugak.



lepas nih bolehlah meroyan sesuka hati..keke..opsss, azam tak mahu meroyans lagik di sini..keke

Friday, December 26, 2008

Mati pucuk

Bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah disfungsi erektil atau Erectile Disfunction (ED) iaitu mati pucuk semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang.

Sumber

Wednesday, December 24, 2008

PMS

Just finished taking the PMS quiz

Summaries of my answers:

1. You hit the PMS lottery! Everything hurts–and you make sure everyone knows it! You pop Motrin like M&Ms,(by the pound), and for a few days every month you wear nothing but a heating pad and a scowl. When loved ones suggest exercise and fresh air, you walk briskly to the door and show them out! Frequent urination has forced you to put a mailbox and a George Foreman Grill in the master bath. And, how 'bout a little vinegar with that oil? Your complexion is so greasy the only thing that keeps your glasses from sliding off is the giant zit on your nose.

2. A spoonful of sugar helps the mood stabilizers go down. Also known as Miss Wiggy, your premenstrual persona contemplates the meaning of life one moment and the next, is enraged over the preempting of a soap opera. Family members have suggested name tags for your different personalities. Trying to keep up with your fickle feelings during PMS is like watching ping pong champions on speed. Planning anything – a wedding, oil change or a bikini wax – should probably be avoided during this time

3. Prisoners of the hell you inflict would find Alcatraz more comfortable. After all, if you're suffering, why shouldn't everyone else suffer, too? Is a little revenge really such a bad thing? Sarcasm is another service you offer. Your husband suggests you get a part-time job, and you respond, I already work very hard at making your life miserable! The bumper sticker on your car reads: Hows My Driving? Call 1-800 KISS MY ASS. Until this stage passes, nothing is right: the house needs painting,your car's too old, the dog is ugly, the neighbors are Nazis.

Hahaha, lawak seh!
I'm trying my best to control it, bookmarked the page and thinking of buying the PMS owners manual. ahaks.
Alhamdulillah, bulan ini saya berjaya mengharunginya dengan bergaya. Bulan depan harapnya berjaya juga. Hiyah! semangat! Doakan i ye u ols!

update: sudah register as member kat sinih dan yang kiutnya, dia ada system alert yang akan bagi email berunsur tips2 untuk menghadapi PMS setiap bulan menjelang hari 'istimewa' itew.
hiks.
hiks.

------------

dia: 'Husband saya siap cari artikel pasal PMS. Dia cakap PMS berlaku sebab tak cukup tidur, tak cukup senaman dan tak cukup makanan seimbang'
saya: 'Uh, saya memang ada semua masalah tu'
dia: 'Husband saya pon cakap saya ada semua masalah tu'
saya: 'Untungnya akak dapat laki mcm tu, siap tlg carikan info'

jeles
jeles
jeles

hahaha

Tuesday, December 23, 2008

Code blue

Code blue.
Status ym saya.
Ada yg terus membuat serangan peribadi.
Konon saya tgh layan citer blue.
Helo, kalau citer blue takkan saya nak jaja kat status ym?
Kan?


mode hidung berdarah....

Mula semester

Semester dah mula.
Akan mula membantu pensyarah dalam kelas amali.
Mode: tune kepala otak untuk menanda lab report dan mencuci mata.
Akan mula busy.
Bloghopping akan dikurangkan.
Meroyan tak tentu hala akan cuba diminimakan *meroyan hanya akan dilakukan pada wanita2 vok saje..haha*.

Hiyah! Mode semangat sebab masuk sem baru.

Monday, December 22, 2008

Stop it, please.

Encik, saya dah tak keje jabatan hewan.
Saya tak pernah bela rimau.
Saya juga tak bela rimau sekarang.
Akaun bank kepala rimau pon saya takde.
Kesimpulannya, saya takde kaitan dengan rimau.
Rimau belang, rimau kumbang, rimau bintang, semua takde kena mengena dengan saya.
Tapi saya boleh jadi garang macam rimau.
Jadi takyahla tepon saya pukul 12.59 malam.
Sekian harap maklum.

Friday, December 19, 2008

Kamu, kamu dan kamu

Untuk kamu, kamu dan kamu yang terluka dan dilukai, be strong.
Untuk kamu, kamu dan kamu yg tak sengaja melukai, be sensitive.
Untuk kamu, kamu dan kamu yg memang hobi melukai, だいきらい!

p.s Cik Mah, ku cilok gambar ini dari blogmu.

Kamu, kamu dan kamu - Tahniah!Bangga dengan kamu!

Wednesday, December 17, 2008

Tag Am

1. 5 ciri wanita/lelaki idaman anda:
- kurus, tinggi
- kelakar
- rajin keje
- suka bincang segala isu dgn saya =)
- knows how to handle me

2. 5 wanita/lelaki yang tidak pernah anda minati sepanjang hidup:
- Yang kononnya serba tahu, sentiasa nak menang dan berlagak.
- Yang simpan rambut panjang tapi tak reti jaga. Mcm singa terlepas kandang.
- Lelaki yg perasan hensems dan perasan macam semua org minat dia. Akan pura2 tak nampak kalau bertembung ngan mana2 pompuan. Pigidah!. *kak lynn, skalik lagi saya emo..keke*
- Yang metroseksual terlebih, yg pantis2 kening jadik nipis *qila, thank god yamapi tak cukur kening mcm kame!*
- Yang kononnya lebih alim n warak dr orang lain, dan suka mencanangkan kebaikan yg dia buat. [contohnya semasa di perjumpaan bekas pelajar, seorang x-klasmet skolah rendah yang tak suka saya sebab saya amik kelas sains *oh, kelas sains kurang beriman dari kelas agama* yang melayan saya macam saya langsung tatau hukum agama dan memaklumkan dalam miting dia hapal al-baqarah sambil menjeling saya. Ambikla jawatan tu. Saya dah letak jawatan dan tak join persatuan.haha.]

3. 5 perasaan anda sekiranya keluar dgn orang yang anda minati:
- Gelabah ayam. *Neves seh...*
- Happy.
- Eh, tudung senget tak ek? *mahu kelihatan kiut!*
- Lebih sihat, sebab jantung pam darah lebih cepat.
- Risau dan x henti2 berdoa semoga tak berlaku kejadian yg memalukan seperti tersadung batu atau tersangkut tudung kat pokok.

4. 5 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda:
- Pulau Redang!
- Mekah
- Jepon *nak carik Yamapi Prof. Nagasawa ngan dia*
- Sweden *Nak bawak dia jumpa 2 org kawan baik saya*
- Pourtsmouth, UK. *rahsia*

5. 5 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia:
- Jam tangan yg best *menandakan setiap detik dia dlm ingatan saya* agagaga
- Satu dari benda sepasang yang saya beli. Penah tgk keychain yg mcm puzzle tu? Sorang dapat sebelah hati, mcm tu lah..kekeke
- Benda2 berunsur bebiri. Supaya dia ingat saya selalu.
- Entry blog untuk dia. Tapi bukan di blog ini..ahaks.
- Scrap book untuk dia

6. Tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.

- Wonderpets *sebab saya suka lagu ini dan saya mahu dia rasa kecomelannya juga*



- One love [Arashi] *kena bagi translation skalik..haha*



-I'll be there for you [The Rembrandts] *sebab dia akan jadi bestpren saya*



- Bukan Superstar [Project pop] *sbb saya hanya manusia biasa*



- Bawaku Terbang [The Fab. Cats] *sbb nak pujuk dia selalu blanje naik kapalterbang*



7. Individu yang anda tag dan mahu mereka buat 5 perihal ini.
- kak ziela
- cik mah
- kak yan
- kak lynn
- kak delinn

Jangan baling kasut

Jangan baling kasut, baling benda lain yang lebih berat dan menjijikkan. Dan tolong pastikan tepat ke sasaran okeh?

Tuesday, December 16, 2008

Suatu kekejaman

Kisah semalam di rumah kawan.
Anak katak yg mgkin remaja masuk ke dapur.
Melompat dengan girang.
Saya tangkap.
Campak keluar.
Kuat.
Terlalu kuat.
'kelekuk!' kepala dia landing dulu.
Maafkan daku anak katak.
Jangan berdendam denganku.
Hukkkkks

Monday, December 15, 2008

Solehah?

'Aku dah jadi baik sekarang, dah jadi solehah'
petikan skrip kamala dalam spa q 2.

Macam kurang tepat je penggunaan perkataan tu.

Tutup buku lama, campak jauh2

Here goes.

Miting kay pee tee 16hb ni rupanya. Kalau ikut information bulan Feb. Alhamdulillah, senang nak buat apa2 keputusan kalau 'sangkut' lagi..thehe. InsyaAllah by 17 leh tau result. Takpon the next working week.

Interview es pi ay dkt bangunan area2 masjid negara on 18hb. Januari akan tau keputusan, insyaAllah. Tuan director dah buat surat rekomendasi *oh, ada ke pkataan ni?*. Saya akan bersungguh2 utk ditemuduga.=)

I'm following the flow. Doakan semoga Allah permudahkan jalan yang terbaik. Amin.



dah tukar ringtone, tak guna lagu wonderpets lagik. guna lagu neh^^. lagu lama yg best.

Sunday, December 14, 2008

Peluang kedua masih ada

Naik bas ke ganu dengan wajah penumpang yang hensems dikenali. Saya tau dia mamat warga yu.em.ti. Saya tersentap bila dia turun di tepi jalan, tak tunggu sampai ke stesen bas. Wah, takkan dia duduk jauh sangat dari uni? Saya bukak mata luas2, rupanya bas lalu area dekat2 dgn uni.
Saya bangun, nak turun jugak dekat situ - senang cik Mah amik, takyah ke stesen bas di bandar.
Sentap, bas dah gerak.
Malas nak jerit.
Saya sudah terlepas peluang.
Bas takkan berpatah balik.
Saya kecewa....

Tanpa disangka, bas berhenti di perkarangan uni, ada students turun rupanya.
Dan saya ikut turun.
Lega sangat.
Alhamdulillah.
Peluang kedua masih ada. Mungkin lebih baik.

Minggu depan saya interview. Menerima pelbagai pandangan dan reaksi samada untuk stay sini atau balik berkhidmat di Ipoh. Sebenarnya saya sudah buat keputusan, bila saya benar2 yakin baru saya akan dedahkan *wah, siap dedah2*.

Rasa2nya, apa keputusan saya?

Undi di sebelah..hehe

Saturday, December 13, 2008

Back to ganu



scheduled entry: otw to ganu

enjoy the clip. lagu yg sweet. mari kita dgr benda2 yg mengembirakan saja. tammo sedih2 ok? kita gorgon pompuan kuat! err, boleh tlg buang dr playlist lagu leleh2?keke

Friday, December 12, 2008

Kita kena lakukannya untuk diri sendiri

Jangan jadikan kesedihan, kegusaran, kemurungan terus menyelubungi kita.
Kita akan rasa hebat bila bangun pagi dengan senyuman. Saya pernah rasainya, jadi bersemangat sepanjang hari. Saya ingat saya akan kehilangan senyuman di awal pagi utk satu tempoh masa yg lama. Tiada lagi keceriaan pada pukul 5.30 pagi. Saya silap perhitungan. Suara Yamapi mendendangkan lagu, mengejutkan saya bangun tidur sangat menggetarkan jiwa. Saya bangun sambil tersenyum, dan separuh hari terpikir, sedapnya suara dia.hahaha.

errr, atau sedapnya speaker s.e.? kekeke

Thursday, December 11, 2008

At last, good news!

Alhamdulillah, lepas JKLB. Waiting for the letter. Menunggu KPT pulak.
And yes, just found out that my dearest x-boss will join my interview next month week [thanks kak yan].

blessed.
blessed.
alhamdulillah.

and yes my fren, saya sudah mempersetankan benda lain selain kerja dan study. and i'm feeling great!2009 adalah tahun untuk fokus kerja dan study.
no regrets.

kak yan, congrats sbb dpt NSF scholarshp itew..keke!

Wednesday, December 10, 2008

Tak suka!

lately saya dikelilingi 4 jenis lelaki yg bijak pandai, tapi menyesakkan jiwa.

1-merokok sakan di dalam kedai makan tanpa mempedulikan org keliling yang jenuh pekup2 idung. merokoklah, tapi tlg jangan di dalam kedai makan.
2-ckp lucah dgn pompuan. Mind you, perkataan 'terangsang, gersang, romen' boleh jadi offensive pada kebanyakan orang, termasuk saya. org yg bcakap lucah nih adalah org yg tak hormat org lain dan tak hormat diri sendiri.
3-perasan hebat. ingat semua org tergila2 kan dia. siap buat muka keji kalau bertembung. pigidah!
4-lazer mcm pompuan. cukuplah pompuan ramai kat muka bumi nih, toksah nak tambah bilangan pompuan lagik. ko tak pms kan? tak menopos kan? so, jadilah lelaki sejati.cool ok, cool!

-------

go away, leave me alone.

Tuesday, December 9, 2008

cerita kuih dan hati

saya: eh, ni kueh yg dua kaler tu ek? *menegur mak yang sdg mengacau bancuhan*
adik: hahaha, apalah kakak nih. Mak tgh buat marble cake lah. Ade ke kuih dua kaler.
saya: *sentap sampai terdiam*. Ape2 je lah.
mak: hahaha


--------------
Sebenarnya
saya tak pernah main2 soal hati dan perasaan
dan harapnya
saya takkan jadikannya satu permainan yg menggembirakan
sebabnya
saya tau ia menyakitkan
doakan saya ye?


Nee chan n yla, thanks for the invisible hugs! <--(^_^)-->

Sunday, December 7, 2008

Mobile blogging



Sila sengetkn kepala. Ini si comot. Cubaan mobile blogging telah berjaya. Yay!

Saturday, December 6, 2008

isk, takde citer lain ke?

Kisah 1

Perbualan dgn hosmet;

'si polan si polan dah nak kawin'
'ye ke?isk, derang nih memuda lagik dah kawin'
'muda hapanya. ko ingat umur ko tu berapa?'
'erk, hahaha. kita yg tua tapi tak kawin2'

Terlupa umur dah doplohnam. Nak masuk doplohtujuh. Tapi jiwa menten muda.ekeke


Kisah 2

Sembang2 ngan mak sambil tolong tengok buat tat nenas

adik: mak, abang ckp dia dah ada awek [abang yg baru abis SPM]
mak: ye ke?
adik: haah, dah tanya dia, dia syok sendiri ke tak. Dia jawab budak tu pon suka dia.
saya: hahahaha
adik: dia cakap dia nak kawin
mak: nak bagi anak org makan apa?
saya: topap pon suruh org..ada hati tuh..kekeke
saya: ha, kamu pon ada awek?
adik: mana boleh cakap
mak: ha? dah ada ke? sapa?
adik: mana boleh cakap. teka la
mak: budak tu dapat 5A tak?
adik: dapat
mak: pengawas ke tak?
adik: tak bleh ckp *terus melarikan diri*
mak: kalau bukan headgirl mak tak nak!
saya: over betul budak2 nih
mak: ntah, orang yg sepatutnya ada, takde. Yang sepatutnya takde awek lagi, ade pulak.
saya: *ulps* hahaha - gelak paksa

nota: dulu saya tulis surat kat budak laki siap kena kurung dalam jamban. Siap terpekik terlolong mintak ampun. sib baik depa lahir lambat, kalau zaman saya kecik dulu, mesti dah kena apa yg patut.


Credits to Cathy Thorne

-------

Org tak hargai kita sebab dia tak syg kat kita. Benarkah?

Friday, December 5, 2008

Kecil tapi besar

(9/9/2008)
Soalan dari seorang teman: Apakah benda kecik yang membawa impak besar pd u?
Teman itu memberi contoh2 yg dah ada dalam list beliau, disediakan untuk ucapan.
[Minta maaf - Pujian or kritikan dengan ikhlas - pendengar yang baik/setia - hormat menghormati - balas sms,wlupun hanya "OK" - appreciation - pertolongan yg ikhlas dan senyuman - bagi tempat duduk dalam public transport yang sesak to org tua, pregnancy lady and yang ada anak2 kecil - kalau di jalanraya, beri laluan kepada yg berkenaan.]


Benda yg kecil pada org lain tapi besar bagi saya ada dalam list di atas. hiks

ps: kod utk tak mahu diganggu dan dijamin tidur juga akan lena - [bzX8] (bizik kuasa 8 - tahap gaban)


cartoon credits: cathy thorne

p.s.s: wonderpets - tak besar, tak kuat, tapi hebat.

Off to Ipoh

Scheduled entry

On my way to Ipoh. Doakan semoga saya dan rakan2 selamat sampai. Selamat meraikan Hari Raya AidilAdha di mana jua anda berada.



cartoon credits: cathy thorne

Thursday, December 4, 2008

My 2 cents

Dah hampir setengah tahun dok sini. Adapting quite well, alhamdulillah. But still, ada benda yg masih tak berapa nak paham

1. Pengurusan sampah.
Lori sampah tak angkut sampah depan umah. So, kena mengangkut sampah ke tong besar yg diletakkan lebih kurang setiap 2 km di tepi2 jalan raya. Masa kat umah lama dulu, dek kerana sampahnya banyak n tammo sumbat dalam keta, kitorg letak atas bumbung keta dan cik Mah drive pelan2 utk ke tong sampah berdekatan. Bila dia membelok lepas trepik lait, sampah jatuh ke tengah jalan raya. Hadeh, jadik keje lak nak berjalan ke belakang n kutip balik sampah tu..keke.Pelik jugaklah bila lori sampah tammo kutip sampah depan umah sebab pepagi nampak je depa dok lalu depan umah sambil sengeh2.

2. Kerjasama.
Well, ni bukan generalisasi. Cuma pernah berhadapan dgn situasi pitam dan cramp kat tempat membeli belah. Bila saya terjelepuk kat situ, semua org just tgk sahaje. Mcm saya tgh buat pertunjukan pulak rasanya. Bila saya gigih bangun, cuba berjalan dan jatuh sekali lagi, still org tgk saje. Tergamam agaknya tengok org mcm mabuk. Walaupun ada sorg salesboy yg offer bantuan, tapi last skali power rangers wanita - cik Mah, Kak Ipah n Siti yg mengangkut saya keluar dari tempat itu sambil diperhatikan oleh orang. Tapi jauh di sudut hati, memang depa jenis buat tatau ke kalau tgk org terjelepuk jatuh di tengah khalayak umum?Ingat nih Bang Bang Boom ke?

3. Kedai runcit/kiosk.
Yang paling tak dipahami adalah matlamat depa bukak kedai runcit, dan jaga kedai/kiosk. Biasanya kalau beli barangkat sini, org yg jaga kedai akan buat muka 'pesal ko dtg kedai aku?' ataupon buat vodo terus. Cik Mah penah nak beli gas kat satu kedai nih dan bila cik Mah tanya boleh tlg hantar tak gas ke rumah, org kedai membuat muka malas nak layan sambil memberi jawapan negatif. Semalam, masa kak ron nak tanya pasal perfume, budak yg jaga kiosk tu buat muka menyampah gila. Terus saya blah, tak koser nak ngadap muka menyampah itew. Macam kita nih mengganggu masa dia bergosip2an..Haish, tak paham... Susah ke nak bermanis muka dan memberi layanan baik?Baik ko balik main ikariam dari jaga kedai!

4. Servis kedai.
Kebanyakan kedai makan kat sini - termasuk pija hat, servisnya tak menepati piawaian. Menunggu org nak amik order pon leh tumbuh akar dah rasanya. Psst cik Mah, mlm tadi kita siap angkat2 tangan nak suh waiter amik oder kan?..keke. Tu baru proses amik oder, belum tggu makanan siap lagi.. Tapi ada gak servis kedai yg ok, mcm kedai Zalina tuh..Adik waiter pon comel2..ahaks.

5. Umah.
Heran betul design umah2 yg dibuat pemaju. Bukak je pintu, terus nampak toilet. Setakat nih, rumah2 yg saya rasa ok adalah umah yg didesign sendiri, bukan design pemaju. Mcm tak convenient sangat, tatau nak letak kat mana washing machine, peti ais.

6. Mat rempit dan pemandu jalanraya.
Ni memang menguji keimanan dan kesobaran. Mebi due to the fact that sini takdak hiburan sangat, merempit di jalan raya merupakan hiburan depa. Dah tak tertahan hari tu, sbb mcm ada pesta merempit kat jalan menuju bandar, saya terus sms rakan kop. Saya menanam azam, skalik lagi saya nampak budak merempit ramai2 kat jalanraya di siang hari, saya akan terus tepon polis! Hish, bebudak yg tak merempit pon sama...helmet memang tak pakai pastu suka main cilok2 sesuka hati. Semalam nampak ada helmet tergolek2 kat jalanraya. Tu mebi org yang pakai, tapi tak fasten. Hish! Pemandu2 keta lak suka bersantai2 di pagi hari sambil menghirup udara segar dari pantai dan juga menghirup makian pemandu2 yg meroyan nak sampai opis cepat..keke

Despite all this, ganu sudah ada tempat di hati saya =)

---------
The way to love anything is to realize that it might be lost. - G. K. Chesterton -

Wednesday, December 3, 2008

Kampus banjir

1 Disember banjir dalam kampus. Telah diisytiharkan cuti bencana alam. Semalam air dah surut, alhamdulillah.

Photo credits to : mi[at]umt[dot]edu[dot]my


Tuesday, December 2, 2008

Hapdet

Baru lepas presentation pagi tadi. Fuh..not up to the expected standard, tapi lega. Lega sgt. Bagus gak presentation nih, dapat brainstorm utk expand lagi research.
Thanks semua. :BIGHUG:

Updated : Eh, I masuk paper u ols...kekeke *mode kembang hidong*


-----

Press conference

Pemberitahuan:

Segala gosip liar yg melibatkan saya dengan mana2 individu perlu berlandaskan ciri berikut. Individu tersebut perlulah

1. Tak merokok
2. Akademia/penternak/petani/penyelidik
3. Tak takut pacat
4. Tak mabuk darah
5. Tak geli main selut
6. Suka kucing
7. Bukan metroseksual


So, kalau takde ciri2 tersebut, maka wajarlah diabaikan.
Sekian dimaklumkan.

ps: zamila, dont worry. tu bukan taste saya.

Tag dari Qila

"To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them"

Cis, kena tag ngan Qila. Tak padan dgn kena present proposal esok..sempat lagi minah kiut neh main tag2..hahaha

Pelik?Pelik ke?

1. Saya suka buat org yg saya sayang marah dan jengkel. Saya suka kena marah dengan org2 tersebut, ala2 untuk menarik perhatian. Contoh paling dekat, ayah. Saya suka buat ayah geram. Tapi setelah pattern diketahui, dia abaikan saja perangai2 saya.

'Errr, ayah tammo marah ke?'
'Nak buat apa marah, kamu kan dah besar.....Ayah tammo marah....'
'Hukkks'

2. Saya suka pegang2 tangan, paut2, sentuh2 orang - for time being, pada pompuan saje. Ntah pesal. Tapi bukan lesbo, harap maklum. Saya rasa safe dan tenang kot. Ahaks. Selalu kena sound ngan makcik2

'Ni ape hal pegang2 tangan sama2 pompuan nih.......'
Huh, jengkel ke makcik?

3. Makan VS tidur, saya pilih tidur. Tidur merupakan cara paling mudah utk saya hilangkan tekanan. Kalau makan masa stress, mesti suap lambat2..pastu leh sedih2 time makan. Tapi bila tidur...bestnyeeeeeee. Sanggup berlapar untuk meneruskan tidur...

4. Eksaited tgk binatang seperti lembu dan kambing. Perasaan yg tak dapat digambarkan. Bahagia..ahaks.

5. Saya penakut. Nampak cam berapi2, berani. Hakikatnya saya penakut. Sangat. Nampak clown pon leh berpeluh2. haha.

6. Suka mendengar kisah cinta org...keke..

7. Tak berapa layan lagu2 jiwang. Pengecualian pada time2 tertentu saje. Kalau dgr lagu lembik2 ginih mulalah buat keje lambat2..keke..So, dalam playlist, lagu2 yg semangat sajork..haha

Malas nak tag sesapa. Lain kali je lah..keke *tag yg hari tu pon depa tak buat lagik..haha*

Saturday, November 29, 2008

Tag Kak Lynn

Tag dari Kak Lynn

Starting time: 2.39 ptg - 28 Nov

Name: dijahsaad

Sisters: 0

Brothers: 4

Shoe size: 5

Height: 157 cm

Where do u live: Kuala Terengganu

Have u ever been on a plane: Penah.

Swam in the ocean: Bukan berenang, belajar apungkan diri di Pulau Redang yang indah...uhhh

Fallen asleep at school: Hahahahahaha...Wabak kat Taayah.

Broken someone's heart: Ntah, macam takde je. Org je yg salu broke my heart..wakaka.

Fell off your chair: Penah, sebelah laki org kat lab lama. Gedebabbbbbbb..macam nangka busuk!!

Sat by the phone all night waiting for someone to call: No komen. keke

Saved emails: Opkos.

What is your room like: kdg2 kemas, kdg2 sepah. Kalau mood hokeh, bilik cantek. Kalau meroyan, bilik mcm tpt perlindungan mangsa banjir.

What's right beside u: beg laptop.

What is the last thing u ate: Nasik, ikan keli, kacang buncis, sayur campur. Brunch.

Ever had...Chicken pox: Ciken poks sama ngan pelentung ke? Kalau sama, penah. Masa dajah 6.

Stiches: Di hati..keke

Broken nose: Tiada.

Do u believe in love at first sight: Ntah, no komen.

Like picnics: I loikeeeeee!

Who was/were... The last person u danced with: tiada. nari sensorg..keke..oppps.

Last thing made u smile: mak kol and bergoss.

Today did u...Talk to someone u like: opkos.

Kissed anyone: nope.

Get sick: nope, alhamdulillah.

Miss someone: ntah.

Who do u really hate: cuba tammo mencik org.

Do u like your hand-writting: sukerk!walaupun buroks.

Are your toe nails painted: tak.

Whose bed other that yours would u rather sleep in: Katil besau kat master bed room. leh golek2 sesuka hati..wahaha

What color shirt are u wearing now: hitam.

Are u a friendly person: ikut mood.

Do u have any pets: kat sini takde, tapi hosmet bela kekura ngan hamster.

Do u sleep with the TV on: tak.

What are u doing right now: main ikariam sambil buat tag.

Can u handle the truth: boleh, tapi susah.

Are u closer to your mother or father: masa kecik ayah, masa besau mak.

Do u eat healthy: yup, dgn kak ron sebagai hosmet..keke

If u're having a bad day, who are u most likely to go to: sapa saje yg ada dekat ngan saya..kekekek

Are u loud or quiet most of the time: extremely loud.

Are u confident: a bit. and the confidence level just dropped tremendously.

5 things I was doing 10 years ago:
1. study kat taayah
2. berkasih mesra dgn zaidi..wakakaka
3. menjalin hubungan yg xtra mesra dgn the sistas - along, angah, ude, alang, ayang, ateh, kak chik
4. sibuk join xtvt2 skolah sebab malas study
5. enjoy enjoy enjoy..kekeke

5 of my bad habits-
1. Baran
2. Suka kaco org
3. Malas
4. Kuat tido
5. Banyak cakap

5 places I've lived/living-
1. Rumah Ipoh
2. Asrama Taayah
3. Asrama Kolej Taj
4. Desa Bakti USM
5. Kuala Tgganu

Tag
1. Angah
2. Mior
3. Yla

*denda sebab tag hari tu tak jawab*

Friday, November 28, 2008

Tadaa

Tadaa...I'm back..hehe
Again, pemulihan yg berlaku sedikit pantas dr yg dijangkakan. Semalam tido sampai 12 jam..ahaha *buat perangai taayah*. Tak pulih sepenuhnya, tp saya harap saya akan jadik kuat. Amin.Tqs kawan2 sbb doakan saya.

Bengkel yg dah habis. Secara overallnya ok. Blajar kenal cacing yg jangkiti tanaman. So, kalau sesapa yg nak berkecimpung dalam industri pertanian, make sure you gain a lot of knowledge before mula menanam. Jangkitan pada pokok akan sebabkan nutrien diserap dan hasilnya output akan merudum. Banyak yg dapat belajar dari bengkel nih. Walaupun lawatan ke ladang dijalankan dalam hujan lebat, at least dapat gak experience.

Musim tengkujuh skang nih, so, hujan turun sepanjang masa. Harga ikan naik melambung sebab nelayan tak turun ke laut. Sian nelayan dan penjual2 ikan..Sian jugak org yang nak makan ikan..hehe. Kwn2 ckp tengkujuh mebi sampai bulan 1. Huks. Sejuk, lembab, gloomy. Buat keje pon malas. Otak jadi beku. Salur darah mengecil. hahaha

-----

penjual ikan bukan selfish tau tapi fishmonger. lebih baik jadi penjual ikan dari jadi selfish.

Thursday, November 27, 2008

Maafkan saya

Maafkan saya

1. Maafkan saya mak sebab tak dapat teman mak gosip dan pegi kenduri kawen.
2. Maafkan saya Ude sebab tak dapat teman ude pegi hari kuarge dan bersame ude di saat kesusahan.
3. Maafkan saya encik sebab dah pecahkan kanta mikroskop.
4. Maafkan saya adik ikan sebab asik membuli anda secara mental.
5. Maafkan saya kawan, sbb buat perangai saiko sampai anda konpius2.
6. Maafkan saya adik comel, sbb tak dapat teman travel balik ganu dari Ipoh.
7. Maafkan saya puan doktor, saya tammo bedah.
8. Maafkan saya semua, saya sungguh mengecewakan.

Saya disable komen, menandakan jiwa kacau di paras 98%. Sekian.

Tuesday, November 25, 2008

Awan


Awan yang memayungi kita dari terik mentari. Terima kasih Awan. Terima kasih Allah.

ps: ni bukan saya yg snap..saya jumpa gambar nih dari source yg juga ter jumpa gambar nih.

Sunday, November 23, 2008

Hilang seminggu

Menghilang seminggu - Kursus Pengecaman Genera Nematoda di UMT


ps: sms saje kalau rindu, takyah segan2..wakaka

Kenangan

Kak Faizah, yg baru menamatkan zaman solonya bbrapa bln lalu memang sering jadi usikan dan mangsa sakat pompuan2 gedik dalam bilik nih.keke. Dia yg matang, hanya senyum, blushing dan ketawa kecil bila disakat2. Agaknya dalam hati, rasa nak hempuk2 kitorg dengan buku2 rujukan yg ada..haha.
Suatu hari tetiba timbul idea menyakat dia;

'Akak, dah isi borg keselamatan?'
'Belom'
'Erm, saya rasa jenuh akak nak isi tu'
'Ye ke?'
Muka dia cuak sikit. Dia bangun dan dtg kat meja saya.
Yes! Pancingan mengena. *mode angkat2 kening*
'Saya just isi bahagian diri sendiri, bahagian mak ayah' *sambil saya menunjuk2 kat bahagian yg dah isi*
Saya sambung lagi...
'Tapi kalau akak, byk nak kena isi ni..sebab bahagian suami pon kena isi'
'La, tu je ke...'
Hilang muka susah hati dia.Hehe. Tapi muka dia cam blushing.Hiks.

Petang tu, ketika saya sibuk bergoss di tpt Haza, tetiba Kak Faizah singgah di meja saya yg berselerak sebelum dia balik rumah.

'Dijah...' dia panggil sambil membelek borang di meja saya. *Ada kesilapan saya isi borang cuti blajar ke?*
Dia sambung...
'Niha....status kawin'
'Ha?'
'Awak tanda bujang'
Huh! Balas dendam rupanya!
'Memangla bujang kak oiii!' *mencik!mencik!mencik!hahahaha*

------------

"Akan ku simpan kemas-kemas kenangan ini, walau aku bukan penyimpan kenangan yg tegar"

Thursday, November 20, 2008

Sudah ok..

Luka sudah pulih, pendarahan sudah berhenti. Sakit masih ada, jd tak boleh sentuh pembuluh darah..keke. Terima kasih semua. Berkat sokongan, dorongan, doa dan tips main ikariam dari kalian sangat membantu memulihkan keadaan saya. Dan bila saya semakin pulih, saya juga bersemangat utk beri sokongan buat rakan baik saya. Saya ingat akan hibernasi seminggu, nampaknya tak sampai 24 jam. Alhamdulillah, pencapaian yg memberangsangkan.

Updates:

Baru lepas submit proposal kawin sambung belajar utk dievaluate jabatan. Maybe next week presentation *mode ketaq lutut*. Next week juga akan busy seminggu - deting pegi kursus ngan adik ikan.

Hujung minggu nih Kak Ron plan nak masak bekfes n ajak org dtg umah.. Kak Ron, there goes my beauty sleep di siang hari! *bluwek*

Sayang semua. Muahs


------



Colbie Caillat - Realize

Wednesday, November 19, 2008

Luka

Kisah dia - Hatinya bagai ditusuk2 dengan benda tajam tanpa perikemanusiaan. Benda tajam dan berkarat, yang akan memudaratkan.

Kisah saya - Pembuluh darah bagai ditoreh dengan perlahan2..Sampai darah mengalir tak berhenti..Mungkin pembuluh darah saya disangkakan berdinding tebal..hakikatnya tidak..

Ah, kalaulah mereka faham.

Mode hibernasi sampai luka ini sembuh.

p/s: saya takkan disable comments, tp tolong jgn speku ye..keke

Sunday, November 16, 2008

Belum matang

Kita sudah matang dalam budaya bloging.

Apa pandangan anda?
Saya lagi suka untuk katakan kita belum matang dalam budaya bloging. Sebab masih ramai blogger2 yg tak bertanggungjawab - mengkopi pes entry org lain dan jadikan hak milik senirik, menaip entry2 berkonsepkan perkauman, meniupkan perasaan benci dan amarah antara satu sama lain, mewujudkan blog berunsur kelucahan melampau dan menyebarkan fitnah.

Anda rasa, bagaimana?

Saturday, November 15, 2008

Interview

Mom just called.
Got the letter.
The interview for DVS will be on the 18th of Dec.
Sigh.
Confused.

----

Oh, not bad bebudak tak cukup umur neh..gagaga..keke

Forwarded email

1. DON'T SLEEP WITH WATCH

Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.

2. DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.

3. DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used.These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mobile phone near you, switch it off first.

4 . DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

Lastly.....

5. DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again!

Happy weekends fellas!

Friday, November 14, 2008

Kuiz?

Helo, boleh saya bantu?
Saya nak activatekan kad

Sila beri number IC
(memberi num IC)

Ok cik, sapa nama ibu?
(memberi nama mak)

Ok, apa alamat email?
Er, alamat email yg mana ek saya bagi?
Yang hotmail cik
ooooo (memberi alamat email)

Ok, kalau kecemasan sapa yg perlu dihubungi?
Er, sapa ek saya bagi? (membantai saja nama ahli keluarga)
Salah ye cik...
Err, aduh. (membantai pulak nama org lain)
Ok cik betul, kad boleh digunakan selepas 5 minit, terima kasih.
Ok, terima kasih ye..Hahaha

Rasa mcm main kuiz. Huks. Mesti dia mengutuk saya dalam hati, kan?

So sweet


~So Sweet~

Kak Yan, amiklah banyak2 gambar bertemakan kasih sayang.keke


ps: credits to amolife.com

Thursday, November 13, 2008

Updates

1. Pocong dah kalah. Tapi kalah bergaya. Persetankan ckp2 org. Pocong korbankan ego dan keemoan demi ketulusan sebuah persahabatan. hakhak.

2. Adik pocong saya yang bongsu - A'a berjaya dapat 5A dlm UPSR. Alhamdulillah. Tqs pada yg mendoakan..

3. Adik pocong saya yg tingkatan 5 - Kerol sedang bertungkus lumus untuk SPM. Doakan ketenangan beliau utk melaluinya.

4. Genap seminggu dah pindah rumah. What can I say... environment yg baru sangat mengujakan. Cuba mengamalkan gaya hidup yg sehat. Mengekor Kak Ron ke gym, menyibuk bila Kak Ron jog dan memantau Kak Ron memasak. Oh, dapur yg besar akan membuatkan kita teruja untuk menyibuk tgk org memasak!

5. Proposal yg dah siap dan dalam proses mengedit2 dan tambah2 bagi comel. Doakan.

6. Yla tgh bersemangat ke BTN di Ulu Sepri. Hope she is enjoying herself.

7. Kak Ron dan Gee akan ke Penang utk IELTS. All the best.

8. Kelmarin bday Haza. Qila buat suprise dgn order bunch of chocs. Gelabah ayam sat si Haza sbb igt secret admirer bagi..hakhak. Utk yg ingin buat suprise buat yg tersayang, sila layari website ini. Tapi harganya..ouch!

9. Going back to Ipoh on the 27th and going to IMR on the 28th, InsyaAllah.

10. Wikends tanpa Kak Ron akan dipenuhi dg aktiviti2 kurang berfaedah. Tapi akan diselitkan dgn menyiapkan slide presentation proposal dan mekap2 proposal dalam versi words.

11. Saya belajar utk tak letakkan harapan terlalu tinggi dalam apa jua perkara. Kerana saya pernah jatuh gedebab mcm nangka busuk. Sakit montot masih terasa. Saya cuma tammo melakukan yg sia2 yg mungkin ragut kebahagian senirik *err, apakah ayat?*

Wednesday, November 12, 2008

Masa untuk berubah

Mengorbankan sesuatu yang kita suka lakukan, demi utk menjaga hati org. Kerana bagi kita, keselesaan, ketenangan dan kegembiraan org itu lebih bermakna.
Wajar dikorbankan, sebab 'sesuatu' itu bukanlah perkara yang sihat utk dilakukan!
Dijah, masa untuk berubah!
Hey kamu! Ye, kamu..mak lampir yang comel, tenkiu! *sambil senyum kambing*

----

ps: hey, pocong yang comel takkan kalah lah!

Monday, November 10, 2008

Qila perlukan idea kretip anda

Dear friends, selaku gadis kaunter pertanyaan bilik tutor/felo yang sentiasa menyibuk dgn hal orang lain, saya ingin memohon idea dari anda2 yang kretip

berikut merupakan entry di blog beliau
kawan-kawanku.. seperti yang sebilangan anda sedia maklum..saya bakal bertukar status~ ehehe.. dan sekarang banyak preparation sedang rancak dijalankan..tapi satu jer yg mende yg stuck..DOOR GIFT..or versi melayunye hadiah pintu...wakakaka!! selain daripada bunga telur yang biasa2 tu..ade tak lagi idea lain yg unik dan memorable untuk sume golongan tetamu qila nanti ek? or kalau jumpa link yang menarik pasal door gift yang tak tercapai akal saya untuk mencarinya kat tenet pun leh attach kat sini...(~x^).
Anda boleh tinggalkan komen di sini atau di blog beliau.

ps: Qila, I nak u cepat2 kawin dan bahagia, agar u tak ganggu Yamapi I!!! kekeke

Sunday, November 9, 2008

Ekspresif dan diskriptif

Kawan saya ckp, ada banyak benda yg tak perlu diungkap, kita boleh tau maknanya sendiri berdasarkan perbuatan yang dizahirkan. Ada jua percakapan yg mempunyai makna tersirat. Semua ni kena paham-paham sendiri. Err..inilah kelemahan saya. Tak semua org dlm dunia nih cekap membaca tindak tanduk org dan memahami maksud kata2 yg tersirat seperti Angah. Sayalah salah seorang yang tak cekap itu.
Satu hari seorang pensyarah yang ekspresif telah bersembang ngan saya. Tapi saya kira dia belum cukup ekspresif sebab dia tak mengekspresikan apa kemahuan dia dalam perjumpaan tapi mengharapkan semua orang tahu apa yang dia nak, apa yg tersirat. Gosh, susah juga kan? Walaupun saya seorang yg ekspresif, saya hanya angguk2 kecil pada setiap ngomelannya. Ternyata dia seorang yg hebat dalam menafsir ekspresi saya.
‘Ok, apa yg u paham dengan arahan I hari tu? Apa yang tersirat?’ *Hambik ko!*
‘Er..saya tak paham sebenarnya yang tersirat tu. Sebab yelah, nih tahap2 senior. Saya blur2 lagi nih’ *mari kaver diri*
Muka dia muka sentap. Tapi dia senyum. Kelat.
‘Ok, apa yang u paham dengan yang tersurat? Tell me.’
Oh, apakah ini semua? Lindungilah hambaMu ini ya Allah....Keke
‘Err, yang saya paham…sama macam arahan tu lah, list2 semua’
dan 15 menet kemudian, masa saya telah dipenuhi dengan mendengar luahan perasaan yang suci murni. Still, saya rasakan dia perlu ekspresikan pada sasaran, bukan pada diriku yg tatau apa2 ineh..kekek.
Saya suka menjadi seorang yang ekspresif. Tak perlu risau orang tak faham dan tak tahu apa yang saya rasa.
‘Akak sedikit kecik hati. Nanti bila akak dah ok, akak kol’ sms saya pada adik ikan menerangkan kenapa saya refuse utk terima panggilan dia. Dan dia reply sms saya dgn satu patah perkataan saje ‘Over!’. Cis. Dia mungkin igt saya bercanda ria, tapi hakikatnya saya serius..keke

Ekspresif dan deskriptif, saya tak boleh mengharapkan org lain pon begitu kan? Sebab tak semua perasaan wajar diekspresikan, tak semua benda patut didiskripsikan.

------

Hidup ini terlalu singkat untuk melakukan perkara yang sia-sia.

Indikator bahagia

Mereka katakan, perempuan suka memikirkan soal cinta dan perkahwinan. Cinta dan perkahwinan bukan satu2nya indikator untuk bahagia.

Saya katakan, mereka suka mengejar pangkat dah harta. Pangkat dan harta bukan satu2nya indikator untuk bahagia.

Apa yang ingin anda katakan?

Saturday, November 8, 2008

Keliru

Apa sudah jadi dengan masyarakat dunia.
Keliru atau buat-buat keliru?
Yang lelaki mahu menjadi cantik jelita, yang wanita mahu jadi gagah perkasa.
Saya pernah terjumpa undergrad - si keras separa ayu yg ingin menjadi si gebu jelita, bertanya pd penjaga kedai jika pil hormon ada dijual di farmasi.
Sungguh menyedihkan.
Ada juga di dunia ini orang tak keliru, tapi cuba mengelirukan orang lain.
Sesuka hati mengwanitakan sesuatu yang tak jelas jantinanya dan menamakannya MINAH. Dunia oh dunia.

Ps: tapi Minah comel.

Wednesday, November 5, 2008

This is not my month

Ok, here goes.
This is not my month.
Seriously.
Thats what I'm feeling rite now.

Dimulakan dgn isu kesihatan. Lepas balik dari Ipoh, one lecturer ni pasan muka saya mcm lesu. Penat sebenarnya. So, dia pon tanya2 ttg kesihatan saya. As you all know lah kan, Kalau ditrigger, laju cam keretapilah segala cerita akan keluar. So, we talked and discussed on my health. Tanpa disangka, dia suggest jumpa kawan dia - pakar sakit puan kat ganu. Malam tu jugak appointment ngan doc. It was a fruitful one, dan dia kata laparoscopy tu optional. Since tak nampak cyst masa scan, so takyah worry. Mebi ada gumpalan darah kat dalam tapi nak go on ngan laparoscopy nih leh decide lepas kawin *kalo kawin*. Kalau payah nak ngandung katanya, leh buat laparoscopy kot2 gumpalan darah menyumbatkan tiub fallopio. Okes, lega. alhamdulillah. But to her concern is the thyroid swelling. Seriously, dah membengkak sebesar telur ayam. So, she asked me to refer kat surgeon. Tengoklah. Dia ckp kalau tak buang, masa ngandung nanti akan ada complication, bengkak akan membesar dan leh put pressure kat nerve and trachea.
So, pasal health nih dok ding dong kat kepala. Ada few cases org yg operate thyroid nih meninggal. Sebab kwsan thyroid gland nih banyak nerves. Worse, I'm asthmatic. Doc penah ckp yg masa nak bius akan jadi sgt kritikal. Takut lungs saya over sensitif ngan ubat bius, terus tak bangun2 dah. Ada gak kes yg lepas operate terus takde suara. Kiranya kena betul2 pikir nak go on ke tak. Tapi ramai je yg survive. Tapi biasalah, kita akan pikir kesan yg buruk2..hehe

Then, dalam kekalutan nak pindah hari nih. Rasa mcm keypad nih payah nak tekan. Habuk kot. Selalu dok kopek, cuci and pasang balik. Semudah 1 2 3. alkisahnya hari nih, bila kopek, takleh pasang balik.....Beramai2 org tolong saya, sampai last2 patah dah komponen2 utk hurup neh..keke..Kena bawak gi kedai la nampaknya...tulah, gatai tangan lagik..*sigh*

Worse of all, masa teman Kak Ron gi angkut barang masuk umah baru. Masa nak tutup pagar sebab nak ke uni semula, pagar yg saya tarik tetiba terbalik, hempap keta Kak Ron, dan berderailah cermin keta belakang dia. Dan tergurislah plate kete dia. Kete baru ye kawan2, beli masa raya. Imagine how I felt. Terkasima sekajap selama beberapa saat pastu jerit mcm org gila kekdahnya. Pagar tu punyalah besar gabak, nak angkat pon tak larat. Time saya tarik la pulak tu nak jatuh menyembah bumi. Uhuks. Mebi saya salah tarik. Ntah, sebab tak ingat. Sekelip mata dah jatuh. So we went to service center. Done, tapi traumatic. Sangat. Kak Ron, thanks for being such a cool victim. Uhuks. Memohon ampun dari ujung rambut ke ujung kaki. Saya tammo sentuh dah pagar tuh!

-----

'Berhati2'
dan SMS ini menjadi kekuatan saya. Thanks.

Tuesday, November 4, 2008

Hati yang sayu

Over kan tajuk? keke.
Saje bikin panas, drama kuin lah katakan..keke.
Esok dijangka berpindah randah. Yer, masanya sudah tiba.. Esok akan membawa diri yang duka dan lara ke rumah baru. Ketika dalam mood bergossipan tak hengat donia dengan hosmet merangkap bestmate - cik As kiut, ditakdirkan utk berpindah. Selalu mcm tuh kan? Bila kita berada dalam satu keadaan yang selesa, something will happen..

'Lepas nih aku nak gosip ngan sapa?'
'Takpa, nnti aku rajin2 lepak umah hang'
*errr, nampak sangat diriku rakan goss yg tiada galang gantinya

I will miss Kak Bi, cik puan umah yang rajin masak dan pengerusi gosip2 hangat kat umah neh. Saya dengan rasminya meletak jawatan sebagai PA kepada pengerusi. Maka, tugas saya selaku pihak yg bertanggungjwb mengesahkan gosip2 dengan melayari page2 forum di internet akan diserahkan pada cik As.
I will definitely miss cik As, gossip partner dan juga rakan yang banyak berkongsi segalanya - bilik air, baldi, kereta, cerita, pakwe masalah, kegembiraan dan kemeroyanan. Allah saja boleh balas jasa2mu tak ternilai ini...
I will miss strimiks.Sob..sob..Maka wajarlah gelaran ratu goss yg serba tahu dilucutkan selepas ini *title tu diberi sendiri..ahaks*. Sebab saya akan menjadi wanita yg suci lagi menyucikan dari maklumat sebarang gosip sensasi di luar sana. Mgkin saya perlu merujuk org2 yg lebih arif selepas ini *menjeling faiyun*. Mgkin juga saya akan terima updates melalui sms tanpa melanggan *menjeling faiyun lagi sekali*.
I will miss the kekacang kekucens yg comel2 kat umah sebelah. Walaupon saya tak pernah bagi depa makan dan walaupun depa suka cakar keta cik As, saya tetap rasa depa nih comels..keke
I will miss jiran sebelah rumah a.k.a kak yam the ketua jabatan yg baru. Keluhuran budi pekerti beliau dan suami serta kucing2 akan dikenang. Saya juga akan kenang makanan mereka yang sedap..kekeke. *mari mengipas ketua jabatan yg baru, keke*

Dan hari ini juga mendapat sms dari bos lama

'Tggu S*PA panggil, ujung bulan nih depa mebi panggil interview'
'Ok'

Sayu. Bila kita sudah selesa dgn sesuatu, akan datang berita yg tak disangka2, kan? Tapi takpelah, sometimes perubahan is good for our health, kan?

Ntah2 nnti bila saya sudah betul2 selesa dgn seseorang, opah pulak carikkan calon?uhuks!

--------

Plan nak beli celcom broadband. Any testimonials?[tammo testimonial dr pengguna meksis broadband sponsor, harap maklum..keke]

Maksud tersirat

Top 10 Rejection Lines Given By Men (and what they actually mean...)

10. I think of you as a sister. (You're ugly.)
9. There's a slight difference in our ages. (You're ugly.)
8. I'm not attracted to you in 'that' way. (You're ugly.)
7. My life is too complicated right now. (You're ugly.)
6. I've got a girlfriend. (You're ugly.)
5. I don't date women where I work. (You're ugly.)
4. It's not you, it's me. (You're ugly.)
3. I'm concentrating on my career. (You're ugly.)
2. I'm not ready for any commitment. (You're ugly.)
...and the number 1 rejection line given by men (and what it actually means)...
1. Let's be friends. (You're really ugly.)

Saturday, November 1, 2008

Tag dari Am

1. What is the relationship of you and him?
My junior dalam team, tpi skang dia memecut laju menjadikan I junior dia..kehkehkeh.

2. Your 5 impressions towards him.
1. Cool
2. Comels
3. Manja
4. Pandai
5. Kretip *am, don’t kill me for num 2 and 3*

3. The most memorable things he had done for you.
Since tak rapat sgt ngan dia, the most memorable things he had done is leaving comment on my blog and kejiing both kak khalid and tra together.

4. The most memorable things he have said to you?
Gimme five kak dijah! *felt like he is my brother*

5. If he become your lover, you will…
Be stressed because it wont work out. See, I am annoying most of the time and he gets annoyed easily. haha

6. If he becomes your enemy, you will…
Still enjoy his video log and waiting for his new music videos. But I will keep it to myself. Enemy lah katakan…keke

7. If he become your lover, he has to improve on…
the easily annoyed feelings. If not, I need to glue my mouth!

8. If he become your enemy, the reason is…
I annoyed him too much.

9. The most desirable thing to do on him is?
Gathering of USM debaters and work on a music video!

10. The overall impression of him is…
A smart, great guy.

11. How do you think the people around you will feel about you?
'Hadeh, dia nih tak bleh berenti bercakap ke?'

12. The character of you for yourself is?
Love to motivate people.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Demotivated easily.

14. The most ideal person that you wanna be is?
My granma.

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
Stay with me.

16. Ten people to tag:
1. kak yan
2. kak delinn
3. rahyla
4. angah
5. mior
6. ayang
7. tra
8. alang
9. encik halym
10. faiyun

17. Who is no. 2 having a relationship with?
Ahaks. Tanya dia senirik.

18. Is no. 3 a male or a female?
Ahahahahahaha..unsur keraguan! Macam pompuan. Tapi ntah.

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
Well yeah. tapi kalau lebih2, hukumnya haram..wakakaka

20. How about no. 5 and 8?
Alang bini org beranak satu. Mior adalah pakwe angah. Nnti akan berlaku pertumpahan darah..wakaka

21. What is no. 1 studying about?
Tentang lalat. Forensic entomology

22. Is no. 4 single?
Tak. Tu, mior tu pakwe dia..

23. Say something about no. 6
Ayang yang cantik macam maria farida. Kuat semangat. Panyayang. Baik hati. Rajin. Tabah. Sorry guys, she’s taken!

Hapdet

Hola...hapdet dari ghumah tercenta.

1. Perjalanan KT-Ipoh yg cukup tak selesa sebab suhu dalam bas hampir mencecah takat beku *rasanya, lah*. Sampai menggigil2. Pakai sweater pon menggigil2. Orang lain semua siap bawak selimut segala...kelumbung bagai. Cuba jugak lelapkan mata. Kejap2 je boleh lelap, rasa cam tengah main aci nyorok, dan tengah menyorok dalam peti ais! Nanti balik KT nak pakai berlapis lapis baju..uhuks!

2. Kucen2 di rumah yg sehat walafiat. Alhamdulillah...and good news! dua kucen betina sedang mengandung...wauwee..

3. Specialist visit yg menyentapkan! Dia suruh datang selasa nih utk laparoscopy. Dia siap pesan suh puasa start monday midnight. Masa tuh mcm kena pukau, hangguk saje. Bila dah keluar bilik doc and discuss ngan mak, baru mcm tersnap back to reality. Tersentap dari hypnotyzed la kononnya kan. So, lepas pikir punya pikir atas thinking chair...changed the date for the minor operation to 2nd of Dec. Sempat siapkan keje. Sempat mencikwokzkan diri lagi..Sempat..sempat..hehe. Doc akan bagi 14 days medical leave. So, masa tuh cuti sekolah. Bolehla menggedik bermanjaan berehat kat umah dipantau mak n adik2..insyaAllah.

3. Suppose balik esok. Mak suggest balik Ahad. Mode anak yg taat...wakaka. So, akan amik emergency leave hari Ahad. Lepas tuh kena pikir pasal pindah umah..

Uhuks.

Thursday, October 30, 2008

Doakan, doakan

Pagi tadi permohonan untuk candidature dan scholarship dah dipos. Alhamdulillah. Doakan, doakan. Tatau rezeki bagaimana. Masa mengisi borang, berpeluh2, bernapas pun dah tak ikut hidong, tapi ikut molot, jantung berdegup kencang. Over kan? Drama kan? Oh, biasalah tu drama. Sebab buat kerja last menet. Masa dah nak pos borang, baru perasan yg arahan permohonan biasiswa tu ada disertakan dengan 14 mukasurat borang yg perlu diisi. Softcopy, tu yg tak perasan. Maka, mengisi dengan penuh kelam kabut, tapi sambil menyanyi2 utk menenangkan diri. Dahla mintak fotostat itu ini... Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan kesabaran kawan2 menyemak application. Thank you Dayah si dutch lady!
Lega.
Baru nak lega, jadi tak lega balik. Kena siapkan proposal untuk KPT. Sebelum dibawa ke KPT, kena dpt approval dari jwtnkuasa cuti belajar dulu. Sebelum masuk jawatankuasa cuti belajar utk dpt approval, kena present kat jabatan dulu. Fuuuuh, manyaknye peringkat..Kalau tersangkut kat salah satu peringkat, jenuh la nak kena berhempas pintu pulas buat pembetulan. Kena semangat, kena semangat! Doakan tau!Doakan, doakan!
Lab report fisio ada lagi 1 stack. Roughly ada 100 scripts lagi. Fuh, dari beratus2 dah tinggal seratus. Alhamdulillah. Tak sabar nak habis.
Lab report kultur tisu tak tanda lagi. Sebab kena study kaw2 masa tanda. Benda yg tak penah belajar, benda yang tak penah buat. So, kena study balik. Tapi tak dan dah nak study slow2..kena pulun sampai semput!. Semangat!semangat!
Esok balik Ipoh. yay!
Doakan saya selamat sampai. Bas pukul 830 malam. Akan sampai Ipoh pukul 6 pagi, InsyaAllah. Doakan, doakan! Semoga perbincangan dgn specialist nnti akan memberi saya sinar harapan untuk mengecap kebahagiaan di hari yang mendatang *apakah ayat?*.
No updates until saya balik sini. Kecuali kalau gatai tangan dan ada drama sensasi utk dilaporkan. Kat rumah nak bergoss dgn mak puas2, dan melepas rindu pada kekacang kekucing. So, akan cuba jauhkan diri dari internet..

Jangan nakal2...
daaaaaaaaaa~

Wednesday, October 29, 2008

Dugong

Hai dugong yang comel.
Saya mahu betul2 manfaatkan masa kamu di sini.
Kerana saya tau kamu akan berenang jauh.
Pulang ke pangkuan dugong2 yg vogue lain.
Kamu dugong yang comel.
Yang buatkan saya gembira.
Semangat saya utk terus berusaha.
Tinggallah sini lebih lama.
Tapi saya tahu itu tak mungkin.
Saya tetap akan berada di sini.
Kalau perlukan bantuan, sms telefonlah wonderpets.
Mereka tak besar dan tak kuat.
Tapi sebab kerjasama, semua benda jadi mudah.

*bahana terlalu banyak tgk wonderpets*

Monday, October 27, 2008

Royanan

Aku rasa ko nih ada penyakitlah
Penyakit apa
Meroyan bila sambung study
Erk, manader. Aku selalu je meroyan
Tak, yang ni meroyan lain
Ape yang lain
Pikirla senirik
Manader, dulu aku ok je time masters
Ko gadoh sampai putus kan
Erk. Tapi skang aku ok. Aku siap berazam nak kawen tahun depan
Cakap je lebih, ko akan meroyan
Meroyan pekebenda?
Ko akan buat perangai supaya org yg rapat ngan ko rasa tak best dan blah
Erk. Aku tak konpiden kot
Ko tak reti nak divide study ngan personal life. Ko tak yakin ngan diri ko.
Ye kot. Aku banyak sangat pikir. Aku suka pikir bukan2
Kali ni jangan buat lagik
Err..aku dah terbuat. Dah meroyan dekat orang yang important dalam hidup aku
Sengal!
Uhuks. Doakan aku..

Cinta dan perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ya, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

"Usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya."

Mongol800 - chiisana koi no uta

Munajat cinta


DEWA ( Dhani ) - Munajat Cinta The Rock Feat Dhani

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah sudah

Hati ini selalu sepi,
tak ada yang menghiasi,
seperti cinta ini,
yang slalu pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini semakin layu,
tak ada yang memiliki,
seperti aku ini,
semakin pupus

[Chorus]

ps: bukan bunga pudar warna..kehkehkeh

Saturday, October 25, 2008

Iklan

Dear friends,

I'm giving away a bottle of 200ml Clarins toner - for combination and oily skin. I used it a little and since it irritates my skin - not suitable for me, i decided to give it away. Just email me at dijah_bestatyahoodotcom. It is FOC, just pay for the postage.

ps: muka makin teruk!wawawawawawa

Friday, October 24, 2008

Bilik tutor felo

Honestly, it was tough for me to adapt. Sebilik dengan berbelas2 org yg pelbagai ragam, dan tak dikenali membuatkan rasa sungguh lonely. Hobi pada masa itu adalah berdeting dengan adik ikan di kandang kambing. Tapi saya teringat pesan bos lama 'be nice to people and they will be nice to you' dan teringat slogan 'to know me is to love me' - so i should love them in order to know them. So I did. I love them. I care for them. And now I know them.

Peliknya bila kini saya rasa sebak dengan keberangkatan ahli2 bilik tutor felo yg dijadualkan utk melanjutkan pelajaran end of this year. Kalau rewind balik masa memula masuk, tak terpikir pon akan ada feelings menebal sebegini dgn sesapa dlm bilik ni. Sebab semua buat kerja masing2, dan I felt that the room is just a transit utk ke destinasi seterusnya. Macam hotel or rumah tumpangan. Tempat berteduh dari hujan dan panas, juga dari binatang buas dan biawak yang besar2.

Oh, i wont forget the cute girls, hot mommas, great friends.

Kinah - Stay cute and selamber!walaweyyyyy!
Cik Kam - Hot momma! kem salam kat abang2 bomba.
Kak Ron - Saya nak lantik diri sendiri sebagai ketua kelas menggantikan akak boleh? keke
Aidiah - Ko jadikanlah trifle tuh sebagai main menu utk jamuan raya kat ostrolia nun. Mesti berjujuk org nak pinang ko. keke.
Dayah - Semoga jadik Dutch Lady yang solehah berterusan.keke. Kalau dijah rindu, dijah akan minum susu dutch lady selalu..haha.
Adilah - Dah tepon cik rohani utk bgtau tak jadi pindah umah? kekeke.

Kami yg tinggal akan bertungkus lumus..Doakan kami..

------

Jamuan raya [potluck] - saya menawarkan diri utk membuat minuman sebab tak reti nak masak apa. Rupanya, buat air pon susah! Penat hokehhhhh..tammo lagi volunteer buat air.. Nak bertugas sponsor ais sajork!kekeke

Jamuan hari raya di umah Isma & cik kam + kenduri kawin kak faizah = I enjoyed! Thanks kawan2..

Semoga kita semua akan terus spread the love di mana jua kita berada.

Take care!

Ha ha ha

Setelah menjawab soalan kuiz, inilah hasilnya

TYPE C --- 40% FLIRT

You are shy by nature and have only a small circle of friends. These attributes to the fact that you would not have a high chance of getting trapped in a triangular relationship.

ahaks!macam tak jer

Ayang, I can bet u bebudak taayah semua akan dapat jawapan yg sama..Silakan angah, silakan alang. Mau tau jawapan anda.

Mau cuba? Klik pada entry wilda yang kononnya pemalu di sini.

Thursday, October 23, 2008

=(

UPDATE: HFON SUDAH OK.

-----------

Line hfon telah diblok.. Saya tak mampu return miskol atau membalas sms. Saya juga tak mampu bertanya khabar dan mengganggu anda. Tempoh hibernasi: seminggu. Mungkin juga lebih lama, mungkin juga kurang. Diam bukan tanda tak mengingati. Masih ingat, masih di hati.
Kesian Sekian, harap maklum.

Kalau rindu, sebut nama saya, pejam mata, tepuk bantal 3 kali, baca doa dan tidur dengan lena..ahaks.

---

Mode hari ini: pening

*Apekah? menaip pun tersasul sasul*

Laskar pelangi



Mimpi adalah kunci
Untuk kita, menaklukan dunia
Berlarilah, tanpa lelah
sampai engkau meraihnya.
Laskar Pelangi..
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
Raih bintang di jiwa.

*Reff :
Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang Kuasa
Cinta kita di dunia
selamanya...

Cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita.

*Reff :
Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang Kuasa
Cinta kita di dunia
selamanya...

Laskar Pelangi..
takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi.

*Reff 2x:
Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang Kuasa
Cinta kita di dunia
selamanya...

Laskar Pelangi..
Takkan terikat, waktu..


Nota kaki: Semoga bersemangat! [walaupun mungkin lagu ni bukan taste anda]

Padan muke

Saya memang terkenal dengan sikap bertangguh. Juga terkenal dengan sikap 'kurang rajin'. Saya suka rasakan due date masih jauh. Lagi beberapa hari nak due date baru terkocoh2 berpeluh2 siapkan.
Sehinggalah hari ini pada pukul 9:30 pagi, saya terima email dari si dia. Psst, comel, kan?keke. Dia minta saya setelkan permohonan biasiswa. Oh, tarikh tutup 31 oktober, masih ada masa kan? Bila mengira2 dengan jari, saya sudah takde masa! Malam ini perlu bersengkang mata. Perlu campak jauh2 mood PMS, perlu simpan kemas2 perasaan rindu, perlu fokus. Saya perlu kuatkan semangat.
Nota kaki - padan muka diri sendiri. Inilah sebab saya selalu gagal. Suka bertangguh. Dan suka bermalas2an. Oh, tak perlu bebel, saya boleh bebel pada diri sendiri. kekeke

*mode hibernasi sampai hujung minggu*

------

Kalau pegi konsert shiela majid boleh tenang ke?wakaka.

Tuesday, October 21, 2008

Darahku

Type O was the first blood type, the type O ancestral prototype was a canny, aggressive predator. Aspects of the Type O profile remain essential in every society even to this day – leadership, extroversion, energy and focus are among their best traits *mcm tak jer!*. Type O’s can be powerful and productive, however, when stressed Type O’s response can be one of anger, hyperactivity, and impulsivity. When Type O wiring gets crossed, as a result of a poor diet, lack of exercise, unhealthy behaviors or elevated stress levels, Type O’s are more vulnerable to negative metabolic effects, including insulin resistance, sluggish thyroid activity, and weight gain. When you customize your life to Type O’s strengths you can reap the benefits of your ancestry. Your genetic inheritance offers you the opportunity to be strong, lean, productive, long-lived and optimistic.

As a Blood Type O you may be predisposed to certain illnesses, such as ulcers and thyroid disorders. In the 1950’s it was discovered that Type O’s had about twice the instances of ulcers of all kinds than the other blood types. These findings have been replicated many times since then. Type O’s tend to have low levels of thyroid hormone and often exhibit insufficient levels of iodine, a chemical element whose sole purpose is thyroid hormone regulation. This causes many side effects such as weight gain, fluid retention and fatigue. Dr. D’Adamo does not recommend iodine supplements, rather a diet rich in saltwater fish and kelp to help regulate the thyroid gland. Bladder Wrack is also an excellent nutrient for type O’s. This herb, actually a seaweed, is very effective as an aid to weight control for Type O’s. “The fucose in bladder wrack seems to help normalize the sluggish metabolic rate and produce weight loss in Type O’s,” says Dr. D’Adamo.

Nak tau lebih lanjut pasal kumpulan darah anda? klik sini

Pain

**TRA, WELCOME HOME!

UPDATE:

'I just want to check my blood test result. Hows the T3 and T4 result?'
'Your T3, T4 and thyroid function is normal dear. I am happy when I get the results'
'Normal?But why I'm having cramps and these painful symptoms? I thought the hormones interfered with the calcium absorption'
'No no no dear, everything is fine. I have no idea why you are having the symptoms. I think we need to conduct other diagnostic tests'
'Oh, I'm in such pain. Waiting for the period is like waiting to deliver' *mode ngengada*
'Dont worry dear. Just wait..'
'Ok, thanks doc. I will discuss with you on my next appoinment'

Nota kaki - alhamdulillah...lega, tapi risau. Dulu masa arwah kakak masih bayi, doktor gagal ambil tindakan cepat selamatkan dia sebab doktor masa tuh masih kena bukak buku.
Thanks frens for the wish. Oh, bestnye blogging..a great therapy =).

-----------
Dear friends

I'm in pain.
'It' was scheduled to be on the 19th.
No sign of it until today.
But the symptoms is killing me. Softly.
Headache.
Knee numbness.
Bloat.
Cold sweat.
On and off tummy cramps.
On and off leg cramps.
Tomorrow will call the specialist.
I suspect my T3 & T4 hormones are out of normal range.
So it interfered with my calcium intake.
No worries, I'm ok.
Only a bit passive.
No updates.
Pray for my health.
Miss you.

Sunday, October 19, 2008

Alumni SISTA

Calling all ex-students of SIS [Sekolah Izzuddin Shah] and SERATA [Sekolah Raja Perempuan Ta'yah] Ipoh.

Dimakluman bahawa pada 27hb Oktober 2008 *isnin* akan diadakan jamuan Aidilfitri dan reunion besar2an di SIS.

Daftarlah keahlian alumniSISTA di sini.

*PBPSISTA telah diubah kepada ALUMNISISTA oleh Dato' Zahid b. Hamidi selaku Presiden persatuan dalam satu mesyuarat agung yang diadakan pada tahun 2004. Beliau berharap persatuan ini akan menjadi sebuah persatuan yang mengetengahkan kepentingan warga SISTA dan disegani oleh masyarakat disuatu hari nanti.

ps: saya tak pegi..ekeke

Saturday, October 18, 2008

PV Project Pop - Bukan Superstar

'Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya'

'Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai'


Friday, October 17, 2008

Rindu...

dijah: hai dedi
dijah: online kat mana tu
Ayah: kat umah. esok nak ke putrajaya
Ayah: ni apa slogan kami tak besar dan kami tak kuat *beliau merujuk pd status ym*
dijah: slogan wonder pets
dijah: tak besar
dijah: tak kuat
dijah: tapi kerjasama
dijah: semua kerja jadi mudah
dijah: hehehehe
Ayah: ingat kan slogan h*ndr*f
Ayah: hahahahaha
dijah: hahahah
Ayah: mak jerit tak tido lagi ke
dijah: ok2
dijah: nak tido dah
dijah: keke

-----

rindu ayah. rindu mak. rindu keluarga.

Thursday, October 16, 2008

Terfikir

1. Merajuk.
Merajuk dengan dos yang bersesuaian menggambarkan kasih sayang. Ingin bermanja2. Ingin mendapat perhatian. Mungkin juga menggambarkan tanda protes kecil. Kdg2 saya ketawa kecil bila ada org merajuk. Sungguh comel. Tapi, bila orang lelaki merajuk di khalayak umum dengan gaya yang ala2 diva dan dengan refleks yg sepantas kilat, saya rasa sentap. Tak comel yer, sungguh!

2. Proposal.
Sentap sebenarnya. Saya pernah berbincang dengan seseorang pasal plan utk PhD. Dia mintak saya explain, saya explain since tajuk tu tak pernah org buat kat sini. Saya berjaya fahamkan dia, bersyukur sgt. Dia akan membantu saya. Namun saya sentap. Rupanya tajuk itu beliau usulkan untuk kroninya sambung belajar. Terdiam. Terkejut.

'Eh, tu mcm tajuk proposal saya..'
'Ye ke?'
'Sapa suggest'
'Boss'
'Erkk'

Sungguh, saya rasa hati disiat2. Kini saya tahu di mana letaknya saya.

*Semoga org yg merajuk itu sejuk hati.
**Saya dah tukar tajuk proposal, dan saya takkan bincang dengan beliau lagi. Sampai saya dah submit.

Semoga dapat kekuatan.

Wednesday, October 15, 2008

Yang terakhir

Hari nih kelas amali yang akhir. Setelah bertungkus lumus bersengkang mata dan meroyan menanda lab report, finally dah siap tanda report utk 7 labs. So, dengan riangnya membawa carrymarks untuk dilihat students. Well, terlupa nak expect bahawa akan ada banyak komen. Yelah, depa expect lebih tinggi carrymarks.

'Boleh double check tak? Markah saya sikit. Saya rasa patut dapat lebih'
'Boleh, tapi kalau check thoroughly, maybe markah akan turun sebab saya sebelum nih saya check dengan penuh lenient'

Tulah, dulu bila saya pesan suruh label gambo tak nak dgr, skang baru kelam kelibut. Meniru pun semberono.. Bayangkanlah, kalau sorg salah eja, berbelas2 org pon salah eja.haha

'Kalau nak tiru, jgn bagi saya nampak dan jgn tiru semberono'
'Semberono tu apa?'
'Cari maksud' Tak pasal2 dpt hwork tambahan.

Now only the memories will remain. Definitely will miss them =D and their cheekiness. And will miss my mentors - dr faridah, en mat, en mazrul, kak wani. I enjoyed.

Oh, how sweet and cute..

Depa bedah katak dengan gembira


Ada aje penyibok kat belakang..haha


Ayam yang dah berjaya ditogelkan dan dibedah

Time dah nak habis lab, sorg budak nakal kena bebel..haha


semoga semua akan berjaya (^^,)

p.s: akan dapat lagi beratus script utk lab hari nih dan minggu lepas. Lepas tuh merdeka lab report. Time to focus on the proposal..


-------

Yang terakhir, tapi hakikatnya yang pertama.
Yang akan jadi kenangan dan semangat supaya menjadi lebih berjaya.
Yang menyedarkan saya tentang tulusnya kasih guru.
Yang sedarkan saya betapa sucinya hati pelajar2.
Yang sedarkan saya slogan wonderpets itu sungguh benar

Apa yang penting...kerjasama! Kerjasama dalam menyiapkan spesimen lab, dalam memberi taklimat, dalam memberi penerangan teori, dalam mengemas lab!

Yatta!