Thursday, September 18, 2008

Period

Warning: Kalau senang mabuk darah, please do not read this entry.

Buat kwn2 taayah yang masih ingat ajaran ustazah dulu atau sesiapa yg arif bab nih, sila betulkan saya kalau tersilap.

Bila bulan puasa biasanya kitaran period akan jadi lain dari normal, mungkin sebab faktor makanan. So, ada jugak kawan kita yang kejap period, kejap suci. Penah jugak yang keluar darah langsung tak berhenti sampai 2-3 bulan.

Back to basic: period tuh berlaku paling sekejap sehari semalam dan paling lama 15 hari 15 malam. Darah period nih pulak baunya kurang menyenangkan, agak kehitaman dan biasanya disertai kesakitan mahupun kekejangan otot sekitar perut dan kdg2 kaki.
Kalau istihadhah pulak merupakan darah penyakit. Warnanya lebih cair dari darah period dan tidak berbau busuk. Secara asasnya, kalau darah keluar melebihi hari ke 15, itu dah dikira darah istihadhah. Wajib mandi hadas lepas 15 hari 15 malam period, menunaikan solat seperti biasa. Kena pastikan each time nak solat darah perlu dihentikan pengalirannya dengan menyumbatkan apa yang perlu.

Soalan: Telah didatangi period 7 hari kemudian suci 3 hari dan telah berpuasa dan kemudian period kembali 2 hari.

Jawapan: Kalau dicampurkan 7 hari period dan 3 hari berpuasa dan 2 hari period, jumlahnya adalah 12 hari. Maka, belum mencapai jumlah maksimum period. Oleh yang demikian, 3 hari berpuasa tu dikira tak sah. Adalah penting utk kita memerhatikan tanda2 berakhirnya period. Biasanya akan nampak tanda2 kering ataupun keluarnya sesuatu seumpama benang putih.

Wallahu'alam
----

Yang nih additional info:

Jika wanita dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat Zohor dan Asar.
Jika wanita mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat Maghrib dan Isya'.

Kenapa?
Kerana wanita itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas). Selain itu, di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqasarkan bersama solat Zohor. Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada' solat Zohor. Begitu juga jika situasi berlaku dalam waktu solat Isyak dan Maghrib.

Wallahu'alam

8 comments:

  1. ya, stakat yg ayg ingat, apa yg dkatakn acu tepat :)

    ReplyDelete
  2. betul ke ayang? riso gak ada information yang tertinggal. kot ustazah explain masa nyenyak tido. =)

    ReplyDelete
  3. period tu adalah nama lain kepada haid

    ReplyDelete
  4. Entah. lupa. Kena bukak buku balik. Tanyalah kat org lain dulu. Ce tanya kat mak ke opah ke. Kalau tak kena tempeleng di bulan poser ni kira orait la tuh.

    ReplyDelete
  5. Hahahahaha....jangan marah cik jah...
    bulan² puasa ni kena bawak² bersabar....

    ReplyDelete
  6. Marah? Manader... tengah sabo la nih *sambil berpaut pada kerusi menahan diri dari membelasah org* keke

    ReplyDelete