Thursday, October 30, 2008

Doakan, doakan

Pagi tadi permohonan untuk candidature dan scholarship dah dipos. Alhamdulillah. Doakan, doakan. Tatau rezeki bagaimana. Masa mengisi borang, berpeluh2, bernapas pun dah tak ikut hidong, tapi ikut molot, jantung berdegup kencang. Over kan? Drama kan? Oh, biasalah tu drama. Sebab buat kerja last menet. Masa dah nak pos borang, baru perasan yg arahan permohonan biasiswa tu ada disertakan dengan 14 mukasurat borang yg perlu diisi. Softcopy, tu yg tak perasan. Maka, mengisi dengan penuh kelam kabut, tapi sambil menyanyi2 utk menenangkan diri. Dahla mintak fotostat itu ini... Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan kesabaran kawan2 menyemak application. Thank you Dayah si dutch lady!
Lega.
Baru nak lega, jadi tak lega balik. Kena siapkan proposal untuk KPT. Sebelum dibawa ke KPT, kena dpt approval dari jwtnkuasa cuti belajar dulu. Sebelum masuk jawatankuasa cuti belajar utk dpt approval, kena present kat jabatan dulu. Fuuuuh, manyaknye peringkat..Kalau tersangkut kat salah satu peringkat, jenuh la nak kena berhempas pintu pulas buat pembetulan. Kena semangat, kena semangat! Doakan tau!Doakan, doakan!
Lab report fisio ada lagi 1 stack. Roughly ada 100 scripts lagi. Fuh, dari beratus2 dah tinggal seratus. Alhamdulillah. Tak sabar nak habis.
Lab report kultur tisu tak tanda lagi. Sebab kena study kaw2 masa tanda. Benda yg tak penah belajar, benda yang tak penah buat. So, kena study balik. Tapi tak dan dah nak study slow2..kena pulun sampai semput!. Semangat!semangat!
Esok balik Ipoh. yay!
Doakan saya selamat sampai. Bas pukul 830 malam. Akan sampai Ipoh pukul 6 pagi, InsyaAllah. Doakan, doakan! Semoga perbincangan dgn specialist nnti akan memberi saya sinar harapan untuk mengecap kebahagiaan di hari yang mendatang *apakah ayat?*.
No updates until saya balik sini. Kecuali kalau gatai tangan dan ada drama sensasi utk dilaporkan. Kat rumah nak bergoss dgn mak puas2, dan melepas rindu pada kekacang kekucing. So, akan cuba jauhkan diri dari internet..

Jangan nakal2...
daaaaaaaaaa~

9 comments:

  1. bakpe selalu wak keja last minit dijah tu yang kelamkabut tu...
    saya mendoakan semoga dijah ditawarkan biasiswa dan juge selamat pulang ke kampung halaman InsyaAllah.

    psst. Kalu dappat biasiswa tu jan lupe belanja saya dgn dayah

    ReplyDelete
  2. reading your entry always reduce me to tears..i'm laughing outloud!

    very funny, very entertaining..
    may all the rezk be with you..take care..kem salam kepada kg2 halaman sepanjang di negeri perak..ada jodoh, rezeki, i'm going home too..

    ReplyDelete
  3. encik hashim - tenkiu..bukan saya yang nak buat last menet, lecturer baru bgtau pasal scholarship tu..hehe

    kak nur - yay!nak balik sini? let us know ok? *bighug*

    ReplyDelete
  4. dijah..my doa always with u... insyaAllah ada rezei x ke mana... take care...

    ReplyDelete
  5. semoga segala urusan akak dipermudahkan (amin)

    ReplyDelete
  6. go acu go!

    ayg akan doakan.

    permudahkanlah rezeki sahabat2ku..

    acu, kat umah tu singgah2la mengapdet. paw2 la enset mummy ke, daddy ke, lotaklo gambau barang sekoping duo. <--cubaan bercakap negeri 9 tetiba.

    moga segalanya happy news bila jumpa pakar ye.

    :)

    ReplyDelete
  7. acu, sila betulkn ayat saya td.

    "singgah2la mengapdet" sepatutnya dibaca sebagai "sila2lah mengapdet"

    sekian dimaklumkan.

    ReplyDelete
  8. salam kak dijah.. semoge murah rezeki.. semoga selamat perjalanan pulang.. semoge kekucing sehat! insyaAllah.

    ReplyDelete
  9. :lynn:, kekanak tokyo, wilda, aini hasanah - Thanks! *BIGHUG*

    ReplyDelete